Peralihan

The Portrait's Bloodline II
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]Peralihan[/CONTENTID1]

 

[CONTENTID2]Tubuh Ai yang terlantar atas katil itu ditatapi oleh kakaknya, Iva. Dia menyilangkan tangan ke dada lalu menyandarkan tubuh pada dinding bersebelahan dengan tingkap. Enam tahun telah pun berlalu, namun, sekembalinya Ai ke tanah air, dia langsung tidak mengangkat telefon apa lagi membalas mesej daripadanya. Iva bingung dengan sikap adiknya itu. Ai telah banyak berubah sejak insiden enam tahun yang lalu itu – sejak kematian Venelisa.

 

"Degil betul budak ni," Dia menjegilkan matanya ke arah Ai yang masih tidak sedarkan diri itu. "Tunggulah nanti bila Pak cik Hoon sampai. Siap kau," Kali ini, bibirnya pula menjadi mangsa, digigitnya sampai merah. Dia menghembuskan nafas panjang dan kejadian dua malam yang lalu menerpa ke dalam ruang ingatannya. 

 

 

Iva sedang sibuk menyiapkan proposalnya; perhatiannya disambar bunyi daripada loceng apartment miliknya. Anak matanya menjeling ke arah jam pada sudut bawah kanan laptopnya. Dengan spontan tangannya membetulkan kaca mata tebalnya itu. 

 

“3 o’clock? Hmph, sapa lah yang datang malam-malam buta ni,” omelnya sendirian.

 

Jari-jemarinya sedang liat menaip sehinggalah suara seseorang yang dikenali menerjah gegendang telinganya. Sejurus selepas itu, kakinya mengatur langkah dengan pantas ke arah pintu.

 

Jantungnya terhenti ketika pintu itu terbuka. Mata dan mulutnya terbuka luas memerhatikan jejaka tampan yang bertandang di hadapan pintu melirikkan mata ke arahnya.

 

"Maaf kerana datang pada waktu begini tapi Melisa..." Jejaka itu mengalihkan anak mata ke arah gadis yang sedang didukungnya itu.

 

Bukan main terperanjat lagi Iva melihat adik perempuannya, Ai, bersentuhan kulit dengan jejaka tampan yang tampak 'familiar' itu. Fikirannya buntu serta-merta, dia ingin berkata sesuatu namun sebelum sempat dia berkata apa-apa, jejaka tersebut terus menyerbu masuk ke dalam ruangan tamunya yang berselerak itu.

 

“Yah! Ap-Apa se-semua ni?” Lain pula kata-kata yang terungkap daripada mulutnya. Terus, dia menepuk dahinya disertai dengan gimik muka sepuluh sen-nya itu.

 

“Aku Shinn.” Jejaka tadi memperkenalkan dirinya. Lantaran itu, Iva terus menekup mulutnya. "Ow.My.Gawd." getus hatinya.

 

Tangannya membetulkan kaca mata lalu dia memusatkan pandangannya kepada jejaka yang menggelar dirinya Shinn itu. Enam tahun tidak ketemu, ternyata dia menjadi semakin hansem. 

 

“Bilik Melisa ada kat mana?” Soal Shinn. Anak matanya menerokai setiap penjuru rumah.

 

Iva segera mengalihkan pandangan ke arah Ai yang tidak sedarkan diri itu. Seribu persoalan terpahat pada wajahnya, matanya pula tidak berkebil-kebil memandang ke arah Shinn.

 

“Ai? Kenapa dia boleh bersama dengan awak? Oh wa-wait! Apa yang telah berlaku?” Entah apa-apa yang disoalnya itu. Hatinya turut berasa tidak selesa mendengar Shinn memanggil Ai dengan panggilan Melisa. Seingat dia, sepanjang pengenalan mereka, dia tidak pernah mendengar Shinn menggelarkan seumpama itu. Dengan tidak semena-mena, perasaan curiga pula menaungi sanubarinya.

 

“A-Awak ber-berdua?” Dia menelan liurnya, jari telunjuknya berpindah randah di antara mereka berdua. Bermacam-macam yang hinggap dalam ruang benaknya ketika itu.

