Chapter 42

Destiny

2 bulan kemudian.. (aku malas nak cite panjang)

 

"Guys,barang dah siap ke ?? Ada lagi ke yang tertinggal kat rumah korang ??",tanyaku ketika aku sedang memeriksa barangku.Mereka masih memandang beg mereka."Rasanya dah tak ada lagi yang tertinggal,semuanya dah siap",jawab Ika.Kami bersetuju untuk bermalam di rumah aku supaya senang untuk bertolak awal dari rumah.

 

"Kami pun dah siap",balas Hana."Rasanya cukup ke satu bagasi je ??",tanya Sara,memandang kami dengan muka kehairanan."Rasanya cukuplah tu,lagipun nanti kita mesti beli-belah kat sana.Kalau tak cukup pun,baju Minhye kan ada ",ujar Ika lagi."Oh ya Minhye esok penerbangan kita dalam pukul berapa ??",tanya Nisa.

 

"Penerbangan kita lebih kurang dalam pukul 11 macam tulah.So esok kita gerak dalam 10 pagi macam tu",jawabku laju.Aku memandang jam,sudah hampir pukul 11.30."Guys,dah tiba masa untuk kita tidur.Nanti tak pasal-pasal kita terlewat esok",arahku.Aku meletakkan bagasiku di sudut almari diiringi bagasi yang lain.

 

Kami mengambil tempat di atas katil dan badan kami disilimuti dengan selimut tebal aku.Aku yang tidur berhampiran dengan lampu tidur,mula menutup lampu tersebut."Selamat malam guys"..

 

                                                                                                                            ~~~~~~~~~~~

 

"Baekhyun,saya nak jumpa awak kejap",tegur Tae,entah dari mana munculnya.Yang lain tersentak melihat kehadiran Tae disitu dan masing-masing memandang Baekhyun.Baekhyun memandang mereka dan Tae."Nanti saya keluar.Awak tunggu kat luar",balas Baekhyun serius.Tanpa menunggunya,Tae terus menghilangkan diri dari studio tersebut.

 

"Kenapa dia nak jumpa awak Baek ??",tanya Suho hairan.Baekhyun hanya mengangkat bahu,"Entahlah,saya nak jumpa dia kejap",balas Baekhyun sambil mengambil sweaternya dan keluar menemui Tae.Ketika itu,Kai memandang gerak geri Baekhyun dengan perasaan yang curiga.Apa yang mereka sembunyikan ?? ..

 

Di luar studio..

 

"Apa yang awak nak lagi ??",tanya Baekhyun serius."Hurm Baek,janganlah serius sangat muka tu.Saya takutlah bila awak pandang macam tu",ujar Tae.Tangan Baekhyun disimpulkan."Saya tanya awak ..Apa yang awak nak lagi ?? Kalau awak nak kacau saya,lebih baik awak buat kerja awak,saya sibuklah",kata Baekhyun seraya berjalan pergi meninggalkan Tae.

 

Tapi Tae sempat memegang lengan Baekhyun lembut."Baek..Tak lama lagi kan konsert kita.Saya ingat nak beli baju untuk latihan nanti.. Teman saya jom",ujar Tae lembut.Tangannya masih lagi tak dilepaskan dari lengan Baekhyun.Baekhyun dengan sendirinya melepaskan tangan Tae dari lengannya dan memandang Tae.

 

"Penggaya awak mana ?? Kenapa saya yang kena temankan awak ??",tanya Baekhyun bertalu."Hurm,penggaya saya sibuk dengan ahli yang lain.Jadi saya rasa saya perlu beli baju sendiri.Lagipun saya tak berapa suka dengan citarasa penggaya saya.Tak moden langsung",kata Tae sambil buat muka gediknya di hadapan Baekhyun.

 

"Kalau macam tu suruhlah Encik Jang pecat dia dan pilih penggaya yang baru",kata Baekhyun lagi sambil memandang ke tempat lain."Baek,janganlah macam ni.Temankanlah saya",rayu Tae lagi."Saya tak naklah keluar dengan awak.Sebab saya takut ada kontroversi antara kita,dan juga sebab saya tak nak sakitkan hati Minhye saya",katanya lalu pergi dari situ.

