Permulaan

You're Mine! (Remake)

~One day,I caught myself smiling without no reason, then I realised I was thinking about you.~

(Hae won p.o.v)

       Aku melangkah masuk ke dalam kelas 3 Aurora dan terus menuju ke tempat duduk aku. Semua pelajar yang berada di dalam kelas memandang aku seketika sebelum membuat kerja masing-masing. Aku hanya mengangkat kening sahaja sebelum mengorak langkah. Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung,bahu aku ditepuk dari belakang. Beg sekolah aku digantung pada kerusi lalu aku memusingkan badan menghadap ke belakang. Wajah Sulli yang sedang tersengih itu dijeling.

"awat?" Soal aku kepadanya


" Jom pi shopping lepas sekolah,nak?" katanya dengan keningnya terangkat.

Belum sempat aku membalas, Suzy yang berada di sebelah aku menyampuk. Entah bila dia muncul pun aku tak tahu.

" Ha,jom-jom. Aku dah lama tak pergi shopping."

"Eh dia ni,sibuk je." Balas Sulli.

" Eleh, biarlah." kata Suzy balik.

" Aduh,korang berdua ni. Tak habis-habis bergaduh. Mana si Amber?" Kata aku pula. Mata aku meliar mencari kelibatan nama yang disebut itu dalam kelas 3 Aurora.

"Entahlah dia. Tadi dia letak beg terus keluar dari kelas. Tak tahu pergi mana. " jawab Suzy.

" Pergi makan kat kantin kot. Kau tau kan dia tu sikit-sikit lapar. " jawab Sulli pula. Iyala siapa yang tak kenal Amber yang kuat makan tu.Harap badan je keding tapi kalau bab makan dia je paling laju. Eh yeke?Bukan aku pun sama ke?Lmao. Biarlah.Hehehe.

Aku hanya mengangguk lalu mendiamkan diri. Kebetulan pula tempat yang aku duduk itu berdekatan dengan tingkap jadi aku mula menjenguk keluar. Lama juga aku menjenguk keluar sebelum bibir aku mula tersenyum.

" Hoi, Hae won! Tersengih-sengih lak dia ni. Nak pi ke tak nak?" Kata Sulli yang membuatkan aku tersentak. Aku kembali memandang ke arah Sulli sebelum mengangguk.

“Siapa lagi yang pergi?” Soal aku sambil tangan aku bergerak mengambil handphone yang berada di dalam beg sekolah lalu memasukkannya ke dalam poket.

“ Kita bertiga je. Amber tak boleh ikut sebab dia kene tolong mak dia.” Jawab Sulli.

Aku dan Suzy mengangguk tanda faham sebelum masing-masing mula mendiamkan diri. Tidak lama kemudian,Suzy dan Sulli mula berbual bersama sebelum aku menyampuk.

" Eh, aku nak pergi atas bumbung sekejap tau." Kata aku sambil bangkit dari kerusi.

" Hah,mula la tu perangainya. " kata Suzy yang membuatkan aku tersengih kambing.

" Kau ni tak nak give up lagi ke? Dia dah berpunya la. " kata Sulli pula.

" Ala,aku nak cuci mata je pun. Aku tak jahat sangat nak rampas orang punya. " Kata aku sebelum mula mengorak langkah keluar dari kelas dan menuju ke bumbung atas.

Sebaik sahaja aku tiba,aku melihat jam tangan. Jarum menunjukkan 7:50 pagi bermakna aku masih ada lagi 10 minit sebelum kelas pertama bermula. Sempat lagi ni.

Aku melihatnya dari bumbung sekolah.Melihat si dia bermain bola keranjang dengan kawan-kawannya walaupun masih memakai uniform sekolah. Handphone yang berada di dalam poket dikeluarkan.

Click!

Sekeping gambar dia aku ambil. Aku tersenyum sendirian. Aigoo,dia ni. Pagi-pagi dah rajin keluarkan peluh. Patutlah dia sentiasa sihat. Badan si dia pun boleh tahan. Untung siapa yang dapat dia.Huhu.

Tapi senyuman aku mati apabila seorang wanita yang memakai uniform sama seperti aku mendekati dia. Melihat kemesraan mereka berdua membuatkan aku berhenti dari melihatnya.

‘Ceit! Rosakkan mood orang je perempuan ni.’

Aku memasukkan semula handphone ke dalam poket lalu kembali ke kelas aku berada di tingkat dua. Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung, guru kelas aku masuk ke dalam kelas. Fuh! Naseb baik aku sempat sampai awal. Kalau tak,habis kene bebel dengan cikgu aku ni. Entah apa nama guru kelas aku ni pun aku tak tahu. Maklumlah, aku ni tak suka sangat ingat perkara yang remeh. Remeh ke sampai nama guru kelas sendiri pun tak ingat? Entahlah, sedangkan nama-nama rakan sekelas aku pun aku tak ingat apatah lagi dengan sedara-mara aku lagi lah aku tak ingat. Sebab apa? Sebab aku tak berminat tentang mereka. Huhuhu

Tapi itulah rutin harian aku kalau datang ke sekolah . Pagi-pagi bila sampai ke sekolah, mata aku akan meliar mencari si dia. Kalau hendak tahu sejak aku mula menjejaki alam persekolahan ini,boleh dikatakan tiap-tiap hari aku mencuri gambarnya tanpa pengetahuannya sampai penuh memory handphone aku. Rasanyalah dia tak tahu..ke dia dah tahu erk?Hmm..entahlah. Harap-harap dia tak tahu la yang aku ni kaki stalker dia. Hehehe. Tapi siapa si Dia tu? Nanti aku ceritalah ya.

 

 

(None p.o.v)

Kringgggggg!

        Bunyi loceng menunjukkan waktu rehat. Sebaik sahaja guru yang mengajar keluar dari kelas,para pelajar mula mengorak langkah mereka ke destinasi masing-masing. Ada yang ke kantin, ke tandas,ke foya dan sebagainya tetapi tidak bagi Hae won dan kawan-kawannya. Mereka masih lagi berada di dalam kelas tetapi berkumpul pada satu tempat. Masing-masing mengeluarkan bekal masing-masing. Disebabkan makanan di kantin tidak berapa memuaskan hati masinng-masing sejak dua menjak ini, jadi mereka berpakat membawa bekal dan berkongsi bersama.

Sedang mereka menjamu selera tiba-tiba seorang lelaki muncul dan tanpa segan silu,dia menyampuk sekali.

“ Hai.” Tegur Chunji namun tiada siapa pun yang balas tegurannya. Masing-masing sedang syok menjamu selera hingga tidak mahu diganggu.

Tidak lama beitu, Amber mula bersuara. “ Kau ni dah kenapa duduk sini?sibuk je.”

“ Saje.” Pendek sahaja Chunji menjawab.

“ Kau takut kiteorang kene culik sebab tu kau duduk sini kan?” Teka Sulli walhal dia bergurau sahaja. Siapalah yang nak curi mereka lagi-lagi mereka dalam kawasan sekolah dalam kelas pulak tu.

“ Ceh! Penculik pun tak nak culik korang. Dah la kuat makan korang semua ni.” Balas Chunji pula sambil membuat muka.

“ Okay what. Daripada kiteorang duk melepak buat benda tak elok lagi tak bagus. At least bila kita makan ni,kita boleh menikmati kesedapan makanan tau.Nikmat dia seperti kau berada di dalam syurga tau. Ermm..sedapnyaa.” Kata Suzy sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Apa hang ingat ni iklan tv ke?

“Ha iyalah Suzy. Hah,kau nak apa datang sini,Chunji? ” Kini Hae won pula berbicara. Botol air yang berada di sebelahnya dicapai dan penutupnya dibuka sebelum dia meneguk air menghilangkan rasa dahaga.

“Hmm..actually aku ada benda nak bagitau dekat korang.” Balas Chunji.

“ Hah,apa dia?Cakaplah.” Kata Amber.

“ Sebenarnya aku…”

5 saat kemudian,

“ ermmm..aku…”

10 saat kemudian,

“ Aku kann…”

Pap!Amber mengetuk meja membuatkan mereka terkejut sampai terpelanting makanan yang dipegang oleh Sulli.

“Aku,aku,aku!Aku lempang kau kang! Cakaplah betul-betul!” Marah Amber. Chunji ni memang selalu mencabar kesabarannya. Lembap betul Chunji ni. Nak bagitau something pun teragak-agak.

" Eish,kau ni! Buat aku terkejut je." kata Suzy sambil mengurut dadanya.

"Tak adalah. Si chunji ni ha. Suka buat orang tertanya-tanya. Tumbuk kang baru tau." Haa,kan dah keluar dah perangai tomboy si Amber ni. Tula siapa suruh cari pasal dengannya. Kan dah kene.Huhu

" Alaa,jangan la marah. Aku cuma nak bagitau je yang aku nak pergi shopping lepas habis sekolah ni. Korang nak teman ke?" Kata Chunji dengan muka sedihnya. Aduh,lembik betul la si Chunji ni. Baru marah sikit dah terasa. Aigoo.

" La,itu je? Ingatkan benda penting ke apa ke. Ajak pi shopping je pun dah teragak-agak." kata Suzy sambil tepuk dahinya. Chunji hanya tersengih-sengih. Hae won pula hanya mengelengkan kepalanya. Tak faham dia dengan perangai Chunji ni. Nak kata lelaki tak macam lelaki,nak kata pondan pun tak jugak. Sebab kadang-kadang Chunji ni boleh tahan gentleman juga. Entah-entah dia sengaja buat perangai begitu tak?Hmm..

" Kaki shopping kau ni ya. " Kata Sulli sambil tangannya mencapai bekas penutup makanan dan menutupnya sebaik sahaja dia selesai menghabiskan sisa baki makanannya.

" Eh,mestilah. Ingat perempuan je ke yang boleh shopping. " balas Chunji.

" Ha,kebetulan lak kiteorang pun plan nak pergi shopping. Join je la sekali." Cadang Hae won. Sebaik sahaja mendengar cadangan tersebut,Chunji terus memberi thumbs up pada Hae won tanda dia setuju dengan cadangannya.

" Kalau macam tu,jumpa dekat depan pagar sekolah lepas habis sekolah lah. " Cadang Amber pula.

" Nice!" balas Chunji.

" Eh,Amber! bukan kau kata tadi kau tak ikut ke?" Soal Hae won yang membuatkan Amber menepuk dahinya.

"Iyalah,aku lupa. Aku kene tolong mak aku."

" Kesian,kecik-kecik dah jadi pelupa.Entah-entah bila dah tua esok,terus hilang ingatan tak?" Perli Chunji menyebabkan Amber mengetap bibirnya.

" Kau ni memang cari nahas la! " marah Amber sambil berdiri. Tangannya mula mencapai botol air yang berada berdekatan dengannya. Tetapi belum sempat Amber baling botol tersebut,Chunji terlebih dahulu menghilangkan dirinya.

" Yah! Chunjiiiii!!!! " Jerit Amber dengan kuat. Mujur pada waktu itu tiada siapa yang lalu kelas mereka,kalau tidak mesti diorang ingat Amber dah kene histeria.

“ Kau jangan berani nak muncul depan aku lagi. Kalau tak, nahas kau aku kerjakan!”

 

-To be continue-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 25: Serious lawak citer ni. Hae won tu selambe badak je ckp yg dia suka kat kai♥♥♥
JeonAra #2
Chapter 25: ahahaha xD lawak la citer ni xD!
Schanis_Ika #3
Chapter 21: sulli alia
amber wawa
suzy fatin
an an an ? :3
best arhh cite ni
Fisha99 #4
Chapter 25: eh???? dah abis dah ke cite nie???
Prince_Channy
#5
Chapter 25: owah..shaweet giler siot..sengal btol hae won..atuk kpale botk hahaha..shengal
tyra-99
#6
Chapter 25: Hahaha.. Sweet sangat
KyoRyy_Greeniez
#7
Chapter 25: Waa.you 're mine
#You're Mine
baehwililly
#8
Chapter 23: Update soon .. mmng best
Lyna_shah #9
Chapter 22: update soon