Colors

You're Mine! (Remake)

      ~ I look at you and see the rest of my life in front of my heart ~

        Sudah beberapa kali Suzy melihat jam yang berada di tangan, tetapi kelibatan Chunji masih tidak muncul-muncul. Hae won dan Sulli hanya memandang Suzy yang tidak keruan seperti cacing kepanasan semenjak mereka bertiga berdiri di hadapan pagar.

“ Kau ni dah kenapa? Jangan risaulah pakwe kau tu tak kene culik pun.” Perli Sulli dan pada masa yang sama Hae won tergelak kecil.

“ Pakwe? Perangai pun tak senonoh,jangan harap nak jadi pakwe aku.” Kata Suzy sambil membuat muka. Teringat kembali agenda Chunji selamba kentut di hadapannya sewaktu mereke sedang belajar di dalam perpustakaan. Selamba badak dia je kentut. Busuk pulak tu.Kot iya pun nak kentut pergilah jauh-jauh. Eiii,tak senonoh betul kalau diingatkan kembali.

“ Entah-entah dia pun tak nak kau jadi makwe dia. “ kali ini Hae won pula yang memerli Suzy. Ala sekali sekala nak kenekan kawan sendiri.Huhu

Suzy mengetapkan bibirnya tanda geram. Kemudian matanya kembali meliar mencari kelibatan Chunji. Tidak lama kemudian,kelibatan yang dicari akhirnya muncul juga dengan sengihan kambingnya. Takut dimarah kerana lambat keluar dari kelas.

“Hah! Muncul pun kau. Kau tahu tak makwe kau ni nak menangis tunggu kau lambat sangat tau.” Perli Sulli lagi sambil mengenyitkan matanya pada Suzy. Sengaja dia hendak menaikkan kemarahan Suzy.

Mata Suzy membulat mendengar perlian daripada Sulli terus menyekeh kepala Sulli tanpa beri amaran. Tak guna punya budak! Hae won dan Sulli tergelak kecil melihat muka Suzy yang sudah merah padam akibat geram apabila disakat oleh mereka berdua.

“Siapa?” Soal Chunji sambil mengangkat keningnya.

“ Tak perlu tahu. Ni kau ni,pahal lambat? Kau tau tak kiteorang ni dah tunggu lama tau.” Marah Suzy sambil mencekak pinggangnya. Chunji terus membuat muka sedihnya.

“Aku lupa nak bagitau yang hari ni aku bertugas bersihkan kelas. Tu yang lambat. ” Jawab Chunji. Matanya memandang je bawah. Takut hendak bertentangan mata dengan Suzy. Suzy ni pun bahaya jugak. Nampak je baik tapi bila dah marah nanti habis badannya lebam akibat dipukul. Pendek cerita kawan-kawan Hae won semuanya ganas walaupun nampak sopan je.Eh,sopan ke?

“ Moh ler kita pergi. Nanti balik lewat pula.” Ujar Hae won sebelum mula mengorak langkah terlebih dahulu. Hendak menunggu diorang ni bergerak sampai kelebur dibuatnya.

Melihat Hae won yang sudah mengorak langkah ke destinasi yang sepatutnya,tanapa melengahkan masa,mereka pun turut bergerak tanpa bantahan. Tidak sampai 10 minit, mereka berempat telah pun berada di hadapan pintu masuk pusat beli-belah kerana pusat beli-belah tersebut berdekatan dengan sekolah mereka. Jadi mudah mereka hendak ke sana dengan hanya berjalan kaki dan tidak perlu hendak menaiki bas mahupun teksi. Tambahan pula boleh menjimatkan kos perbelanjaan mereka.

“ Eh, itukan Niel?” Kata Hae won sambil tangannya menunding ke arah seorang manusia yang sedang melambai-lambaikan tangan ke arah mereka.

“ Dia pun ada jugak?Siapa yang ajak?” Soal Sulli seraya pandang ke arah Hae won dan Suzy. Hae won dan Suzy mengangkat bahu tanda tidak tahu. Hmm..kalau bukan diorang, takkan chunji pula yang mengajak si Niel tu? Sulli memandang Chunji pula untuk menunggu jawapan daripadanya. Chunji hanya tersengih-sengih kambing sebelum mengaku.

Belum sempat Hae won hendak menyekeh kepalanya, Niel terlebih dahulu sampai di hadadapan mereka. “Hai?” Tegurnya dengan riang.

Hae won,Suzy serta sulli hanya tersenyum sahaja padahal dalam hati sudah menyumpah seranah pada Chunji. Sesuka hati dia je ajak orang lain. Dah la si Niel ni cerewet orangnya. Selalu buat hal bila keluar dengan dia ni.

“ Ermm,jomlah masuk.” Ajak Chunji dengan perasaan bersalah. Nak buat macam mana, tadi semasa di kelas terkantoi pula dengan Niel yang dia nak pergi shopping dengan yang lain. Kalau tak ajak si Niel ni kang,terasa pulak dia.

Suzy menjeling matanya kepada Chunji sebelum mengajak Sulli menemaninya untuk membeli baju. Kebetulan pula Sulli memang arif tentang fashion-fashion terkini jadi senanglah kerjanya untuk memilih baju yang sesuai dengannya.

Melihat Suzy dan Sulli telah pun masuk ke dalam pusat beli-belah tersebut, Hae won terus memandang kea rah Chunji dan Niel.

“ Jomlah Chunji ! Kata nak teman aku beli mainan.” Ujar Niel seraya menarik tangan Chunji tetapi dengan pantas Chunji menepis.

“Bila pulak aku cakap nak teman kau beli mainan? Suka sangat menipu.” Balas Chunji.

“Alaaa,Jomlahhh.” Rayu Niel dengan mukanya yang comel sambil menarik tangannya Chunji. Hae won terus membuat muka gelinya. Gay? Lmao.

“ Temankan je lah dia tu. Nanti dia buat hal pulak kat sini.” Bisik Hae won pada telinga Chunji. Chunji hanya menunjukkan muka sedihnya. Menyesal pulak ajak si Niel ni.

“ Dah tu,kau?Sorang-sorang?” Soal Chunji . Hae won hanya mengangguk lemah sahaja.

“Tak apa. dah biasa.” Perli Hae won padahal dalam hati sudah maki hamun pada Suzy dan Sulli. Suka sangat tinggalkan dia keseorangan. Tiba-tiba pula rindu Amber. Kalau Amber adakan,bagus. Boleh teman dia shopping. Huhuhu

Chunji hanya melihat Hae won melangkah masuk ke dalam dengan perlahan.Kesian, Hae won. Tiada siapa nak temankan dia.

“Chunji,cepatlahh.” Ajak Niel sekali lagi.

“Eish, kau ni. Iyalah. Sibuk benor kau ni.” Kata Chunji dengan nada marah. Naseb baik Niel ni merupakan kawan dia. Kalau tak, dia biarkan Niel ni keseorangan. Rupa je macam lelaki tetapi perangai macam perempuan. Baru sahaja dia plan hendak dating bersama-sama Hae won. Kacau sahaja dia ni.

 


 

Hae won p.o.v

       Aku melangkah masuk ke dalam kedai yang dipenuhi dengan buku-buku. Senyuman telah terukir pada bibir. Mata aku sudah melilau mencari buku-buku yang menarik. Kaki aku sudah mula mengorak langkah ke tempat biasa. Aku mula tersengih apabila melihat sesuatu yang menarik perhatian aku. Beg sekolah diletakkan di tepi rak.

“Finally..” Bisik aku sambil mencapai sebuah buku pada rak yang berdekatan. Laju tangan aku membelek buku tersebut.

Lama aku berdiri sambil membaca sehingga kaki aku mula terasa penat. Akhirnya aku membuat keputusan untuk duduk di atas lantai itu. Alaa,macam la tak pernah buat. Hehehe. Daripada sebuah buku ke sebuah buku aku beralih dengan begitu pantas. Tidak lama kemudian,handphone aku mula berdering. Hampir tercampak buku dibuatnya aku akibat terkejut. Dengan pantas, aku meletakkan buku tersebut di atas lantai. Beg sekolah yang berada disandarkan itu diambil seblum zipnya dibuka. Tangan aku dengan pantas selongkar beg mencari handphone sebelum menjawab panggilan tersebut.

“Weyh,mana kau? Kiteorang dah nak balik dah ni.”

Jam yang berada di tangan kiri aku dilihat. Pukul 4:25pm. Hmmm, belum lagi pukul 5. Awal betul diorang ni nak balik.

“ Nak balik dah ke?Tak apalah. Baliklah dulu. Aku balik lambat sikit.” Kata aku sebelum berdiri. Kaki sudah menjadi kebas akibat duduk di bawah lantai lama sangat.Beg sekolah diletakkan dihadapan kaki aku. Mungkin disebabkan kaki aku kebas, jadi aku tidak dapat mengimbangi badan aku seketika.

Tanpa berfikir dengan otak, tangan aku dengan pantas mencari baju lelaki yang kebetulan lalu di hadapan aku itu. Tapi akibat tersilap langkah kerana terlanggar beg sekolah yang berada di hadapan aku, lain yang aku capai lain yang aku dapat. Handphone yang berada di tangan terus tercampak.

Aku terpeluk lelaki tersebut.

Aku terkaku seketika dengan perbuatan sendiri. Tak tahu sama ada nak tolak lelaki yang sedang aku peluk ini ataupun nak mintak maaf. Tapi malu. Tapi takut kena marah dengan lelaki ni. Tapi …..aishh. Perasaan aku sudah mula bercampur baur. Tidak tahu mahu melakukan apa sekarang ni. Lelaki itu tak usah nak cakap lah. Dia lagi lah terkejut dengan perbuatan aku yang secara mengejut ini. Matilah aku.

Lama juga kami berdua ‘berpelukan’ sebelum lelaki itu mula bersuara. “ Are you okay?”

Mata aku terbeliak sebelum membetulkan posisi aku. Baju yang sedikit terangkat itu dibetulkan. Perasaan malu sudah menguasai diri aku. Aku hanya menunduk kerana malu dengan perbuatan sendiri sebelum meminta maaf.

“ Err..saya minta maaf. “ Kata aku secara tiba-tiba seraya menunduk 90 darjah. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja. Aku terus mengigit bibir. Marah ke lelaki tu? Aduhhh,apa aku nak buat ni.

“Saya minta maaf. Saya bukan nak peluk awak pun tapi memang nak peluk pun. Ehhh…bukan. Maksud saya, saya tak sengaja...saya nak terjatuh tadi.lepas tu,ermm saya…err apa erk..aduhh….lepas tu, saya nak jatuh..Lepas tu, saya tak sengaja…erm…lepas tu,saya..” Habis terabur ayat aku dibuatnya. Inilah masalahnya aku ni. Asal gementar sedikit sahaja mula lah ayat terabur. Aish! Aku terus menepuk dahi aku.

“ Its okay girl. Saya tahu awak tak sengaja tapi ayat tu janganlah terabur.” Perli lelaki itu sambil menahan gelak. Aku terus mengigit bibir. Tak guna punya lelaki ni. Sempat lagi perli aku. Ceit!

“Hey, berdiri lah. Tak sakit badan ke tunduk je dari tadi.” Kata lelaki itu sambil mengangkat bahu aku supaya aku berdiri menghadapnya.

Hampir ternganga aku dibuatnya apabila melihat lelaki itu. Bagaikan dunia ini terhenti seketika. Siapa sangka yang lelaki itu sebenarnya si dia. Si dia yang dari dulu aku impikan,yang dari dulu menjadi pujaan orang ramai termasuklah aku.

Ya,si Dia. Kim Jong In.

“Nasib saya ni baik. Kalau saya ni jahat, macam mana? Huhuhu. Lain kali hati-hati ya cik adik.” Katanya sambil tersenyum. Oh gosh,cair hati aku dibuatnya. Mata aku tidak berkelip melihatnya.

Melihat aku yang tiada reaksi,dia mula mengorak langkah pergi. Aku? Huh,tak usahlah nak cakap. Hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasai sekarang ni. Maklumlah, kali pertama berhadapan dengan dia. Tambahan pula, dapat peluk dia. Aish! Menyesal aku tak peluk lama-lama tadi.

“By the way, nice to meet you….” Matanya meliar dengan sesuatu pada pakaian aku sebelum menyambung katanya.

“ Kim Hae Won-shi.”

Dia tersenyum manis lagi sebelum beredar daripada situ.

Dan pada waktu itulah aku terasa jantung aku tiba-tiba berhenti berdegup seketika sebelum kembali berdegup dengan pantas sekali. Perasaan yang cukup indah yang sukar diungkapkan. Aku sudah tersengih-sengih kambing sambil mengutip beg sekolah aku. Dalam otak ,sudah macam-macam aku fikirkan.

Ibuuuuuuuu!!! Bakal menantu ibu tegur Hae wonnn!!!

 

-to be continue-

 


8/4/90-18/12/17

~ When someone you love becomes a memories, the memories becomes a treasure~

KIM JONG HYUN  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 25: Serious lawak citer ni. Hae won tu selambe badak je ckp yg dia suka kat kai♥♥♥
JeonAra #2
Chapter 25: ahahaha xD lawak la citer ni xD!
Schanis_Ika #3
Chapter 21: sulli alia
amber wawa
suzy fatin
an an an ? :3
best arhh cite ni
Fisha99 #4
Chapter 25: eh???? dah abis dah ke cite nie???
Prince_Channy
#5
Chapter 25: owah..shaweet giler siot..sengal btol hae won..atuk kpale botk hahaha..shengal
tyra-99
#6
Chapter 25: Hahaha.. Sweet sangat
KyoRyy_Greeniez
#7
Chapter 25: Waa.you 're mine
#You're Mine
baehwililly
#8
Chapter 23: Update soon .. mmng best
Lyna_shah #9
Chapter 22: update soon