 

"Oh ya..Bercakap pasal Minhye awak tu.. Dia akan datang sini kan ??",tanya Tae dari jauh.Baekhyun yang mendengar tentang hal itu langsung terhenti.Macam..macam mana dia tahu ??,getus Baekhyun.Dia memandang semula pada Tae."AJ 7017 ialah penerbangan Minhye kan ??",sinis senyumannya memandang Baekhyun.

 

Baekhyun meluru ke arahnya."Mana awak tahu pasal ni ??",tanya Baekhyun sambil memegang lengan Tae kuat.Tae memandang sinis pada Baekhyun."Mana saya tahu tu tak penting",jelas Tae,"Kalau awak tak nak dengar cakap saya,awak tengok jelah berita pasal 'Pesawat AJ 7107 terhempas sebelum mendarat ke Korea ",kata Tae perlahan.

 

Makin kuat Baekhyun genggam lengannya."Awak tak ada hak nak sentuh dia.Awak faham ?!",kata Baekhyun marah.Tae ketawa kecil,"Kalau macam tu,ikut arahan saya.Kalau awak cuba untuk ingkar,segala perkara tentang kita dulu saya akan bagitahu dia,dan awak dengan dia,putus..Faham tu ??",ujar Tae.

 

Tae cuba melepaskan tangannya dari genggaman Baekhyun.Lalu pergi dari situ tanpa melihat ke belakang .Baekhyun hanya memandang gadis itu pergi dengan marah yang membuak-buak ."Aku takkan biarkan dia sentuh Minhye.Dan aku takkan benarkan mulut dia sebut pasal kisah hitam tu kat Minhye"....

 

                        ~~~~~~~~~~~

 

"Ika,mana kau letak seluar aku atas katil semalam ??",laung Hana yang ketika itu Ika sedang mandi di dalamnya."Au lak kat amari Mihye",jawab Ika."Apa kau merepek ni ?? Aku tak fahamlah",balas Hana lagi.Bunyi kumuran jelas kedengaran,"Aku cakap aku letak kat almari Minhye lah",laung Ika kembali.Hana cari di tempat yang disebutkan.

 

Ketika itu jam menunjukkan pukul 7.30 dan nasib baik aku mengunci jam supaya tidak terlewat bangun.Dan mujurlah yang lain bangun selepas jam berbunyi.Tidaklah mereka tergesa-gesa untuk bersiap."Guys,aku turun bawah tau.Nak siapkan breakfast kita kejap",kataku lalu keluar dari riuh bilik itu ditemani Nisa di belakang.

 

"Nisa,kau dah pastikan yang barang kau berkemas ya semua?? Aku tak nak ada yang menangis terpekik terlolong masa kat airport nanti.Buat malu kaum hawa je nanti",ujarku selamba,diiringi ketawa kecil Nisa."Aku dah confirmkan..Aku dah banyak kali cek dah dan semuanya dah ada.Kau nak buat breakfast apa ni ??",tanya Nisa sebaik sahaja sampai di dapur.

 

"Tak tahulah.Rasanya aku buat french toast jelah kot.Korang bukannya makan banyak pun",ujarku selamba."Oh roti telurlah ya ??",tanya Nisa."Shh,french toast lah.Bukan roti telur",nafiku."Apa-apa jelah Minhye.Cepat sikit buat tu.Aku naik atas kejap,nak tengok diorang buat apa",ujar Nisa lalu tinggalkan aku sendirian.

 

Nisa terus meluru sebaik sahaja pintu lif terbuka luas,menyuruhnya untuk keluar.Apabila pintu dibuka dari luar,bilik tersebut sudah siap dikemas oleh mereka dan mereka sudah bersiap melainkan Hana dan Sara yang sibuk memakai aksesori mereka."Inilah masa untuk berasmaradana ~ Eh cepatlah sikit siap tu",arah Nisa perlahan.

 

Mereka ketawa kecil."Sabarlah sikit hidupnya",ujar Sara selamba."Minhye mesti tunggu kita.Dia buatkan roti telur",ujar Nisa membuatkan mereka menelan air liur masing-masing.Laparnya perut ni !! Ketika mereka sudah turun ke bawah,bau makanan yang Minhye sediakan sudah menusuk ke hidung.

 

"Minhye kau buat roti telur ke ??",tanya Ika."Hei,french toast lah. Bukan roti telur",nafiku lagi."Suka hati kaulah Minhye.Hurm ada apa-apa yang nak aku tolong ke??",tanya Sara pula.Aku hanya menggeleng dan masing-masing duduk di meja makan.Apabila makanan diletakkan dia atas meja,tangan sudah mula mengambil dan memasukkan ke dalam mulut.

 

Kami leka bersarapan sehingga tak sedar bahawa 8.30 pagi perlahan-lahan mendekati tetapi kami masih lagi duduk di meja makan.Kami segera mengangkat bagasi dan menyuruh pemandu ayah meletakkannya di but kereta.Kami terpaksa menaiki kereta Vellfire kepunyaan ayahku kerana ibu sudah mengatakan bahawa mereka juga ingin menghantar kami ke sana.

 

Ibu bapaku sudah balik dari pejabat dan kami segera bergerak,takut jalan sesak pula nanti.Dalam perjalanan,kami berbual kosong,juga mendengar pesanan daripada ibu dan ayah aku.Perlahan-lahan aku mengangguk kepala,tanda akur dengan pesanan mereka.Tanpa sebarang kesesakan,kami tiba 1 jam kemudian,betul-betul di hadapan pintu masuk airport.

 

Pemandu ayah mengeluarkan beg kami dan aku mengambil troli bagasi untuk meletakkan bagasi kami berlima.Perjalanan kami menuju ke dalam airport dan kami berlima pergi ke kaunter untuk menguruskan tiket penerbangan kami.Kami mengambil masa kira-kira 30 minit dan kami pergi semula pada yang lain.Dari jauh,kelihatan beberapa orang pandang.

 

"Hei,korang bila sampai ni?",sapaku pada mereka."Baru je tadi.Nasib baik aku ada ingatkan abang aku yang kau berlepas hari ni.Kalau tak,tak dapat nak jumpa kau",ujar Hani.Shahizat yang berada di sebelahnya,hanya memandang."Huda,kau hati-hati tau kat tempat orang.Korang pun ya. Gila tu simpan sikit,nanti buat malu Malaysia je",sampuk Ira selamba.

 

"Oh ya Huda,nanti kau bawaklah sorang dua awek Korea,boleh buat sparepart",gurau Shahizat, manakal Hani sudah menjeling di sebelah.Mamat ni tunggulah aku flying kick kau nanti.."Kitorang pun akan rindukan korang juga nanti.Kalau ada masa nanti,kita Skype lah ya",ujarku sambil memegang tangan Ira dan Hani.

 

Mereka hanya mengangguk mengiyakan ayat aku.Kedengaran dari pembesar suara satu pengumuman dikeluarkan."Kepada penumpang yang menaiki pesawat AJ 7017 diminta supaya masuk ke balai berlepas dalam masa 30 minit kerana penerbangan akan berlepas pada pukul 11 pagi..Terima kasih"..

 

Aku dan yang lain bersedia untuk membawa troli.Aku memandang ibu dan ayah."Adik jaga diri baik-baik ya.Nanti sekali-sekala telefon ibu dan ayah ya",ujar ibu."Kalau duit adik tak cukup,cakap dengan ayah.Nanti ayah masukkan dalam bank kamu",ujar ayah juga.Aku hanya mengangguk dan memeluk mereka berdua.

 

Aku memandang mereka berempat."Kalau dah sampai next level,roger aku ya.Jangan dah kembang baru nak bagitahu,aku hempuk sorang2 nanti",gurauku.Mereka tergelak,mungkin mereka fikir aku hanya bergurau.Aku memeluk Ira dan Hani juga.Kenangan pahit antara aku dan mereka berdua hilang dari kotak fikiran aku.

 

Mungkin susah nak percaya bahawa aku sekarang sudah menjadi 'the next BFF' dengan mereka yang dulunya musuh ketat aku tetapi sekarang kawan paling ketat aku.Dan aku pun tak sangka sebenarnya yang Hani ni baik orangnya..Untung sangat si mamat jendul ni dapat gadis secantik Hani hahahahaha....

 

Yang lain pun turut sama bersalaman dengan ibuku dan berpelukan dengan Ira dan Hani."Oklah,kitorang pergi dulu ya,ibu ayah,korang..Lagi satu Shahizat,Hakim,jaga diorang untuk aku.Kalau ada apa-apa yang dah jadi kat diorang,korang orang pertama yang aku belasah dulu",ugutku sambil menunjukkan penumbuk aku pada mereka berdua.

