009

I'm Imperfect
Please Subscribe to read the full chapter

B A B 9  : S A K I T  D A N  S A Y A N G

“sebenarnya aku dapat rasakan. kau…sukakan Myungsoo  juga kan?” kata-kata sungjong membuatkan Na Eun mengangkat kepalanya kembali.

“Sebenarnya aku pun tak tahu. Aku dah tawar hati atas apa yang Sungyeol buat kat aku. Hati aku sakit. Lepas tu datang pula Myungsoo. Aku jadi serabut. Jadi tak faham apa yang terjadi sebenarnya.” Jelas Na Eun. Sungjong menganggukkan kepala seakan faham.

“aku tengok sebenci-benci kau pada Myungsoo tu, ada juga rasa ambil berat pada dia. Kalau tak kenapa kau mintak aku bagi gula-gula pada Myungsoo masa dia kena denda hari tu. Betul tak?” Sungjong mengusik. Na Eun menelan air liur.

“Eh mana ada. Bila masa aku ambil berat pasal samseng tu? Tak langsung.” Na Eun mempertahankan diri.

Sungjong senyum sinis lalu meneguk air oren disebelahnya.

...

Sementara itu Myungsoo mengikat plastik sampah yang sudah penuh dalam kelasnya. Niatnya untuk membuang sampah itu di tempat pembuangan sampah di belakang sekolahnya. Baru sahaja Myungsoo melangkah keluar kelas dia ditolak ke dinding. Myungsoo terkejut. Hoya dan Dongwoo rupanya.

“Hoi! Sakit lah. Kenapa tolak aku?” kata Myungsoo sambil mengurut-urut bahunya.

“kau tu yang kenapa?! Sejak dua menjak ni banyak betul berubah. kau nak menjauhi kita orang. Kenapa?” Tanya Hoya tidak puas hati.

“aku cuma…” belum sempat dia berkata Dongwoo dah mencelah.

“sebab Na Eun kan? kau dah gila bayang pada dia. Sebab tu kau macam ni. Betul tak?” kata Dongwoo. Myungsoo bersabar.

“Na Eun tak ada kena mengena lah!” Myungsoo meninggikan suara.

“habis tu apa? Cakap lah!” Dongwoo berkata lagi.

“aku tak nak buat benda-benda macam tu lagi. Bosan.” Jawab Myungsoo.

“Bosan? kau ikut Na Eun 24-jam tak bosan?” Hoya bersuara.

“Berapa kali aku nak cakap, Na Eun tak ada kena mengena!” Myungsoo mengambil plastic sampah tadi dan pergi meninggalkan Hoya dan Dongwoo disitu. Mereka masih tidak puas hati tapi membiarkan saja Myungsoo pergi.

Myungsoo menuruni anak tangga bersebelahan perpuastakaan. Dia melintasi perpustakaan itu. Sengaja matanya melirik kearah satu tempat. Dia Nampak Na Eun disitu. Na Eun sedang khusyuk membaca buku.

Na Eun bermain-main dengan pennya. Tiba-tiba pen Na Eun tercampak terkena kepala. Na Eun mengaduh sakit. Kemudian melihat sekeliling takut ada orang yang Nampak. Myungsoo ketawa melihat telatah Na Eun. Dia rindu. Dia pergi dari situ.

...

Na Eun berjalan seorang diri menuju ke kelas membawa buku-buku Na Eun. Na Eun nampak Krystal dari jauh berdiri seorang diri juga. Na Eun menghampiri dia dan nekad untuk tidak melayannya. Tetapi Krystal menghalang.

“Hoi! Son Na Eun…” Krystal menegur. Na Eun sangat tidak ada mood nak bercakap dengannya waktu itu.

“nak apa lagi Krystal?” Tanya Na Eun dengan nada yang malas.

“macam mana perasaan kau sekarang? Dah boleh move on lepas break dengan Sungyeol ?” Krystal memerli.

“aku tak tahu kenapa kau benci sangat dengan aku tapi please jangan kacau aku lagi. One more… who’s Sungyeol?” jawab Na Eun. Krystal senyum sinis.

“sejak gossip dengan Myungsoo tersebar, berlagak kau!”

“sekurang-kurangnya aku tak merampas kebahagiaan orang lain.” Sengaja Na Eun nak sakitkan hari Krystal. Krystal berkerut dahi. Na Eun ingin meninggalkan tempat itu. Krystal yang geram tadi menolak Na Eun sepuas hati. Na Eun terjatuh. Buku Na Eun bersepah. Kaki Na Eun luka sedikit.

Kebetulan Myungsoo juga lalu disitu. Dia ternampak Krystal. Dia menjeling Krystal. Begitu juga Krystal. Sebaik sahaja Myungsoo memandang kedepan dia ternampak Na Eun sedang terduduk di lantai sambil mengutip buku yang bersepah. Myungsoo tak berfikir apa-apa. Dia terus berlari membantu Na Eun. Dia mengutip buku-buku Na Eun yang bersepah. Na Eun terkejut melihat dia di hadapan Na Eun. Myungsoo terpandang kaki yang luka itu.

Cepat-cepat dia keluarkan pembalut luka dari poketnya dan selitkan dalam buku nota Na Eun. Dia bangun dengan segera.

“Nah…” Myungsoo menghulurkan buku ditangannya. Na Eun mengambil buku itu. Myungsoo tidak memandang muka Na Eun langsung. Dia terus pergi sebelum Na Eun sempat mengucapkan terima kasih. Na Eun hanya melihat susuk tubuh Myungsoo pergi dari situ.

Sikit pun dia tak pandang aku. Marah aku kah? Bisik Na Eun.

Semasa dalam kelas Na Eun membuka buku nota Na Eun dan ternampak pembalut luka kepunyaan Myungsoo. Na Eun kenal pembalut luka bewarnya merah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Seasony
OMG I AM NOT EXPECTED THIS FF WILL GET MORE THAN 100 SUBS OMG THANK YOU SO MUCH GAIS XD

Comments

You must be logged in to comment
Loveukworld
#1
One more myuneun... Great for a start..:D
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
sonhaera
#3
Chapter 10: CAN'T WAIT FOR THE SEQUEL!
_syaurahnazifa #4
Chapter 9: update soon pls
nouhaloubna
#5
english version pls
syasyumilaimzamani #6
Chapter 5: Ksian na eun...
shafiqah_tatsmato #7
Chapter 4: update soon :))
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 3: apa jadi seterusnya? tak sabar tunggu sambungan.. hwaiting author-nim :)