Last Origami
My Malay Fanfics RecommendationLast Origami
Author:LoizHong_96
Character:Yongguk(B.A.P),Doojoon(Beast),Zelo(B,A,P
Chapter:Completed (3 chapter)
Sinopsis:
bang,buatkan Zelo origami ni banyak-banyak ya?Boleh kan?Kan?"
"Iye..nanti abang buatkan untuk Zelo."
"Betul ni?Abang janji?"
"Janji."
Maafkan abang...Abang mungkiri janji tu,Zelo..
Bang Yongguk,seorang pemuda malang yang jatuh kecundang dalam hidupnya.Segalanya berubah setelah kematian orang tuanya.Bukan kerelaannya untuk terjun ke dalam kancah kegelapan namun keadaan memaksanya.Kerana kasihkan adiknya,Bang Junhong(Zelo) dia harus relakan dirinya untuk berpalit dan bergelumang dengan debu serta lumpur kejahatan.
Bukan atas relanya berjalan di lorong kegelapan,berbumbungkan langit hitam yang penuh keganasan dan juga bukan niatnya untuk terus menjadi pencabut nyawa insan lain tapi...
Demi seorang adik,
Yongguk terpaksa.
Aku benci kau!Kau bukan abang aku!Abang aku bukan penjahat!Abang aku tak bunuh orang!Abang aku orang baik!Aku benci kau!
-Zelo-
Kecewa,Marah.Benci.Segalanya menguasai Zelo.Dia bencikan abangnya yang merupakan seorang penjahat.Dia kecewa.Abang yang dulu insan yang paling baik di matanya kini berubah menjadi si jahat yang tak berperikemanusiaan.Sampai mati..Zelo bencikan Yongguk!
Comments