#2

My Mister Maid (Hiatus)

Baekhyun dan Chanyeol berjalan masuk ke dalam kelas.

"Wah, kelas ni masih sama macam tahun lepas. Ada beberapa orang je budak baru." kata Chanyeol sambil melihat sekeliling kelas.

"Aku duduk mana ye tahun ni? Haral dapat duduk sebelah 'hot chick'. Hehe." Kata Chanyeol sambil tersengih.

"Gatal kau ni" kata Baekhyun.

"Korang pergi tengok papan kenyataan kalau nak tengok kedudukan korang dalam kelas ni." kata Seolhyun lalu pergi ke belakang kelas bersama dengan AOA.

"Wah, Seolhyun makin comel pulak." kata Chanyeol. Mereka berdua pergi ke papan kenyataan dan mencari nama masing-masing.

"Aku dapat duduk sebelah Kwon Mina la. Ok lah. Dia pun antara yang tercantik dalam AOA. Nak ngoratlah." Chanyeol ketawa terkekek-kekek.

"Playboy betullah kau ni. Nak suka Seolhyun, Seolhyun jela. Ni nak Mina pulak. Semua kau nak balas. Aku tinggal apa?" kata Baekhyun sambil meluku kepala Chanyeol.

"Eh, kau nak jugak ke? Aku bagi jela yang lain kat kau. Aku sebenarnya nak Hyejeong je. " Chanyeol senyum.

"Tak nak lah. Tak minat Queenka-Queenka ni. Wey, aku duduk sebelah sapa ni.. Shin.. Hyejeong??" kata Baekhyun.

"OMG!!!!! Baekhyun-yah!!!!" kata Chanyeol separuh menjerit.

"Kau duduk sebelah Hyejeong la!!! Shin Hyejeong tu, Hyejeong ketua Queenka tulah!" Chanyeol membeliakkan matanya.

"Oh yeke?" Baekhyun melihat ke arah tempat duduknya di belakang, iaitu sebelah Hyejeong.

"Oh yeke je reaction kau. Come on la. Aigoo budak ni...." Chanyeol menggelengkan kepalanya.

"Habis kau nak aku buat reaction macam mana? Macam ni?"

"OMG!!!! Aku duduk sebelah Queenka!! Rasa cam nak matila!! Cun gile dia tu" kata Baekhyun sambil mengusutkan rambutnya. Satu kelas tertumpu pada Baekhyun. Baekhyun cepat-cepat memperbetulkan rambutnya dan berlagak cool.

"Haha. Macam tu baru betul" Chanyeol ketawa. Mereka berjalan ke tempat masing-masing.

Baekhyun berjalan ke tempatnya. Mata Baekhyun dan Hyejeong bertembung sebaik sahaja mereka melihat satu sama lain.

"Excuse me, ni tempat aku." kata Baekhyun kepada Jimin yang duduk di tempatnya untuk bersembang dengan Hyejeong. Jimin bangun dan menjeling Baekhyun. Baekhyun meletakkan begnya di sebelah mejanya dan mengambil headphonenya untuk mendengar lagu.

Hyejeong dan AOA terus bersembang di tempat Hyejeong.

----------------------------------

Baekhyun POV

"Eh diorang ni tak reti senyap sikit ke?"

"Ganggu privasi orang betul."

"Ni sebab perasan Queenka sangat la diorang ni."

"Aku takkan tegur si Hyejeong tu. Erghh.. Menyusahkan betul duduk sebelah Queenka ni."

"Yang si Chanyeol tu, terjenguk-jenguk kat belakang ni mesti risau aku kacau Hyejeong dia tu."

"Tak ingin aku!!"

-----------------------------------

"Ok. Guys, tolong senyap sikit dan balik ke tempat masing-masing" kata seorang lelaki yang agak tinggi dan lebar.

"Nama saya cikgu Shindong. Untuk budak-budak baru, untuk pengetahuan kamu, kamu boleh panggil saya DongDong. Bukannya.."

"Ring ding dong Ring ding dong ding tingge tingge ting, tau?!" sambil menari lagu Ring Ding Dong- SHINee.

"Ok. Tahun lepas masa aku masuk cikgu ni tak da jadi camni pun. Otak tak stabil lagi ke hari first sekolah ni. Banyak cuti sangat kot." fikir Baekhyun.

"Cikgu akan tinggal kelas ni untuk bagi kamu masa berkenalan dengan orang sebelah, ok? Bye" cikguShindong berjalan keluar.

Baekhyun mengeluarkan buku kosong dan conteng buku itu. Dia menjeling ke sebelah dan melihat Hyejeong sedang membaca buku.

"Hyejeong-ah, berbuallah dengan orang sebelah kau tu." tegur Choa. Hyejeong hanya tersenyum.

"Hai. Nama saya Hyejeong. Shin Hyejeong." katanya sambil tersenyum manis. Hyejeong menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Baekhyun teragak-agak untuk menyambut tangan Hyejeong itu. Dia melihat ke arah Chanyeol dan Chanyeol mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Mereka pun bersalaman.

"Awak tinggal dekat mana?" tanya Hyejeong.

"Saya tinggal dekat jalan xxxxxxxxxxxxxxxx." kata Baekhyun.

"Oh, tempat awak tu dekat dengan maid sayalah." Hyejeong tersenyum.

"Hehe.. "Baekhyun tersenyum tawar kerana dia tidak tahu apa yang nak dibualkan dengan Hyejeong.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ParkSuAh
Sorry kalau ada typos ^^

Comments

You must be logged in to comment
lovethunder #1
Chapter 6: update soon~
C_a_r_o_LL
#2
Chapter 5: Omg Sehun suddenly appear
starlight_miss
#3
Chapter 5: Keep update^^
kaiyeol567
#4
Chapter 5: update soon
C_a_r_o_LL
#5
Chapter 4: Omg hyejeong <3
kaiyeol567
#6
Chapter 4: update soon
twomoons88
#7
Chapter 4: nasib baik hyejeong tolong baekhyun u.u yang lawaknya masa chanyeol langgar tiang elektrik xD
C_a_r_o_LL
#8
Can i get the permission to translate this?