FIRST MEET

3 APPA ONE MAMA

ibu dan ayah kau sudah lama meninggal dunia sejak kau masih berusia 6 tahun kerana kemalangan jalan raya. kau dibesarkan oleh kakak yang amat menyayangi kau. segala keperluan, perbelanjaan dan kasih sayang dicurahkan sepenuhnya kepada kau. sehinggalah suatu hari kakak kau berkahwin. kini, kau disayangi oleh kedua-dua insan yang amat menyayangi kau sepenuh hati mereka. abang ipar kau lebih kepada bersikap seperti seorang bapa dan kakak kau mengambil tempat sebagai seorang ibu.

nak dijadikan cerita, suatu hari kakak dan abang ipar kau terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya yang telah mengorbankan nyawa kedua-dua insan yang amat kau sayangi. hidup kau menjadi gelap. tetapi, kehidupan kau kembali bersinar apabila anak buah kau yang turut terlibat dalam kemalangan itu terselamat.

demi mencari kesenangan dan membesarkan Rhaeyoon, bayi comel berusia 3 bulan kau terpaksa bekerja keras siang dan malam semata-mata demi anak kecil Rhaeyoon. kau sebenarnya masih membujang. tetapi, kau terpaksa mengakui bahawa Rhaeyoon itu anak kau kerana kau takut Rhaeyoon diambil oleh keluarga abang ipar kau.

 


 

seperti biasa pada hujung minggu Lay, Xiumin dan Sehun akan datang menyinggah disebuah kafe dimana tempat kau bekerja. kau masih sibuk menguruskan si kecil Rhaeyoon sedangkan majikan kau asyik membebel kerana Rhaeyoon telah mengganggu pekerjaan kau dan asyik menyuruh kau menghantarnya dirumah kebajikan. selama kau dimaki hamun dan dicaci oleh majikan kau, kau hanya diam dan bersabar.

‘ye, cik nak pesan apa?’ soal kau sambil menggendong Rhaeyoon dibelakang kau.

Xiumin dan Sehun membuat muka terkejut.

Lay terkejut dengan kehadiran kau.

‘errr…say-saya…’ Lay teragak-agak.

‘bagi…saya Americano ais tiga.’ pesan Xiumin.

kau mengangguk faham sambil mengambil pesanan.

‘uwekkk~ uwekkk~’ Rhaeyoon mula merengek dan menangis.

‘errr…’ Lay terkejut.

‘maafkan saya! maafkan saya! lagi..encik nak pesan apa?’ soal kau lagi.

‘sandwich cheesy salad.’ Sehun pula memesan.

‘ba-baiklah!’ kau mengambil pesanan lagi.

semakin kuat pula rengekkan dan tangisan si kecil Rhaeyoon.

Lay terdiam.

sebenarnya, ikutkan hati mahu sahaja Lay mengambil si kecil itu. tetapi takut juga dia tidak dapat membantu. Xiumin dan Sehun asyik berbual sesama mereka tentang kau dalam bahasa mandarin. kau hanya mendiamkan diri.

‘hyung! comelnya!’ bisik Sehun kepada Xiumin.

‘itulah, tapi kenapa dia bawak bayi tu bersama?’ soal Xiumin kepada Sehun.

‘mungkin anak dia?’ teka Sehun.

‘aishhh…takkanlah. masih muda dan comel, mana mungkin boleh ada anak angkat diusianya begitu!’ nafi Xiumin.

‘hyung, mungkin itu anak luar nikah?’ teka Sehun lagi.

‘yaishh! kamu ni! hati-hati sikit kalau bercakap. macam mana kalau dia dengar? terasa nanti!’ marah Xiumin dalam dialek mandarinnya.

‘hyung, lupakah? kita sekarang berbahasa mandarin. jangan risau, dia tak faham!’ seloroh Sehun sambil ketawa bersama Xiumin.

‘tapi…anak tu siapa dengannya ya?’ Xiumin masih tertanya-tanya.

‘hyung, mungkin dia janda yang ditinggal lelakinya kerana curang~’ seloroh Sehun lagi.

