Silence

Silence

Mungkin bagi orang lain, ia hanyalah kemalangan yang biasa tetapi tidak bagi dia. Beg galas di angkat lalu dia bangun dan berjalan menuju ke arah pintu keluar kapal terbang. Cermin mata hitam dibetulkan. Dia memandang sekelilingnya. Orang ramai masih berkeliaran bekerja, menunggu di kawasan airport. Masih sama seperti dulu. Tidak ada apa-apa yang berubah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Dia melangkah kaki masuk ke dalam kelas. Mata mula mencari kelibat seseorang. Diri masih diam membisu. Tangan memegang erat tali beg sandang. Dia tak ada kat sini. Damn!

 

 

    "Pelajar. Awak boleh ambil tempat duduk awak sekarang." suara perempuan pertengahan umur menghancurkan ilusi dia.

 

 

Dia mula melangkah ke depan. Dari ekor mata, dia tahu bahawa pelajar-pelajar di dalam kelas itu memandangnya dengan pelik namun tidak di endahkan olehnya. Sampai di meja yang terletak di tepi tingkap, dia meletakkan beg sandangnya di atas meja dan melabuhkan pinggul di kerusi.

 

 

    "Weh, aku dengar kau dari U.S. Betul ke?" seseorang mencuit bahunya daripada belakang.

 

 

    "Hmm." tanpa menoleh dia menjawab soalan yang ditujukan.

 

 

    "Hongbin."

 

 

    "Baiklah cikgu. Baiklah. Saya diam."

 

 

 

 

 

 

 

 

Perlahan-lahan dia menyimpan buku dan beg galas di dalam loker. Saat dia ingin menutup pintu loker, dia memandang sekeping gambar. Hati yang sudah sejuk kembali membara. Dia mula mengiggil, buku lima digenggam erat. Fikirannya kini hanya kembali kepada niat asal dia kembali ke sini.

 

 

Untuk membalas dendam.

 

 

   "Weh, kau buat apa lama-lama kat loker kau tu. Jom makan." seseorang menepuk bahunya dari belakang. Dia menoleh.

 

 

 

Senyap.

 

 

 

   "Makan."

 

 

   "Ha ah dan memandangkan kau student baru kat sini, aku belanja kau makan. Lepas tu, kita round satu sekolah. Biar aku perkenalkan kawasan sekolah ni kat kau. Jom." pelajar lelaki itu menarik tangan dia. Langkahnya hanya mengikuti manusia di hadapannya sampai ke cafeteria sekolah.

 

 

   "Aku tak tahu apa taste kau sebab kau dari luar negara tapi cuba ni." Dia hanya memandang kimbab yang dihulur. Selang beberapa saat, dia menyambut kimbab tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

Matanya masih tercari-cari kelibat manusia yang menjadi penyebab dia ada di sekolah ini. Tangan dimasukan ke dalam poket seluar.

 

 

   "Hah! Yang ni, bilik fotografi. Kalau kau nak jadi member kelab ni, kau bagi tahu aku je sebab aku ketua kelab fotografi. Jom la masuk." Hongbin melangkah masuk diikuti oleh dia. Mulut masih dikunci.

 

 

   "Hongbin." dia memanggil nama manusia itu.

 

 

   "Ya."

 

 

   "Siapa nama budak lelaki ni?" dia memegang sekeping gambar yang tergantung. Kelihatan budak lelaki yang dimaksudkan itu memegang sebijik bola. Terukir senyuman di wajah budak lelaki itu.

 

 

   "Mana?" Hongbin melangkah mendekati dia yang kini berdiri di hadapan meja.

 

 

   "Yang ni." dia menghulurkan gambar tersebut pada Hongbin.

 

 

   "Nama dia, Seo Young Hoon. Dia budak kelas sebelah. Kau kenal dia ke?" Hongbin kembali menggantung gambar tersebut.

 

 

   "Tak." dia mengalihkan pandangan. 

 

 

Memandang ke tempat yang lain.

 

 

   "Ok. Pelik la kau ni." Hongbin mengerutkan dahinya.

 

 

   "Kau kenal budak lelaki tu ke?" dia bertanya sambil mata melihat berpuluh-puluh gambar manusia yang diambil tergantung.

 

 

   "Tak la jugak. Kenal macam tu je." Hongbin mencapai cube rubik dan melabuhkan pinggul di kerusi. Tangannya mula ligat menyelesaikan cube rubik tersebut.

 

 

   "Kau tahukan dulu dia terlibat dengan kemalangan?" dia memandang Hongbin sekilas.

 

 

   "Mana kau tahu pasal kemalangan tu?" soalan dibalas dengan soalan dia tidak endahkannya.

 

 

   "Siapa yang ambil gambar semua ni?" soalan lain pula yang dituju.

