Polar Light Noona

Polar Light Noona
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

You’re beautiful. You’re beautiful.

You’re beautiful, it’s true.

I saw your face in a crowded place,

And I don’t know what to do,

‘Cause I’ll never be with you.

 

 

 

 

 

Ini adalah impianku sejak sekian lama, bukan orang lain. Tiada yang memaksa, tiada yang menyuruh kerana ini adalah keinginan aku sendiri, walaupun aku harus menempuhi suatu jalan yang panjang, tapi ini adalah satu-satunya keinginanku di dalam dunia ini.

 

Aku ingin menjadi seorang penyanyi dan inilah aku, Byun Baekhyun—penyanyi utama untuk sebuah kumpulan yang bernama EXO. Dan aku mempunyai bilangan peminat yang ramai.

 

Peminat.

 

Aku pernah mendengar perkataan itu ketika aku masih seorang pelatih di SM. Kata mereka, “ Byun Baekhyun, tak lama lagi lepas teaser diriliskan kau akan ada peminat kau sendiri. Bukan seorang dua, tapi ramai. Kau mungkin tak mampu nak kira jumlah mereka.”

 

Ianya terbukti, sangat benar. Apabila aku bercakap, mereka akan menjerit namaku. Apabila aku menyanyi, kebanyakan daripada  mereka akan menangis. Apabila aku menari dengan sepenuh hati dan tenaga, mereka menyukai aku. Meraka adalah peminat-peminat aku.

 

Jutaan pancaran cahaya menyimbahi muka aku, menyilaukan mata aku setiap kali sesi bertemu peminat diadakan. Aku tidak berapa menyukainya, tetapi aku tidak lekang dengan senyuman kerana kami diajar untuk sentiasa tersenyum dengan beberapa peringatan seperti: “ Kau tak nak muka kau nampak buruk dalam gambar kan?” atau “ Kau tak nak muka kau menguap tu tersebar dalam internet kan?”

 

Senyum.

 

Kadangkala, kami perlu senyum ketika sedih, ketika sakit, ketika bergaduh dengan ahli yang lain, dan ketika emosi sedang menghantui diri. Untuk kelihatan tidak buruk di dalam gambar atau..untuk peminat, kerana kami tidak mahu peminat memikirkan sebaliknya.

 

Bercakap mengenai peminat, kadangkala aku tertanya-tanya: tidak letihkah mereka?

 

Maksud aku, perjalanan ini, tidakkah terlalu panjang untuk mereka? Kerana, bagi aku sendiri, ia terasa sangat panjang dan meletihkan.

 

Mengekori aku ke merata-rata tempat... sepatutnya sangat memenatkan

 

Dari satu rancangan muzik ke rancangan muzik yang lain. Dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia bukanlah sangat pemandangan yang luar biasa untuk melihat muka-muka yang sama dengan pakaian yang sama daripada pagi sehingga malam, membawa kamera yang besar di tangan mereka.

 

Dan salah seorang daripada mereka...

 

Wajahnya sangat aku kenali...

 

Sejak pertama kali aku melihat gadis itu dengan kamera yang sentiasa melindungi wajahnya, apa yang aku lakukan ialah tersenyum setiap kali mataku menyapa lensa kameranya.

 

Kemudian hatiku akan bertanya, ‘Siapakah dia?’

 

“Jangan cakap kau menaruh perasaan pada peminat kau sendiri,” kata Chanyeol sebaik sahaja selesai sesi bertemu peminat di Busan.

 

Aku telah menceritakan kepadanya tentang gadis itu, yang memakai baju putih dan mempunyai rambut yang lurus. Aku tidak tahu jenis kamera yang dia bawa, tetapi aku menyedari yang baru sahaja mengambil gambarku daripada jauh. Dia mesti salah seorang daripada peminatku.

 

Aku menangkat bahu secara  perlahan-lahan. “Tak boleh ke?”

 

“Entah,” mata Chanyeol merenung ke luar tingkap dorm kami, “tak ada sesiapa yang akan kisah, tapi.. satu perkara yang aku pasti, kau akan menghancurkan banyak hati perempuan dalam dunia ni, Baek.”

 

Hahaha, ironik.

 

Chanyeol berbaring di sebelahku dan membuka mulut untuk mengatakan sesuatu. “Dia cantik ke, Baek?”

 

Cantikkah dia?

 

“Mm..boleh la, cantik.”

 

“Aku pun, aku nampak seorang perempuan comel tadi.” Chanyeol tersengih lebar. Dia kelihatan lebih menakutkan daripada  Joker. “Rambut dia paras bahu: dia mintak tandatangan aku dengan tangan yang menggeletar, tapi bila dia senyum,” Chanyeol menyinggung tubuh aku, “dunia aku rasa macam berhenti, Baek!”

 

“Kau dah melebih-lebih.” Aku memukul kepalanya menggunakan bantal dan kami ketawa.

