3

Forbidden Love

Luhan's Story

Luhan menekan skrin telefon bimbit miliknya. Laju jari jemari menekan dan membawa telefonnya ke telinga.

"Hello, hyung."

"Oh, Luhan. Kenapa ?" soal lelaki yang berada di talian di sana.

"Nak minta tolong boleh tak ?" Luhan bergerak bangun dari duduknya. Dia bergerak ke arah balkoni. Tangannya diletakkan di atas palang. Matanya memandang ke arah permandangan yang terbentang di luar. 

"Apa ? Cakap lah." 

"Boleh bagi nombor ahli APink tak ?" Luhan menggosok kepalanya. Senyumannya timbul di bibir. 

"Boleh. Siapa ? Chorong ?" Luhan diam. Dalam hatinya dia berkata ya.

"Betul lah tu. Nanti hyung message kamu." ucap lelaki itu dan mereka menamatkan panggilan itu. 

Luhan tersenyum menang. Tidak lama itu, telefonnya berbunyi tanda ada pesanan masuk. Dia segera membuka pesanan itu.

'Luhan, mama rindu kamu.'

Air mata Luhan terus mengalir keluar. Laju. Pantas dia menelefon ibunya di China. Sudah 2 tahun dia tidak melawat ibunya walaupun dia berada di China untuk promosi lagu. 

"Mama." ucap Luhan perlahan. Air matanya tidak berhenti henti keluar. Pantas dikesatkan dengan jari kasarnya.

"Luhan. Mama rindu kamu. Balik lah." ucap ibunya memujuk. 

"Maaf ma. Luhan tak boleh. Maaf ma." balas Luhan lalu mematikan panggilan. Tidak sanggup dia mendengar pujukan dan rayuan ibunya menyuruh dia pulang. Dia ingin. Ingin sekali pulang, tapi apa kan daya , dia perlu menunaikan tanggungjawab sebagai artis di Korea.

'Maaf ma. Luhan tak ada tunaikan tanggungjawab Luhan.'

"Hyung." pitu bilik Luhan diketuk. Laju Luhan berjalan ke arah pintu biliknya sambil mengesat matanya. Dia tidak mahu ahlinya tahu dia menangis. Tidak sesekali.

Pintu dikuak. Wajah Chanyeol di depan pintu.

"Kenapa ?" soal Luhan. Chanyeol tergelak.

"Training time." balas Chanyeol sambil menunjukkan jam tangannya. Luhan tersenyum malu.

"Jom." jawab Luhan sambil menutup pintu biliknya.Mereka berjalan beriringan. 

 

"Hyung. Tengok ni." jerit Lay sambil memanggil Baekhyun datang dekat dengannya. Matanya masih memandang skrin Ipad.

"Kenapa ?" tanya Baekhyun lalu duduk di sebelah Lay. Matanya difokuskan ke arah skrin Ipad yang dipegang Lay.

"Luhan ada skandal dengan idol perempuan." ucap Lay membaca tajuk berita yang dikeluarkan oleh sebuah laman web.

"Mana Luhan hyung ?" tanya Baekhyun

"Dalam bilik. Chanyeol panggilkan." balas Lay. Matanya masih membaca isi kandungan berita yang dikeluarkan.

"Luhan hyung." jerit Lay apabila melihat Luhan dan Chanyeol memasuki bilik tarian. 

"Sini. Sini." Chanyeol terus berlari ke Lay dan Baekhyun.

"Kenapa ?" soal Chanyeol. Lay terus memberikan Ipad kepada Chanyeol dan Luhan.

"Hyung." Luhan memandang Baekhyun. Kosong. Dia tidak tahu perlu buat apa saat ini.

Baekhyun segera menarik Luhan keluar dari bilik tarian itu.

"Hyung. Hyung buat apa ni ?" soal Baekhyun. Luhan hanya mengelengkan kepalanya. Dia terus meninggalkan Baekhyun keseorangan walaupun namanya dijerit beberapa kali.

'Kenapa semuanya susah nak aku lalui. Kenapa ? Aku cuma perlukan kebahagian yang lama aku cari. Tolong.'

 

 

Suho’s Story

 

“Hyung. Ada masalah. Habislah – Chanyeol.”

Suho membaca mesej yang dihantar oleh Chanyeol. Pantas dia menelefon Chanyeol kembali.

“Kenapa ?” soal Suho lalu bangun dan berjalan sekitar bilik hotel. Hari ini dia mempunyai schedule sendiri namun ianya sudah tamat tidak lama tadi.

“Luhan hyung ada skandal.” Balas Chanyeol laju.

“Hah ?! Dengan siapa ?” Tanya Suho terkejut. Ini masalah besar tidak boleh dibuat mainan. Ianya melibatkan pelbagai pihak.

“Saya baca news ni. Diaorang kata budak APink. Park Chorong. Diaorang ada post gambar sekali. Memang jelas.” Suho terduduk. Tak mungkin. Kenapa benda ni boleh terjadi. Sejak bila diaorang …

“Hyung, hyung.” panggil Chanyeol. Pelik. Suho menjadi senyap.

