Final

He's mine (with Park Jimin from BTS)
Please Subscribe to read the full chapter

+

No matter what, he's mine 

 

Sangdo High School​

-8 April 2014-

"Dain, jom letak beg dulu. Tak rajin pula rasanya nak pergi perhimpunan sekolah awal-awal. Hahahahaha." bangga pula dia mengajak kawannya untuk delay ke assembly.

"Em okay. Lagipun aku banyak barang ni. Jom letak dulu, dengan stick hokinya lagi." rakannya turut serta melanggar undang-undang sekolah. Hehehe.

"Oh ya petang ni ada training kan? Kau bawa tak baju jersey yang kita dapat hari tu?" tanya Doyeon, rakannya yang selalu ada dengan dia. Double D ni memang elok la berkawan sekali.

Namun setelah beberapa saat bergerak, tiada jawapan diberi dari mulut Dain.

"Dain? Kau dengar tak ni?"

"Eh jap... eh sorry~ Kau tanya apa tadi?"

"Takde, aku just tanya kau bawa tak jersey yang kita dapat hari tu?"

"Oh ada. Aku bawa yang tu la hari ni."

"Jap jap kau ada masalah ke? Okay tak ni?" Setelah letak beg dan barang lain ke kelas. Doyeon dan Dain berhenti berjalan sekejap dan Doyeon menanyakan soalan kearah Dain yang dari tadi nampak mukanya macam kucing jumpa tikus.

"Em takde apa la. Okay je."

"Hey babe aku bukan kenal kau semalam tau, aku kenal kau lama dah. Ni mesti ada something not good happened ni. Kan?" teka Doyeon yang dah kenal sangat penipuan kecil Dain tu. Dan kebiasaanya akhir sekali Doyeon akan berjaya mengupas rahsia hati Dain juga. 

"Okay fine. Let me go straight je okay. Actually keputusan pasal parents aku keluar hari khamis ni. Literally khamis ni. Takde pula dia nak tunda minggu depan ke. Apa ke. Tak tahu la kenapa dalam banyak-banyak tarikh, khamis ni juga dia nak jatuh keputusan tu. What a sad luck. Kalau time hari lain, takde la aku terasa sangat kan." Panjang lebar dia luahkan dan satu keluhan berat keluar dari dalam diri Dain. Berat hatinya bila terfikirkan apa yang bakal dia tahu hari khamis ini. 10 April 2014. 

"Hari khamis ni? Jap babe seriously? Gosh, I'm sorry. Aku yakin, kau kuat. Stay stong baby." Doyeon menarik perlahan Dain ke dalam pelukannya.

"Em takpe. Aku just tak boleh nak load banyak benda buat sementara dalam otak ni sebab perkara ni la. Maybe kalau dah sampai hari keputusan tu and later I'll be okay. Kot. Hahaha but thankyou Doyeon. Jom la pergi court." Mereka berjalan semula balik ke assembly court. Entah ada lagi ke tidak perhimpunan tu. Hehehe. 

 

Class

Memang betul fikiran Dain penuh dengan macam-macam perkara sampai diri dia yang sebelumnya kini hilang. Perangai menggila dia di dalam kelas tidak lagi ada sejak dia mendapat mesej tentang ibubapanya mungkin bakal bercerai pada tarikh lagi dua hari. Tindakannya itu menampakkan dia kerap termenung dan tak senyum seperti selalu. Sehingga beberapa pelajar yang lain perasan perubahan Dain. 

"Dain please, jangan banyak sangat fikir okay. Kita doakan yang terbaik je. Aku tak boleh la tengok kau muram macam ni." pujuk Doyeon yang terasa sekali kesedihan Dain itu. Apa la nasib kawannya itu. Ini belum tahu keputusan. Kalau dah tahu nanti, tak tahu apa perangai Dain akan berubah nanti. 

"Doyeon. Aku rasa aku nak skip kelas petang ni. Sorry Doyeon tapi aku rasa aku tak boleh fokus la. Maybe aku pergi rooftop petang ni. 