 

Ya, tidak seperti Chanyeol, dunia aku tidak berhenti berpusing apabila aku melihat dia. Sebaliknya, aku berasa seperti ada jutaan pancaran yang menyinari mataku, bukan daripada pancaran kameranya.

 

Tetapi dari dirinya sendiri.

 

Lamunanku terhenti apabila kata-kata Chanyeol tiga puluh saat yang lepas menyedarkan aku.

 

“Jangan fikir sangat la, Baek. Nanti kau akan lupa jugak. Esok kau akan jumpa perempuan yang lebih cantik dan macam tu la seterusnya.”

 

Mampukah aku melupakan dia?

 

Betulkah begitu?

 

AKu sudah berjumpa dengan ribuan wajah peminat, aku mengecam beberapa wajah, tetapi aku pasti aku akan melupakannya pada hari esok. Tetapi kali ini lain. Apakah yang menjadikan dia lain? Aku sendiri tidak tahu.

 

“ Hey, korang tengah cakap pasal fansite? Aku dengar Jongdae-hyung ada satu yang dikendalikan oleh seorang peminat lelaki. Dia tak boleh berhenti cakap pasal gambar Jongdae-hyung.”

 

“Betul ke?!” Chanyeol bangit dari katil. Ini akan menjadi isu yang hangat untu diperkatakan.

 

“HUANG ZITAO! AKU DAH CAKAP JANGAN BANGKITKAN HAL NI LAGI!’jerit Jondae dari bilik air dan itu membuatkan aku tersenyum.

 

Sekurang-kurangnya aku mendapat peminat-peminat yang cantik, bukan kacak.

 

 

 

 

Yes, she caught my eye,

As she walked on by

 

 

 

 

Aku ternampak dia sekali lagi. Hari ini di sesi bertemu peminat. Rambutnya tidak dilepaskan seperti semalam, dia mengikat rambutnya, pakaiannya berwarna kuning terang, dan untuk kesekian kalinya, aku melihat ke arah kameranya. Aku tersenyum sambil menaikkan ibu jariku ke arahnya.

 

‘Bagus’. Ya, bagus, kerana mengambil gambar aku.

 

Tetapi kali ini...

 

Untuk pertama kalinya, gadis itu menurunkan kameranya dan mindaku terfikir,’dia dah bosan ke ambik gambar aku?’

 

Tidak. Bukan itu.

 

Aku terpegun apabila mata kami bertemu, tanpa halangan, tanpa apapun. Matanya bertemu dengan mataku. Seolah-olah mengatakan sesuatu tetapi siapalah yang tahu apa yang dia sedang katakan.

 

Dia cantik. Cantik seperti...seperti..aku tidak mampu menjelaskannya, kerana aku sendiri tidak pasti jika dia mempunyai ciri-ciri gadis idamanku atau tidak, tetapi siapa yang peduli apabila seora

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 1: Huhu..nilah nasib seorang peminatT.T..
m_nanakim
#2
Chapter 1: MUMMY... BESTNYA!!!! Memang daebak lah kalau dapat perhatian Baekhyun macam dia dapat!! Tapi sayangnya..... harapan tinggal harapan.... peminat macam kita ni boleh diibaratkan menunggu kucing bertanduk je kalau berharap nak bercinta dengan Baekhyun.... memang miracle lah kalau betul- betul terjadi! xD tapi kan, saya rasa tak mustahil baek boleh jatuh cinta dengan peminat but of course, kerjaya menghalang.. takpa, dapat support dia dah cukup bersyukur dah =D by the way, gambar tu semua jjangg la!! Bak kata upin ipin, TERBAIK xD! * sorry menyemak je dalam comment ni 3 kali... ada some part comment saya hilang thats why saya post lagi... hehe *
m_nanakim
#3
Chapter 1: MUMMY... BESTNYA!!!! Memang daebak lah kalau dapat perhatian Baekhyun macam dia dapat!!
m_nanakim
#4
Chapter 1: MUMMY... BESTNYA!!!! Memang daebak lah kalau dapat perhatian Baekhyun macam dia dapat!!
iyrasoo
#5
ok jealous ...
bittersweet4u
#6
Chapter 1: oh seriously.. baek.. kau dan kak Lily tak mungkin bersama~ *menyanyi
haha.. joke2 .. citer ni mmg sedih..
lgi2 skrg tgh dgr lgu sedih.. lgi lahh.. haihhh..
cukup menusuk citer ni..
bkn utk baek je.. malah utk semua bias sy T^T
oh no! saya x leh terima tu!!! TT^TT
xoxayishxx
#7
Chapter 1: nice story huhu
but sad and jealous in the same time lol *punch baekkie* xD
white_lily #8
Dah la polarlight noona mmg cantik org ckp, pastu kaya pulak tuuu..bg mcm2 hadiah kt Baek ~~ TT.TT *reality is so sad
Kwon_Dongho #9
Unnie rase sape Polar Light ni sbb semua gamba dia ambik cantik dan gamba dia byk eye contact dengan Baekhyun walaupun dkt celahan fan