Hanya Aku

Most Wanted: Si Pencuri

 

 

Telefon berdering dalam balai polis. Aku boleh dengar pegawai berlari nak angkat telefon tu. Mestilah, lokap aku sunyi sepi. Aku tak ada sesiapa yang nak berbual. Tetiba aje, pintu lokap aku kena buka. Lelaki lebih kurang tinggi aku dan bermuscles tu masuk bilik aku. Rakan selokap aku? Pegawai polis tu tak cakap langsung dengan aku pasal ni. Aku duduk kat hujung bilik dekat dengan tingkap. Aku tahu dia tengah pandang aku. "Hoi!" Aku tengok lah dia. "First time eh?" Aah, aku jawab dalam hati. Entah kenapa tapi peti suara aku macam kena kunci. Aku takut salah cakap nanti aku pula jadi mangsa pukulan dia. Dia tu penjenayah. Aku...aku bukan penjenayah. "Kau tak yah takut. Aku dengar kes kau kecil je. Apa ye tadi?" Dia siap garu kepala botak dia.

"Ah, tadi aku dengar kau curi barang kemas ye? Kes cincin RM 12juta?" Aku angguk ajelah. "Macam tu, aku Tao. Aku kepala gang yang kelima." Dia terus baring atas lantai. Apasal kau nak sembang dengan aku nih? "Aku ni friendly. Aku tak pukul orang cuma aku bawa orang datang untuk sign up." Dia pusing kat aku. "Kau mesti tak faham apa aku cakap. Aku dah pernah share bilik lokap ni dengan macam-macam jenis orang. Suma confirm tak faham." Dia duduk tepi aku. Aku cuba nak jauhkan diri dengan cara perlahan-lahan tapi berhenti bila dia cakap.

"Aku graduan business. Disebabkan syarikat aku dah gulung tikar. Aku pun buka tikar baru." Tao gelak kuat-kuat. Bergema satu bilik tu. "Tapi kan, kau nak tau tikar tu aku buat untuk serap duit orang lain. Macam buat syarikat yang tak berdaftar. Kitaorang kepala gang bersatu supaya kalau kitaorang kena tangkap, kitaorang tetap bersatu. Aku maksudkan saling bantulah macam nak keluarkan aku ni." Tao tiba-tiba bagitau aku satu benda yang buat aku fikir panjang. Tao ada kawan yang bantu dia untuk keluar. Walaupun diaorang semua jahat dari satu sudut, tak sangka diaorang tetap tolong. Macam mana dengan aku?

"Untunglah kau." Tao cakap. "Tak lama lagi kau akan keluar." "Apa kau maksudkan ni?" Aku nak faham apa dia maksudkan. "Oh kau boleh bercakap! Aku ingat kau bisu." Boleh pula dia ketawa. "Dari kawan kau tulah aku dengar pasal kau curi cincin tu. Aku siap nampak dia bawa peguam. Perbicaraan kau bila?" Siapa yang datang nak tolong aku tu?

"Esok." Aku ingat aku kena lawan dan bela diri sendiri. Sekarang ni aku nak tahu siapa yang buat macam tu.

 

"Hello? Ye betul. Kenapa ye?" Lelaki tinggi tu berbual dengan pemanggil tu secara formal. "Dah jumpa penderma untuk pembedahan mata? Bila tarikh pembedahan? Lagi empat hari? Jadi, kena datang check-up dalam tempoh empat hari tu? Okay, nanti saya bagitau dia." Dia letak telefon tu semula dan terus ke bilik. Tanpa dia sedar, ada orang yang nampak perbuatan dia tu.

 

Keesokkannya, hari perbicaraan. Aku tengok kat keseluruhan bilik aku, aku terus terpandang kat dinding yang aku dah kapur tu. Aku tak hitung hari, cuma lukis benda yang aku fikir kat kepala. Tak sangka berguna juga kapur tu. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Hari ni boleh jadi hari terakhir aku kat sini. Hari ni juga boleh jadi hari yang akan tentukan hukuman kat aku yang tak bersalah ni. "Hoi." Aku tengok dia. "Kau tak yah feeling sangat. Kalau hari ni hari terakhir kau kat sini, aku nak cakap sesuatu. Kau jangan libatkan diri dalam hal macam ni. Aku tak ada hak nak bagi nasihat macam aku tak buat salah. Cuma kau masih muda. Aku boleh baca apa yang tertulis kat muka kau 'Budak Mentah'. Dan kalau hakim tentukan hukuman kau, kau tersekat kat sini. Aku bagi kau katil bawah." Dia senyum. Aku faham dengan senyuman dia. Dia tahu yang aku tak bersalah. Aku tak pernah terlibat dalam mana-mana kes pun.

Pintu lokap tu kena buka, aku kena pimpin dua orang pegawai. "Kami akan bawa awak terus ke dalam mahkamah. Pegawai polis semua akan ada kat sana. Jadi, jangan cuba larikan diri. Faham!" Aku balas yang aku faham. "Satu lagi." Tao panggil aku. "Kau nak bagi aku terus ke ni?" Dia tunjuk kat kapur tu. "Aku ada banyak benda nak buat dengan ni." "Ambilah kalau nak." "Jadi jangan datang balik bilik ni sebab nak kapur ni balik." Aku boleh faham yang tersiratnya. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan dia. Masa aku beredar nak kereta polis dengan penjenayah yang lain untuk perbicaraan aku asyik fikir yang aku akan terlepas atau tak.

