BAB 1

Who Is He???

(DI KING HIGH SCHOOL~~~)

         Suasana kelas 5-a bising seperti pasaraya sebab cikgu Sejarah mereka masih belum masuk. Di salah satu tempat duduk....

          Jang Hye Sung di tempat duduknya di tengah-tengah kelas dengan novel Snow White And Huntsman di tangannya.  Matanya ligat ke kiri dan ke kanan membaca isi novel oleh Lily Blake itu.

          "Aiyak. Lagi sikit jek pedang tu nak kena jantung Snow White. Jahat gila Evil Queen ni.. Haish." Hye Sung mula berada dalam dunianya sendiri. Dia rasakan yang Snow White tu ialah dia. Jantungnya berdebar-debar masa membaca bahagian pergaduhan antara Snow White dan Evil Queen.

          "Yes!!!!! Akhirnya! Padan muka Evil Queen! Dasar nenek sihir.. dah tua tu,tua jeklah. Yes! Yes! Yes! Yay! Snow White menang!" Hye Sung menjerit gembira dan tanpa dia sedar,dia berdiri dengan semangat sampai rakan sekelas dia yang sedang tidur di meja sebelah dia terbangun dari duduknya.

          Pelajar lelaki itu berdiri tegak dengan muka mamai. Lama dia terdiam kerana terkejut.

          "Haish.....!" Chanyeol yang geram dengan Hye Sung mengusut-ngusutkan rambutnya. Dahlah serabai. Makin bertambah serabai pulak orang lain tengok.

          Pelajar-pelajar di kelas itu yang tadinya terkejut memandang Hye Sung terus buat kerja masing-masing balik sebab diorang memang dah biasa dengan perangai Hye Sung yang lupa diri bila dah baca novel kisah dongeng.

          "Yah!" Chanyeol menjerit ke arah Hye Sung yang dari berdiri disebelahnya.

          Hye Sung menoleh ke arah Chanyeol. Keningnya terangkat memandang rakan baiknya itu. "Oh. Kau dah bangun Nyeol?" Hye Sung menyoal dengan muka selamba sambil tangannya masih memegang novel itu. Chanyeol bengang. Suka-suka dia jek panggil aku Nyeol.

          "Nyeol, kau tau tak, Snow White menang.. Padan muka nenek sihir bengong tu." Hye Sung bercerita penuh teruja. Chanyeol tersenyum sinis. Kemudian dia memandang tajam wajah Hye Sung dengan mata yang merah.

          "Kau nak dengar cite aku pulak tak? Tadi aku mimpi belasah orang." Chanyeol berkata dengan muka tanpa reaksi. "Oh?" Hye Sung berasa teruja. Dia mendekati Chanyeol.

          "Siapa orang yang bernasib malang tu?" Hye Sung mula keluarkan bahasa baku dia. Kemaruk novel cerita dongeng betul.

          "Kau." Singkat saja Chanyeol membalas. Hye Sung terus berubah reaksi mendengar jawapan Chanyeol. Dia terdiam dan memandang papan hitam yang melekat di dinding hadapan kelas. Dia mengangkat kaki menuju ke tampatnya di sebelah Chanyeol.

          Tiba-tiba dia berpatah balik. Chanyeol mengeluh. Mesti ada lagi benda mengarut dia nak beritau.

          "Tapi kan orang kata kalau kita mimpi macam tu, maknanya kau sayangkan aku. Dan kau tak sampai hati nak belasah aku sebenarnya." Hye Sung berkata dengan muka naifnya. Chanyeol bagi muka derp.

          "Thanks chingu, mesti kau sayang sangat dengan aku kan?" Hye Sung memeluk lengan Chanyeol tapi Chanyeol cepat-cepat tarik tangan nya semula dari dipeluk Hye Sung.

          "Apa ni peluk-peluk aku. Kang nanti Sulli nampak, jeles pulak dia." Chanyeol memandang sekeliling. Padahal dia tak kisah pun bila Hye Sung buat macam tu.

         Hye Sung mencebikkan bibirnya. Sulli tu sebenarnya crush Chanyeol. Dari tahun lepas lagi Chanyeol sukakan Sulli tapi Chanyeol tak pernah confess dekat Sulli. Bila Hye Sung tanya kenapa, mesti dia akan cakap yang dia lagi suka tengok Sulli dari jauh.

