BAB 1

My Eyes Can't See You..

(BAB 1)

          Suasana di dalam bilik Kim In Young suram. Dia yang sedang duduk termenung di biliknya mengambil nafas dalam-dalam. Dia bermain-main dengan jari jemarinya sendiri. Sedaya upaya dia menahan tangisnya. Dia sudah penat menangis. Hampir setiap hari dia menangis mengenangkan nasib dirinya sampai dia rasa penat mahu menangis lagi..

          In Young mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tidurnya. Tongkat yang tersandar di dinding di capai perlahan. Dengan perlahan-lahan, In Young bangun. Langkahnya di jaga-jaga agar dia tidak tersandung. Tongkat miliknya di halakan ke kiri dan kanan supaya tiada sesuatu yang menghalang langkah kaki nya menuju ke dapur.

          Bunyi seseorang sedang memasak di dapur menghentikan langkah In Young. Dia tersenyum nipis dan menuju ke sana. In Young menghampiri seseorang yang sedang memasak  hidangan tengahari di dapur rumah milik mereka.

          Dapur itu.. Sepatutnya dia yang sering guna untuk memasak. Dan sekarang, setelah dia buta, suaminya pula yang sering menggunakannya. In Young menghampiri Bang Yong Guk, suaminya yang sudah dia kahwini selama 2 tahun.

          Yongguk yang sedang menghidangkan makanan menghentikan kerjanya dan dia berdiri tegak memandang isterinya.

         "In Young.. Kenapa awak dekat sini.." Yongguk menyoal lembut. Dia memandang sayu wajah isterinya yang semakin hilang serinya. Hati Yongguk serta merta berubah sayu.

         "Mianhae, yeobbeo.." In Young berkata dan tertunduk. Dia menangis perlahan.

         Yongguk terdiam dan memeluk tubuh isterinya.

          "Semua ni salah saya.. Awak tak perlu nak minta maaf, In Young.. Saya yang patut minta maaf dekat awak.." Yongguk memeluk erat tubuh In Young.

          Walaupun mereka baru berkahwin selama 2 tahun, perkahwinan mereka diuji dengan satu ujian yang langsung tak dapat ditanggung oleh In Young dan Yongguk sendiri. Tragedi yang terjadi pada hari lahir In Young betul-betul menguji hubungan mereka pada masa itu. Mungkin ini sudah takdir...


(FLASHBACK~~~)

          "Yeobbeo.. saranghae.."

           In Young mengucapkan perlahan sewaktu mereka di dalam kereta. Dia memeluk manja lengan suaminya yang sedang memandu. Yongguk tersenyum nipis dan terus memfokuskan kepada pemanduannya. In Young menutup matanya.

           Bunyi telefon bimbit Yongguk mengejutkan mereka berdua. In Young segera menegakkan badannya dan melepaskan lengan Yongguk.

          "Yeoboseyo.." Yongguk memulakan bicaranya. Dia menanti orang yang menelefonnya itu untuk bersuara. Mata Yongguk terbeliak mendengar kata-kata orang itu.

          "Mwo? ok.ok. Saya dengan In Young terus pergi sana sekarang!" Yongguk berkata dengan suara cemas dan mematikan talian dengan pantas. Dia memutar stereng kereta dan membuat pusingan-u. Kening In Young berkerut melihat suaminya yang tiba-tiba berpatah balik.

          "Kenapa?" In Young menyoal Yongguk. Sepatutnya mereka berdua makan malam bersama pada hari lahir In Young malam ini. Yongguk masih lagi dengan muka risaunya.

          "Omma..dia sakit.. tiba-tiba je dia pengsan masa dalam bilik air dan sekarang dia dekat hospital.." Yongguk menjawab dan menekan minyak. Kelajuan kereta mereka semakin meningkat dan In Young terdiam mendengar kata-kata Yongguk. Dia juga rasa risau bila mendapat berita yang ibu mertuanya sakit walaupun hatinya sedikit terkilan kerana makan malam mereka terpaksa dibatalkan.

          Lampu trafik bertukar merah. In Young memandang ke arah Yongguk yang bagai keresahan menunggu lampu trafik untuk bertukar hijau. Akhirnya Yongguk mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dan melanggar lampu isyarat merah apabila dia lihat tiada kenderaan di jalan itu.

          Kening In Young berkerut. "Yeobbeo.."

          Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, sebuah lori sederhana besar merempuh kereta Toyota hitam milik Yongguk. Kereta mereka terbalik dan melanggar penghadang jalan.

          Cermin kereta pecah dan kereta mereka remuk agak teruk. In Young yang tersepit di dalam kereta dengan penghadang jalan itu menahan sakit. Matanya pula tertusuk kaca tingkap kereta yang pecah. Dia cuba untuk meminta tolong namun dia betul-betul tak tahan dengan kesakitan yang sedang dirasainya sekarang.

          Yongguk pula sudah tidak sedarkan diri apabila kepalanya sudah terhantuk kuat di tingkap kereta. In Young akhirnya tidak sedarkan diri setelah berberapa minit menahan kesakitan...


(MASA KINI~~~)

          Setelah kejadian itu, In Young disahkan buta oleh doktor dan Yongguk pula koma selama seminggu. Hubungan mereka hampir retak kerana In Young setiap hari menyalahkan Yongguk atas sebab dia menjadi buta. Hampir saja mereka bercerai tetapi setelah beberapa lama mereka bergaduh, akhirnya mereka berbaik juga kerana In Young sedar, ini semua bukan kehendak suaminya.

          Yongguk melepaskan pelukan mereka perlahan-lahan. Dia mengalirkan air mata. In Young meraba-raba untuk mencari wajah suaminya. Dia cuba untuk mengelap air mata Yongguk.

          "Yeobbeo.. jangan menangis lah.. jom, kita makan." In Young menceriakan suaranya dan tersenyum lebar. Dia menarik tangan Yongguk dan meraba-raba menarik kerusi untuk Yongguk duduk. Yongguk terpaku dan dia hanya menuruti kata-kata isteri nya.

          Kemudian In Young menarik kerusi di sebelah kanan Yongguk dan duduk di situ. Tongkatnya disandarkan ke kerusi kosong di sebelah kirinya. Mereka memulakan makan dengan masing-masing membisu melayan perasaan masing-masing...


          

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet