1

Forbidden Love

Apink's Story

"Kamsahamnida." ucap ahli APink serentak sambil menunduk sedikit kepala mereka. Seraya itu mereka terus terus dari pentas itu. 

"Panasnya." ujar Hayoung, ahli paling muda APink sambil mengelap peluh di dahi. Rambutnya yang terjurai, dikemaskan kembali. Ahli yang lain cuma tersenyum manis. 

"Okay. Kita dah boleh balik." jerit manager APink di dalam bilik yang dikhaskan untuk APink untuk persediaan. Chorong tersenyum laju. Dia bangun memanggil manager-nya.

"Oppa." jerit Chorong perlahan. 

"Oh kenapa ?" soal manager mereka setelah berpaling ke arah Chorong yang berada beberapa langkah di belakangnya.

"Lepas ni saya nak pergi mall boleh tak ? Nak tengok wayang." tanya Chorong. Meminta kebenaran. Kalau boleh boleh sahaja dia memandu sendiri. Tetapi, dia tidak mempunyai tenaga. Terpaksa meminta manager-nya menghantar.

"Sorang je."

Chorong mengangguk laju. Matanya masih memandang manager-nya.

"Okay. Nanti oppa hantar. Suruh diaorang cepat siap. Oppa tunggu kat lobi." arah manager APink dan berlalu pergi.

Chorong berjalan puas. Hari ini dia boleh menghabiskan masa di panggung wayang keseorangan. Tiba-tiba...

"Aouh." jerit kecil Chorong. 

"Chorong-ah." panggil Minhyuk lalu menghulurkan tangan. 

"Jalan tak pandang depan. Mengelamun." tambah Minhyuk sambil tersenyum. Chorong mengambil huluran tangan Minhyuk. 

"Oppa ni." ucap Chorong perlahan. Bajunya dikemaskan. 

"Apa-apa jelah. Okay lah, oppa nak balik. Bye." balas Minhyuk sambil tersenyum.

 

"Cik, nak filem apa ?" tanya cashier panggung wayang itu sambil tersenyum. Chorong masih memandang senarai tajuk filem yang masih ada.

"Saya nak tengok filem Percy Jackson and The Sea Monster yang akhir." balas Chorong.

"Filem yang terakhir lagi 30 minit. Seat pulak tinggal satu." ujar cashier itu. Chorong sudah tidak tentu arah. Dia ingin menonton filem itu. Tak kisah lah.

"Boleh lah." ucap Chorong lalu menghulurkan kad kredit miliknya. 

"Terima kasih." 

Chorong mengangguk dan berjalan ke arah tempat menjual makanan. Perutnya sudah berbunyi sejak dari tadi. 

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi,

"Chorong." jerit Eunji. Chorong menjauhkan telefon dari telinganya. Sakit.

"Kenapa ?" soal Chorong. 

"Kenapa pergi wayang sorang je. Kejam betul." marah Eunji. Chorong hanya tersengih.

"Biarlah. Okay lah. Wayang nak mula. Bye." balas Chorong lalu mematikan panggilan itu dan berjalan ke arah kedai yang menjual popcorn dan minuman.

 

"Mana seat G8 ni ?" gumam Chorong sendiri. Tangannya penuh dengan popcorn dan minuman. Matanya melilau mencari tempat duduk. Semua orang sudah mula memenuhi panggung itu dan bersedia untuk menonton. Kekok. Semua orang memandang ke arahnya. Bagaikan pembunuh yang amat kejam.

"Maaf ini seat G ke ?" tanya Chorong pada seoarang lelaki yang duduk di hujung. Dia mengangguk laju dan memberikan ruang untuk Chorong lalu di lalaun yang sempit itu.

"Tumpang lalu." ucap Chorong lalu masuk ke dalam laluan itu. 

'Dapat pun.' Chorong melabuhkan punggungnya di tempat miliknya. Dia memandang ke arah lelaki yang berada di kanannya.

'Macam kenal lah.' hati Chorong berbisik. Namun dia diamkan diri sahaja. Tetapi budak perempuan di belakangku berbisik sesama mereka. 

"Ni bukan Suho oppa ke ?" ucap perempuan yang pertama.

"Ye ke ?" jerit kawannya perlahan. 

'Suho ? Exo tu ke ?' Chorong menjeling sekali lagi. Muka lelaki itu mula menunjukkan bahawa yang dia tidak selesa. Chorong tersenyum kecil.

'Tak kisah lah. Asalkan aku dapat tengok wayang.'

