01

Jangan Jatuh Cinta Padaku
Please Subscribe to read the full chapter

 

Aku adalah seorang gadis yang perasan tentang semua orang, tetapi itu tidak bermakna semua orang turut perasan tentang aku. Boleh dikatakan yang aku mempunyai satu kebolehan atau intuisi, kalau nak, untuk membaca manusia seperti buku. Aku mampu, dengan mudah,  mengetahui keadaan hidup seseorang melalui personaliti dan perangai mereka. Hidup di sebuah pekan yang kecil, tidak banyak perkara yang boleh dirahsiakan. Khabar angin tersebar  ke seluruh pekan dengan cepat, jadi sekiranya sesuatu yang besar berlaku, satu pekan akan mengetahuinya pada hari yang sama. Nenekku menetap di pekan ini sepanjang hidupnya, jadi dia mengetahui latar belakang setiap keluarga di kawasan kejiranan dan dia tidak akan teragak-agak untuk menceritakannya kepada aku. Nenek juga seorang yang suka bergosip, jadi aku selalu diceritakan tentang perkara-perkara baru yang terjadi.

 

Hanya terdapat sebuah sekolah di pekan ini. Sekolah tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian: sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi. Jadi pada asasnya, semua orang membesar bersama-sama sepanjang zaman persekolahan sehinggalah persekolahan mereka tamat. Mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti perlu berpindah keluar dari pekan ini memandangkan tiada universiti yang berdekatan. Ia adalah sesuatu yang perlu diusahakan. Tiada sesiapapun yang ingin tinggal di pekan kecil ini untuk selama-lamanya. Semuanya ingin keluar dan merasai kehidupan yang lebih canggih di bandar. Mereka yang takut akan gaya hidup di bandar kebiasaannya akan berhenti sekolah dan menjadi pekebun atau membuka kedai runcit. Itu adalah jalan selamat yang dipilih oleh mereka apabila tekanan daripada sekolah dan peperiksaan kemasukan university tidak mampu mereka tangani. Lebih mudah untuk kekal selesa di dalam pekan ini berbanding berpindah keluar ke bandar-bandar yang tidak diketahui.

 

Hari ini adalah hari pertama untuk  tahun terakhir disekolah: permulaan bagi sebuah penamat. Aku yakin yang orang lain sedang  menumpukan perhatian untuk berjaya keluar dari pekan ini dan berpindah ke bandar. Mereka yang tidak bersedia untuk berpindah telah lama berhenti sekolah setelah tamat sekolah menengah. Mereka yang lain sudah mempunyai matlamat dan apa yang sebenarnya mereka perlukan ialah untuk menghabis persekolahan di sekolah tinggi dan lulus ujian kemasukan universiti. Tetapi terdapat seseorang: seseorang di dalam kalangan kelas senior yang kelihatan seperti tidak tahu arah tuju hidupnya.

 

Namanya ialah Baekhyun. Semua yang datang ke sekolah ini adalah orang tempatan, tapi atas alasan tertentu, Baekhyun datang dari bandar dengan menggunakan bas untuk ke sini dan sudah bersekolah di sini sejak tahun pertama sekolah menengah. Oleh sebab itu, dia sangat terkenal di sekolah. Ramai yang akan bertanya padanya tentang kehidupan di bandar dan jawapanya tidak tetap. Kadang-kadang dia akan katakan dia suka akan kehidupan di bandar dan kadangkala dia akan katakan yang sebaliknya. Tapi setiap kali orang bertanya tentang alasan dia datang bersekolah di sekolah yang kecil di pekan yang sebegini, dia mampu mengelaknya dengan baik. Sekolah kami tidaklah seteruk mana, tetapi  tidaklah sebagus mana; lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di bandar. Jadi apakah yang ditawarkan oleh sekolah ini sehinggakan dia sentiasa akan kembali setiap tahun?

 

“Kalau kau suka sangat kat dia, kenapa kau tak pergi tegur dia je?” saran Kris.

 

Aku mengalihkan pandanganku dari Baekhyun dan merenung makanan tengah hariku. “Aku mana ada suka kat dia. Aku langsung tak tahu apa-apa pasal dia kecuali yang dia tu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
irarara #1
Chapter 3: Update soon.. Waiting for you to update mr. byun.. Baekubi couple T_T tolong smbung cerita tu.. Cerita daebak gila.. Luhan suka kt perempuan tu ke?
xkesah #2
Chapter 3: Update soon .....btw cerita awk byk best ......SYa suka....kalau saya byk idea macam awk kn bagus.....daebak...tabik awkk..
nnabihah #3
Chapter 2: Wahhhhhhh mystery lh citer niiii JJANG!!!!!!!
secret_admire #4
Chapter 3: bestnye!! omo!!
update soon.. ^^
daebak!
Aisyatul
#5
Chapter 3: Eiii..Luhan busybody.. Menci3 ! Gedik je..haha
omge..baek.. Dont be too hndsme pleaszz..
SeHuNYeHeT94
#6
Chapter 3: Luhan u kan mcm girl lh suke busybody jer....
secret_admire #7
Chapter 2: update soon...
tak sabar ni..
mcm best je citer ni...