BAB 4

My Eyes Can't See You..

          Angin bertiup kuat pada malam itu. In Young yang duduk berseorangan di biliknya membiarkan angin malam bertiup ke arahnya. Sengaja dia membiarkan tingkap beranda biliknya terbuka.

          "Unnie.." Bang Min Ah, adik bongsu Yongguk memanggil. Dia baru saja masuk ke bilik In Young.. Min Ah melangkah menghampiri In Young yangsedang duduk di atas katilnya berseorangan. Dia yang mahu duduk terus tak jadi apabila melihat tingkap beranda terbuka. Min Ah menggosok-gosok lengannya kerana kesejukan. Unnienya tak sejuk ke? Fikirnya.

          Setelah tingkap ditutup dan dikunci, Min Ah duduk di sebelah In Young yang asyik termenung tak sudah-sudah. "Unnie.."

          In Young dengan pantas memotong kata-katanya, "In Young rindu Yongguk, Min Ah.." In Young berkata perlahan dan menangis lagi. Sudah seminggu Yongguk meninggalkannya.

          "Kadang-kadang unnie hairan, kenapa Tuhan biarkan unnie hidup masa kemalangan dulu. Kalaulah unnie tau yang Yongguk akan pergi jugak, unnie takkan bangun, Min Ah..." In Young menangis teresak-esak.

          Terlampau banyak kenangan dia dan Yongguk bersama. Selama 2 tahun. Dia takkan pernah dapat lupa semua kenangan bersama Yongguk sepanjang waktu itu. Hatinya yang sakit hanya Tuhan saja yang tahu. Sekarang dia dah tak ada sesiapa lagi. Tak ada orang yang akan jaga dia lagi.. Tak ada yang sama macam Yongguk lagi.

          "Unnie.. oppa kena pergi.. mungkin masa dia dah sampai.. Min Ah pun sedih juga bila dapat tahu Yongguk oppa dah meninggal.." Min Ah memujuk In Young dan memeluk perempuan itu. Dia sedaya upaya menahan tangisnya. Dia amat sayangkan oppanya. Yongguk cuma satu-satunya oppa yang dia ada..

          "Mungkin unnie tak dapat teruskan hidup dengan oppa dekat dunia ni, tapi siapa tau yang unnie akan dapat jumpa dia dekat 'sana' dan hidup bahagia dengan oppa?" Sekali lagi Min ah bersuara. Air matanya mengalir perlahan dan dia menutup matanya sebentar sebelum membukanya kembali.

          In Young menangis teresa-esak.  "Unnie..tidurlah ya.. Yongguk oppa mesti taknak  tengok unnie sedih macam ni. Nanti kesian dekat baby dalam perut unnie ni..." Min Ah memujuk. In Young akur apabila terkenangkan anak yang sedang dikandungkannya. In Young berbaring dan Min Ah membetulkan selimut itu agar In Young selesa. Dia telah dipertanggungjawabkan oleh Yongguk untuk menjaga In Young.

          "Kalau oppa dah tak ada nanti, Min Ah tolong jaga In Young ya.."

          Kata-kata Yongguk dulu terngiang-ngiang di telinganya. Min Ah keluar dari bilik itu setelah membetulkan selimutnya. Pintu bilik ditutup rapat dan kini tinggal In Young berseorangan didalam bilik.

          In Young berbaring mengiring ke kanan sambil memandang bahagian tempat tidur Yongguk yang sudah kosong. In Young menangis sepuas hati. Suasana bilik yang kelam-kelam dengan cahaya lampu tidur nya hanya kedengaran esak tangis In Young. Dia memegang dadanya dan bajunya dipegang sehingga renyuk. Hatinya sakit. Teramat sakit.

          Yongguk disebelah hanya memandang tanpa dapat berbuat-apa-apa. Dia memegang pipi isterinya,namun dia tahu, isterinya tidak dapat rasakan sentuhannya. Dia hanya roh. Dia sudah tidak duduk didalam jasadnya lagi. Wajah In Young yang basah dipandangnya sayu Ingin sekali dia hidup semula supaya dia dapat meluangkan lebih masa dengan isterinya itu.

          Sepanjang malam, In Young asyik menangis. Dia menangis sehinggalah dia tertidur sendiri kerana sudah kepenatan. Matanya membengkak. Yongguk masih lagi di sebelah isterinya. Merenung, memandang wajah In Young yang tiada seri dalam-dalam.