 

"Ok ok..Aku ingat pesan kau tu..Janganlah belasah aku.Aku tahulah kau ada tali pinggang hitam.Mati aku nanti siapa nak jaga Hani aku ni",kata Shahizat lagi.Aku hanya tersenyum sendiri."Minhye,jom kita masuk nanti lewat pula",bisik Nisa dari belakang."Oklah,kitorang pergi dulu ya.Jaga diri elok-elok ya",kataku lalu kami pergi menuju ke balai berlepas.

 

Yang lain mengikutiku dari belakang dan yang lain hanya memandang kami berlalu pergi.Kami selamat naik ke dalam perut pesawat dan duduk di tempat yang telah ditetapkan.Pesawat yang kelihatan kosong pada mulanya mula dipenuhi penumpang-penumpang yang ingin menuju ke destinasi yang sama dengan kami.Mereka kelihatan gembira sekali.

 

Pengumuman dari juruterbang supaya memakai tali pinggang keselamatan dan tidak bergerak kemana-mana ketika pesawat sedang berlepas menyuruh aku dan yang lain supaya lebih berhati-hati.Perlahan pesawat kami berlepas,meninggalkan airport dan dipandu menuju ke Lapangan Terbang Incheon...

 

                                                                                                                      ~~~~~~~~~~~~~~

 

"Awak boleh faham tak yang saya tak boleh  temankan awak ?? Lagipun semalam kita dah keluar kan?? Dahlah jangan kacau saya.Saya nak berlatih ni",kata Baekhyun lalu terus menutup telefonnya dan mencampakkannya ke sofa di ruang tamu."Perempuan gila..Tak habis nak mengacau aku..",rungut Baekhyun sendiri..

 

"Apa lagi ni Baek?",tanya Kyungsoo ketika dia duduk di sofa sambil tangannya meletakkan cawannya di atas meja.Nasiblah ketika itu yang lain sedang berkumpul di dalam bilik."Entahlah,perempuan tu tak habis nak ajak saya keluar.Semalam dah keluar,takkan nak keluar lagi.Ingat saya ni kuli shopping dia ke apa ??",rungut Baekhyun lagi.

 

Kyungsoo tersenyum kecil."Kenapa awak senyum ?? Tak lawaklah Kyungsoo",ujar Baekhyun tak puas hati."Tak adalah,rasa kelakar pula tengok awak membebel ni.Rasanya dah lama awak tak macam ni",ujar Kyungsoo tenang.Baekhyun memandang pelik padanya.Namun dia lupakan sahaja tentang itu.

 

Di halaman rumah..

 

"Kenapa Minhye senyap je sejak akhir ni?? Dia ok ke tak kat sana ?? Alahai dia ni suka sangat buat aku risaulah,getus Kai ketika dia duduk di halaman rumah itu sambil memandang telefonnya lama.Sesekali dia memerhatikan juga pintu masuk agar tiada siapa yang mengintainya di situ,namun tiada siapa ..

 

Dia cuba ingat semula data data penting tentang Minhye.Tetapi dia sudah lupa pula tentang tarikh habis Minhye duduki examnya."Bila ya ?? Heish macam mana boleh lupa pula ?",gerutu Kai lagi.Dia melupakan untuk seketika dan masuk ke dalam kerana dia terdengar suara riuh dari dalam bilik.Dia dengan tenang masuk ke dalam semula..

 

                                                                                                                     ~~~~~~~~~~~~~~

 

"Minhye,bila kita nak sampai ni?",tanya Ika,yang ketika itu duduk bersebelahan dengan aku.Aku memandang jam tangan aku. 2 petang hampir menerjah.Aku memandang Ika semula."Mungkin 4 atau 5 petang kita akan sampai.Itupun kalau tak ada apa-apa masalah",aku membalas pertanyaan dia.Dia hanya mengangguk lalu meneruskan tidurnya yang tergendala.

 

Tak sabar rasanya nak jejakkan kaki disana untuk kali kedua..Dan aku pun rindukan Kai,apa dia buat ya sekarang ni ?? Entah-entah mesti dia risau aku tak contact dia.Biarlah,surprise should be a secret.Baekhyun pun aku rindu,dah lama tak tengok muka comel dia.Wahai masa,cepatlah waktu ini dan lambatkanlah bila aku bersama kekasih hati ! 

 

Ketika itu,penumpang di dalam pesawat tersebut semuanya tidur,dan ada juga yang membaca buku dan berbual kecil dengan penumpang yang lain.Dengan suasana yang hening itu membuatkan aku ingin tidur bersama yang lain.Lalu mata kecilku perlahan-lahan tutup dan mula dibuai mimpi..

 

2 jam kemudian..

 

"Minhye..Minhye",seseorang memanggil aku dengan perlahan mengejutkan aku dari lena tidur."Ya Nisa?? Kenapa??",tanyaku mamai."Tadi ada pengumuman..Dia cakap dalam masa 20 minit kita akan mendarat.Kita patut bersedia sekarang",ujar Nisa.Aku membetulkan kedudukan badan aku dan mengesat mataku beberapa kali.

 

"Dah pukul berapa sekarang??",tanyaku sambil menguap.Ika melihat jamnya."Hampir pukul 4.30 petang",balas Ika pendek.Aku membetulkan kedutan baju aku dan rambut aku yang kusut masai akibat posisi tidur aku tadi.Yang lain juga sedang bersiap sedia dan bersolek ala kadar untuk menghilang muka penat kami.

 

"Kepada penumpang-penumpang,pesawat akan mendarat dalam masa 5 minit lagi.Diminta semua penumpang bersiap sedia untuk turun dari dalam pesawat.Terima kasih",pengumuman itu berakhir.

 

Kami rasakan sudah sampai ke tempat yang dituju.Perlahan-lahan pesawat itu mendarat dan berhenti di tempat yang telah ditetapkan.Apabila sudah merasai pesawat sudah mendarat dan pintu pun sudah dibuka,kami segera keluar dan bersedia untuk mengambil beg masing-masing.Dalam perjalanan..

 

"Minhye,kita ni ada sesiapa yang sambut kita ke??",tanya Sara."Tak ada.Kita pergi checkin hotel sendiri.Tetapi ke konsert esok kita pergi dengan Encik Kim",ujarku.

 

"Encik Kim tu siapa pula??",tanya Hana kehairanan."Encik Kim tu pengurus EXO.Dia yang jaga kita sepanjang konsert esok",balasku tenang.

 

"Maknanya diorang dah tahu lah yang kita.."

 

"Taklah,aku dah cakap suruh rahsiakan hal ni",ujarku pantas lalu aku jalan mendahului mereka.

 

"Korang,nak beli makanan ringan dulu tak?? Nanti kalau tak boleh tidur,kita boleh lepak sambil makan",cadang Nisa."Boleh juga.Kat situ ada kedai serbaneka.Belilah apa-apa yang kau nak.Aku belanja",kataku sambil kad kredit pada Nisa.Yang lain menyerbu kedai serbaneka itu dan memilih makanan ringan tersebut.Tapi pastikan tak ada bahan yang diharamkan lah..

 

Ketika menunggu mereka membeli,Encik Kim menelefon aku.

 

"Ya Encik Kim ada apa?",tanyaku dulu.

 

"Minhye dah sampai ke?" tanya Encik Kim.

 

"Saya baru saja sampai,singgah di kedai sekejap nak beli snek",balasku.

 

"Nak saya ambil kamu ke?" tanya Encik Kim.Aku menggeleng laju."Takpelah,kami pergi sendiri..Lagipun hari ini dan esok hari yang sibuk untuk Encik Kim.Selesaikan dulu,kami akan lakukan sendiri ",balasku.

 

"Kalau macam tu,baiklah.Jumpa esok",jelas Encik Kim lagi."Baiklah,yang lain masih tak tahu kan pasal ni??",tanya aku lagi."Sekarang ni tak ada sesiapa lagi yang tahu pasal ni.Minhye jangan risaulah ya",jawab Encik Kim tenang.Aku menghembus nafas legaku perlahan.

 

"Baiklah,saya tutup dulu",aku menutup telefon setelah Encik Kim membalas "Baiklah" dan pergi pada yang lain yang ketika itu sedang membayar di kaunter bayaran."Dah siap ke semuanya??",tanya aku.Mereka hanya mengangguk menjawab pertanyaan aku."Kalau macam tu,jom",ujarku.

 

Kami berlima berjalan menuju ke pintu masuk airport.Dari jauh aku mencari teksi,dan beberapa minit kemudian,perut sebuah teksi telah kami masuki.Perlahan-lahan teksi meluncur laju ke hotel.Dibelakang hanya memandang bangunan pencakar langit manakala aku fokus memandang jalanraya.

 

Nisa mencuit lengan aku."Minhye,kat sini ada ke restoran makanan halal?",tanya Nisa."Ada tak jauh dari sini.AKu dah cuba makanan halal disitu,dan semuanya sedap.Mungkin korang patut cuba juga.Lagipun kita tak makan berat lagi",jawabku jelas."Kalau macam tu,kitorang ikut kau je",ujar mereka pendek.

 

"Pakcik,terus ke Gangnam ya",arahku.Pemandu itu hanya mengangguk tanda faham.

 

Kereta itu bergerak terus ke suatu lorong yang dipenuhi kedai makan dan kereta itu terhenti di sebuah kedai makan yang tertulis "Yang Good Halal Restaurant" dan kedai itu dibuka 24 jam.Aku berjalan masuk diikuti yang lain.Restoran itu masih dipenuhi dengan orang yang ketika itu sedang berbual kecil antara satu sama lain sambil makan.

 

Kami mengambil tempat yang jauh dari kebisingan dan mula memesan makanan.Ketika menunggu,kami berbual kosong."Korang,Encik Kim ada bagitahu aku yang konsert esok start petang dalam pukul 5 something.So esok nak pegi mana-mana dulu ke?",soalku.Mereka terdiam seketika.

 

"Tak apalah.Kita duduk kat hotel je.Lagipun penat nak jalan-jalan",jawab Sara."Kau kan kalau dah jumpa si mamat tiang tu baru tak penat kau kan,kalau boleh tapak tu nak lagi haus dari tekak kau baru nak stop",bebel Hana.Aku tersenyum simpul."Mulut kau kalau aku sumbat dalam botol,boleh jadi Angelina Jolie kau ni",balas Sara.

 

"Hidup kalau tak membebel tak sah kan,aku tinggalkan korang kang baru tau aku ni tinggi ke rendah",balasku pula.Yang lain ketawa riang.Geli hati mereka apabila melihat aku menyampuk debat mereka tiba-tiba.Eh biarlah aku nak menyampuk ke tak,diorang ni asal dapat mulut je potpet bergosip,potpet bergaduh.Tak fahamlah aku -_-

 

Akhirnya makanan yang kami pesan sudah sampai dan kami nikmati dan membiarkan bunyi bising memenuhi restoran itu..
Selesai sahaja makan,Aku menahan sebuah teksi untuk check in hotel dan pulang setelah kami selesai membawa kesemua bagasi kami.Kunci diserahkan padaku dan kaki melangkah laju ke lif hotel.

 

Kami duduk sebentar di dalam ruang tamu di bilik VIP itu.Masing-masing meletakkan bagasi di bilik dan bersihkan diri setelah 6 jam mereput dalam pesawat.2 jam kemudian,masing-masing duduk di depan TV melengkung itu.Kami tonton sahaja siaran yang ada sambil mengunyah snek yang kami beli.

 

"Minhye,Encik Kim ada cakap apa-apa ke kat kau?",Nisa memecahkan kesunyian."Tak ada,sebab aku ada cakap yang hari ini kita takkan kemana-mana dan aku suruh dia settlekan urusan konsert esok tu",jelasku.Nisa diam kembali setelah pertanyaanya terjawab.Malam itu,tiada apa yang berlaku dan makan malam kami berlalu dengan cepat.

 

Keesokan harinya..

 

"Tak menyusahkan Encik Kim ke??",tanyaku serba salah.Ketika itu  yang lain sedang memakai baju dan ada yang mandi."Tak adalah Minhye.Tak menyusahkan saya pun.Lagipun kamu dan yang lain tak makan lagi kan ?? Apa salahnya",ujar Encik Kim sambil ketawa kecil.Bertuahnya aku dapat berjumpa dengan insan sebaik ini,terharu rasanya ada yang mengambil berat.

 

"Kalau begitu tak apalah.Encik Kim belikan saya teokkbokki dan kimbab je.",jawabku."Baiklah macam tu.Tunggu saya ya.Saya akan belikan apa yang Minhye pesan",pesan Encik Kim sebelum menutup telefon."Baiklah Encik Kim",jawabku.Aku pantas meletakkan telefon,sambil memandang yang lain.

 

"Encik Kim cakap apa??",tanya Nisa mendahului yang lain."Encik Kim tanya aku nak apa-apa tak untuk breakfast kita.Aku cakap belikan teokbokki dan kimbab je",jawabku pantas.Yang lain hanya mengangguk kepala."Sedap tak teokbokki yang kau selalu makan tu?",tanya Sara tiba-tiba.