"Eh takpe petang ni yang masuk teacher relief. So kalau tak pergi pun takpe. Jom aku join sekali."

"Eh serious ah? Teacher Kim takde ke hari ni?"

"Takde. Dorang ada cakap tadi, maybe kau tak sedar."

"Oh okay." Thanks God nasib baik. Aku rasa kusut sekarang ni.

 

Rooftop

"Dain, aku nak tanya sesuatu ni. So daripada kau banyak fikir pasal khamis ni. Better kau dengar dulu soalan aku ni. Kita try topik lain jap. Aku nak ajak kau relax a minute. Okay babe? Boleh?" 

"Hahahaha." Dain tertawa kecil. Pandai Doyeon mengambil mood Dain. Walaupun seberat mana masalah yang Dain ada, pasti Doyeon tahu cara untuk senyumkan Dain.

"Okay soalan aku, kau dengan dia macam mana?" tanya Doyeon ringkas tanpa mengmention nama sesiapa.

"Jap maksud kau... oh dia?" Dain sepertinya sudah mengagak siapa si dia itu.

"Tak tahu la, aku rasa macam dah lama juga tak jumpa dia. I mean bukan la tak jumpa langsung. Terserempak tu ada je sebab yelah satu sekolah kan tapi nak bersembang tu aku rasa last masa training selasa minggu lepas. Lepas tu dia mana datang training dah sebab dia kan ada aktiviti kepimpinan tu. Terserempak pun just senyum pastu lalu macam tu. Kau rasa?"

"Wo wo wo dahsyat ni. Takkan la dia busy sampai macam tu sekali." soal Doyeon.

"Em mana la aku tahu. Aku pun takkan la saje saje nak tegur. Dia kan banyak peminat. Nanti aku kena baling coklat pula kang." sempat Dain bergurau bila memikirkan balik senior yang dia dah lama minat itu seorang yang hot guy di sekolah. Untungnya dia dapat berkenalan dengan hot guy itu sebab mereka satu kelab sukan je. Kalau tak, takdenya. 

Doyeon terdiam seketika. Tak sangka pula selain dari masalah keluarga. Ini juga salah satu masalah bagi Dain. Aduh aku salah tanya soalan ni Doyeon. Ujar Doyeon dalam hati.

"Babe, kau rasa dia tahu tak birthday aku khamis ni?" soalan random keluar dari mulut Dain. Soalan itu menyentak diri Doyeon. Wuish. Doyeon membersihkan kerongkongnya dan jawab seperti biasa.

"Siapa? Crush kau? Ofcourse dia tahu! Takkan la dia boleh lupa. Tahun lepas masa habis game tournament, antara dalam team kita dia paling semangat nak surprise kau. Kau tunggu je la nanti. Mesti ada punya." jawab Doyeon tenang. Betapa kuatnya hati kau Dain nak tempuh banyak perasaan untuk minggu ini. Doyeon terasa bangga dengan rakannya sambil dia mengujar dalam hati sampai dia merenung ke arah wajah Dain yang sedang menikmati permandangan luas di depan mereka. Angin sepoi sepoi memukul diri mereka sehingga terlupa mereka sedang ponteng kelas. ;)

 

Class

-10 April 2014-

Here the day, I am not sure if today I could maybe cry, maybe smile or maybe no feeling. Or whatever. Hehe.

"Dain are you ready?" tanya Doyeon sambil membuat muka paling cute di depannya.

"Ok fine." Dain mengalah bila terpaksa join apa yang diminta Doyeon. Dain lalu berdiri di mejanya.

"Okay korang|! Jom nyanyi untuk Dain!!" Doyeon menjerit dan mengajak rakannya yang lain untuk nyanyikan lagu untuk Dain. Kalau ikutkan Dain malas nak nyanyi-nyanyi kegembiraan sebab takut hanya sementara je kegembiraan ni tapi why not untuk Doyeon, kita buat je la. Sebab Doyeon dah banyak bantu Dain.  

"Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Dain! Happy birthday to you!'

"Thank you so much korang! Thankyou thankyou." Sekejap saja permintaan Doyeon itu lalu mereka sekelas kembali seperti biasa buat hal sendiri. 

"Happy birthday babe! Thank you selalu ada dengan aku selama ni. Jaga diri dengan hati tu elok-elok. Love you my girl!" Doyeon memberi pelukan seimbas dan memandang semula ke arah Dain.

"Eee thank you Doyeon. Actually, aku yang patut banyak-banyak terima kasih dekat kau. Jaga diri juga. Happy happy dengan boyfriend kau tu tau. Kau jangan asyik nak sibuk je sampai lupa nak layan dia tu. And for sure I love you Doyeonnie~!" balas Dain sambil membalas semula pelukan Doyeon. :3

"Iye iye. Takde la. Aku dengan dia okay je. Kau tu haa, pergi berbaik balik dengan crush tu."

"Ish dah la. Aku nak sambung balik kerja aku ni." Sambil dia bergurau dan berkongsi sedikit kegembiraan dengan Doyeon. Tidak lupa juga dia sesekali memeriksa phone kalau ada keputusan yang ditunggu-tunggu dari ibunya untuk mesej apa yang sedang berlaku di mahkamah sekarang. Untung dia diminta oleh ibunya untuk ke sekolah daripada ke mahkamah. Kalau tidak, mesti lagi berderau jantungnya menunggu keputusan dari luar kawasan bilik mahkamah tu. "Dain pergi je ke sekolah hari ni. Biar mama ke mahkamah sorang. Apa-apa nanti mama bagitahu. Elok-elok ke sekolah tu. Jangan fikir sangat. Mama okay. Tau sayang?" Pujuk ibunya pagi tadi. Kalau ikutkan memang Dain nak ikut ke mahkamah. :')

 

Volleyball Court

"Dain tu nampak tak crush kau ada dekat sana tu." Doyeon menyinggung sedikit siku Dain yang busy dengan phonenya. Mentang-mentang dalam court tu takde cikgu sangat. Itulah masa yang dia ada untuk chat ibunya yang masih di mahkamah. Pelik, dah nak 3 petang tapi keputusan masih takde. 

"Oh okay takpe biarlah dia." Dain tak menghiraukan benda lain setakat ini, yang lebih penting sekarang ni keputusan penceraian.

"Dia tak wish sampai sekarang ke..."

"Nope." Walaupun mata melirik ke phone tapi soalan yang ditanya Doyeon disebelah masih jelas berlalu ke telinga.

"Oh.. em okay. Wow tengok tu! No 17 tu spike bola tu weh! Fuh!" Doyeon langsung menukar topik ke arah perlawanan pemain bola tampar dari sekolah lain untuk small event tournament volleyball di Sangdo High School. Alang-alang mereka tiada aktiviti, mereka pun membuang masa di sini. Eeee apa masalah mamat tu still tak wish-wish Dain eh? Ish. Rasa geram Doyeon pada mamat hot guy tu tiba-tiba membuak dalam diri.

"Doyeon, aku gerak dulu." Ti

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
scyaheeda
#1
Chapter 1: Oh em gee knpe comel sgt~~~
syaleese28
#2
Thanks for reading gaisss... <3
XOXOforever321 #3
Chapter 1: Best gilee fic ni :3
weloveexoforever #4
Chapter 2: So sweet..
TisyiaKpopper #5
Chapter 1: Uhukk... Sweet! ><
nuluIzaty #6
Chapter 1: This ending so sweet! Daebak :***
Aisyatul
#7
Chapter 1: menci..menci..menci.! >< why so sweet? omg..mata dah berair..btw sequel? buat laa~
rillakuma9
#8
Chapter 1: I hate Jimin. Buahahahaha so sweet.