Korea : Prank Pt.1
Mimpi atau Realiti Ni ?“SAJANGNIIIIIMMMMM!!!”
Jeritan Minho memenuhi ruang praktis tersebut menyebabkan Lee Soo Man dan bebudak SHINee yang lain ketawa bagai nak rak. Bebudak EXO yang berada di bilik praktis bersebelahan dengan SHINee pun menjengukkan kepala sorang demi sorang untuk melihat kekecohan iaitu Minho si Kacak (kononnya) yang telah di-prank oleh CEO SM sendiri untuk hari lahirnya. Amboi, beruntung Minho hari ni, dimandikan oleh Sajangnim Lee Soo Man kesayangan semua dengan cat fluorescent.
/Flashback/
“Hari ni birthday Minho kan? Sempena si kecik ni ada sekali, apa kata kita buat prank kat dia. Sekali sekala lah katakan. Nak tak?”
Hampir tersembur air teh yang sedang kuminum tadi tu. Nasib baik tak sempat sembur sebab kalau tak aku risau bukan Minho yang kena prank tapi CEO ni pulak yang kena dulu. Key mengangkat kening menunjukkan tanda protes.
“Tapi hyung, asal Minho je ada prank? Saya takde pun!” Rajuk si Key dengan muncung-muncungnya siap sekali macam muncung Ain.
(Ain: Kurang asam masin pekat manis punya minah, apesal aku termasuk sekali ni? Bukan aku kat chapter yang lain ke? /tampar penulis/)
Maaf, Ain dah menyelit balik kejap tadi.. Kepalaku T.T
“Dah kau lagi tua dari dia, buatpe nak prank? Hari tu prank sampai nak menangis apehal?”
Pom, habis merah padam muka Key sambil diketawakan oleh Soo Man, Taemin dan aku. Tetiba, pintu terbuka sendiri. Aiiikkk, scary movie apakah ini?
Kepala Minho terjengul di jendela pintu. Eh, pintu pun dipanggil jendela ke? Jendela hati aku tahulah, kuikuikui. /ditampar Ain lagi sekali/ Ouch. Kejam punya adik beradik tak sama bapak tak sama mak T.T
“Ha, korang mengutuk aku lah tu kan kan kan?” Minho memerasankan dirinya sendiri sambil berjalan catwalk. Omak kau, macam kayu yang nak berjalan lah. /ditampar Fatini/ Hello, hari ni hari menampar Ika sedunia ke? Lari satu dunia lah, esok sampai balik Korea, boleh? T.T
“Aik, sapelah yang nak cakap pasal kau, ew, aku tak gay lagi untuk kau okayyy!” Taemin menggelengkan kepalanya bila Minho meng-headchop-kan tengkuk Onew. Aku risau dari Onew the Chicken Lover jadi Onew the Chicken Lover turned Food =.=’
“Sakitlah bangang. Ni ha, Sajangnim suruh kita bawak kecik ni tour satu bangunan. Kan dia baru sampai. Woi kecik, nasib baik kau tak sesat masa nak sampai Apgujeong-dong ni tadi tau. Kalau sesat ape yang aku nak jawap dengan abang kau si Youngjae tu?” kata si Onew sambil menggigit drumstick yang sedari tadi asyik digigit taknak lepas. Ew, sapelah yang nak lepas kau tumpahkan segelen air liur basi kau atas ayam goreng tu. GELI!!!!!!!
“Japjap, ape oppa cakap? Kecik? Amboiiiiii, suka hati mak abah oppa je cakap ye, nah amik kau!”
Aku membawa lari pinggan penuh berisi ayam (yang Soo Man bawak dari Kepci tadi) tu lari, sebelum menyelit masuk ke bawah meja Sajangnim yang besar tapi bersaiz kecil bawahnya. Haaaaa ,nilah untungnya jadi kecik. Satu bilik ketawa bagaikan beruang polar……..
HA HA HA, beruang polar boleh ketawa. Lawak la penulis, lawak.
DAH DAH BOLEH TAK KITA BACK TO THE STORY WHERE MINHO WAS PRANKED BY LEE SOO MAN? Sigh…
Okay, first kita kena distract Minho untuk semua prepare prank birthday party dia. Dan decoynya? Akulah -,-
Onew mengeluh buat kali ke sembilan ratus tiga puluh lima kalinya apabila Minho menolak untuk menemani aku pergi ke ta
Comments