BAB 4

Who Is He???

          Hye Sung bangun perlahan-lahan menuju ke ommanya. Dia memegang tangan Puan Jang.

          "Kamu merepek apa ni Chanyeol? Mana ada jantan dalam bilik Hye Sung?" Puan Jang mengerutkan dahi dan menjengahkan kepala sekali lagi ke dalam bilik Hye Sung namun masih kosong seperti tadi. Chanyeol ternganga dan mengangkat keningnya apabila dia melihat Himchan sudah tiada di atas katil Hye Sung lagi seperti tadi.

          Hye Sung mengangkat kening juga dan terus masuk ke dalam biliknya. Kosong. Mana Himchan? Dia mencari-cari Himchan di dalam biliknya. "Mustahillah makcik. Tadi saya nampak ada lelaki kat bilik Hye Sung. Sumpah!" Chanyeol mengangkat tangan kanannya dan berkata dengan penuh teruja. Puan Jang menggeleng-geleng melihat perangai Chanyeol itu.

          "Chanyeol..berani kamu main-main dengan sumpah kan..kalau dah kena makan sumpah baru tahu.. dahlah tu..makcik nak tidur. Kamu tu pun,jangan lama-lama sangat kat bilik Hye Sung ni. Buat kerja sekolah takpe. Jangan buat 'kerja' lain pulak." Kata Puan Jang dan berlalu ke biliknya meninggalkan Hye Sung dan Chanyeol disitu.

          'Mesti mamat tadi ada sorok dekat mana-mana ni..' Chanyeol menggigit bibirnya dan dan terus masuk ke dalam bilik Hye Sung. Dia turut mencari-cari. Di bawah katil. Tiada. Di dalam almari. Tiada. Di belakang langsir,juga tiada.

           "Kecohlah kau ni Chanyeol!" Hye Sung menampar lengan Chanyeol dengan kuat dan menjerit kegeraman. "Eh.Betullah. Tadi aku nampak ada laki dekat bilik ko.. Ha,cakap dengan aku cepat. Mana kau sorokkan laki tu?" Chanyeol menyibuk lagi. Hye Sung mengangkat bebola matanya ke atas tanda mengejek dan mendengus kasar.

          Hye Sung yang malas mahu melayan Chanyeol itu terus mengambil laptop di atas meja belajarnya dan diberi kepada Chanyeol dengan kasar. Chanyeol menyambutnya. "Dah.Pergi balik. Kecoh jek kau ni." Hye Sung malas mahu melayan Chanyeol dan menolak kawannya itu untuk keluar biliknya. Pintu bilik ditutup kasar dan dikunci.

          Chanyeol buat muka dan mengangkat tangan seolah-olah ingin menumbuk Hye Sung di balik pintu. Chanyeol berlalu dari situ dengan perasaan tertanya-tanya. Tiba-tiba dia berhenti apabila teringatkan sesuatu. Dia berpatah balik ke bilik Hye Sung.

         Tok.Tok.Tok Pintu blik diketuk.

          "Kau nak apa lagi lah?!" Hye Sung menengking dari dalam bilik.

          "Chanyeol menelan air liur sebelum bersuara dengan kuat, "aku nak pinjam pendrive kau lah.."

           Seketika, pintu terbuka dan Hye Sung hanya memandang Chanyeol yang tercongok dengan muka bongok nya itu di depan pintu biliknya. "Kau nak buat apa dengan pendrive aku?" Hye Sung menyoal dan tangannya memegang pendrivenya erat.

          "Aku punya pendrive rosak..nanti macam mana aku nak simpan kerja-kerja aku ni. Kau kan ada dua, pinjamkanlah aku satu.." Chanyeol buat muka pao. *die*

          Hye Sung menghulurkan pendrive itu pada Chanyeol. "Ambik ni..jangan simpan pulak dalam tu." Hye Sung berkata saat Chanyeol mengambbil pendrive dari tangannya. Hye Sung terus menutup pintu kasar. Chanyeol menjongetkan bibirnya tanda mengejek. "Kalau ada pun apa salahnya.."

          Chanyeol berkata perlahan dan terus berlalu keluar dari rumah Hye Sung.


          "Mana Himchan ar?" Hye Sung berkata-kata sendiri dan duduk di tepi katilnya. Dia merenung dinding biliknya dengan pandangan kosong.

           "I'm here!"

          "Omak kau!" Hye Sung melatah terkejut apabila Himchan tiba-tiba Himchan muncul di depan nya. "Yah! Kau pergi mana huh?" Hye Sung bangun dan Himchan hanya tersengih dan duduk di tempat Hye Sung duduk tadi. "Basuh kain.." Jawab Himchan selamba dan menyilangkan kakinya dengan muka selamba.

          Hye Sung bengang. "Main-main pulak kau ni..kau dengan mamat Chanyeol tu sama jek." Hye Sung menjongetkan bibirnya tanda mengejek.

          "Chillah. Aku guna power aku tadi. Tak sangka pulak masih berguna. haha." Himchan ketawa. Hye Sung ternganga. "Power?" Hye Sung menyoal.

          Himchan ketawa. dan mengangguk. "Power apa? " Hye Sung menyoal naif.

          "we got the power.. i got the power.. every body say! hate you!" Himchan menyanyi lagu B.A.P ikut suka hati dia dan cuba buat lawak bongoknya di depan Hye Sung. Riak wajah Hye Sung terus berubah macam orang takde perasaan. "Yah.Tak lawak ok." Kata Hye Sung.

          "Fine." Kata Himchan dan terus diam. "Aku kan ada sihir,,so aku boleh guna sihir aku ni untuk meng halimunankan diri aku.jadi orang tak nampak aku" Himchan berkata dengan serius.

          "macam pelik jek." Kata Hye Sung dan duduk di sebelah Himchan.

           Himchan hanya mengangkat bahunya.

          'alien kot dia ni.' Kata Hye Sung dalam hati.

          "Habis kau dah kena buang dekat planet bumi ni..kau nak tinggal dekat mana?" Hye Sung berkata.

          "dekat sinilah!" Himchan membalas dan mengerutkan dahinya.

          "Gila kau? Takkan kau nak tidur sebilik dengan aku?" Hye Sung berkata dan mengeluh kasar.

          "Hurm..habis tu macam mana..aku takde duit.. nak tidur dekat rumah sewa." Himchan menoleh sekilas ke arah Hye Sung di sebelahnya. "Kau kan ada power kau tu. Guna jeklah untuk buat duit."

          Himchan ketawa mendengar kenyataan Hye Sung. "Kau ni. Tak agak-aagak. Kalu sekolah ada ajar sihir macam tu,memang dah kaya-raya dah semua penduduk Planet Matoki tu.." Himchan ketawa sinis dan menggeleng-geleng perlahan.

          Hye Sung senyap. Dia tak tahu mehu renspons apa. Himchan tersengih. "Hye Sung-ah.." Himchan memanggil dan Hye Sung menoleh ke arahnya.

 

 

 

 

          "Comelkan aku?" Himchan berkata dan membuat lagi muka comel sambil mengembungkan pipinya berulang-ulang kali. Hye Sung mengalihkan pandangan ke depan semula. Malas dia mahu melayan Himchan. Mana boleh dia bagi seseorang yang dia baru kenal tidur sebilik dengannya. Tak boleh.

          "Hye Sung-ah.." Himchan memujuk lagi dan mencangkung di depan Hye Sung.

 

 

 

 

 

           Hye Sung menahan senyumnya. 'Macam nak sepak jek muka dia. nasib jek comel.' Kata Hye Sung dalam hati. "Ok..ok.. Aku bagi..tapi kalau mak bapak aku nampak macam mana?" Hye Sung menyoal risau.

          "Jangan risaulah..kan aku dah cakap yang aku ada kuasa menghalimunankan diri aku.." Kata Himchan dan mula baring sambil menepuk-nepuk bantal di atas katil Hye Sung. "Hye..hye.." Hye Sung berkata dan bangun. "Kau nak tidur atas katil sebelah aku ke?dah lama hidup?" Hye Sung marah dan menuju ke almari nya. Cadar tebal dan selinut tebal dikeluarkan dan dia meletakkan ke atas lantai biliknya.

          Himchan hanya melihat dari pembaringannya. 'Dia nak suruh aku tidur bawah?taknak aku.' Himchan berkata dalam hati dan terus cepat-cepat melelapkan matanya.

          "kau tidur ba.." Hye Sung yang baru selesai membentangkan cadar untuk Himchan baring itu terhenti dari berkata-kata. "Tak guna betullah mamat ni.haish.." Hye Sung mengeluh dan mengambil bantal di atas katilnya di sebelah Himchan dan terus baring di cadar itu. Selimut ditarik memandangkan sudah pukul 1 pagi,dia perlu tidur. Dahlah dia susah nak bangun pagi


.

 

 

aku tukar description dengan forward memandangkan plan aku tak menjadi. mula2 ingat nak buat chanyeol watak utama.tapi bila fikir2 balik,himchan macam akan muncul dengan banyak dalam citer ni.. hehe ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 4: update soon .. tak sabar nk tunggu seterusnya ..
93Hanafayana #2
Chapter 4: Update soon
bysyyui
#3
Chapter 4: boleh tahan si himchan ni.. kang aku lempang nanti bang marah pulak XD
bysyyui
#4
Chapter 3: walawei aku nak try dengar suara luhan la XDDDDD
AHHHHH CHANYEOL TERSANGAT SANGATLAH COMEL MACAM NAK TUMBUK GUNA LESUNG BATU MAK AKU JEWWW NYEOL NYEOL xD
93Hanafayana #5
Chapter 3: Update soon...best gile doh...
93Hanafayana #6
Chapter 2: Update....soon....hehe...best la....
Miss_Tuxedo
#7
Chapter 1: ko penah baca novel snow white and the huntsman koh??
93Hanafayana #8
Chapter 1: Update soon......~_~
hotbyun2014
#9
aww i like the plot alot! XD