Prolog

The Portrait's Bloodline II
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]Prolog[/CONTENTID1]

[CONTENTID2]

Shinn mengerutkan dahinya; dia merenung jauh ke arah sebuah Potret yang tersergam indah dalam ruangan tersebut. Tidak jauh daripada tempatnya berdiri, Tuan Akira duduk di sebuah kerusi antik, beliau meneguk wain pada tangannya sambil tertawa kecil melihat wajah Shinn yang seolah-olah berada dalam awangan mimpi itu. 

 

"Hmph..." getusnya perlahan. 

 

Shinn maju setapak ke hadapan, memerhatikan Potret lagenda yang sejak kecil lagi sudah menjadi perbualan rancak suku kaumnya yang digelar, Castled , itu. Beberapa saat kemudian, dia melangkah setapak lagi ke hadapan sambil memusatkan anak matanya ke arah Potret tersebut namun, tidak kira berapa kali dia cuba menghayatinya, yang disaksikannya cuma bingkainya sahaja.

 

'Potret? Potret-nya mana?' fikirnya sendirian. Lalu, dia mengalihkan pandangannya kepada Tuan Akira yang tersenyum sinis melihatnya itu. 

 

"Aku tidak melihat apa-apa pun kecuali bingkainya! Adakah ini suatu gurauan? Potret?! Mana Potretnya?!" Dia mendengus dengan marah. Seakan-akan menahan tawanya yang terpendam lama itu, akhirnya Akira bingkas bangun dan bertindak menekan perutnya seraya tertawa terbahak-bahak. 

 

Shinn membulatkan matanya. Wajahnya yang tadinya tampak kacak itu tiba-tiba berubah; dalam sekelip mata saja penampilannya bertukar menjadi seorang jejaka berpakaian 'gothic' zaman dahulu kala serta terpancar aura kuning keemasan daripada tubuhnya yang sasa itu. Ruangan kamar tersebut menjadi terang-benderang ekoran daripada auranya itu.

 

"Mana Potret tu?" Suaranya yang garau itu bergema di seluruh ruangan kamar tersebut. Bukan itu saja, malahan ruangan tersebut bergegar dengan sendirinya seolah-olah diserang gempa bumi yang amat dahsyat.

 

Senyuman yang menghiasi wajah Akira sebentar tadi lenyap daripada permukaan wajahnya. Meskipun begitu, kekecohan yang sedang berlaku dalam kamar itu seolah-olah tidak memberi impak kepadanya, malah, dengan bersahaja dia meneguk wain pada tangannya. 

 

"Shinn...Shinn...Shinn..." ucapnya dengan nada yang berbaur cemuhan. Dia me

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shinee1412
#1
Pls update <3