Stage 4

From Me For You .

 

Tangisan kecil Baekhyun kedengaran ketika Luhan mendekatinya.

Jejaka 22 tahun itu sedang duduk menangis berdekatan sebatang pokok di taman belakang hospital tersebut. Perlahan-lahan Luhan duduk di sebelahnya.

Baekhyun menoleh kearah Luhan. Serentak itu, tangisannya turut berhenti. Tetapi sedunya masih ada.

Luhan tersenyum kearah Baekhyun dan kemudiannya mengangguk. Sejurus itu juga tangisan Baekhyun bersambung semula.

Hyung ...” Panggilnya dalam tangis sambil meletakkan dahinya di bahu Luhan. Lagaknya tiada beza pula dengan Miu.

Luhan hanya mengangguk sambil menepuk perlahan bahu Baekhyun.

Bukannya dia tidak tahu hal berkaitan adik Baekhyun yang telah meninggal dunia 2 tahun lalu. Pasti hal tersebut yang menyebabkan Baekhyun menangis lagi.

Setahu Luhan, adik Baekhyun turut menghidap penyakit jantung kon sama seperti yang dialami oleh Miu ketika ini. Malangnya adik Baekhyun tidak dapat bertahan lama dan meninggal ketika dalam proses rawatan. Tambah teruk lagi ketika itu Baekhyun tiada di sisi adiknya kerana dia sibuk membuat persediaan debut untuk menjadi seorang penyanyi. Mungkin ini jugalah punca mengapa Baekhyun ambil endah tak endah dengan kariernya sebagai seorang penyanyi ketika ini. Penyesalan yang tiada sudah dan mengingatkannya kembali kepada kepahitan.

Namun kehadiran Miu seolah-olah memberikan Baekhyun peluang kedua untuk menebus kesalahannya. Jadi tidak hairanlah sekiranya Baekhyun memberi perhatian yang sama terhadap Miu seperti mana dirinya.

Miu mengingatkan Baekhyun kembali kepada adiknya itu.

Petang itu, Baekhyun terpaksa pulang memandangkan dia mempunyai schedule pada malamnya. Ikutkan hati jangan harap Baekhyun ingin melangkah pergi dari bilik 708 itu. Dia lebih rela menghabiskan masanya bersama Miu daripada ditemu ramah oleh si cantik manis.

Baekhyun menoleh kearah Miu sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Dilihatnya gadis kecil itu menoleh kearahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Dahi Baekhyun berkerut. Entah kenapa dia berasa berat hati untuk melangkah pergi. Hatinya gelisah dan risau. Dia risau sekiranya sesuatu terjadi kepada Miu. Tapi apakan daya. Mahu atau tidak, Baekhyun terpaksa juga pergi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
myomie #1
Chapter 7: baekhyun (^ω^)
PurpleSkyLove
#2
Im sure u are here bcz of Luhan. Hehehe .. Subscribe2 . :D
KarraAriana
#3
omg MALAY?? this gonna be the first malay fics i've ever read if i subscribe to this.. hmm... XD