          Dia bangun dan mendekatkan wajahnya ke wajah In Young. Bibir isterinya dicium lembut sebelum dia bangun dari katil dan menghilangkan dirinya. Yongguk tak boleh bersama In Young lagi.. Kehidupannya kini terikat dan dia hidup di alam lain.. Bukan disini..


(BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN~~~)

          In Young berdiri memandang pusara Yongguk. Bunga di tangannya diletakkan ke atas pusara suaminya.

          Kini In Young sudah boleh tersenyum. Walaupun hatinya masih merindui Yongguk, namun dia sudah boleh menerima takdir. Kerana padanya, takdir penentu segalanya dan dia tak boleh mengubah takdir yang melibatkan kematian dan ujian.

          "Yongguk..saya minta maaf sebab selalu meratap.. mesti awak tak tenanng kan bila saya buat macam tu? Maafkan saya Yongguk.. Sekarang saya dah boleh terima kenyataan.. Saya doakan awak tenang dekat alam sana.." In Young berkata sambil tersenyum nipis. Dia memandang pusara Yongguk lama. 'Aku sayangkan kau, Yongguk..'

          "Yoebbeo.."

          In Young menoleh ke arah suara itu. Youngjae hampir ke arahnya dengan mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 5 tahun. Senyuman manis terukir di bibir suaminya itu.

          "Yongguk.. sekarang saya dah dapat penderma mata.. Penderma mata tu pun, meninggal sebab kanser macam awak. Saya betul-betul berterima kasih dekat dia, Yongguk.." In Young bercerita. Youngjae hanya membiarkan dan dia turut melepaskan pandangan ke arah pusara Yongguk.

          "Sekarang saya dah kahwin dengan Youngjae.. Saya bahagia dengan dia, Yongguk.. Dan sekarang, anak awak.. dah besar pun.. Umur dia sekarang dah 5 tahun.. Pandai pulak tu. Muka dia pun sama macam awak." In Young berkata dan memegang lengan anaknya yang berada didukungan Youngjae.

          Anaknya meminta untuk turun. Youngjae menurunkan In Guk, anak lelaki Yongguk itu dan kanak-kanak itu melangkah menghampiri pusara appa kandungnya. Sebatang bunga Ros merah yang dipegangnya dari tadi diletakkan ke atas pusara Yongguk.

          In Young dan Youngjae saling berpandangan dan mereka kembali memerhatikan tindakan kanak-kanak itu seterusnya. In Guk menunduk hormat.

          "Anyeonghaseyo.. In Guk ibnida.. Appa, walaupun saya tak dapat  tengok wajah appa, tapi In Guk tetap dapat tengok gambar-gambar appa yang omma tunjuk. Appa hensem sangat! Appa, In Guk tetap sayangkan appa. Saranghae appa!"

          In Young tersentuh mendengar kata-kata anaknya itu. Pandai sungguh kanak-kanak itu berbicara walaupun dengan suara yang pelat. Dia tersenyum dan cuba untuk tidak menangis. In Young menunduk. Youngjae memeluk bahu isterinya dan mengusap-usapnya perlahan.

          Setelah beberapa minit, mereka semua pulang ke rumah. Youngjae memeluk erat bahu In Young sambil berjalan manakala In Guk memimpin tangan Youngjae. Kanak-kanak itu menoleh ke belakang memandang pusara Yongguk.

          Yongguk melambai-lambai ke arah anak kesayangannya. Kini dia boleh tersenyum. In Young sudahpun bahagia dengan Youngjae dan sudah dapat penderma. Dan apa yang In Young tak tahu sampai sekarang, mata yang sedang dipakainya itu ialah matanya sendiri. Yongguk meminta doktor supaya merahsiakan perkara itu kerana dia tak mahu In young tahu.

          In Guk membalas lambaian appanya dan tersenyum lebar. "In Guk." Youngjae memanggil dan anak tirinya itu memandang ke arahnya. Mereka berjalan beriringan menuju ke parkir kereta dengan gelak ketawa. Youngjae mendukung anak nya itu. walaupun In Guk cuma anak tirinya, dia tak kisah, sebab dia sayangkan In Guk seperti anaknya sendiri.

          Yongguk tersenyum lagi. Dia perlu pergi. Dia tak boleh berada disini seperti dulu. Kini rohnya sudah tenang.. Dia tahu, Youngjae pasti dapat bahagiakan In Young lebih baik daripada dirinya sendiri....


       

 

                                                                   ~THE END~

 

Mianhae kalo cerita ni tak sedih sangat.. >.< *bow* apa-apa pun, aku dah cuba buat sehabis baik untuk cerita ni. hehe~~~ ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet