Kebenaran

Most Wanted: Si Pencuri

 

Aku...er, korang tak perlu tahu nama aku. Cukuplah sekadar gelaran 'aku'. Lagipun, korang akan tahu siapa aku, kawan dan musuh aku. Aku tak tahu musuh aku si dia. Okay, macam ni cerita aku.

Lepas tengok bola malam Sabtu tu, masa tu Machester lawan Chelsea. Hangat sangat malam tu, aku ingat lagi. Rasanya malam tu jiran-jiran aku pun sibuk tengok ni. Siaran langsung lah tak main yang recorded punya. Aku, Chanyeol, Kyungsoo sokong Chelsea. Yang selebihnya berpihak pasukan lawan. Aku balik lambat malam tu, jadi aku terlepas tayangan 30 minit pertama. "Kai! Asal kau lambat!" Aku campak kunci kereta atas meja kat ruang tamu tu. Rumah kitaorang murah sewanya, dalam 1500 ringgit malaysia. Yang penting kitaorang buddyz ni selesa dalam rumah ni. "Kai! Apa kau tercegat lagi kat situ? Cepatlah sini, tolong aku explain kat Kyungsoo."

Macam ni, aku Kai. Full name? Kai. Aku duduk tepi Kyungsoo, kawan aku sejak sekolah rendah. Kyungsoo ni buta, bukan buta sejak lahir tapi sejak kemalangan. Nak ceritanya panjang, nanti aje lah. Jadi, tiap-tiap perlawanan kitaorang mesti kena cerita semula kat dia. Aku kesian dengan dia. Dia cuma angguk-angguk dengan senyum bila aku cerita kat dia. Kadang-kadang, aku rasa nak sumbangkan mata aku yang sebelah ni kat dia tapi disebabkan tugas aku memerlukan kedua-dua belah mata ni, aku tak dibenarkan. Syarikat aku ada peraturan, kalau nak jadi pekerja mesti sempurna pancaindera. Gaji aku lumayan. Aku, aku sebenarnya.... "GOAL!!" "WOOOHOOO!!" Suho, Sehun, Baekhyun terlompat-lompat atas sofa tu. "Oii, mahal sofa tu aku beli!"

Kitaorang tertidur nyenyak kat ruang tamu tu sampai pagi. Aku pulak lupa mandi.

 

"Apa ni?" Chanyeol bangun dari tidur. Dia lightsleeper tu ajelah aku boleh katakan. Chanyeol kejut aku dengan members yang lain. "Ada lampu biru dari luar lah." Chanyeol tolak Suho jatuh sofa. Apalagi, mengamuklah si Suho tu. Tapi Suho tak banyak cakap dia suka express diri dia melalui actionnya. Dia bukak langsir tu seluas-luasnya.

Rupanya malam tu, malam terakhir aku kat rumah.

http://i11.photobucket.com/albums/a168/evelynregly/linhas/linha_29.gif

Aku kena soal panjang lebar dengan pegawai polis. Bilik soal tu gelap gelita dan aku ni fobia kat gelap. Aku memang laki-laki tapi aku pun ada perasaan takut! Seingat aku, tiga orang pegawai polis kat dalam bilik tu. Sorang duduk depan aku, dan yang selebihnya kat pintu tu. Bilik ni serupa macam apa yang aku tengok dalam rancangan televisyen. Aku tengah shooting ke nih? Sejak bila aku terima tawaran Gerak Khas? Okay, bocor rahsia. Aku sebenarnya artist. Baru setahun jagung dah masuk lokap. Aku salah apa bro? "Kau disyaki mencuri cincin bernilai 12juta kat kedai X." Aduh. Bila masa aku curi ni? Aku, aku tak hisap dadah! Aku pun tak ambil benda-benda yang haram ni! "Tapi saya tak curi apa-apa." "Kau curi cincin tu dan sorok dalam rumah yang kau terima dari syarikat yang kau kerja." Tapi saya dah sebulan tak balik rumah tu encik." "Tak nak mengaku ye? Macam ni ajelah."

Polis yang soal aku tu tutup fail kat depan dia. Eh. Dia percaya kat aku ke? "Awak akan direman selama seminggu sepanjang penyiasatan ni berlangsung. Nak saya baca hak awak?" Aku angguk. Si polis tu pun bagitau aku. "Dan sepanjang pertahanan awak, pelawat dibenarkan datang pagi. Hak awak untuk terima peguam bela akan diberikan selepas seminggu. Dan awak ditahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Dan sekiranya awak didapati bersalah atau terlibat dalam berkomplot, awak akan dikenakan dibawah Akta Hasutan." APA?!!

