Prologue

Momo family

Adik-beradik Hyun berada di tanah perkuburan. Baekhyun melutut sambil menangis melihat jenazah parent-nya dikebumikan. Daehyun yang berumur 14 tahun menangis teresak-esak sambil memeluk Baekhyun. Ketika itu Baekhyun baru sahaja berumur 16 tahun. 

"Baekkie kenapa eomma dengan appa tinggalkan kita? kenapa?" Daehyun tersedu-sedu. Tangannya tidak melepaskan baju Baekhyun.

Baekhyun menenangkan adiknya. "Shhh jangan macam ni... nanti Sohyun dengan Taehyung dengar...." Dia menggelap air mata Daehyun. 

Sohyun dan V berada di bawak pokok berdekatan dengan kubur parents-nya. Dia bersama-sama pakciknya iaitu Jongkook. Pakciknya tersenyum sinis melihat anak sedaranya yang menangis tersedu-sedu.

Sohyun yang berusia 5tahun berlari ke arah abang-abangnya sambil menarik Taehyung yang berusia 8tahun itu. "Abang kenapa eomma dan appa kat dalam tanah? Kenapa dia tak nak jumpa kita? Dia nak main hide & seek eh?" sambil menarik baju Baekhyun berkali-kali. Baekhyun tidak mengendahkannya. "Abang Baekkie! Jawab la..! Jangan menangis jee! Jawab la.." Sohyun menghentakkan kakinya berulang kali. Taehyung pula sudah dipeluk oleh Daehyun.

Baekhyun berdiri. "Shhh jom kita balik..." dia memegang tangan Sohyun yang comel itu.

"Tapi... suruh la eomma dan appa keluar dulu... kita balik sama-sama dengan eomma dan appa." Jari Sohyun menunjuk pusara parents mereka. Baekhyun tak tahu macam mana nak menerangkan kepada adiknya bahawa parents mereka sudah meninggal dunia.

"Sohyun nak ice cream tak? Nanti kita beli ice cream ok?" Daehyun mencubit pipi adik kecilnya. Daehyun tahu adiknya terlalu suka makan ice cream. Sohyun senyum dan mengangguk laju. 

"Taehyung nak juga....!" Taehyung menarik-narik tangan Daehyun. 

Daehyun menggusap pipi Taehyung. "Taehyung pun nak? Ok jom kita pergi beli... Boleh kan abang Baekkie?" Dia memandang  Baekhyun. Baekhyun hanya tersenyum tawar. Dia tak sanggup nak melukakan hati adik-adiknya yang masih kecil.

***

Baekhyun termenung memandang luar tingkap. Mulai sekarang dia terpaksa menyara adik-beradiknya. Itu la tugasnya sebagai abang sulung. Dia teringat akan pesanan appa dan eomma-nya dahulu.

 

flashback...

Puan Hyun membawa begnya. Dia akan berangkat ke Jepun bersama-sama suaminya untuk beberapa hari atas urusan kerja. Baekhyun menarik tangan eomma dan appa-nya.

"Eomma.... appaa... jangan la pergi..." Puan Hyun memeluknya. "Jangan la macam ni.... Baekkie kena jaga Daehyun... Taehyun.. dan Sohyun..." Baekhyun menggeleng. "Dengar sini... kalau apa-apa tejadi kat eomma dan appa, Baekhyun kena jaga adik tahu? Baekhyun anak sulung jadi sudah menjadi kepastian yang Bakkie kena selalu protect adik-adik. Tolong jaga Sohyun baik-baik. Dia sorang je adik perempuan yang Baekkie ada. One more thing jangan bagi Daehyun dengan Taehyung makan bukan-bukan tahu?." Puan Hyun menasihati Baekhyun.

"Tapi eomma dengan appa... tak akan pergi lama-lama kan?" Baekhyun mengesat air matanya.

Appa-nya menggusap kepala anak sulungnya. "Tak la sayang.... appa janji balik dari Jepun nanti appa belikan Baekkie laptop baru.. ok?? Baekkie cakap hari tu laptop Baekkie dah rosakkan?" Baekhyun mengangguk

Selepas beberapa jam parents mereka meninggalkan rumah. Baekhyun mendapat panggillan bahawa parents-nya kemalangan semasa dalam perjalanan ke Airport.

 

"Abang!!!!" Sohyun berlari ke arah Baekhyun. Baekhyun tersedar dari lamunannya.

"Kenapa adik?" 

