7
Your Body Is Mine Your Heart Is Mine TooOMG,tak percaya aku rasa.Aku jadi Kim Taehyung aka Kingka sekolah.Aku pun tinggi gila.hahahha.Aku pun lihat disebelah aku iaitu Kim Taehyung yang berada dalam badan aku.Comel juga aku ni rupanya.
"Wait...kita tak boleh masuk sekolah sama-sama..nanti..makin parah aku....aa..kau yang berada dalam badan aku kena buli".Jujur aku.
"Okey...tapi....lepas balik sekolah nanti..pastikan kau tunggu aku dekat bawah pokok hujung sana..okey??".Kim Taehyung terangkat kening dan melihat dalam-dalam wajah aku?er..wajahnya sendiri.
"Okey...saya pergi dulu".Aku pun berlari pantas ke sekolah.Laju aja rasanya berlari sebab kaki panjang.Taehyung pun hanya melihat Yooji yang menggunakan badannya berlari.
"Aish..chincha".Taehyung mengeluh dan mengambil cermin.Terus dia tatap lama-lama wajah Yooji.
"Aish...apa aku buat ni?".Terus Taehyung bergegas ke sekolah.
--------------
Aku rasa nak ketawa banyak-banyak aja.Dengan selamat aku ke sekolah tanpa budak perempuan gila-gila.Hohoho.Terus aku masuk kedalam kelas.Eh,jap,kelas Taehyung sebenarnya kelas apa ek?.Aku menggaru kepala yang tak berapa gatal ni.
Aku pun mengambil buku nota didalam beg galas.Oh,kelas 2-1.Baru aku tahu.Semua orang tak berani bertentang mata dengan aku.Okey,maksud aku mata si Taehyung ni.Aku pelik,dah macam mana orang boleh suka dia?.
"Yo...Taehyung".Jin berlari kearah aku sambil menepuk-nepuk bahu.
"Oh..selamat pagi Jin".Aku pun menunduk 90 darjah.Rasa segan pula.
"Eh...kau sihat tak ni??apsal kau tunduk hormat macam tu??".Jin terangkat kening.Ah!aku lupa yang aku ni Taehyung.
"err...saja..hahaha".Aku bergegas mencari tempat duduk aku.Mana selama ni mamat duduk ek.
"Er..Jin..cuba teka...saya duduk dekat meja mana??".Soal aku sehingga membuat Jin ternganga lagi.
"Serius??kau okey tak ni??".Jin meletak tapak tangannya pada dahi.
"Tak panas..kau okey?".Soal Jin lagi.Aku angguk kepala laju-laju.
----------
Taehyung POV
Aku melangkah kekelas 2-2.Semua orang macam gila,dan budak perempuan tengok aku semacam.Kenapa dengan diorang ni?.Aku hanya buat muka selamba dan duduk diatas kerusi lalu menyiapkan nota.
"Yah...Yooji...macam mana semalam??".Soal seorang budak perempuan yang aku tak berapa kenal sangat,tapi aku rasa dia selalu dekat dengan Yooji.
"Semalam??pasal apa?".Soal aku.
"Laaa..kau lupa ke apa??semalam kan kau jumpa Kingka...dah kau ni kenapa??cold gila habis muka".Budak perempuan yang kurang aku kenali tu tergeleng-geleng kepala.
"Oh...ye...semalam aku jumpa Taehyung...dia baik sangat....hahaha".Ahh,pemende aku ngarut ni.
"Hah??serius kau??dia ada pukul kau tak??maki-maki kau ke??".
"Err..tak".Aku hanya tersengih.
"Nah..jus oren untuk kau".Budak perempuan tersebut hulurkan jus oren.Serius?jus oren.
"Takpelah..aku tak suka jus oren".Aku menolak ketepi tin air tersebut.
"Hah??bila masa pula kau tak suka jus oren ni??".Soal lagi budak perempuan tersebut.
"Kenapa??aku memang suka ke??".Soal aku.Parahlah,takkan budak Yooji ni suka minum apa yang paling benda aku tak suka.
"Yalah..fev kau ni".Budak perempuan tersebut menggeleng kepala lagi.
"tapi...aku nak minum kopi".Jujur aku.
"hah??bukan kau benci kopi ke?kau ni sihat ke tidak??".Soal budak perempuan tersebut sambil meraba-raba muka aku.
OMG!.
Comments