 

"Sangat sedap.Tapi teokbokki yang paling aku suka kat kedai yang dekat dengan studio diorang.Tu paling sedap dan paling pedas pernah aku rasa.Korang patut cuba,mungkin teokbokki salah satu dari makanan kegemaran korang kalau datang ke sini",cadangku.Mereka kelihatan teruja apabila mendengar aku bercerita tentang teokbokki.

 

Aku duduk bersama yang lain."Kau nak buat apa hari ni ?? Ada nak pergi mana-mana ke??",tanya aku lagi.Mereka menggeleng."Aku nak pergi semua tempat dengan Umin aku",kata Nisa teruja.

 

"Ya,aku setuju dengan kau Nisa. Boringlah nak keluar dengan kau.Baik kitorang keluar ngan buah hati.Dapat keluar pegang tangan,dapat --"

 

"Ok fine.Kita tak payah keluar .Kita terus ke konsert je.Korang nak sangat kan keluar dengan buah hati masing-masing?? Ok fine aku lepaskan korang petang ni.sekarang ni kita mereput dalam bilik ni",ujarku malas.Mereka tersenyum menampakkan garisan gigi putih mereka.Sampaikan senyum nak melebar sampai ke telinga.

 

"Hurm apa-apa jelah kawan.Malas aku nak ambil tahu"..

 

                                                                                                                 ~~~~~~~~~~~~~~~~

 

"Eh Encik Kim nak kemana ni?",tanya Suho apabila ternampak Encik Kim seperti tergesa-gesa mahu keluar dari studio."Erm.. erm saya nak keluar kejap uruskan pasal konsert kamu semua nanti",balas Encik Kim gagap."Bukan semuanya dah selesai ke Encik Kim ?? Ada apa-apa masalah lagi ke ??",tanya Xiumin pula.

 

"Erm entahlah..Pihak bahagian pentas telefon saya nak bincangkan tentang hal kamu semua.Mungkin ada sedikit masalah pasal pentas",kata Encik Kim."Oh kalau macam tu tak apalah",sampuk Kyungsoo pendek."Kamu semua nak apa-apa ke?? saya boleh belikan untuk kamu semua",tanya Encik Kim.Mujurlah rahsianya untuk jumpa Minhye tidak diketahui.

 

"Kami tak nak apa-apa.Tak apalah.Kami tak nak susahkan Encik Kim",ujar Baekhyun."Kalau macam tu baiklah.Saya pergi dulu ya.Kalau ada apa-apa,Suho,kamu telefon saya ya",pesan Encik Kim.Suho tanpa menjawab hanya mengangguk.Encik Kim bergegas keluar dari bangunan tersebut dan pergi ke restoran untuk membeli makanan yang Minhye mahukan.

 

Encik Kim memandang jam tangannya.Sudah hampir pukul 9.Mesti Minhye kelaparan,getusnya.Beliau mempercepatkan langkahnya.Mujurlah ketika itu tidak ramai yang datang restoran tersebut dan makanan yang dipesan siap dengan cepat.Kereta yang dipandu Encik Kim laju menyusur di jalan raya itu...

 

~~~~

Sorry for my late update.. I take too much time untuk betulkan balik chapter ni.. Hope korang suka..And ada ayat lawak yang aku selalu guna..Hope korang suka.. Kalau tak suka pun senyum jelah ye hahaha..Kalau ada error,please tell me sebab Minhye tak perasan hahahaha .. Lama tak dengar korang bagi semangat kat Minhye mcm dulu hehehe so give comments and thumbs up xD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KimMinHye
Give me more comments and subscribe too..Jebal T.T

Comments

You must be logged in to comment
Zzzarith #1
Chapter 42: Author update lh lgi
sunlight_ #2
Chapter 39: Update soon ~
mimie_lulu #3
Chapter 37: Update lagi...update lagi!!update lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!
minhyun298 #4
Chapter 28: Update soon... ^_^
*nk tau ape yg akn jdi, sgt2 *
^_^
weloveexoforever #5
Chapter 20: Update soon
weloveexoforever #6
Chapter 19: Sweetnyew minhye ngan baekhyun
ohyehett #7
Chapter 2: Sape huda ? Huda tu name minhye dekat malaysia kea ,? Sorry terblank jap
weloveexoforever #8
Chapter 10: Update soon
woohyun98
#9
Chapter 10: update soon :)