#5

My Mister Maid (Hiatus)

Setelah 15 minit, Hyejeong turun dari biliknya.

"Wah, cik Hyejeong cantiknya." kata JinAh.

"Ada-ada jelah awak ni. Dah, mari teman saya tengok tv." Hyejeong menarik tangan JinAh.

"Tak boleh cik Hyejeong. Saya ada kerja." JinAh menolak perlawaan Hyejeong.

----------------------------------------

Hyejeong POV

"JinAh, JinAh. Aku dah anggap dia macam kakak aku dah. Dia ni tua 2 tahun je dari aku. Bukannya tua sangat tapi tak nak bersekolah."

"Sanggup jadi maid daripada belajar"

"Padahal papa dah tawarkan untuk bayar semua perbelanjaan persekolahan dia."

"Lagipun dia sebatang kara. Papa dengan mama boleh sara dia tapi dia tak nak.."

----------------------------------------

[Flashback]

2 tahun lalu,

Masa itu, Hyejeong dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berkelah.

Tiba-tiba,

Seorang remaja perempuan melintas dan En. Shin hampir melanggarnya. En. Shin memberhentikan keretanya dan mereka keluar untuk melihat keadaan perempuan itu. Perempuan itu terbaring di hadapan kereta mereka. En. Shin terus mengangkatnya masuk ke dalam kereta dan membawanya pulang.

"Papa, dia ok tak ni? Papa terlanggar ke?" tanya Hyejeong.

"Tak tahulah sayang. Harap dia oklah." En.Shin kegelisahan. Pn. Shin menelefon doktor peribadi mereka. Selepas memeriksa,

"Dia tak apa-apa. tak ada sebarang luka cuma lebam-lebam kecil. Pasal dia pengsan tu, mungkin sebab dia kepenatan."

"Terima kasih doktor." Pn. Shin dan En. Shin menghantar doktor itu ke pintu rumah mereka.

 

"Urgh, saya dekat mana ni?" kata remaja perempuan itu terpinga-pinga melihat suasana bilik itu.

"Ah, awak dah sedar. Awak dekat rumah saya. Awak pengsan tadi. Nama saya Hyejeong. Awak?" Hyejeong tersenyum.

"Saya JinAh."

"Kamu dah sedar? Bagaimana keadaan kamu?" tanya Pn. Shin. JinAh  hanya mengangguk.

"Kamu ingat tak dekat mana rumah kamu? Nanti pak cik hantarkan." kata En. Shin.

 

Tiba-tiba dia melutut dan tunduk ke kaki En. Shin. Air matanya mula menitis.

"Encik, tolong jangan hantar saya dekat tempat tu. Saya tak sanggup." katanya sambil teresak-esak.

"Tempat apa yang kamu maksudkan ni? Cerita dekat mak cik." Pn. Shin mengangkat JinAh daripada terus menunduk ke sisinya.

"Saya tinggal dengan mak cik saya sebab ibu bapa saya dah meninggal. Disebabkan kesempitan wang, mak cik saya jual saya di kelab malam. Saya selalu cuba untuk lari dari situ tetapi gagal." JinAh kali ini menunduk di kaki Pn. Shin dan Hyejeong.

"Benarkanlah saya jadi maid dekat sini. Saya janji akan bekerja dengan tekun dan saya akan menjaga cik Hyejeong dengan baik." JinAh merayu. Pn. Shin memandang suaminya. En. Shin mengangguk.

"Baiklah kalau itu yang kamu minta." Pn. Shin tersenyum.

"Terima kasih encik dan puan." JinAh menunduk.

[End of Flashback]

-----------------------------------------

"Kami dah pulang." kata En. Shin melangkah masuk ke dalam rumah diikuti isterinya serta seorang pemuda yang Hyejeong tidak kenali.

"Selamat pulang." Hyejeong, JinAh dan Hayeon ahjumma menunduk 90 darjah.

"Jomlah. Kita lunch." Pn. Shin mengajak Hyejeong. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing di meja makan.

 

Semasa makan, En. Shin mengenalkan pemuda itu kepada Hyejeong.

"Hyejeong, papa nak kenalkan sepupu kamu ni. Nama dia Oh Sehun."

"Sepupu? Tak pernah ingat pulak yang Hyejeong ni ada sepupu." Hyejeong menggaru kepalanya cuba mengingati sama ada perkataan Oh Sehun di dalam memorinya.

"Ya. Kamu tak ingat ke? Dulu, masa kecil-kecil selalu main sama-sama. Makan sama-sama, mandi pun sama-sama." kata Pn. Shin ketawa kecil.

"Mama!" Hyejeong 'blushing'. Sehun ketawa kecil apabila mendengar kata-kata Pn. Shin.

"Dia pindah ke Amerika dengan keluarga dia masa korang 6 tahun. Jadi mesti kamu  tak berapa ingat." En. Shin tersenyum.

"Dia akan masuk sekolah yang sama dengan kamu. Cuma tak sekelas je." Pn. Shin pula berkata.

"Ok" balas Hyejeong pendek.

------------------------------------------

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkSuAh
Sorry kalau ada typos ^^

Comments

You must be logged in to comment
lovethunder #1
Chapter 6: update soon~
C_a_r_o_LL
#2
Chapter 5: Omg Sehun suddenly appear
starlight_miss
#3
Chapter 5: Keep update^^
kaiyeol567
#4
Chapter 5: update soon
C_a_r_o_LL
#5
Chapter 4: Omg hyejeong <3
kaiyeol567
#6
Chapter 4: update soon
twomoons88
#7
Chapter 4: nasib baik hyejeong tolong baekhyun u.u yang lawaknya masa chanyeol langgar tiang elektrik xD
C_a_r_o_LL
#8
Can i get the permission to translate this?