Stage 3

From Me For You .

Luhan mengenggam erat kedua belah tangannya. Matanya dipejam rapat sambil dia menggigit bibir bawahnya. Air matanya laju mengalir membasahi pipi. Raungan dan tangisan Miu yang kedengaran dari dalam bilik 708 sungguh menyeksa dirinya.

“Adik, bertenang dik. Tak sakit ni. Sekejap saja.” Pujuk jururawat tersebut sambil memegang tangan Miu yang melayang tanpa arah memukul orang disekelilingnya. Sementara itu, Dr Song meneruskan tugasnya menyuntik dan kemudiannya memasang tiub ke lengan Miu. Ekpresinya kosong seolah tiada perasaan.

“Tak! Awak tipu! Lepaskan saya! Oppa!!”

Jeritan Miu meluluhkan hati Luhan.

Baekhyun yang berada di situ turut bersimpati. Dia juga merasakan apa yang dirasakan oleh Luhan. Penumbuknya digenggam. Entah mengapa dia berasa marah.

Hyung, apa yang dorang buat tu? Kenapa Miu menangis teruk begitu?” Soal Baekhyun sambil meluru kearah pintu bilik 708.

“Tolong Baekhyun. Mereka tengah lakukan apa yang sepatutnya.” Kata Luhan sambil menghalang pemuda panas baran itu.

“Tapi hyung ...”

“Baekhyun ...” Panggilan Luhan kedengaran sayu. Seolah-olah merayu.

Pandangan mereka bertaut seketika sebelum Baekhyun berpaling kearah lain lalu menendang pasu bunga yang terdapat di situ bagi melepaskan perasaan geramnya. Dia tidak suka mendengar suara Miu meraung sebegitu. Dia tidak suka melihat gadis kecil itu diperlakukan sebegitu. Sungguh dia sangat tidak menyukainya! Raungan dan tangisan itu mengingatkannya kembali kepada si kecil yang sama seperti Miu namun kini telah tiada lagi di dunia ini.

Si kecil itu juga menghidap penyakit yang sama seperti Miu. Umurnya juga ketika itu sama seperti Miu. Oleh sebab dia terus membiarkan mereka itu ‘menyakiti’ si kecil membuatkan si kecil pergi meninggalkannya. Selama-lamanya.

Tak! Bukan salah mereka! Semuanya salah awak!

Baekhyun terduduk lemah di atas kerusi.

Si kecil miliknya telah tiada. Satu hakikat yang pedih untuk di akui.

 

                                                                                                                *****************************

 

Luhan mengusap lembut rambut Miu. Adiknya itu kelihatan lena selepas penat ‘bertarung’ sebentar tadi. Bulu matanya masih basah akibat air mata yang mengalir. Lengan  Miu kini ditebuk dengan satu saluran yang menyambungkannya dengan satu bungkusan kecil tergantung yang dipenuh air. Dapat Luhan melihat kesan lebam di lengan gadis kecil itu. Perasaan bersalah tiba-tiba menyelubungi dirinya.

Baekhyun yang berdiri di sebelah kanan Miu hanya merenung gadis kecil itu. Baju berwarna merah jambu yang dipakai Miu ketika itu adalah baju pemberiannya sewaktu hari jadi Miu tahun lalu. Ketika itu dia, Luhan dan juga ahli Exo yang lain menyambut hari jadi Miu di rumah Luhan. Masih segar di ingatan Baekhyun wajah gembira Miu saat itu.

“Baekhyun..”

Baekhyun mengalihkan pandangannya kearah Luhan. Jejaka itu setia di sisi adiknya. Menggengam erat tangan adiknya.

“Dah lewat ni. Awak tak balikkah?” tanya Luhan. Matanya sembab dan layu.

Baekhyun menggeleng laju.

“Pergilah balik. Nanti manager hyung cari awak.” Kata Luhan lagi.

“Saya bagitau manager yang saya balik kampung.” Jawab Baekhyun.

“Baekhyun, jangan degil boleh tak?” Suara Luhan sedikit meninggi namun tetap perlahan. Geram dengan sikap degil Baekhyun.

Baekhyun menggeleng lagi. Tekad! Luhan merenung jejaka 22 tahun itu.

“Lantak awaklah.” Kata Luhan. Akhirnya mengalah dengan sikap degil Baekhyun.

            Sejak itu, Baekhyun dan Luhan menjadi peneman setia Miu. Mereka bertiga sentiasa bersama. Gembira, ketawa bersama. Ada masanya ahli Exo yang lain juga turut datang memeriahkan suasana. Semestinya kedatangan mereka turut meriuhkan suasana hospital dan kawasan sekitar.

Keadaan Miu kelihatan lebih ceria dengan kehadiran Baekhyun. Gadis kecil itu lebih banyak menghabiskan masanya bermain dengan Baekhyun. Memudahkan Luhan untuk menumpukan pada kariernya memandangkan dia kini kembali muncul di kaca TV. Kerja perlu diteruskan bagi menampung kos pembiyaan rawatan adiknya.

“Macam-mana? Ok?” Soal Luhan kepada Baekhyun dan Miu yang sedang tercenggang melihat kearahnya. Skrip drama dipegang kemas di tangan kiri.

Baekhyun dan Miu berpandangan sesama sendiri sebelum kembali memandang Luhan lalu menggeleng sambil memuncungkan mulut mereka.

“Ehh?? Yakah? Aish~” Luhan mengurut belakang lehernya. Otaknya ligat berfikir cara terbaik untuk dia melakonkan scene tersebut.

“Eyyy, hyung, bagi aku tengok.” Baekhyun merampas skrip drama dari tangan Luhan. Kemudian dia membaca sambil meneliti dialog tersebut. “Apa yang hyung susah sangat ni. Tengok cara aku.” Sambung Baekhyun lalu menuju kearah Miu. Luhan hanya melihat sambil berpeluk tubuh dan bersandar di dinding.

Tangan kecil Miu digenggam lembut. Kemudian dia mendongak memandang Miu. Entah kenapa saat itu wajah Miu tiba-tiba berubah menjadi wajah si kecil miliknya. Serta-merta mengundang perasaan sedih dan bersalah ke dalam diri Baekhyun. Reaksi wajahnya turut berubah.

“Saya ... minta maaf.” Katanya. “Saya ... minta maaf.” Ulangnya lagi. Suaranya tenggelam timbul. “Saya tak sepatutnya biarkan awak. Saya sepatutnya lindungi awak. Maafkan saya kerana tidak dapat tunaikan janji saya pada awak. Saya bersalah pada awak. Saya ... tolong beri saya peluang kedua untuk buktikan yang saya akan lindungi awak. Saya akan tunaikan janji saya pada awak. Hanya, tolong kembali pada saya. Jangan tinggalkan saya.”

Kening Luhan berkerut. Adakah Baekhyun sememangnya mempunyai bakat lakonan yang terpendam? Entah kenapa dia merasakan lakonan Baekhyun benar-benar menjadi. Dialog yang diucapkannya itu kedengaran sangat jujur dan tulus.

Pandangan Miu dan Baekhyun bertaut lama. Dia hanya melihat jejaka di hadapannya itu perlahan-lahan menitiskan air mata. Luhan tidak mengetahuinya memandangkan Baekhyun membelakanginya.

Pantas Baekhyun bangun dan keluar membawa diri. Gelagatnya membuatkan Luhan bertambah hairan.

Oppa..” Panggil Miu membuatkan Luhan berpaling. “Baekhyun oppa .... menangis.” Sambungnya lagi.

Bulat mata Luhan mendengarnya.

Apa?! Nangis?! Takkanlah ...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
myomie #1
Chapter 7: baekhyun (^ω^)
PurpleSkyLove
#2
Im sure u are here bcz of Luhan. Hehehe .. Subscribe2 . :D
KarraAriana
#3
omg MALAY?? this gonna be the first malay fics i've ever read if i subscribe to this.. hmm... XD