Xiumin dan Sehun terkekeh.

‘errr…’ Lay cuba memanggil kau.

‘yaah! (---nama kau---) kan saya dah cakap, kalau nak kerja buat cara nak kerja. awak tahu tak ini akan mengganggu pelanggan saya sahaja?!’ marah majikan itu.

‘ma-maafkan saya puan! maafkan saya!’ kau tidak habis-habis meminta maaf.

‘kalau ikutkan hati, nak je saya hantar anak awak tu kerumah kebajikan atau rumah anak yatim. biarkan saja orang kaya datang mengambilnya menjadi anak angkat. daripada asyik mengganggu kerja sahaja!’ marahnya lagi.

kau terdiam.

Lay memandang tepat kearah kauorang dua. begitu juga dengan Xiumin dan Sehut.

‘puan!’ kau mula berang.

‘bo?! salahkah apa yang saya cakap?! anak tu menyusahkan. kalau saya jadi awak sudah lama saya berikan kepada orang. sebab saya tahu saya tak mampu besarkan dia!’ kata-katanya menambah api kemarahan kau.

‘puan jangan nak tipu! sedangkan kalau puan mengandung 9 bulan anak itu dan puan lahirkan dia, adakah masih sanggup puan berikannya kepada orang lain kalau puan terpaksa?!’ kau meninggikan suara.

keadaan dikedai yang privacy itu menjadi tegang.

‘boya?! aigoo~~ ahhh~’ majikan kau mula mengeluh.

‘awak nikan…aishhh! berani awak naikkan suara kepada saya?!’ marahnya kepada kau.

‘saya akan buat apa sahaja termasuk membunuh kalau saya perlu demi anak saya! bukan jadi kejam macam puan!’ kau mula bertekak dengannya.

‘perempuan tak guna!’ majikan itu menolak kau.

kau jatuh tersungkur. secara refleksnya kau dengan cepat memeluk kuat Rhaeyoon yang hampir tercampak dari kendongan dibelakang kau.

‘yaah!’ Xiumin dan Sehun cepat-cepat mendapatkan kau dan membantu kau.

‘yaah! samjangnim! saya biasanya tak suka masuk campur dalam urusan rumah tangga orang lain! tapi, ini sangat melampau!’ Xiumin memarahi majikan kau sebaik sahaja majikan kau naik tangan dan hampir menampar kau.

‘samjangnim! hormatilah orang lain sama. saya tahu, ini menyusahkan kerjanya dan merugikan puan, tetapi puan perlu tahu dia bekerja keras untuk mencari sesuap nasi untuk anaknya itu!’ Lay memegang kuat tangan majikan kau itu.

majikan kau terdiam dan terkelu lidahnya untuk berkata-kata.

‘gwencana?’ soal Sehun kepada kau.

‘gwencana~’ kau membalas sambil memeluk Rhaeyoon dengan titisan air mata.

‘aigoo~ don’t cry. oppa akan belasahnya nanti,’ pujuk Xiumin dalam nada berseloroh.

dia tidak sampai hati melihat kau menangis sambil erat memegang anak kecil itu.

‘saya akan laporkan sikap puan ini kepada pihak berkuasa. saya akan dakwa puan. puan tak sepatutnya tolak dia sedangkan dia sedang mengendong anak kecil! patutnya puan tolong hantarkan anak dia ke pusat penjagaan kanak-kanak, bukan ke rumah kebajikan! dia seorang ibu, dan dia…’ Lay terdiam sebaik sahaja puas menengking.

Lay melepaskan tangan majikan kau. lantas dia berjalan menuju kearah kau.

Lay memegang tangan kau.

‘gwencana?’ soal Lay kepada kau.

‘uh-uhh? ermmm.’ kau sekadar mengangguk.

‘kaja!’ Lay membantu kau untuk berdiri begitu juga dengan Sehun dan Xiumin.

‘yehet!’ Sehun membuatkan kauorang bertiga terkejut.

‘waeyo?!’ Xiumin dan Lay menyoal terkejut.