Dua jam kemudian...

Pintu mahkamah dibuka. Aku tarik nafas dalam-dalam. Masa tu, aku nak nangis lepas dengar apa yang hakim tu cakap. Kenapa dengan aku ni? Sejak aku masuk lokap aku jadi emo tiba-tiba. Mungkin sebab aku ada banyak masa untuk berfikir pasal masa depan. Media berkerumun sekeliling aku. Aku tak fikir nak sorokkan muka atau tunduk. Biar. Biar kes aku semua orang ambil pengajaran. Biar.

http://i11.photobucket.com/albums/a168/evelynregly/linhas/linha_29.gif

Aku tengok kubur kat depan aku. Dah beberapa bulan berlalu, kawan-kawan aku dah move on. Waktu dalam mahkamah, kawan-kawan aku disuruh bagi keterangan lanjut pasal diri aku. Semua kawan aku puji tentang kebaikan aku dan cerita semuanya yang berkaitan dengan aku. Suho pun tak ada cakap buruk-buruk pasal aku walaupun kitaorang bergaduh. Bila tiba masa Sehun, semua benda yang tersoal dalam kepala setiap orang terjawab. Sehun cakap yang dialah yang terdengar perbualan Chanyeol dengan telefon. "Mula-mula saya ingat dia nak bagitahu semua orang. Tapi, sebaliknya...saya pulak yang bagitau. Hospital tak buat panggilan kedua, saya tipu buat macam saya orang pertama yang angkat tu. Saya tak tahu pulak Chanyeol simpan rahsia tu sampai dua hari berlalu. Saya dengar doktor bagi tempoh 4 hari untuk dia siap sedia untuk rawatan." Suho pandang ke bawah. Dia tengok tangan dia. Aku rasa dia mengeletar. "Tapi saya betul-betul pasti Kai tak curi cincin tu. Sebab kitaorang bincang pasal hal ni pun malam sebelum dia kena tuduh. Jadi tak mungkin dia ada masa nak curi." Bila tiba waktu Chanyeol bagi keterangan, banyak yang dia kena jawab. "Saya...saya dapat panggilan tu awal." "Jadi kenapa awak tak bagitau rakan-rakan awak? Awak tak nak kawan awak terima rawatan?" "Bukan! Bukan macam tu..." Lepas tu, semua rahsia terbongkar. Saksi ramai jadi hakim terus panggil suspek selain aku buat keterangan terakhir.

 

Suho. Suho kawan aku yang paling setia. Lepas kes aku selesai aku dapat tahu yang Suho sebenarnya tak benci dengan aku. Dia cuma marah sebab sebagai kawan aku tak pernah ambil peduli amaran dari dia. Rupanya Suho yang bantu aku cari peguam. Aku dengar dia susah-payah cari peguam sepanjang aku dalam lokap. Hari kelima yang aku komplen dia tak datang sebenarnya hari yang dia terpaksa melutut dekat satu peguam ni. Dan peguam tulah, peguam aku waktu hari pembicaraan.

Bila Suho sampai, dia belikan kapur. Dia sebenarnya nak maksudkan benda lain tapi disebabkan kemarahan dilawan dengan kemarahan aku, dia terpaksa pesongkan cerita dia.

Kapur tu pula yang sebenarnya dia maksudkan ialah dia nak suruh aku kira hari aku ada dalam lokap sampai pebicaraan selesai. Dia nak janji kat aku yang dia akan usaha keluarkan aku dalam tempoh 10 hari ni, dia nak aku kira setiap hari dengan harapan yang besar yang dia boleh bebaskan aku dan aku tak payah duduk lebih dari tempoh tu, Suho nak aku balik ke rumah supaya semuanya kembali ke asal.

http://i11.photobucket.com/albums/a168/evelynregly/linhas/linha_29.gif
 

"Awak dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 5 kali, penjara 30 tahun dan denda RM 500,000." Lelaki tu terus rebah. Aku tengok dia jatuh. Terkejut aku. Orang dalam mahkamah tu termasuk juri pun berdiri nak tengok. Salah seorang pegawai dekat situ terus periksa nadi dia. Berdebar-debar aku. "Tolonglah." Pegawai tu geleng kepala.

Terduduk aku bila aku terdengar Suho cakap tepi aku,"Chanyeol."

 

TAMAT- Theft

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
happyvirus_113
#1
cerita ni best cuma ada part yang saya tak faham sikit >< by the way mana author nim dapat poster yang cantik gegila tu ? ><
happyvirus_113
#2
Chapter 3: cerita ni best cuma tak paham sikit >< by the way author nim ~~ mana dapat poster cantik gegila tu ? ><
naahae
#3
Chapter 3: Chanyeol mati ke? O_o
sayhershe
#4
Chapter 3: authornim.. saya x fhm lah pasal ending citer ni.. Chanyeol ke y jadi pencuri tu?? D_O