"Abang tipu adik kan?!" Sohyun menangis. "Abang cakap eomma dengan appa nak balik! Tapi sampai sekarang dia tak balik!" dia memukul kaki Baekhyun. 

"Takk abang tak tipu....." Dia menunduk memeluk adik perempuannya.

Sohyun menolak Baekhyun. "Abang Taetae cakap eomma dengan appa tak akan balik lagii...! Dia cakap eomma dan appa dah mati! Abang tipu tipu!" Dia tetap memukul Baekhyun sambil menangis.

"Sohyun jangan la macam ni..." Dia memegang pipi mulus Sohyun. "Walaupun eomma dan appa tak ada tapi Sohyun masih ada abang Baekkie, abang DaeDae dan abang Taetae kan? Abang janji abang akan jaga Sohyun. Shh jangan nangis ok.." Baekhyun tersedu-sedu memujuk Sohyun.

"Tapi Sohyun nak eomma dengan appa!!" Dia menyembamkan mukanya diperut Baekhyun.

***

"So Encik Haha macam mana dengan wasiat abang aku?" Jongkook iaitu pakcik adik-beradik Hyun. Dia seorang yang tamak.

"Kau akan dapat 30% daripada harta abang kau lagi 70% anak sedara kau dapat." Kata peguam Haha Donghoon atau lebih dikenali sebagai Haha. Haha merupakan peguam yang menguruskan wasiat keluarga Hyun.

"AIshh sikitnya.! aku nak semua harta budak-budak tu! Buat susah-susah je aku plan bunuh mak bapak diaorang!" Jongkook mengenggam tangannya. Terserlah otot-ototnya.

"tapi... kau tak boleh dapatkan harta dia sesuka hati..." Haha mengeluarkan kertas wasiat.

"Maksud kau?" Dia memandang Haha.

"Kau akan dapat harta tu lepas semua budak-budak tu berumur 18tahun. Itu pun kalau dia diaorang nak bagi harta dia kat kau la.." Haha menbacakan isi kandungan wasiat itu.

"What??! Semua yang aku buat ni tak ada hasil la?!" Jongkook menghentak meja dihadapannya.

"Aku boleh tolong kau.... tapi harta share-share.." Jongkook memandang Haha. Mereka tergelak sakan.

Kebetulan Baekhyun dan Daehyun mendengar perbualan pakciknya dengan peguam parents mereka. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hyeora99
#1
Chapter 5: Jimin hang pondan kaa? XDXD
alololo taehyung sejakk bile sweet ngan sohyun nih , abang mithali yeww...
Yang jungkook tu boleh tak baekhyun panggil chanyeol tolong humban die masuk lubang jamban skolah taehyung yang kutur amat tuhh XDD
btw daebakk author-nim dh lama tunggu cite ni!! nasib tak terlepas!! yeay!
izatizatixoxo88 #2
Chapter 5: Hahaha...si evil Jhope!Jimin pondan ker?Hahaha...Papepon authornim fighting!Update soon!!!
chacannie
#3
Chapter 5: huaaa, update juga fanfic ni...sukaalah klu sohyun ngn l.joe ^^
ngee, pakcik jongkook jahat!!! hapuskan dia!
oh, daehyun comel >,< baekkie, x baik marah2 tau..hehe..update lagi yee~
hyeora99
#4
Chapter 5: Update please TT.TT cite ni best n lawak gile! Sirius tak tipu :3 FIGHTING!
woohyun98
#5
Chapter 3: update soon :)
eydakai
#6
Chapter 3: Ljoe tuh... mcm ade something jerw...
Misteri……… huuu~~~ o-o
yEsuiUnNie
#7
Chapter 3: ahhhh......jinjja daebak arr ....gelak guling2 dibuatnya....dgn taetae xmandi ....benten boys and all.....btw ppali la update xsabar nk tau apa mr SPARTA buat kt situ ....^^ xoxo
#bap_whereareyou
DiamondSakura
#8
Chapter 3: Wait. Si sparta tu balik buat apa???? =•_•= jangan dia ada motif nak pedajal adik beradik hyun sudahlah..... L.joe gentle gila.haha.aku suka.mesti macho. Hoh hoh. Fighting author nim!!!!semoga ko akan dapat idea yang lagi daebak untuk chapter akan datang!!! ^_^
windbubblesehun
#9
Chapter 2: pecah tawa wehh baca ni xD x leh blah ahhh... V ajet gangster and kesian daehyun asyik tersedak je haha