2

Still I Love You

Dari jauh sudah kedengaran bunyi roda skateboard Jay bergeser dengan papan lantai. Zen mencampak jaketnya ke tepi. Pergerakan Jay ditenung tanpa berkelip sejak dia berjalan dari motor tadi. Dia cuma tersedar bila hidung Jay hampir bersentuh dengan hidungnya.

“Kau dah takde kerja renung aku macam tu?” Jay tersenyum.

“Ish, asal kau berhenti? Aku tengah tengok kau punya teknik laa. Perasan.”

“Bleh, aku tak kata pun aku perasan. Aku dah letih la. Balik kelas tadi aku terus datang tau.” Balas Jay. Zen merenung jam tangannya. 11 malam. Maksudnya 4 jam lalu.

“Dah nak balik baru nak text aku?” Zen memandang ke arah Jay yang kini duduk di sebelahnya. Jay tergelak kecil. “Seriously Zen?”

“Apa yang seriously nya?”

“Mak cik! Kau yang datang lambat kot! Dah lama aku tunggu tau.” Zen mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Apa pulak! Aku baru dapat kot.. Ni ha...Damn..phone..” Zen menampar dahinya. Disebabkan handphonenya tidak mendapat coverage, mesej yang dihantar Jay 3 jam lalu baru diterima sewaktu dia hendak pulang tadi.

“Hahaha. Buang je phone kau tu Zen. Suruh ar pakwe kau beli yang baru. Pakwe kau kan kaya.”

“Oi, phone ni phone first aku beli dengan duit sendiri tau. Banyak sentimental value ni. Wait.. siapa pakwe aku?” Zen tercengang.

“Eleh, dah kecoh dah laa. Mamat yang datang naik Mini Cooper gi kelas hari-hari tu, bukan boyfriend kau?”

“Eiiii, please laa. Dia tu yang tergedik-gedik. Aku tak pernah approve dia tau.” Balas Zen.

“Alaa, ambik je laa Zen. Kaya tu.”

“Kaya tapi kalau aku tak sayang apa gunanya...”

“A’ah kan. Lagipun, camne laa mamat kaya tu boleh suka kau an. Kau ni setakat mamat-mamat skaters cam aku ni boleh tahan lagi laa.” Zen membuat derp face.

“Cis, ingat muka aku ni takde orang nak? Anak raja pun boleh tertarik tau.”

“Ceh, anak raja. Mimpi laa kau ni Zen. Dah laa, aku lapar. Belanja aku makan sebagai denda kau datang lambat.” Zen mencebik. “Bukannya aku saje datang lambat...”

“What? Tak dengar?”

“Takde menda. Yelah yelah. By the way, kau memang tunggu aku ke? Cemana kalau aku tak dapat mesej tadi?”

“Err.. takde ah. Aku skate tadi tak perasan pun dah empat jam. Lagipun, aku yakin kau akan datang J . Dah laa, jom! Jangan banyak tanya lagi.” Balas Jay. Sekali lagi Zen dipukul perasaan bersalah. Dia tahu Jay sebenarnya menunggu. Dia bukan kenal Jay setahun dua. Jay kawannya dari sekolah rendah. Sampai masuk kolej pun mereka tetap bersama. Cuma course je berbeza.

“Jay! Aku minta maaf tau!” Zen menjerit ke arah Jay yang berjalan terlebih dahulu di hadapannya. Jay tergelak.

“Dah laa mak cik, jom! Aku lapar...”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
afiqah88 #1
Chapter 10: Sedih giler citer ni TT.TT
ain_mutalib #2
Chapter 10: Daebak!! Sedih gile citer ni... Good job auther-nim.. ^^