          "Yelah tu.." Hye Sung berkata perlahan dengan nada mengejek. "Ko pehal." Chanyeol tak puas hati. Hye Sung tersengih. "Ani.. haha. dasar prince frog betul.. Kau nak tungguk Sulli cium kau dulu ke baru kau nak confess dekat dia?" Hye Sung buat muka bengang.

          Chanyeol angkat mata ke siling tanda mengejek. "Tak habis-habis dengan cerita tahyul kau tu. Dah ar. Blah sana. Aku nak tidur. Semak jek." Chanyeol kembali duduk dan membaringkan kepala ke atas meja yang beralaskan lengannya.

          "Bangun semua!!" Suho, ketua kelas 5-a bersura dengan kuat bila cikgu Wang, masuk ke dalam kelas. Chanyeol automatik bangun dengan muka bengang. Dia menggigit bibirnya sebab terlampau geram. Dah lah semalam dia kerja part time lebih masa. Dia yang kerja sebagai casher di kedai serbaneka 24jam memang selalu tak cukup tidur...

          Hye Sung menguap besar.. 'Menyampah aku dengan subjek sejarah ni..mesti aku nantuk .pergh tak tahan siak..' Hye Sung berkata dan menggeleng-gelengkan kepalanya berulang-ulang kali. Dia mengeluarkan pensil dari dalam pensil box.

         Chanyeol pulak dah terlentok atas meja. Hye Sung masih berkhayal pasal cerita Snow White tadi.

          "Chanyeol!!!! Jangan tidur dalam kelas saya lagi!!"

          Automatik Chanyeol terbangun dan dia berdiri tegak. Kejadian dia terkejut tadi bagai berulang kali ke dua. 

          Dia meregang-regangkan badannya ke kiri dan kekanan. Cikgu Wang menggeleng-geleng melihat sikap Chanyeol yang selalu tidur dalam kelasnya.

          "Chanyeol. Lepas ni jumpa saya dekat bilik disiplin." Kata Cikgu Wang dengan serius dan meneruskan pembelajaran. Hye Sung mengesat matanya yang mula berair sebab asyik menguap..

          "Nasionalisme ialah...bla...bla...bla..mempertahankan...bla...bla... penjajah."

          Cikgu Wang membebel di depan. Mata Hye Sung mula memerah. Akhirnya di ikut terlentok sama macam Chanyeol yang terlentok kepala di atas meja.

          Cikgu Wang yang nampak kedua-dua perangai anak-anak muridnya itu menggeleng-gelengkan kepala. Memang betul-betul kawan baik yang pemalas. Yang sorang gila tahyul. Yang sorang lagi gila kerja.


 

 

 

Sori di atas cerita aku yang tak berapa best. *bow* aku mintak maap sangat2 kalau apa yang diharapkan korang tak sama dengan realiti.haha. Tapi aku buat ni pun dengan mamai2..sori lah ye. n watak perempuan ni macam melebih2 kan? tu memang watak dia.ceria jek 24jam.tapi dia tu naif.. so  aku harap cara cerita aku akan datang lebih baik dri yang ni. gomawo sebab membaca.. ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shafiqah_tatsmato #1
Chapter 4: update soon .. tak sabar nk tunggu seterusnya ..
93Hanafayana #2
Chapter 4: Update soon
bysyyui
#3
Chapter 4: boleh tahan si himchan ni.. kang aku lempang nanti bang marah pulak XD
bysyyui
#4
Chapter 3: walawei aku nak try dengar suara luhan la XDDDDD
AHHHHH CHANYEOL TERSANGAT SANGATLAH COMEL MACAM NAK TUMBUK GUNA LESUNG BATU MAK AKU JEWWW NYEOL NYEOL xD
93Hanafayana #5
Chapter 3: Update soon...best gile doh...
93Hanafayana #6
Chapter 2: Update....soon....hehe...best la....
Miss_Tuxedo
#7
Chapter 1: ko penah baca novel snow white and the huntsman koh??
93Hanafayana #8
Chapter 1: Update soon......~_~
hotbyun2014
#9
aww i like the plot alot! XD