Brother Conflict

Please Subscribe to read further chapters

Description

 

Saya tak pernah tahu macam mana rasanya ada abang atau adik. Dari kecil lagi saya banyak menghabiskan masa sendiri di rumah memandangkan saya adalah satu-satunya anak ayah dan ayah juga sering sibuk dengan urusan kerjanya. Sepanjang 16 tahun hidup saya, saya ditemani Draco, patung naga comel hadiah daripada arwah mak. Tepat pada hari lahir saya yang ke-16, ayah memaklumkan yang dia akan berkahwin dengan wanita yang telah cukup lama dia kenali. Saya tidak peduli, sejujurnya. Asalkan ayah bahagia. 

 

Saya terpaksa berpindah ke rumah bakal ibu tiri saya 3 bulan sebelum majlis pernikahan dijalankan. Kata ayah kalau tidak dibuat segera, saya akan terkena 'kejutan budaya'. Pada awalnya saya tidak begitu faham tentang apa yang ayah perbicarakan, tapi apabila menjejakkan kaki ke dalam rumah besar yang sebesar istana itu, saya mengerti.

 

Keluarga baru saya nanti sememangnya keluarga yang cukup besar -- 10 orang abang lelaki dan 2 orang adik lelaki. Tak pernah pula terlintas di kepala saya yang saya akan dikelilingi kaum adam yg bakal menjadi keluarga saya. Abang sulung saya, Xiumin yang mempunyai sebuah kafe yang dikongsi bersama abang no.5, Lay dan dibantu abang no.9, Kyungsoo. Luhan, abang kedua merupakan seorang idol yang mampu membuat peminat perempuannya hilang akal hanya dengan sebuah senyuman. Manakala abang ketiga saya, Kris, adalah seorang model kacak yang penuh gaya dan abang no.4 yang menurut saya paling baik dan lemah-lembut, Suho yang lebih selesa tinggal di rumah, membersihkan dan menjaga keperluan setiap ahli keluarganya. Baekhyun, abang keenam, juru solek artis yang terlebih 'diva' dan paling rapat dengan abang no.8, Chanyeol yang sedikit lurus bendul. Abang ketujuh, Chen yang bertugas sebagai doktor haiwan dan abang terakhir saya, Tao yang mahir wushu tapi sangat takut dengan hantu! Dua orang adik lelaki saya masih bersekolah dan setahun lebih muda dari saya. Kalau tengok sekali, tiada siapa yang sangka bahawa mereka kembar. Mana taknya, si abang gelap tapi si adik putih macam susu. Tambahan lagi, Kai dan Sehun sering bertengkar, macam anjing dengan kucing.

 

Mereka semua kalau berkumpul di bawah satu bumbung yang sama, boleh runtuh rumah ni. Tapi kehadiran mereka juga mengajar dan memberi peluang kepada saya untuk merasakan sendiri apa itu pengorbanan dan erti kasih sayang dalam kekeluargaan yang selama ini tidak pernah saya alami.

Foreword

Hai~korang mesti pernah dengar pasal 'brother conflict' kan? Saya tengok cerita ni kat animax sblm ni. Lebih kurang sama dgn anime tu tapi lain sikit. Anyway, ni fanfic pertama yg sye tulis dlm bahasa melayu, jd maaf jika terdapat kesilapan.

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 1: sya tak pernah tngk pun cerita ni tapi mcm best je.. update soon :)
woohyun98
#2
update soon :)
baehwililly
#3
Chapter 1: walao wehh bestnya XD .update soon !! hahah XD
BaekDee #4
Brother Conflict? Wah really interesting! i've watched it on animax. Who will be azusa and natsume? ^^
baehwililly
#5
Fuyoo ! Berharap ada ff anime ni ,.akhirnya ada juga !!thanks author :)
Araa19 #6
Saya pernah tgk cerita brother conflict :) haha..