:: Welcome ::

Brother Conflict
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Saya melangkahkan kaki saya menuju ke arah sebuah kawasan perumahan mewah yang terletak di tengah-tengah kota Seoul sambil sesekali mengerling pada selembar kertas kecil pada tangan kanan saya yang berisikan alamat rumah baru yang bakal saya tempati. Saya tertoleh-toleh ke kiri dan kanan, cuba mencari nombor kediaman yang persis tertulis pada nota yang telah ayah berikan pagi tadi. Namun, alamat itu jauh berbeza dengan tempat saya berada kini. Saya mengerutkan dahi saya bingung ketika mendapati saya telah berada jauh dalam kawasan yang asing bagi saya.

 

Ah, sudah! Nampaknya saya dah tersesat.

 

Saya mengheret bagasi besar berisi pakaian ke arah kerusi taman yang berada berhampiran dengan langkah yang longlai. Tubuh saya terasa sangat penat di tambah dengan cuaca yang cukup panas dan kering. Saya mengambil keputusan untuk berhenti berehat seketika sebelum meneruskan pencarian saya.

 

Sebenarnya ayah telah berjanji untuk menghantar saya hari ini, tapi dia mendapat sebuah panggilan telefon yang mengatakan bahawa ada mesyuarat mengejut tengah hari ini. Jadi, terpaksalah saya bersusah-payah menaiki pengangkutan awam sebelum berjalan kaki untuk ke sini.

 

Apa yang patut saya buat sekarang? Kaki saya sudah lenguh untuk terus melangkah dan pakaian saya sudah dibasahi keringat. Saya perlu mendapatkan bantuan memandangkan saya sudah hilang arah. Tapi saya tidak pasti hendak meminta bantuan siapa. Sudah tentu ayah masih sibuk dengan urusannya. Malangnya lagi, saya terlupa untuk menyimpan nombor telefon bakal keluarga tiri saya. Malahan, tiada satu pun yang saya kenali dan saya langsung tidak pernah bersua muka dengan mereka.

 

Kata ayah, mereka terdiri daripada sebuah keluarga besar dengan anak lelaki yang ramai. Tetapi seramai mana tidak pula saya tahu. Paling tidak pun, mungkin lima orang sahaja kerana wanita cantik yang bakal bergelar ibu kepada saya itu masih kelihatan muda dan menawan. Mana mungkin sudah memiliki lebih dari lima orang anak. 

 

Sedang saya duduk termenung sambil sesekali bersungut keletihan, tiba-tiba saya didatangi seorang lelaki. Saya hanya mampu mengeluh dalam diam. Saya tahu dia cuba memikat saya kerana apa lagi yang mereka inginkan? Menurut saya, dia masih seorang budak mentah yang baru setahun jagung dalam hal-hal mengorat perempuan ini. Berani pula dia menunjukkan senyuman yang kononnya menggoda hati perawan seperti saya. 

 

Eh, tengok orang la! Ini Priscilla Leslie, gadis paling kebal dan tiada belas kasihan apabila berhadapan situasi sebegini. Maruah saya sebagai seorang Leslie akan tercalar jika tidak dipertahankan. Saya bukan jenis perempuan yang melayan pria yang entah apa-apa. Ditambah lagi, saya sebenar seorang yang agak pemalu dan pendiam se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 1: sya tak pernah tngk pun cerita ni tapi mcm best je.. update soon :)
woohyun98
#2
update soon :)
baehwililly
#3
Chapter 1: walao wehh bestnya XD .update soon !! hahah XD
BaekDee #4
Brother Conflict? Wah really interesting! i've watched it on animax. Who will be azusa and natsume? ^^
baehwililly
#5
Fuyoo ! Berharap ada ff anime ni ,.akhirnya ada juga !!thanks author :)
Araa19 #6
Saya pernah tgk cerita brother conflict :) haha..