 

“Aku jumpa Melisa tidak sedarkan diri di tempat persemandian Ven,” Shinn menyusun tutur katanya dengan sopan. Matanya terpaku ke arah Ai pada sepanjang masa. 

 

Iva mengangkat keningnya dan bertanya, “Huh? Ai pengsan di kubur Ven?! Wh-What?!” Matanya bagai hendak tersembul keluar memandang Shinn. Jawapan daripada Shinn itu tidak lengkap kedengaran pada telingannya, dia mahukan penjelasan yang lebih.

 

Perlahan-lahan Shinn menoleh ke arah Iva sambil mengukir senyuman yang mempersonakan. “Iva, awak ni langsung tak berubah. Masih lagi dengan sikap ragu-ragu awak tu.” Shinn tersenyum lagi. Dia mengamit kisah lalu mereka, yang mana Iva menuduh dia dan Ven berkelakuan tidak senonoh dalam kawasan sekolah.

 

Hati Iva berbunga-bunga dek tatapan senyuman indah daripada Shinn itu. Degupan jantungnya  yang semakin rancak berpesta itu mengunci bibirnya daripada terus menyoal.

 

 

Dua hari satu malam terlah berlalu dan Ai masih lagi terlantar di atas katilnya, bak puteri beradu. Iva baru sahaja kembali daripada mengiringi doktor yang datang merawat Ai pada pagi itu. Menurutnya, tiada apa-apa yang tidak normal melalui pemeriksaannya terhadap Ai.

 

Iva menghela nafas yang panjang seraya memusatkan pandangannya kepada Ai. “Melisa Ai, apa yang tak kena dengan kau ni? Jangan buat aku risau boleh tak? Aku ingatkan tempoh enam tahun itu cukup untuk. Ugh,” Pada masa yang sama, dia terbayang-bayangkan keadaan Ai sewaktu Ven meninggal dunia. Bagai dunia nak kiamat tahap kesedihannya itu. "Mungkin Ai tidak pernah bercadang untuk lupakan Ven." Wajahnya berubah menjadi suram. "Entah bagaimana dia hidup dalam tempoh 6 tahun ini," Matanya berkaca-kaca mengingati kisah silam di antara mereka berempat itu – dia, Ai, Ven dan juga, Shinn.

 

Segala-galanya berubah setelah Ven meninggal dunia.

 

"Kesan yang Ven tinggalkan kepada kami semua..amat dalam" bisiknya sambil menghela nafas dalam.

 

Perlahan-lahan, dia memalingkan tubuhnya menghadap ke arah tingkap. Pandangannya dilontarkan jauh ke langit biru yang dihiasi awan-awan yang berbagai rupa. “Aku pun turut merindui kau, Venelisa. Wherever you are, please be happy..."

 

Secara luarannya, Iva seorang yang bersifat tegas namun dalamannya, hanya Tuhan saja yang tahu. Pertemuan dengan adik-beradik San membuatkan dia sedar bahawa hidup hanyalah sementara. Tidak kira berapa lama masa berlalu, hakikatnya perasaan mereka kekal seperti dahulu – tersimpan rapi dalam hati si pemikir. Ketika dia mulai menanam perasaan suka terhadap Venelisa, gadis itu pergi buat selama-lamanya. Malah, dia langsung tidak berkesempatan untuk meminta maaf terhadapnya atas salah faham yang telah timbul di antara mereka.

 

"Aku minta maaf Ven." ucapnya perlahan.

 

Ketika orang itu masih berada di samping kita, tidak pernah terlintas dalam hati kita untuk memperbetulkan hubungan yang renggang. Jauh dalam lubuk pemikiran kita, kita masih memiliki banyak masa dan justeru itu, kita tangguh lagi dan tangguh sehingga hembusan nafas yang terakhir.

Orang itu telah pergi dan kata-kata yang ingin diluahkan dahulu bersarang dalam hati, sekali sekala akan hinggap dalam fikiran dan sanubaru kita sehingga mendatangkan perasaan bersalah yang tidak berpenghuju

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shinee1412
#1
Pls update <3