Chapter 6 : First Kiss
Please Don`t Leave Me?
``Perkara ini dah tersebar luas.Ramai mulut yang sedang bercakap mengenai kejadian semalam. Prestasi kolej seakan jatuh oleh kerana sikap kamu. Pihak pentadbiran sudah membuat keputusan mengenai ini. Kami sudah sebulat suara akan memberikan kamu sijil pembelajaran kamu disini dan anugerah seperti pelajar lain dapat. Tetapi ada satu syarat..``
Sudah lah! Kamu tidak sanggup lagi mendengar lagi! Kamu difitnah! Siapa yang ingin mempercayai kata kamu jika kamu menceritakan bahawa Eunji yang mencederakan diri dia sendiri? Semua orang tidak mempercayai kata kamu kecuali Chanyeol. Pagi tadi setelah kamu datang ke kolej, kamu dilayan dengan teruk.. Ramai pelajar yang bercakap mengenai kamu. Dimana kamu berada, disutu lah kamu dicaci..dan dimaki..Sekarang, kamu berada di dalam bilik dekan dan mendengar hukuman yang akan kamu terima?
``Kamu tidak dibenarkan menghadiri hari graduation yang tak lama lagi ini.``
Kamu yang mendengar seakan ingin pengsan! Apa yang terjadi ni? Chanyeol yang berada diluar bilik dekan menunggu resah..Chanyeol melihat kamu yang baru keluar dari bilik tersebut terkejut serta menunggu jawapan dai kamu..
``Chan..a..ak..aku..
Kamu mula menitiskan air mata.. Chanyeol segera memelukmu erat..Memberikan tenaga dia buat kamu..
``Hana..Sabar lah! Aku akan selalu dengan kau..``
``Chan! Aku tak dibenarkan graduate! Apa yang aku nak jawab nanti dengan kedua ibu bapa aku? Aku takut..``
Chanyeol yang mendengar terkejut besar!! Apa? Hana tak dapat graduate? Ta..tapi kenapa? Adakah hal semalam yang membuatkan Hana dilarang graduate bersama dengan pelajar yang lain? Ini tak adil ! Itu semua bukan salah Hana! Chanyeol yang geram ingin memasuki bilik dekan segera ditahan oleh kamu..
``Chan..Sudah lah..Mungkin ini ada hikmah..``
``Apa yang kau cakap ni? Kau tak dibenarkan graduate, Hana! Kau biarkan? Tak..Aku kena cakap dengan dekan!``
``Chan! Please? Kau faham aku kan?``
Kamu melihat Chanyeol..Ingin menyakinkan dia..Apa guna kalau Chanyeol pergi memberitahu perkara sebenar sedangkan dia ingin memberitahu tidak siapa pun mahu mendengar? Mungkin..ada hikmah disebalik semua kejadian yang berlaku..Biarlah dengan Eunji..Selagi Tuhan ada, Eunji tidak akan lari dari sebarang pembalasan yang dia lakukan terhadap kamu. Chanyeol mengeluh kuat! Chanyeol menarik tangannya dan segera berlalu meninggalkan kamu..Chanyeol ingin membela kamu tapi kamu menolaknya. Apa perlu dia buat? Dia ingin menenangkan hatinya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
``Mama dan papa dah tahu semuanya, Hana! Prof kamu dah telefon papa kamu sewaktu dia sedang mesyuarat! Kamu nak malukan papa dan mama ke, Han Hana??``
Kamu tertunduk..Papa dan Mama kamu terpaksa segera pulang selepas mendapat panggilan telefon dari prof. Mama kamu berdiri dihadapan kamu sambil menunggu jawapan dari kamu dan Papa kamu hanya berdiri sambil bersilang tangan..Masing masing dalam keadaan marah..
``Maa, itu semua bukan salah Hana! Hana tak buat Eunji begitu..Hana kena...``
``Han Hana! Papa dan mama tak pernah ajar kamu menipu! Kamu dah malukan kami! Papa dan mama beri kamu pelajaran tapi kamu masih ingin menipu kami?``
``Papa! Mama! Hana tak tipu. Percayalah! Eunji memerangkap Hana!!``
Papa dan Mama kamu terdiam sambil memandang kearah masing masing..Pandangan mereka seolah memberikan isyarat yang kamu sendiri tidak tahu..Akhirnya, persoalan terjawab..
``Papa dan Mama dah berbincang. Kami akan menghantar kamu keluar negara.. Kamu duduk disini hanya memalukan kami be
Comments