oo1

Sayangku, Tunggu Sebentar

"Sehun."

Chungae berbisik sendirian sambil mengeringkan rambutnya. Matanya pula masih memandang cermin, seperti beribu ulang tayang bermain di fikirannya. Sehun. Nama itu tidak berhenti berlegar di ruang mindanya, seolah-olah Sehun masih disitu, disisinya sambil tertawakan dirinya yang sedang bingung. Aura yang dirasakan di kedainya petang tadi masih lagi tidak hilang, dia masih teringat bagaimana budak lelaki itu berbicara, tertawa dan tersenyum seperti Sehun walaupun tiada persamaan langsung secara fizikalnya.

Chungae menepuk-nepuk pipinya, dia berharap dia tidak bermimpi yang dia berjumpa dengan anak muda tadi. Tiba-tiba, kenangan pahit yang sudah berbelas tahun dipendam dan dilupakan kembali semula menghantui mindanya.

"Aku main-main je dengan Chungae tu. Mana ada masa aku nak layan perempuan macam tu." Chungae saksikan semua gerak-geri Sehun, dari senyum sinis yang diberikan kepada kawan-kawannya kepada bibirnya yang berkata-kata. Kata-kata yang dikeluarkan seperti pisau yang menghiris hati Chungae, mengetuknya sehingga ia retak seribu.

"Dahlah, aku nak pergi dulu." Sehun bangun dari tempat duduknya di dalam kelas yang hanya ada dia bersama rakan-rakannya itu, lalu dia menuju ke pintu. Alangkah terkejutnya Sehun, melihat orang yang paling dia cuba elakkan daripada mendengar perbualannya tadi, sedang berdiri di hadapan pintu kelas itu dengan senyuman tetapi air matanya mengalir deras. Sehun tidak dapat membaca riak wajahnya, apakah dia dengar apa yang dibicarakan?

"Terima kasih sebab jujur." Chungae menundukkan kepalanya, lalu dia mengambil langkah seribu, gegas dia berlari keluar dari bangunan. Tanpa diduga Sehun, kata-kata yang dianggap gurauan untuk menghiburkan hati kawannya telah pun menyakiti hati orang yang paling dia sayang di dunia.

Tanpa membazirkan masa lagi, Sehun berlari sedaya upayanya walaupun kudratnya tak mampu untuk berlari seperti sebelum ini. Nafasnya seolah-olah disekat, dia tak mampu kehilangan gadis yang disayanginya.

Sehun berlari sehingga dia terpandang Chungae yang sedang menyumbat fon telinganya lalu melintas jalan, dengan sepantas kilat Sehun cuba berlari mengejar cintanya yang semakin jauh dari matanya.

*bang*

Bunyi hon kereta dan suara orang menjerit memenuhi kawasan jalan itu, dan disitu Chungae berjalan tanpa menghiraukan apa yang berlaku dibelakangnya. Orang awam berpusu-pusu menuju ke jalan raya, tetapi Chungae hanya terus berjalan dan berjalan pulang ke rumahnya dengan air mata berlinangan. "Dia mesti dekat sekolah tengah gelakkan aku." Chungae mengeluh lalu memasuki rumahnya.

"Chungae!" ibunya yang mendengar bunyi pintu depan terbuka terus berlari menuju ke arahnya. "Kenapa, ibu?" soal Chungae.

"Jangan sedih ya, Chungae" ibunya berkata sambil menggosok-gosok belakangnya, dan dia hanya mampu mengangkat keningnya, bingung dengan apa yang sedang berlaku. Kenapa ibu secara tiba-tiba jadi macam ni? Ibu tak sihat ke? Atau ibu tengok drama pelik lagi?

"Sehun." ibunya memeluk rapat anaknya. "Dia dah pergi, dia dah mati dalam eksiden tadi."

Dengan bunyi yang kuat, Chungae jatuh terduduk ke lantai. Menutup mukanya dengan tapak tangan sambil mengalirkan air mata menyesal. Baru sebentar tadi dia bertemu Sehun yang tersenyum dengan rakan-rakannya, dan sekarang dia dah pergi tinggalkan Chungae.

"Mak Sehun telefon ibu tadi. Dia cakap selepas dia kena langgar tu, orang bawa dia pergi hospital tempat mak dia kerja, tak sampai lima minit, dia dah pergi. Chungae, bersabar ya, nak." ibu Chungae mengusap kepalanya kembut.

"Sehun." Chungae berbisik lagi. Chungae tidak habis menyalahkan dirinya sendiri, mungkin kalau dia tidak lari hari itu, Sehun tak akan mati, dia tak akan pergi, dah semestinya dia akan berada disisi Chungae disaat dia sedih, di saat dia gembira. Tapi, Tuhan telah menentukan takdir untuk kita semua, dan takdir Sehun ialah untuk pergi dari dunia ini.

"Kau akan kembali, Sehun."


just a beginning, hope it's okay :)
Please support me :)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nadiah_kpopperz
#1
KYAAAAAA ♥♥ UPDATE LAGIIII XD DAEBAKKK
HanbinKim11
#2
Chapter 2: yahhh !!! palli updatee !!!
i can't waittt !!!
hanbiinn !! Kim hanbin !!! make me crazyy
wooo cite nii gilaa besttt
i'm support youu !!
palli updtae
Jelly_Warrior
#3
Chapter 1: Mcm menarik je..cant wait for the next update^^
blondesakura
#4
Chapter 1: Woah. I didnt expect that :/ :"( sobs