s a t u.

r a i n /discontinued

 ☁☁☁[ satu ]

22/3/13

"Sehunnnnn! Oi tunggu!" jerit Chanyeol.

Aku berhenti, menunggu Chanyeol yang sedang berlari ke arah ku. Hm persis kijang yang sedang dikejar singa.

Chanyeol memaut bahuku sebelum menggosok rambut ku, dengan ganas.

"Wei!!"
Chanyeol gelak.

Kening ku terangkat; pelik je mamat ni, macam happy sangat.

Ah dia memang pelik pun. Dan sentiasa ceria.

"Kau nak ke mana?"
"Library. Suho hyung suruh jumpa kat sana."

Kami meneruskan perjalanan ke perpustakaan kampus. Sedang kami ke sana, Xiumin dan Baekhyun hyung sertai kami.

Chanyeol yang tadi happy makin extra-extra happy apabila berjumpa dengan bff dia; Baekhyun. Ngalahkan pompan bisingnyer, mereka berdua ni.

 Aku menggeleng sebaik sahaja melihat telatah mereka berdua. Xiumin hanya mampu tersenyum simpul.

Kami sampai ke perpustakaan dan selepas tertinjau-tinjau mencari member yang lain, kami ke sudut belakang tingkat ke-3. Di mana 8 orang lelaki sedang menunggu.

"Hey guys!"

Hampir serentak semua mata mencerlung ke arah Chanyeol.

Chanyeol senyum kambing, "Maaf."

Kris menjulingkan matanya ke siling perpustakaan.

Kami berempat mengambil tempat duduk masing-masing. Luhan menyiku ku sebelum menunding ke arah Kyungsoo. "Ada orang tadi terima surat cinta~" ujarnya, tersenyum mengusik.

"Siapa?!" tanya Baekhyun dan Chen, serentak.

Uish, mamat berdua nilah. Dahlah pitching tinggi.

Kai mencelah sambil mata menjeling Kyungsoo, "agak-agak siapa..."

Wajah Kyungsoo bertukar warna. "Diamlah kau" gerutunya dengan wajah merah padam.

Ketawa pecah beramai-ramai. Namun segera terhenti apabila Suho menjeling tajam. Aigoo, ini omma haa manyak disiplin woo.

Sedang yang lain sambung terkekeh ketawa, seseorang menyapa Kyungsoo dan oleh kerana aku duduk sebelah Chanyeol maka penglihatan ku terhalang.

"Heyya Soo. Mana makwe kau?"

11 buah kepala berpaling ke arah gadis itu. Ekspresi di wajah Kyungsoo menunjukkan yang rahsianya sudah terpecah.

"MAKWE?!?!"

Kyungsoo menutup mukanya dengan buku yang sedang dibaca.

"Opss" ujar si gadis yang memakai cardigan kuning dari benang kait. Aku merenung gadis itu seketika. Macam pernah nampak. Tapi kat mana?

"Eh Ana betul ke ni?!" tanya Lay.

"Anastasia Kim kenapa tak bagitau kami?!!" marah Chen.

"Yeke Ana? Katakanlah ia tidak benar! Katakanlah!" desak Kai. Dramatis.

Oh nama dia Anastasia Kim, nickname Ana. Hm Kai tak panggil dia noona maka dia sebaya dengan aku. Hmm menarik ni. Wait kenapa aku kumpul maklumat pasal dia pulak ni?!

...sebab dia comel hehe. Oh diamlah suara kecil yang ada dalam kepala aku ni!

"Siapa tu?" aku mencuit-cuit Tao sambil memuncungkan bibir ke gadis-bernama-Ana yang sedang disoal siasat oleh rakan-rakan ku yang lain.

Ngalahkan kena soal siasat dengan polis.

"Ana."

Aku tarik muncung, eh mamat ni. "Aku tau nama dia, tapi SIAPA dia?"

"Dia tu Ana, dia sebaya dengan Kai. Ambik course seni halus. Kawan kepada makwe hyung Soo. Rapat jugak dorang."

"Oh... Kejap. Kau tau Kyungsoo hyung ada makwe?"

Tao kunyah gula getah, "Tau, tapi hyung suruh aku janji jangan bagitahu member lain."

Aku dan Tao kembali senyap. Luhan datang menghampiri aku selepas selesai menyekeh kepala Kyungsoo hyung. Kesian.

"Sehuna~ jom minum bubble tea! Tiba-tiba mengidam pulak."

"Jom!" Aku segera menyandang beg di bahu.

9 orang rakan-rakanku kini sedang menyoal siasat Kyungsoo pula. Ana yang tergelak tengok mereka, sedang berdiri berhampiran dengan pintu keluar dan lif untuk turun. Dia bertegur sapa dengan Luhan dan Luhan hyung segera berlari turun tangga. Uish teruk sangat ke mengidam?

Ana menoleh ke arah ku, secara tiba-tiba. Baru aku sedar yang aku sedang merenungnya. Segera aku pandang ke tempat lain.

Aku berselisih dengan Ana ketika hendak keluar.

Aku hendak ke tangga, dia ke lif.

"Rain rain go away. Come again another day." kata Ana, perlahan dan lembut.

 

 Langkah ku terhenti.

 

Dan dia terus berlalu masuk ke dalam lif. Sebuah senyuman terhias di bibirnya saat dia berpaling ke arah ku sebelum pintu lif terkatup.

Aku merenung ke pintu lif yang tertutup itu.

Otak ku ligat mencernakan ayat-ayat tadi.

Hujan lebat.

Hari sabtu.

Bus stop.

Tangisan.

DIA?


bad habit; sangat suka buat cliffhanger. saja suspen-suspen di pagi sabtu yang panas terik ni .___.V

tolong point out kalau ada typo eh

please comment and subscribe!

bai~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kellyeatkim
#1
<3
scarlett_azalea #2
Review dah siap c:
azure_bliss
#3
Chapter 4: Plot menarik, but there too many errors dear. Pastikan check semula sebelum post okay? c:
JieunSparkleJunior #4
Chapter 4: Update soon:)
yoora_exobts #5
Chapter 4: Hahahagahapgapapagagapapapapapgagpmapagwpmpgapgdpapmgwgtgjgggmgdjgmdpdpj~~~ gile ar~~~ haahahahahahaha
yoora_exobts #6
Chapter 3: Haha.. Can't stop laughing~~