‘air saya, saya lupa ambil. tak habiskan membazir saja,’ ujar Sehun.

‘yaishhh!’ Xiumin menampar kepala Sehun.

 


 

Xiumin, Lay dan Sehun membawa kau dan Rhaeyoon kerumah mereka. sepanjang perjalanan kau bersama mereka, kau hanya banyak mendiamkan diri dan menangis seorang diri. Xiumin asyik memujuk kau. sedangkan Sehun cuba mereka pelbagai cerita untuk buatkan kau ketawa dengan jenakanya.

Xiumin, Lay dan Sehun mempelawa kau untuk masuk kedalam banglo mewah mereka. kau yang mendukung Rhaeyoon mula teragak-agak untuk masuk kedalamnya.

‘excuse me?’ Sehun menegur kau meminta Rhaeyoon dari dukungan kau.

kau hanya membiarkan Sehun mengambil Rhaeyoon.

‘masuklah, tak ada siapa pun disini!’ Xiumin mengajak kau.

kau terkaku. sedang Xiumin dan Sehun masuk kedalam banglo mewah mereka sambil ditemani Rhaeyoon kau masih terpaku memikirkan sesuatu.

‘chakamal!’ kau menarik lengan Lay.

Lay terdiam dan memandang tepat wajah kau yang separas dadanya.

‘waeyo?’ soal Lay lembut.

‘maafkan saya, saya nak balik.’ minta kau.

Lay menghela nafas panjang.

‘saya tak kenal awak. kenapa awak bawa saya kesini pula? sedangkan saya ada rumah yang saya diami lama dengan Rhaeyoon. terima kasih atas bantuan awak dan abang dan adik awak tadi. tapi cukuplah sekadar itu. hantarlah saya balik~’ rengek kau dengan nada yang manja.

Lay memegang pipi yang comel.

‘yaah, rumah awak dah disita kerana majikan awak. awak dah tak ada tempat nak tinggal. jadi, tinggallah dengan kami.’ ujar Lay sambil tersenyum.

kau terpaku.

‘bo?!’ kau terkejut.

‘jangan risau, appa dan omma saya dah lama tak ada. kami bertiga sahaja yang ada dirumah ni. awak duduklah sini. sambil-sambil tu awak boleh besarkan Rhaeyoon ditempat yang selesa sementara awak merancang untuk berbuat sesuatu lepas kejadian tadi?’ ujar Lay.

kau terdiam.

ada betulnya kata Lay.

tapi, kau sudah seperti pengemis yang meminta simpati orang ramai.

kau mampu untuk besarkan Rhaeyoon. fikir kau.

tapi, keadaan kau sekarang …

 


ANNYEONG! I'M VIP_YOUSHA AND THIS IS MY THIRD-MALAY FANFICTS . MUNGKIN BOSAN TAPI TERUSKAN MEMBACA DAN TERIMA KASIH ATAS  SOKONGAN ANDA ^^~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
VIP_yousha
here you go . sorry for the late post . im very busy till can't finish this story . hope u will wait the update soon ^^ p/s : ignore my grammar . lol

Comments

You must be logged in to comment
Exotic_Baby_99
#1
Chapter 9: woah.... ^_^ nice fic author-nim~~
baehwililly
#2
Chapter 9: happy ending forever
LovelyPurple96
#3
Chapter 9: happy ending...
~yehet~..finally mereka berdua dah kahwin..
tapikan sweet la klo lay merajuk,,,,
comelnya muka dia dgn lesung pipi dia yg tajam tu..
rse nak cucuk2 je..
good job author-nim...
aisyah0610 #4
Chapter 8: Update soon .... I will wait your story
baehwililly
#5
Chapter 8: update soon !! love it
aisyah0610 #6
Chapter 7: Sedihnya ahhh... hrap 2 lay tak pa2
Update soon!!
LovelyPurple96
#7
Chapter 7: omo....
sedihnya...
what will happend to lay,author???
please update next chapter,author!!!
baehwililly
#8
Chapter 6: lay comel ah ..haha update soon !