Jalan Buntu

Heart (Malay)
Please Subscribe to read the full chapter

 

     "Kau kena kahwin dengan dia memandangkan kau masih tak boleh lupakan perempuan sundal tu" Mr. Wu berucap tegas sambil memerhatikan anak lelakinya yang sudah mencecah usia 28 tahun itu. Peria itu, atau lebih dikenali dengan nama Kris terlihat marah apabila 'nama' kekasih lamanya diungkit semula.

     "Jaga pertuturan ayah. Ayah fikir kalau dia tu perempuan sundal maka ayah apa kurangnya, lelaki dayus!" Kris membalas sinis.

     "Kurang ajar!" tangan ayahnya ringan menampar Kris. Kekesalan dan kekecewaan terserlah pada wajah tua itu. Tidak pernah dia mendidik anak tunggalnya untuk membantah arahannya.

     Sebelum ini dia menerima perempuan pilihan anaknya dengan tangan terbuka. Namun tiada satu pun yang Kris jadikan teman hidup. Usia anaknya juga bukanlah masih muda. Kalau boleh dia ingin melihat anaknya mendirikan sebuah rumah tangga yang bahagia dan bukan sekadar mengejar kerjayanya sahaja. Ruang kosong dalam hidup Kris perlulah diisi dengan kehadiran seorang yang bergelar 'isteri' agar kesempurnaan dapat dia peroleh. Oleh itu, Mr. Wu tiada pilihan lain tapi menjodohkan anaknya dengan salah satu anak kepada rakan niaganya.

     "Kalau ayah jodohkan saya dengan Jessica sebab nak puaskan hati ayah sendiri, jangan haraplah saya akan turuti permintaan ayah tu. Lagipun, saya dah ada pilihan saya sendiri. Dan saya dah rancang untuk berkahwin dengan dia. Keputusan saya adalah muktamad" Kris menengking keras kemudian berjalan keluar tanpa menoleh ke belakang lagi.

     Dia cukup letih dengan permainan yang telah diatur oleh ayahnya sendiri. Kenapa perlu Jessica? Dan yang paling penting, kenapa dia perlu berkahwin? Pada pendapatnya, usia 28 tahun itu tidaklah terlalu tua. Kenapa ayahnya perlu menjodohkannya dengan gadis yang tidak begitu dia kenali? Adakah sekadar untuk mendapatkan pewaris untuk kekayaannya kelak?

     Dia juga telah 'terlepas' cakap tentang pilihannya sendiri sedangkan girlfriend pun dia tidak ada untuk saat ini. 'Tapi kalau aku tak buat macam tu, mesti dia akan paksa aku kahwin dengan perempuan tu', fikir Kris. 'Nampaknya aku kena cari orang yang sanggup untuk jadi isteri 'atas kertas'.

 

*  *  *  *  *  *  *

 

     Sehun berada di dalam kelas kerana sesi pembelajaran akan bermula dalam masa beberapa minit lagi. Dan seperti biasa, suasana di dalam kelasnya sama seperti hari-hari sebelum ini; macam reban ayam. Ada yang tertidur sambil mengeluarkan air liur basi lagi. Ada juga perempuan-perempuan yang tak tahu malu menayangkan segala 'lurah' yang ada pada tubuh mereka pada lelaki-lelaki miang. Manakala untuk golongan pelajar cemerlang, mereka sedang menyibukkan diri sendiri dengan mengulang kaji  topik yang akan dipelajari hari ini. Sehun pulak? Dia sekadar termenung dan kadangkala memerhatikan tingkah laku pelajar kelasnya yang sedikit 'gila-gila'.

     Tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran Baekhyun. Hampir sahaja dia melatah akibat terkejut.

     "Kau berangan pasal 'dia' kan Sehun" gurau Baekhyun sambil tersenyum nakal.

     "Mana ada hyung. Saya tak teringatkan Chanyeol hyung pun" Sehun berkata perlahan sambil menundukkan wajahnya kerana malu.

     Siapa tak kenal Chanyeol? Pelajar paling kacak dan romantik (menurut Sehun) di sekolahnya. Cuba korang bayangkan kalau Chanyeol nyanyikan lagu yang special untuk korang depan orang ramai sambil bermain gitar. Siapa tak cair, kan? Walaupun diorang sekadar teman yang masih dalam proses pengenalan, Sehun dapat merasakan bahawa Chanyeol itu merupakan seorang yang lembut dan pandai menjaga hati orang. Betul-betul menepati cita rasanya.

     "Aku takde cakap apa-apa pun pasal Chanyeol. Yang kau perasan sangat ni kenapa?" ujar Baekhyun dengan senyuman yang semakin melebar. Dia tahu betul yang Sehun menyimpan perasaan pada Chanyeol.

     "Yah, hyung! Awak sengaja kenakan saya kan" dia berbicara dengan pipi yang sedikit kemerahan.

     "Sorry. Hehe..Aku suka tengok kau macam ni. Cute" Baekhyun mencubit pipi Sehun sambil tertawa kecil apabila melihat Sehun mencebikkan bibirnya manja.

     "Hyung, saya ni manly tau!"

     Baekhyun terus ketawa melayan kerenah si maknae. Entah kenapa adiknya yang satu ini tidak juga matang meski umurnya akan memasuki 18 tahun dalam masa lebih kurang dua bulan lagi.

     "Baekhyun hyung, buku apa tu?" soal Sehun dengan kening yang sedikit berkerut. Baekhyun segera mencapai novel yang baru dia beli kemarin.

     "Ni lah buku terbaru YN" matanya bersinar dengan kekaguman.

     "YN? Siapa tu?"

     "Oh my God! Kau tak kenal YN?" Baekhyun menjerit. Nasib baiklah kelas mereka cukup riuh, menenggelamkan s

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fafawinterlover #1
Chapter 2: Omg! ! Author-nimmm cpt lah update lgi! ! X sabar nk baca ni! !! Pewleashhhh ~ I love it so much! !!!
ELFlisa #2
Chapter 2: best la cerita ni...update lagi okay~~...
mpreggoland
#3
Chapter 2: ahh! suka sgt2 ni! mmg hidup ni tak adil...huhu
update soon~
mpreggoland
#4
Chapter 1: wah suka3 *rolling down* I really love it! update soon~
baehwililly
#5
update soon !!!! XD
daebakQ93 #6
Krishun ke...excited plak nk bca nnte..hehe..>_<
DubuMushroomLOVE
#7
ni ff mainly apa ke?krishun i suka
mpreggoland
#8
haha saya suka mpreg...susah nk jumpa mpreg lam malay (kecuali sy pya sndiri), so thanks sbb sudi menulisnya ^^