oo2

Sayangku, Tunggu Sebentar

Pada hari yang seterusnya, Chungae melangkah masuk ke dalam kedainya lagi, kafe kecil yang dulunya tak semeriah ini, mungkin disebabkan pekerja-pekerja muda yang masih cantik dan segar untuk bekerja, patutlah ramai budak-budak sekolah dekat sini. Orang yang bekerja turut juga menjadi pelanggan di kedai itu tapi tidak seramai pelanggan yang di bawah umur. Buat apalah budak-budak macam tu lepak dekat kedai yang jual minuman-minuman mahal macam ni, bazir duit mak ayah sendiri saja.

 

Sekali lagi, matanya terpandang anak muda yang telah menangkap perhatiannya beberapa hari yang lepas. Sekali lagi, dia tidak mampu mengalih pandangan, macam mana manusia boleh jadi sempurna macam dia? Kulitnya yang putih, bibirnya yang tebal, pandangan matanya yang agak tajam, dan badannya yang tampak tegap, cukup sempurna bagi Chungae, persis Sehun, persis sekali.

 

Chungae menggeleng-geleng kepalanya lalu duduk di salah satu meja yang kosong, hanya terdapat dua kerusi di meja itu. Satu kerusi diletakkan begnya, satu lagi didudukinya. Dia mengeluarkan fail-fail penting yang harus disiapkan, kertas-kertas yang terkandung untung dan rugi kedainya. Sebagai seorang pengurus dan pemilik kedai itu, Chungae harus bekerja lebih keras, lagipun dia berazam untuk mengembangkan lagi perniagaannya itu.

 

Chungae tersentak apabila begnya diletakkan diatas meja dan budak lelaki kacak yang dilihatnya tadi duduk di kerusi itu.

 

“Hai.” dia berkata. Ekspresi Chungae seolah bertanya apakah yang dia mahu. Bagi seorang yang sudah dewasa, cukup senang baginya untuk mengawal ekspresi mukanya, dia sudah melalui pelbagai kejadian dalam hidupnya.


“Tadi saya nampak cik pandang saya lama-lama, kenapa? Terpikat ke?” budak lelaki itu bertanya sambil mengenyit matanya, Chungae senyum sambil menggelengkan kepalanya, matanya memandang ke arah meja, tidak disangka budak tu perangainya teruk begitu, ingatkan dia budak baik tapi dia sama, sama macam Sehun, dan itu membuatkan Chungae semakin bingung.

 

“Nama saya Hanbin, Kim Hanbin. Panggil je Hanbin. Apa nama cik?” Hanbin menghulurkan tangannya ke arah Chungae dengan muka yang penuh harapan untuk bersalam dengannya, lalu Chungae mencapai tangan lelaki itu dan bersalaman dengannya.


“Chungae. Hei Chungae.”

 

“Chungae. Sedap nama tu. Macam tuannya juga.” tak silap lagi, dia memang tidak berbeza dengan Sehun. Cara dia berkata-kata semuanya sama, tiada satu perbezaan, andaikan sahaja muka mereka berdua sama, sudah tentu dia akan lebih dari gembira untuk melayan si Hanbin ni, tapi mukanya hanya seperti budak mentah yang cuba nak memikat orang lebih tua untuk dijadikan bahan gelak.

 

“Emmm, akak nak buat kerja ni, adik pergi main jauh-jauh ya.” ayat yang dikeluarkan oleh mulut Chungae seolah-olah mencabar kelelakian Hanbin, apakah perempuan ini ingatkan dia budak kecil yang bodoh dan tiada benda nak buat? Dia sudah bazirkan beberapa minit hanya untuk berborak dengan perempuan ni.

 

“Yelah, makcik.” dia menjeling perempuan itu. Chungae memandang Hanbin sambil tertawa kecil. “Tahu pun awak yang saya ni makcik.” dia mengetuk kepala budak itu dengan lembut lalu sambung membuat kerjanya.

 

Hanbin tak mampu berkata-kata, dia hanya mampu memandang Chungae dengan mulutnya yang terlopong. “Kenapa ni? Tak sihat ke? Pucat muka?” Chungae bertanya sambil mentertawakan Hanbin. Senang betul budak ini dikenakan.

 

“Mana ada.” Hanbin terus kembali kepada personalitinya yang sebelum ini. “Awak ni bukan makcik. Lawa lagi.” dia mentongkatkan mukanya menggunakan lengannya, menghadap Chungae sambil mengangkat keningnya.

 

“Kalau adik nak tahulah, makcik ni umur dah 32 tahun, adik ni masih pakai baju sekolah, mesti adik masih belasan tahun. Nampak tak? Awak tu umpama separuh umur makcik ni, tahu tak?” satu suara menyerang Hanbin dengan lantangnya, Chungae dan Hanbin terus memandang ke arah suara itu dan terpandang seorang lelaki, mungkin berusia seperti Chungae.

 

Chungae tersenyum lalu menumpukan perhatiannya balik ke kertas kerjanya dan kedua-dua lelaki itu sedang menjeling sesama sendiri.


“Kau ni, ponteng sekolah, kan? Dah ponteng sekolah, mengurat kawan aku pulak. Dah pergi duduk tempat kau balik.” lelaki itu memarahi Hanbin. “Tu pun nak marah, bajet hensem je mamat ni.” Hanbin bangun dari kerusi itu.

 

“Memang aku hensem pun.” lelaki itu menolak Hanbin lalu duduk di kerusi itu. Hanbin menjelingnya sambil berjalan ke arah meja kawan-kawannya yang ditinggalkan sementara tadi.

 

“Chungae”

 

“Kau nak apa, Jongin?” Chungae memandang lelaki yang berkulit perang itu. Rambutnya yang hitam itu tampak lebih bersinar dari Chungae, membuatkan wanita itu geli hati melihatnya.

 

“Isteri aku ajak kau datang rumah. Malam besok. Jangan lupa datang. Dah itu je. Aku nak pergi kerja dah ni.” Jongin tersenyum kambing.

 

“Itu je? Aish, pergi dekat kaunter tu, aku belanja kau air, kesian aku tengok kau. Macam pakcik yang menganggur je.” gurau Chungae. “Wei, aku ada kerjalah.” ujar Jongin, tetapi lelaki itu masih lagi bangun dan pergi ke kaunter untuk ambil airnya, bukan tidak biasa dia dilayan seperti itu. Chungae selalu sahaja belanja Jongin, sebab dialah satu-satunya kawan baik selepas kematian Sehun 15 tahun yang lalu.

 

Setelah selesai kerjanya, Chungae mengemas semula barang-barang. Di hujung matanya, dia masih boleh melihat Hanbin sedang berborak dengan rakan-rakannya.

 

 

Dengan tiba-tiba, Chungae teringat balik kenangannya bersama Sehun. Silapnya kerana tersalah faham tentang situasi itu, silapnya kerana lari, silapnya kerana jatuh cinta dengan Sehun.

 

“Makcik, makcik dah siap kerja. Jom keluar dengan saya.”


please wait for the next update :) love you guys who subscribed, upvoted and commented <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nadiah_kpopperz
#1
KYAAAAAA ♥♥ UPDATE LAGIIII XD DAEBAKKK
HanbinKim11
#2
Chapter 2: yahhh !!! palli updatee !!!
i can't waittt !!!
hanbiinn !! Kim hanbin !!! make me crazyy
wooo cite nii gilaa besttt
i'm support youu !!
palli updtae
Jelly_Warrior
#3
Chapter 1: Mcm menarik je..cant wait for the next update^^
blondesakura
#4
Chapter 1: Woah. I didnt expect that :/ :"( sobs