p r o l o g.

r a i n /discontinued
       ☁☁☁[ prolog ]

12/4/09

Pertama kali aku jumpa kau ialah pada hari sabtu, 12/4/2009. Aku ingat lagi sebab hari itu kau sedang menangis sambil menunggu bas dan hujan hari itu amat lebat.

Aku baru sahaja selesai part-time work aku di sebuah butik di salah satu shopping mall di Seoul ini. Sedang aku hendak balik, aku dipertemukan dengan para peminat ku. Setelah 10 minit tersenyum, mengucapkan terima kasih kepada mereka, aku berjaya meloloskan diri.

Aku segera berlari ke pondok menunggu bas, meredah hujan yang lebat mencurah. Sampai di pondok itu, aku cuba mengeringkan badan dengan memerah sedikit air dari t-shirt yang ku pakai. Pada ketika itu, aku perasan ada seseorang  berada di situ.

Kau.

Kau sedang berdiri dengan air muka yang tegang. Tetapi mata kau merah dan berair, di sebalik kaca mata yang dipakai. Dan setitis air mata mengalir turun.

Selalunya kalau orang menangis (lagi-lagi perempuan) bukan mereka akan tunduk dan cuba menyorok daripada pandangan orang ramai?

Namun, kau berdiri tegak seperti seorang tentera. Dengan tangan yang bersilang di dada, memeluk tubuh. Bahasa badan yang bermaksud: aku tak nak diganggu. Muka kau diangkat tinggi, mata kosong merenung kedepan. Jika bukan kerana mata kau yang berair itu, mungkin aku akan label kau sebagai seorang yang sombong.

Kau menoleh ke arah ku, secara tiba-tiba. Aku tersentak. Kau merenung aku dengan ekspresi yang sukar ditafsir. Kemudian kening kiri kau terangkat, "pehal? tak pernah nampak perempuan menangis ke?"

Mata aku terbeliak, "a-ah... bu-bukan. bukan!" tuturku, tersangkut-sangkut. Laju aku mengalihkan pandangan ke sneaker converse merah ku. Sedikit lusuh namun sneaker ini merupakan antara barang kesayangan aku.

Kau mendengus sebelum ketawa kecil. Hujung sweater berwarna navy blue ditarik lalu dikesat ke hujung mata. Seminit berlalu. "Sorry" Perlahan kau menuturkan ayat itu hampir aku tidak dengar.

"Hah?"

"Maaf sebab tadi. A bit harsh."

"Oh. Eh takpe takpe. Saya pun minta maaf  juga. Yelah, dok tenung anak dara orang"

Kau ketawa. Kau tau tak bunyi ketawa kau tu adalah sangat comel?

Kita kembali senyap. Seorang remaja lelaki dan seorang  remaja perempuan yang sedang menunggu bas pada hari sabtu di kala hujan laju mencurah.

Kau menghela nafas sambil mata merliar mencari bas yang masih tidak nampak bayang.

"Pukul berapa?"

"6.15 petang."

Senyap.

10 minit berlalu. Di bawah sedar, kau bernyanyi dengan suara yang perlahan, mata memerhatikan titisan air yang deras membasahi bumi. Hampir aku terlepas mendengar.

"Rain rain go away

Come again another day."

 

Kau kembali diam. Mata masih merenung titisan air yang jatuh, membasahi bumi.

 

"Nak gula-gula?" Aku tanya, cuba memecah keheningan.

Kau tanpa sepatah kata menghulurkan tangan, "Thanks."

"You're welcome."

Sebuah bas berwarna hijau berjalur biru muncul. Pintu bas terbuka, aku dan kau segera mendaki tangga masuk ke dalam. Kau duduk di belakang, di window seat sementara aku di depan, dekat dengan pemandu.

Apabila bas sampai ke kawasan perumahan ku, kau masih ada lagi di dalam bas.

Aku turun dengan perlahan, berbalah dengan diri sendiri sama ada perlu ke aku tegur kau dengan memberi nombor ku atau berlalu pergi?

Aku pilih yang kedua.

Dan sampai sekarang aku menyesal.

Kerana pada hari itu, kita bertemu pada kali yang pertama dan yang terakhir.


Author's note;

dont know why, tapi rasa sngt malu to post this fic. tapi oleh kerana kwn paksa, maka ta-da! ada kt sini.

(this is so embarassing ;;;;;;;;;;;)

bye

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kellyeatkim
#1
<3
scarlett_azalea #2
Review dah siap c:
azure_bliss
#3
Chapter 4: Plot menarik, but there too many errors dear. Pastikan check semula sebelum post okay? c:
JieunSparkleJunior #4
Chapter 4: Update soon:)
yoora_exobts #5
Chapter 4: Hahahagahapgapapagagapapapapapgagpmapagwpmpgapgdpapmgwgtgjgggmgdjgmdpdpj~~~ gile ar~~~ haahahahahahaha
yoora_exobts #6
Chapter 3: Haha.. Can't stop laughing~~