 

 

Exo's Story

'Alamak. Budak perempuan tu dah tau aku siapa ?' hati kecil Suho tidak tenang. Matanya melilau mencari idea. Filem yang ditayangkan di hadapannya tidak dapat dihadam oleh otaknya. Persetankan.

Tiba-tiba, matanya terpandang wajah gadis muda disebelahnya yang sedang menonton filem yang ditayangkan dengan penuh fokus. Tangannya sibuk memasukkan popcorn ke dalam mulutnya. 

'Macam kenal lah dia ni. Dia ni bukan ke ketua APink tu.' Lantas Suho mengeluarkan telefon bimbitnya dan mencari sesuatu. 

APink. Taip jari panjang Suho. Tiba-tiba, bahunya di tepuk perlahan. Pantas dia menoleh ke kiri. Arah gadis itu.

"Kenapa ?" bisiknya. Wajahnya berkerut. 

"Kena off phone lah. Nanti kena marah dengan guard kat sini." ucap Chorong perlahan. Namun, Suho dapat melihat wajah Chorong dengan lebih jelas disebabkan pencahayaan. Serupa. Budak APink rupanya.

 

Setelah 2 jam lebih di dalam panggung wayang itu, akhirnya filem itu tamat. Chorong segera mengemaskan begnya dan memakai topinya semula.

"Saya tahu awak ni siapa. Apink." ucap Suho perlahan. Mata mereka bertembung. Jantung Chorong berdegup kencang. Suho hanya tersenyum nipis. 

"Ah." balas Chorong dan berlalu pergi meninggalkan Suho yang sudah dikerumuni oleh peminat perempuan yang dari tadi berbisik. 

Suho tersenyum menang. Comel.

 

 

"Cik. Baju ni ada saiz tak ?" tanya Luhan sambil menunjukkan baju yang dipegang ke pekerja kedai pakaian itu. Pekerja itu mengangguk laju.

"Saiz apa ?" soal pekerja itu. 

"L." balas Luhan lalu bergerak ke arah baju wanita. Dia ingin membelikan untuk ibunya. Luhan tersenyum apabila teringat ibunya di China. Rindu.

Tiba-tiba, bahu yang di tepuk. 

"Encik. Saya nak baju ni. Tapi saiz M."  suara perempuan.

Luhan itu menoleh. 

"APink Chorong kan ?" tanya Luhan perlahan. Chorong tersenyum malu. Mukanya sudah berwarna kemerah-merahan. Akibat tahan malu. 

Chorong mengangguk laju.

"Luhan Exo ?" tanya Chorong. Luhan mengangguk.

"Tadi saya nampak ahli awak tengok wayang. Suho." ujar Chorong sambil tersenyum.

"Haah. Dia tengok wayang. Kami berdua je keluar hari ni. Bosan kat dorm." tambah Luhan. 

"Kalau macam tu, saya minta diri. Sorry." ucap Chorong dan berlalu pergi.

'Comel.'

 

 

"Suho." jerit Luhan lalu berlari anak ke arah Suho yang sedang duduk di atas bonet hadapan keretanya. Suho terus berpaling ke arah Luhan.

"Kenapa lambat ?" tanya Suho. Dia sudah menginggil menunggu Luhan shopping. Kalah perempuan mamat ni.

"Sorry lah. Beli banyak sangat." balas Luhan sambil menunjukkan beberapa beg beli - belah di tangannya.

Suho tersenyum nipis. Kepalanya di geleng perlahan. 

"Jom lah. Sejuk lah." ajak Suho lalu berjalan ke keretanya. Namun matanya, terpandang van putih di hadapannya. 

'Chorong.' Dia melihat Chorong berjalan bersama seorang lelaki. 

'Manager-nya mungkin.' Suho menyedapkan hatinya. 

'Eh. Aku cemburu ke ? Tak mungkin.' Suho meneruskan langkahnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
TheGirl96
ideassssssss !!

Comments

You must be logged in to comment
Penawar #1
Chapter 7: update lg :)
mirzaemyly #2
Chapter 7: Chapter 4:update lh lg......sweet gilaaaa!!...
Suho_Chorong #3
Chapter 7: Please ... Update lagi.. Best gila ...
yukiyuyana
#4
Chapter 3: Omo best lah.author nim,update lagi ^^
LuRong_ship #5
Chapter 2: Annyeong^^
I'm new reader from Indonesia. I hope you will update soon.
LovelyPurple96
#6
Chapter 2: jalan cter yg comel...update soon ok!!!