2

Forbidden Love

Exopink's Story

"Hyung boleh tak bagi tau schedule kita." minta Suho sambil memandang manager-nya yang sedang berbincang antara mereka. Ahli yang memandang ke arah Suho. Pelik.

"Hyung. Peliknya." kata Chanyeol curiga. Tangan Sehun disikunya. Ahli yang lain senyum pelik.

"Kenapa pulak ? Bukan ke hyung selalu tanya pasal schedule kita." balas Suho selamba. 

"Dah dah. Ni jadual dengan senarai nama artis yang akan perform." ujar manager sambil menghulurkan beberapa keping kertas kepada Suho.

Suho terus membelek kertas itu.

'Dua minggu depan ada Gayo Daejun. Mesti dia ada.' hati kecil Suho tersenyum.

"Okay, minggu depan kamu ada acara Gayo Daejun. 3 tv. KBS, SBS dan MBC. So, lepas ni pergi jumpa cikgu tarian kamu semua dan bincang dengan dia." arah manager Exo.

"Boleh beransur sekarang." tambahnya. Ahli Exo terus keluar dari bilik mesyuarat itu.

"Suho." jerit Luhan. Suho dan Baekhyun terus berpaling. 

"Kenapa ?" soal Suho pendek.

"Kertas tadi mana ? Ada hal sikit." ujar Luhan. Suho terus memberikan kepingan kertas yang dipegangnya kepada Luhan.

"Nanti bagi dekat manager hyung tau." ucap Suho. Luhan terus mengangguk dan berlalu pergi.

 

 

KBS 

"Chorong. Hari ini kamu dengan Eunji jadi MC jemputan tau. Kena interview artis yang perform hari ni." ujar manager APink. Mata Chorong terbeliak.

"Hah ?! Orang lain tak ada ke ?" soalnya terkejut. Pantas tangan Chorong dipukul lembut.

"Hari tu kan dah bagi tau." ujar Eunji lalu bangun dari kerusi yang didudukinya.

'Alah.'

"Oppa. Saya nak pergi beli air kat machine kejap." ucap Chorong perlahan dan keluar dari bilik yang disediakan.

 

 

"Nak beli air apa eh ?" tanya Chorong perlahan. Mata melilau mencari air yang dijual.

"Saya prefer kan awak Neslo ice." suara seorang lelaki di belakang Chorong. Laju Chorong berpaling.

Suho. 

'Lelaki ni lagi.' desis hati Chorong.

Suho tersenyum. 

"Hai jumpa lagi kita." ucapnya perlahan. Seakan akan berbisik. Chorong hanya tersenyum nipis. 

"Nah Neslo ice awak." Suho menghulurkan cawan kepada Chorong.

"Eh tak apa." tolak Chorong lembut.

"Habis saya nak minum dua cawan ni lah ?" soalnya. Keningnya diangkat.

"Tak boleh tidur saya nanti." tambahnya. Cawan itu dihulur lagi kepada Chorong. 

"Terima kasih." ucap Chorong dan berjalan pergi. Malu.

 

 

"Kamsahamnida." ucap Chorong sambil menuduk sedikit kepalanya kepada semua artis yang terlibat dengan konsert akhir tahun ini. Ramai sungguh.

"Chorong. Hai." ucap Luhan sambil tersenyum manis. Chorong mengangguk perlahan. Sempat dia tersenyum nipis.

"Persembahan kumpulan awak best lah tadi." puji Luhan. Tangan Luhan menggosok belakang kepalanya. Chorong hanya tersenyum.

"Kumpulan awak jugak. Tarian solo awak tadi memang daebak." ucap Chorong sambil menunjukkan tanda bagus dengan ibu jarinya. 

"Annyeonghaseyo." ucap Baekhyun kepada Chorong tiba-tiba.

"Nae. Annyeonghaseyo." balas Chorong dan terus berjalan turun dari pentas.

Baekhyun terus menarik Luhan untuk turun dari pentas itu. Namun Luhan tidak melepaskan pandangan matanya ke arah Chorong.

"Tengok apa ?" soal Baekhyun sambil memandang Luhan. Luhan hanya mengeleng kepalanya.

'Nanti kita jumpa lagi.'

 

SBS

 

"Hyung, nak pinjam schedule kejap." pinta Chanyeol agak kuat. Suaranya terggelam dengan jeritan peminat dan suara artis yang sedang membuat persembahan.

Suho memberikan kertas yang berada di atas meja di hadapannya.

"Lepas ni APink. Yes. No No No." ucap Chanyeol teruja. Suho memandang Chanyeol tidak percaya. APink.