 

 

   "Aishh. Mesti la aku. Kenapa? Cantik, kan. HAHAHA! Aku tahu tu." faham mungkin rakan barunya tidak mahu menjawab soalannya, dia hanya menjawab soalan yang baru ditanya.

 

 

   "Boleh la." dia menjawab.

 

 

    "Apa maksud kau 'boleh la'? Aku dah menang pertandingan fotografi peringkat negeri 3 kali berturut-turut tau." Hongbin bingkas bangkit dan berjalan ke arah dia. 

 

 

Tetapi soalannya dibiarkan sepi tanpa jawapan.

 

 

    "Siapa budak perempuan ni?" mata dia tertumpu pada sekeping gambar.

 

 

    "Kenapa? Dia cantik kan. Dulu aku suka kat dia tapi Younghoon dah dapat dia dulu."

 

 

    "Aku tanya siap budak perempuan ni." soalan diulang.

 

 

    "Uh.. err. Lee Eunji." Hongbin mengusap perlahan belakang lehernya.

 

 

    "Ohh..."

 

 

    "Tapi.. dia dah tak ada sekarang ni. Maksud aku, dia dah meninggal tiga bulan lepas. Dia kemalangan. Masa tu dia dengan Younghoon. Aku tak tahu apa yang jadi sebenarnya tapi ada rumor kata yang Younghoon penyebab Eunji mati."

 

 

    "Rehat dah nak habis. Aku balik kelas dulu."

 

 

Ni bukan masa untuk aku bertindak. Getus hati kecilnya.

 

 

    "Eh! Kejap, tunggu aku." Hongbin pantas meletakkan cube rubik di atas meja dan mengekori langkah rakannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebulan.

 

 

 

Dua bulan.

 

 

 

Tiga bulan.

 

 

 

Dia menongkat dagu di atas meja sambil tangan kanan menulis nota yang diberi. Kemudian pandangan dilepaskan di luar tingkap.

 

 

 

Musim luruh.

 

 

Dia hanya memerhati beberapa orang kanak-kanak bermain di taman permainan berdekatan dengan sekolah. Dia tersenyum sendiri. Nafas diambil dan dihembus perlahan dan dia kembali menyambung menulis nota.

 

 

 

 

 

 

Buku nota disimpan di dalam beg dan dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Ketika dia ingin membuka telefon bimbitnya, Hongbin menegur.

 

 

     "Jom makan."

 

 

     "Ok." dia bingkas bangun.

 

 

 

Dia berjalan seperti biasa namun fikirannya melayang jauh entah kemana.

 

 

     "Sorry. Ini.. ini untuk awak." seorang gadis berdiri di hadapannya.

 

 

     "It's ok, and thanks." dia beralih ke tepi dan meneruskan perjalanannya setelah mengambil kotak bersaiz sederhana bewarna pink daripada gadis itu.

 

 

     "Wah! Dah popular la kau sekarang ni." Hongbin menyakat.

 

 

     "Kau ambil la kotak ni." Dia menghulurkan kotak tersebut pada Hongbin.

 

 

     "Kenapa kau terima sedangkan kau tak nak benda ni."

 

 

     "Aku tak nak jawab soalan kau."

 

 

     "Okay."

 

 

 

 

 

 

Dia mengambil dulang makanan di tepi kaunter dan beratur seperti biasa. 

 

 

       "Awak free ke esok? Kalau ya, kita keluar jalan-jalan." dia hanya memandang senario di hadapannya. Senyuman yang terukir di wajah manusia di hadapannya mengingatkan lagi terhadap dendamnya. Dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Tangan memegang erat dulang makanan.

 

 

 

Seusai dia mengambil makanannya, dia duduk berhadapan dengan Hongbin. Dia hanya memandang rakannya yang tekun melihat isi di dalam kotak pink tersebut.

 

 

       "Aku pelik kenapa kau tak nak kotak ni. Kau tengok ni. Ada bento, coklat, susu."

 

 

       "Aku tak suka bento."

 

 

       "Coklat."

 

 

       "Tak."

 

 

       "Susu."

 

 

       "Aku suka minum tapi aku tak nak minum susu sekarang ni."

 

 

       "Suka hati kau la. Kalau macam tu, aku makan eh makanan ni."

 

 

       "Makan la kau."

 

 

 

 

 

 

 

 

Dia meletakkan dulang makanan di tempat yang disediakan dan ketika itu, seorang budak lelaki melanggar belakangnya. Sekilas dia memandang. Dia kenal wajah tu. Teramat kenal.

 

 

      "Sorry tapi kau langgar aku tadi. Tak nak mintak maaf ke?" dia bersuara.

 

 

      "Apa dia? Langgar? So what?" budak lelaki itu menepis tangan dia.

 

 

      "Kau!!!" laju dia menolak budak lelaki itu sehingga jatuh dan sepantas kilat dia mencapai kerusi yang berdekatan dan ingin menghayunkan ke arah sasarannya.

 

 

      "L. Joe!! Berhenti!! Apa kau buat ni??!!" Hongbin memegang kerusi yang sudah berapa ditangan L.Joe.

 

 

      "Dia bunuh adik aku, kau faham tak!! Dia bunuh adik aku!!"

 

 

       "Apa maksud kau?" Hongbin bertanya tanda tidak faham akan kenyataan yang dikeluarkan oleh rakannya itu.

 

 

Kerusi perlahan-lahan di letak ke bawah.

 

 

      "Takkan aku nak berdiam diri tengok dia hidup tanpa rasa serba salah. Aku kena dapatkan keadilan bagi adik aku.. Aku kena bela adik aku. Adik aku tak bersalah tapi kenapa dia kena mati dalam keadaan macam tu. Semua ni sebab kau, kau tahu!!" buku lima yang sudah lama di genggam akhirnya mendarat di muka sasarannya.

 

 

      "Seo Young Hoon." dia menyebut nama itu satu per satu. "Adik aku selalu cerita pasal kau. Dia kata dia sayang kat kau tapi apa yang kau balas kat dia?"

 

 

      "Saya tak sengaja. Saya tak sengaja." Younghoon tiba-tiba menggigil. "Saya tak sengaja bunuh dia. Saya tak tahu brek motor tak berfungsi masa tu. Saya cuba nak selamatkan dia tapi... tapi... saya... tak mampu nak selamatkan dia. Saya mintak maaf. Saya betul-betul mintak maaf."

 

 

      "Semuanya dah terlambat..." L.Joe mengeluarkan sesuatu yang diselitkan dari pinggang seluarnya.

 

 

      "L... L.Joe.. apa.. apa yang kau nak buat ni? Lepaskan pistol tu sekarang." Hongbin cuba mencapai lengan L.Joe namun laju ditepis oleh rakannya itu.

 

 

      "Kau ke belakang. Biar aku selesaikan masalah ni sorang-sorang."

 

 

      "Ni bukan jalan penyelesaian dia."

 

 

      "Hyung, saya mintak maaf. Saya tak sengaja bunuh Eunji."

 

 

Seminit.

 

 

 

 

Dua minit.

 

 

 

Semua terdiam. Terkejut akan pengakuan yang dibuat Younghoon sebentar tadi.

 

 

 

       "Kalau kau mintak maaf dengan aku, kau fikir kau boleh bawak Eunji hidup balik ke?" L.Joe menarik picu dan menghala ke arah Younghoon.

 

 

       "L.Joe! Kalau Eunji tahu pasal hal ni pun dia takkan setuju dengan apa yang kau buat ni!" Hongbin menjerit.

 

 

       "Kau tak tahu bertapa terseksanya mak aku bila dia dapat tahu yang Eunji dah takda. Aku cuba macam-macam cara nak pulihkan mak aku. Tapi... mak aku pun pergi tinggalkan aku. Aku sorang-sorang kat dalam dunia ni. Kau fikir aku boleh hidup dengan cara macam ni?" L.Joe memandang tepat ke arah Younghoon.

 

 

       "Tapi kau ada ayah kau lagi, L.Joe." Hongbin cuba untuk menenangkan keadaan.

 

 

       "Siapa kata aku ada ayah. Dia dah tinggalkan keluarga aku masa aku umur 5 tahun lagi."

 

 

       "L.Joe.." Hongbin memanggil nama itu.

 

 

       "Dan kau! Kau rampas semua yang aku ada daripada aku. Kau buat aku hilang semuanya!!" 

 

 

       "L.JOE!!!!!!!!!!" Hongbin menjerit. Dia kaku ditempatnya. 

 

 

Darah mula mengalir di kawasan cafeteria. Dia tersenyum sendiri. Melihat tubuh yang terbujur kaku dihadapannya. Sasarannya tepat. 

 

 

Kepala.

 

 

Ya.

 

 

Sasaran dia, di kepala.

 

 

       "Lee Byunghun. Lepaskan senjata api tu sekarang." suara lelaki pertengahan umur kedengaran dari belakang.

 

 

L.Joe berpaling memandang wajah empunya suara. Sekali lagi dia tersenyum sendiri.

 

 

       "Dia dah pergi jumpa keluarga aku. Sekarang, giliran aku pulak pergi jumpa keluarga aku." Dia meletakkan pistol di kepalanya.

 

 

 

 

 

 

BAAANNGG!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

They tell me to stay strong, but they don't understand what it feels like to feel so weak.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Nahey009
#1
That is just good