Stage 5

From Me For You .

Luhan kelihatan tidur lena disisi sambil menggengam erat tangan miliknya. Wajah mulus itu ditatap lama sebelum dia menarik perlahan tangannya daripada genggaman abangnya.

Perlahan-lahan Miu turun dari atas katil menuju ke arah almari kecil yang terletak di satu sudut. Miu mengeluarkan satu tabung kecil berbentuk arnab dan juga sebuah buku tulis berserta kelengkapan menulis. Kemudian dia naik semula keatas katil. Tabung tersebut berat kerana dipenuhi duit-duit syiling yang dikumpulnya sejak dulu lagi.

Mungkin kerana terlalu penat, Luhan tidak menyedari segala kelakuan Miu.

 

                 

Dengan hanya bercahayakan sinaran bulan melalui tingkap, Miu menulis sepucuk surat yang ditujukan khas kepada abangnya.

Surat yang penuh dengan kata-kata yang ingin diucapkan kepada abangnya.

Miu dapat merasakan ini adalah saatnya. Ini adalah masanya.

Memikirkan yang dia akan berpisah dengan abangnya, air mata Miu mengalir membasahi pipinya. Sungguh dia sangat menyayangi abangnya.

Sejak kecil lagi, Luhan sentiasa berada di sisinya tidak kira dalam keadaan apa sekali pun. Tidak akan meninggalkan dirinya sendiri. Walaupun selepas Luhan menjadi penyanyi, jejaka itu kekal di sisinya. Kasih sayang yang diberikan tidak pernah sekali pun dirasakannya berubah. Malah bertambah padanya.

Selesai menulis, Miu melipat kemas surat tersebut lalu disimpankan di bawah tabung arnab kecil itu.

Dia kembali berbaring di tempatnya tadi. Kali ini, dia pula yang mengenggam erat tangan abangnya.

Sakit di dada terasa amat pedih sekali. Sukar untuk dibayangkan bagi kanak-kanak berumur 7 tahun sepertinya. Semakin kuat sakit dirasakan semakin deras air matanya mengalir. Dia juga merasakan sukar untuknya bernafas. Namun begitu, tiada suara yang keluar dari mulut Miu. Dia sedaya-upaya menahan suaranya agar tidak membangunkan Luhan.

Perlahan-lahan matanya tertutup dan genggaman tangannya semakin longgar dan akhirnya jatuh. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
myomie #1
Chapter 7: baekhyun (^ω^)
PurpleSkyLove
#2
Im sure u are here bcz of Luhan. Hehehe .. Subscribe2 . :D
KarraAriana
#3
omg MALAY?? this gonna be the first malay fics i've ever read if i subscribe to this.. hmm... XD