“Hah. Tunggu hyung balik. Nanti kita bincang.” Suara Suho berubah. Setelah menamatkan panggilan, Suho terus check out dari hotel dan terus bergegas pulang.

“Tak mungkin. Tolong lah. Aku harap semua ini hanya khabar angin.” ucap Suho perlahan. Rambutnya sengaja dikusutkan. Sama seperti otaknya yang sedang bercelaru saat ini.

 

“Hyung.” panggil Chanyeol apabila melihat Suho menapak masuk ke dalam bilik. Semua ahli memandang kearah Suho. Mata Suho melilau mencari Luhan. Mana dia.

“Luhan mana ?” soal Suho. Nafasnya turun naik. Tidak stabil.

“Luhan hyung. Dia tak balik sejak tadi. Sekarang dah lewat. Kami semua tunggu dia.” Balas Chanyeol. Muka pucat Suho dipandang lama.

“Hyung, hyung okay ?” Tanya Baekhyun memecahkan kesunyian. Suho terus mengusap perlahan mukanya. Suho hanya mengangguk. Sejak dari tadi dia tidak makan. Seleranya mati.

“Kamu semua pergi berehat lah. Biar hyung tunggu Luhan.” Arah Suho lalu duduk di atas sofa. Ahli yang lain seraya bangun dan meninggalkan tempat itu. Kecuali Baekhyun.

“Hyung.” panggil Baekhyun. Namun panggilan itu tidak di jawab oleh Suho. Otaknya ligat memikirkan tentang masalah ini.

“Saya ada di belakang hyung kalau hyung nak cari pendengar.” Tambah Baekhyun lalu bangun.

“Kami ada untuk hyung.”

 

Chorong’s Story

Kakinya melangkah perlahan sambil menikmati hembusan angin malam yang sepoi sepoi dan permandangan Sungai Han yang sangat cantik ketika wakt malam. Chorong melihat jam di tangannya. Sudah melipasi jam 1 pagi.

“Ah.” Jerit kecil Chorong di tepi jalan sambil menghadap kea rah sungai. Matanya yang melilau terpandang seseorang yang sedang bermain bola keranjang. Wajah lelaki itu diamati Chorong.

“Luhan.”

Luhan terus memalingkan wajahnya. Topi yang menutup wajahnya dibuka.

“Chorong. Awak buat apa ?” soal Luhan. Tangannya menyuruh Chorong di atas bangku yang disediakan.

“Jalan-jalan. Awak kenapa ? Muka macam ada masalah je.”

Luhan membetulkan rambutnya yang terjurai. Peluh yang mengalir laju di dahi dilap rakus.

“Awak tak baca news ke ?”

Chorong mengeleng.

“Skandal saya.” Luhan tersenyum nipis.

“Really.”

“Yes. Ingat tak masa SBS ? Kita ada berbual jarak jauh kan ?”

“Ah. Betul lah. Kejap, awak jangan cakap yang perempuan tu saya.” ucap Chorong. Mukanya sudah pucat. Takut.

Luhan mengangguk lemah. Belakang lehernya diurut lembut. Mengeluh. Tiba-tiba telefon Chorong bordering.

“Hello.” Ucap Chorong perlahan seraya bangun dan berjalan jauh dari Luhan.

“Unnie kat mana ?” soal Bomi kalut.

“Kenapa ?” Tanya Chorong kembali.

‘Janganlah apa yang aku fikirkan tu terjadi.’

“Berita unnie dengan Luhan EXO. Cepat balik.” jerit Bomi. Chorong segera mematikan telefonnya dan berjalan kearah Luhan.

“Saya kena balik dulu. News tu.” Suara Chorong serak akibat dia menahan perasaan gelisahnya.

Luhan mengangguk. Matanya masih memandang kearah Chorong yang semakin hilang di makan gelap malam.

 

 

Chorong berlari anak ke pejabat. Matanya melilau mencari ahlinya. Setibanya dia di bilik mesyuarat. Semua mata memandangnya.

“Unnie.”

“Mana news tu ?” soal Chorong kalut. Dia bergerak kearah manager yang berada di hujung meja. Chorong segera membaca isi kandungan berita yang disiarkan.

“Ni tipu. Saya cuma lambai.” ucap Chorong agak kuat. Dia pernah menegakkan keadilan. Ini tidak adil.

“Oppa dah bagi tahu stesen televisyen. Masalah ni akan selesai.” Ujar manager-nya sambil menepuk bahu Chorong. Chorong mengeluh perlahan.

‘Kenapa masalah datang ? Ia amat perit.’

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
TheGirl96
ideassssssss !!

Comments

You must be logged in to comment
Penawar #1
Chapter 7: update lg :)
mirzaemyly #2
Chapter 7: Chapter 4:update lh lg......sweet gilaaaa!!...
Suho_Chorong #3
Chapter 7: Please ... Update lagi.. Best gila ...
yukiyuyana
#4
Chapter 3: Omo best lah.author nim,update lagi ^^
LuRong_ship #5
Chapter 2: Annyeong^^
I'm new reader from Indonesia. I hope you will update soon.
LovelyPurple96
#6
Chapter 2: jalan cter yg comel...update soon ok!!!