"Hyung suka No No No juga ke ?" soal Chanyeol. Baekhyun tertarik dengan soalan Chanyeol segera berpaling.

"Siapa yang tak suka." balas Suho sambil tersenyum.Baekhyun menepuk peha Suho lembut.

Ingin menarik perhatian Suho. Suho terus memandang ke kanan.

"Kenapa ?"

"Dua hari lepas. Hyung ada beli air kan ?" soal Baekhyun dekat. Berbisik. Suho mengangguk laju.

"Saya nampak hyung dengan ketua APink. Berbual."

Suho terkejut tapi dia mendiamkan sahaja.

"Dah kenal ke ?" tambahnya lagi. 

Suho merapatkan dirinya dengan Baekhyun. Berbisik.

"Kitaorang jumpa dekat panggung wayang. I think I like her." ujar Suho.

"Gila." jerit Baekhyun. Tetapi mulutnya ditutup dengan tangan Suho.

"Hyung, habis. Krystal." tanya Baekhyun. Matanya memandang Krystal di hujung kanan mereka sedang berborak dengan ahli kumpulannya yang lain.

Suho juga memandang ke arah Krystal. Bagaikan ada kuasa magnet, Krystal juga berpaling. Mereka berdua memberikan senyuman yang manis. 

"Hyung, jangan mainkan perasaan Krystal." pesan Baekhyun perlahan. Matanya kembali fokus ke arah pentas.

APink.

Suho memandang Chorong lama. Dia tersenyum. Cantik. Suho mengurut lehernya yang tegang. Pening.

 

 

Akhirnya tamat juga konsert hari ini. Ketika Chorong berada di pentas untuk penutupan. Matanya terlihat Suho dari jauh. Dia sedang tersenyum dan galak ketawa.

'Handsome juga dia. Tapi siapa perempuan tu ? Tu bukan Krystal F(x) ke ?'

Mata Chorong galak memandang Suho.

"Unnie." panggil Bomi. Chorong menoleh. 

"Kenapa ? Pandang siapa ? Macam nak makan orang je." soal Bomi sambil mencari orang yang Chorong pandang sejak dari tadi.

"Tak ada apa apa lah." balas Chorong. Hatinya remuk. Sakit. Kenapa ni.

"Unnie." panggil Bomi lagi. 

"Kenapa ?" tanya Chorong perlahan. Bomi segera menunding jari ke arah kanan mereka. Dari jauh, kelihatan Luhan berdiri bersama ahli kumpulannya.

Mata mereka bertemu. Luhan segera melambai ke arahnya dan tersenyum lebar. Chorong membalas dengan senyuman. 

"Luhan EXO.Sesuai dengan unnie." ujar Bomi. Namun Chorong memandang dengan pandangan tajam. 

"Gurau je." tambahnya sambil ketawa.

 

 

Suho berjalan keluar dari pejabat. Dahinya diurut lembut. Kakinya melangkah ke arah keretanya yang di parking di bahu jalan. Perlahan kakinya. Penat setelah seharian berada di syarikat untuk persediaan konsert akan datang. 

"Oppa."

Suho memandang ke arah suara itu. Kelihatan Kystal berada di sebelah keretanya. Senyuman manis dilemparkan oleh Krystal kepada Suho. Namun, dibalas dengan anggukan. Suho berjalan mendekati Kystal.

"Kenapa ?" soal Suho pendek.

"Jom pergi Sungai Han." ajak Krystal manja. Lengan Suho dipeluk laju.

"Tak apa lah, Krystal. Oppa nak balik. Penat." balas Suho dingin. Kakinya dilangkah kembali. Berhenti.

"Nak oppa hantar kan ?" soal Suho setelah menoleh ke belakang. Memandang wajah muram Kystal.

Krystal terus berjalan ke arah tempat duduk pemandu dan membuka pintu. 

Sebal dengan kedinginan Suho. Perangai Suho sudah berubah. Tidak seperti dulu semasa mereka menjadi trainee. 

Suho hanya tersenyum nipis. Dia sudah faham keletah dan perangai Krystal. Bagai anak kecil.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
TheGirl96
ideassssssss !!

Comments

You must be logged in to comment
Penawar #1
Chapter 7: update lg :)
mirzaemyly #2
Chapter 7: Chapter 4:update lh lg......sweet gilaaaa!!...
Suho_Chorong #3
Chapter 7: Please ... Update lagi.. Best gila ...
yukiyuyana
#4
Chapter 3: Omo best lah.author nim,update lagi ^^
LuRong_ship #5
Chapter 2: Annyeong^^
I'm new reader from Indonesia. I hope you will update soon.
LovelyPurple96
#6
Chapter 2: jalan cter yg comel...update soon ok!!!