Stage 6

From Me For You .

Seawal jam 4 pagi lagi Dr. Song dan juga beberapa orang jururawat yang sedang bertugas bergegas menuju ke bilik 708. Mereka semua sibuk mengerumuni sekujur tubuh kecil yang sedang terkulai tidak bermaya di atas katil.

Pelbagai alat dan wayar kini terpasang di badan kecil itu. Alat penafasan juga melekat di wajahnya. Menutupi hidung dan mulutnya. Matanya kini terpejam rapat. Badannya kini menjadi kaku tanpa sebarang pergerakan.

Luhan yang berada di luar menjadi tidak tentu hala. Ke sana ke mari. Mundar mandir.

Dalam fikirannya, dia hanya mahu adiknya selamat. Kembali tersenyum kepadanya.

Surat dan juga tabung arnab yang ditemuinya di atas meja dipeluk erat. Air matanya semakin laju apabila melihat barang milik adiknya itu.

Tidak dia menyangka rupanya itulah yang difikirkan oleh Miu selama ini. Mengapa dia tidak pernah tahu?

Luhan menjadi geram sendiri.

Kepada Oppa,

            Saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi peneman Miu selama ini. Walaupun ketika mak dan ayah masih ada, hinggalah saat mereka meninggalkan kita, Oppa tetap berada bersama Miu. Oppa sememangnya yang terbaik! Tak pernah lelah dan lesu menjaga Miu.Tak pernah sekali pun mengeluh. Hanya Miu saja yang selalu melawan dan merajuk tiada tempat. Maafkan Miu atas semua kelakuan yang menyusahkan. Miu sangat bersalah.

            Surat ini Miu tulis untuk Oppa sebab Miu tahu yang lepas ni Miu takkan dapat katakan semua ni lagi. Oppa, Miu dapat rasakannya. Masanya telah tiba. Semalam Miu mimpikan Mak. Mak janji yang mak akan datang jemput Miu malam ni. Miu akan ikut mak pergi walaupun Miu berat hati. Miu tak nak susahkan Oppa lagi. Oppa pun perlu jalani kehidupan macam orang lain. Bukannya terperuk bersama Miu di sini.

            Seperti yang Oppa selalu nasihatkan Miu untuk menabung, Miu serahkannya kepada oppa. Hasil tabungan Miu. Tak banyak sebab Miu hanya menabung bila oppa beri Miu duit belanja. Dan duit belanja Miu hanya dapat ketika pergi sekolah. Miu tak banyak pergi ke sekolah. Hanya ini saja yang mampu Oppa.

            Oppa tolong jangan sedih. Miu tak suka lihat oppa sedih. Oppa bergembiralah. Miu takkan kacau Oppa lagi lepas ni. Tapi Miu pasti akan rindukan oppa.

            Oppa, jaga diri.

 

Luhan terduduk setelah selesai membaca surat tersebut. Dia memeluk tubuhnya sambil menggeleng. Cuba menidakkan semua kenyataan yang baru diterimanya.

Miu .. mengapa ?? Mengapa? Tolong jangan tinggalkan oppa. Oppa tak boleh hidup tanpa kamu Miu. Tolong kembali sayang. Oppa perlukan kamu. Tolonglah ....

 

Tutttt .....

Segala pergerakan Dr. Song terhenti setelah mendengar bunyi tersebut. Bunyi itu menandakan yang nadi pesakitnya telah terhenti.

Tak! Tak boleh! Jeritnya dalam hati dan terus mendapatkan tubuh kecil itu. Ditekan dada si kecil berkali-kali agar denyutan nadinya dapat dikembalikan.

 

Miu, tolonglah ...

 

Oppa?” Miu berpaling ke belakang. Tetapi tiada siapa di sana. Kosong dan sunyi. “Mak, saya dengar suara Oppa.” Katanya.

Wanita berpakaian serba putih yang Miu panggil sebagai Mak itu hanya tersenyum. Wajah wanita itu kelihatan sangat tenang. Tetapi anak kecil itu kelihatan sangat gelisah. Suara abangnya yang memanggil dirinya kedengaran jelas di telinga.

“Mak, oppa panggil Miu. Kenapa oppa menangis? Mak, mari kita jumpa oppa.” Ajak Miu sambil menarik tangannya agar terlepas dari genggaman wanita tersebut. Saat itu air matanya kembali laju menitis membasahi pipinya.

“Kamu sedar sekarang, Miu?” Soal wanita tersebut. Masih tidak melepaskan genggaman tangannya. Miu mendiamkan diri.

“Luhan sangat perlukan kamu, sayang.” Sambung wanita itu lagi.

 Wanita itu kemudiannya melutut di hadapan Miu lalu memeluknya dengan lembut. Buat sekian kalinya Miu dapat merasakan kasih sayang seorang ibu. Dia sangat rindukan ibunya.

“Kasih sayang yang Luhan berikan kepada kamu tidak akan pernah setanding dengan kasih sayang yang kami berikan, Miu. Kamu adalah segalanya bagi Luhan.”

“Tapi mak, kalau Miu tak pergi, Miu hanya akan menyusahkan oppa. Miu tak boleh kembali! Miu akan tetap ikut mak!”

“Sayang ...” Wanita itu mengusap lembut pipi Miu. “Pergilah kembali ke tempat Luhan. Luhan perlukan kamu ... dan begitu juga kamu. Belum masanya lagi untuk kamu ikut Mak, sayang. Belum masanya lagi.”

Miu merenung wajah wanita dihadapannya itu sedalam yang mungkin.

“Pergilah ... balik ke tempat sepatutnya kamu berada.”

 

Tuttt ................ tuttt . tuttt .tutt ...

Dr Song mendongak menoleh kepada mesin di tepi katil itu. Garisan hijau yang sedari tadi asyik memaparkan garisan lurus kini mula menampakkan pergerakan turun naik. Seraya itu Dr Song menarik nafas lega. Lega kerana pesakit kecilnya itu telah kembali.

Sekarang, semuanya telah kembali seperti sedia kala. Bisik hati  Dr Song.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
myomie #1
Chapter 7: baekhyun (^ω^)
PurpleSkyLove
#2
Im sure u are here bcz of Luhan. Hehehe .. Subscribe2 . :D
KarraAriana
#3
omg MALAY?? this gonna be the first malay fics i've ever read if i subscribe to this.. hmm... XD