Malam dalam lokap yang seram sejuk berbantalkan tangan buat aku teringat kat mak aku. Dulu aku miskin berbagai. Tapi lepas aku jadi artis dapat barang percuma, rumah percuma yang aku tak selesa tinggal kat situ sorang-sorang. Rupanya aku lupa ibu bapa yang besarkan aku kat kampung. Ni ke hikmah di sebaliknya? Aku berseorangan. Jam pun aku tak tahu pukul berapa. Malam tu terasa panjang sangat. Waktu aku dalam lokap tu, banyak yang aku fikir; ibu, abah, adik-beradik, kawan, duit, memori sekolah, kerja dan terakhir...penjara ni.  Apa reaksi ibu aku kalau dia tahu anak sulung dia ni meringkuk kat dalam penjara? Pengsan? Nangis? Tapi ibu aku tak pernah tunjuk tangisannya. Tiba-tiba aku terfikir pasal cincin yang polis tu sebutkan. Aku disabitkan salah atas sebab mencuri cincin? Aku segera duduk. Cincin? Aku tak tau macam mana rupa cincin tu langsung. Grrr. Owh, perutku! Laparnya.

 

Ni buat aku teringat, Suho pernah marah aku masa makan dua hari lepas. Dia ada sebut sesuatu. Bukan, bukan, bukan dia sebut. Siapa yang sebut?

"Ni spegatti ala mexicana!" Sehun yang muncul dari dapur singgah kat ruang tamu. "Hari ni aku masak spegatti tau!" "Bukan susah ke nak masak spegatti?"Chanyeol mengeluh. "Senang aje, semudah satu dua tiga dengan Prego. Spegatti mudah disediakan!" Sehun meniru watak Chef Riz dari televisyen. Masa makan petang tu Suho bangun dari tempat duduk dia. Muka dia merah, berang? Dia letak garfu dan gegas ke tandas. "Apasal?" Aku dengar V tanya kat Chanyeol. "Makanan aku tak sedap ke?" Sehun bermasam muka. "Kejap je, aku pergi tengok." Chanyeol tinggalkan meja bulat tu dan pergi ikut Suho. "Kenapa dengan dia?" Aku pulak tanya.

"Aku tercucuk tangan dia tadi. Aku rasa tangan dia berdarah."Kyungsoo letak garfu dia sebelah pinggan. Aku berhenti depan tandas bila dengar Suho mengamuk. Jarang dengar suara dia yang bernada tinggi ni. "Lantak lah!" "Bro, takkan kau mengamuk pasal tu. Dia bukan sengaja. Kau pun satu fikir lah perasaan dia. Bukan dia mintak nak jadi macam tu." "Ni semua salah mamat Kai tu! Aku dah cakap dah awal-awal. Kalau P je baik duduk rumah." Aku telan air liur. Terkedu aku berdiri kat situ. Maafkan aku, bro. Maafkan aku.

"Maafkan aku." Aku sebut beberapa kali sampai aku terjaga dari tidur. Aku dengar ketuk dari pintu besi aku tu. "Ada orang nak jumpa kau. Hulur tangan." Dia gari tangan aku dan aku dibimbing dua lagi anggota polis. Baju aku oren, hodoh sangat. Dulu aku suka warna oren tapi sekarang tak lagi. Waktu aku kena bawak tu, aku asyik terfikir, siapa yang nak jumpa aku? V? Sehun? Chanyeol? Kyungsoo? ataupun Suho? Aku berdiri depan pintu yang mengasingkan aku dengan pelawat aku. Masa tu, aku terfikir pasal seseorang. Betul ke siapa yang aku teka tu?

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
happyvirus_113
#1
cerita ni best cuma ada part yang saya tak faham sikit >< by the way mana author nim dapat poster yang cantik gegila tu ? ><
happyvirus_113
#2
Chapter 3: cerita ni best cuma tak paham sikit >< by the way author nim ~~ mana dapat poster cantik gegila tu ? ><
naahae
#3
Chapter 3: Chanyeol mati ke? O_o
sayhershe
#4
Chapter 3: authornim.. saya x fhm lah pasal ending citer ni.. Chanyeol ke y jadi pencuri tu?? D_O