03

Jangan Jatuh Cinta Padaku
Please Subscribe to read the full chapter

 

Bangun pada pagi itu terasa sedikit berbeza daripada kebiasaannya, tetapi mungkin ianya disebabkan oleh seseorang yang sedang berbaring di sebalik dinding bilikku atau mungkin kenyataan yang aku telah menceritakan hampir keseluruhan kisah hidupku padanya, aku tidak pasti. Aku berjalan ke arah bilik air dan aku terperasankan pintu bilik abangku yang terbuka. Aku mengintai ke dalam bilik itu dan bilik itu kelihatan seperti tidak disentuh. Katil tersusun kemas dan semua benda terletak di tempat asalnya Adakah semalam itu hanya sekadar mimpi?

 

“Selamat pagi,” kataku kepada nenek. Aku cuba menguji teoriku. “ Nenek nampak tak Baekhyun keluar tadi?” tanyaku sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi meja makan itu. Nenek meletakkan sebiji telur yang telah masak ke atas beberapa keping bakon yang berada di atas sekeping roti bakar dengan perlahan-lahan. Aku terpandang sebiji pinggan kosong bersebelahan dengan tempat yang aku duduki. Nenek bukanlah jenis yang bersarapan, jadi aku yang semalam itu bukan sekadar mimpi.

 

“Ya, nenek nampak,” katanya, meletakkan sarapan di hadapanku. Aku tersenyum sendiri, berterima kasih kepada Tuhan kerana semalam adalah sebuah realiti. 


 

“Kenapa dia keluar begitu awal?”


 

Nenek mengangkat kedua-dua belah bahunya. “Sebaik sahaja dia selesai bersarapan, dia berterima kasih kemudian terus keluar.”

 

Selesai bersarapan, aku mengucapkan selamat tinggal dan keluar untuk bertemu kawan-kawanku. Mereka sudah menunggu aku di kawasan pejalan kaki.


 

“Ibu aku cakap yang dia ternampak kau di kedai runcit malam semalam,” kata Chen. “Dengan seorang lelaki: lelaki yang bukan sekumpulan dengan kita. Boleh tolong  jelaskan?

 


Aku berura-ura sebentar sama ada aku patut memberitahu mereka dengan siapa aku ke kedai runcit semalam, kerana aku boleh mengagak reaksi mereka nanti. Tetapi kelihatannya aku tidak mampu mereka kerana aku tidak mengenali lelaki lain selain mereka. Lambat-laun, mereka pasti akan tahu juga. “Lelaki tu adalah Baekhyun,”

  

 

“Apa?!” jerit mereka serentak. Walaupun aku sudah mengagak reaksi mereka itu, badanku masih tersentak mendengarkan suara mereka yang kuat itu. 


 

“Nenek aku suruh aku pergi ke kedai runcit semalam dan dalam perjalanan aku ke sana, aku ternampak dia berdiri di depan rumah Kyungsoo kerana dia ketinggalan bas untuk pulang dan memerlukan tempat untuk bermalam tapi tak ada seorang pun yang menjawab panggilan dia,” jelasku. Aku kira penjelasan itu sudah cukup untuk mereka tetapi mereka masih berdiam dan menunggu aku untuk meneruskan penjelasanku. Bersama satu keluhan, aku meneruskan penjelasanku. “Aku bertanya pada dia sama ada dia nak mengikuti aku kedai runcit, manalah tahu kalau kawan-kawan dia akan memberi respon apabila kami sudah pulang. Dia menolak pada mulanya, tapi selepas beberapa langkah dia tiba-tiba muncul di sebelah aku dan mengikut aku.”


 

“Wah, dia mesti sukakan kau,” kata Tao, meniru suara gadis yang sedang bergosip. Aku menjelingnya dan menumbuk bahunya. Itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan pada memandang ilmu seni mempertahankan diri, tetapi aku yakin dia mendapat mesej yang aku cuba sampaikan.

 

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
irarara #1
Chapter 3: Update soon.. Waiting for you to update mr. byun.. Baekubi couple T_T tolong smbung cerita tu.. Cerita daebak gila.. Luhan suka kt perempuan tu ke?
xkesah #2
Chapter 3: Update soon .....btw cerita awk byk best ......SYa suka....kalau saya byk idea macam awk kn bagus.....daebak...tabik awkk..
nnabihah #3
Chapter 2: Wahhhhhhh mystery lh citer niiii JJANG!!!!!!!
secret_admire #4
Chapter 3: bestnye!! omo!!
update soon.. ^^
daebak!
Aisyatul
#5
Chapter 3: Eiii..Luhan busybody.. Menci3 ! Gedik je..haha
omge..baek.. Dont be too hndsme pleaszz..
SeHuNYeHeT94
#6
Chapter 3: Luhan u kan mcm girl lh suke busybody jer....
secret_admire #7
Chapter 2: update soon...
tak sabar ni..
mcm best je citer ni...