scene 7

YOU'RE NOT ALONE

 

 

5 min…15 min… 30 min.. 45 min…1 jam… 2 jam...ya sudah 2 jam Daehyun menunggu namun 'kelibatnya' masih tidak kelihatan.

 

“Woi! Tak guna kau tunggu kat sini. Baik kau blah. Dia takkan datang punya.  Dia dah tinggalkan kau. Dia kata kat aku dia dah muak tengok muka kau tahu tak! Hoi kau pekak ke? Tak dengar ke apa aku kata."

 

KEDEBUK!

 

Daehyun  menolak  Baekhyun  dengan kuat hingga jatuh ke tanah lalu melarikan diri.

 

Di Bawah Pokok Yang Rendang.

 

Isk isk…isk isk… laju air matanya mengalir. Seorang budak lelaki yang tinggi sedikit daripadanya datang mendekati Daehyun.

 

“Kenapa nangis sorang2 ni?” soal budak lelaki itu.

 

 Daehyun mengangkat mukanya. “Baekhyun jahat! Dia kata oppa dah pergi tinggalkan Daedae dan… oppa tak nak jumpa dengan Dae lagi. Dia tipukan? Oppa tak..takkan tinggalkan… Dae kan.” Luah Daehyun dalam esakan.

 

Senyuman diukir. “mana ada oppa tinggalkan Dae, ni oppa dah datang. Mian oppa datang lambat.” pujuk budak lelaki itu. “dah jangan nangis. mari oppa lap air mata tu, nanti habis muka dah tak comel dah.”

 

Rambut Daehyun diusap lembut. “oppa janji, oppa takkan tinggalkan Dae ok tapi ada syarat. Oppa nak tengok Daedae senyum dulu.” mendengar kata oppanya, Daehyun terus mempamerkan senyuman manisnya.

 

6 orang budak lelaki yang comel (tahap A+) datang menghampiri  mereka berdua.

 

“Jom kita main nak?” ajak  Kai.

 

“Main? Main apa?” soal Sehun.

 

“Kita main kahwin2 nak tak?” cadang Chanyeol.

 

“Ok…Daedae nak jadi pengantin perempuan.” Ujar Daehyun girang.

 

“Kalau macam tu Chanyeol jadi pengantin lelaki, yang lain jadi pengapit dan tetamu.” Cadang Kyungsoo.

 

 “Taknak! Dae nak kahwin ngan oppa.” Rengek Daehyun.

 

“Dae tak suka Chanyeol, Dae suka oppa. Oppa baik dan hensem.” Daehyun buat muka innocent.

 

“Yelah2…ok jom kita main.” Balas Suho.

 


 

Berbola matanya bergerak kiri dan kanan, beberapa saat kemudian Daehyun terjaga daripada mimpinya. Dia bingung seketika sebelum sedar sepenuhnya.

 

“Gwenchannha…(2x), mimpi je tu.” Daehyun menepuk-nepuk  perlahan dadanya yang turun naik. mukanya mula terasa bahang. “ark, panasnya.” Jerit Daehyun apabila  pancaran mentari pagi menerombos masuk melalui tingkap di sebalik celahan langsir sehingga menerjah wajah comelnya itu. Dia bingkas bangun daripada katilnya. Selipar tidur bercorak bunny disarung lalu menuju ke bilik air untuk mencuci mukanya.

 

Dengan perlahan-lahan Daehyun melangkah menuruni tangga. Langkahnya terhenti di anak tangga bawah yang terakhir.  dia memandang  sekeliling.

 

“Aik? Sunyi je…mana ma? Selalu time2 cam ni ma sibuk buat kerja rumah.”

 

KRIOTTT...

 

Daehyun melihat ke arah jam dinding.  “Hah? Dah pukul 11.30 patutlah perut ni minta di isi. Sabar ye, meh kita pergi operasi dapur.” Ujar Daehyun sambil mengusap perutnya. Dia melihat atas meja makan. KOSONG! Dia hampa lalu beralih ke arah peti sejuk namun saat dia ingin membuka peti sejuk matanya terpandang  sekeping nota berwarna biru yang ditampal pada luar peti sejuk.

 

‘Ma keluar sebentar. ada hal, urgent!’

 

Daehyun meletak nota tersebut atas cabinet lalu membuka peti sejuk. tangannya sibuk memunggah isi peti sejuk. Dia menutup semula peti sejuk dengan sebiji epal dimulut dan sekotak  jus oren ditangan. Dia menarik kerusi lalu duduk di meja makan sambil mengunyah epal. Mukanya masam mencuka.

 

“Sampai hati ma keluar tanpa  masak kat aku. at least siapkanlah dulu makanan sebelum pergi. selalunya cheesecake ma simpan tapi kali ni takde pulak.” bebel Daehyun sorang diri.

 

“Lapar lagilah…” kini almari kabinet menjadi 'mangsanya' pula. Pintu almari dibuka. “E’eh ada ramenlah…fuh~ nasib baik, kalau tak kebulurlah aku.”

 

Selesai masak, Daehyun menikmati ramen sambil menonton tv. “fuh kenyangnya." mangkuk kosong diletakkan atas meja dan remote tv dicapai, satu persatu channel dibuka.  "Bosannya, takda  citer yang menarik langsung…” Daehyun menekan punat off pada remote, tv dimatikan. Daehyun berbaring atas sofa. “Apa aku nak buat ek? really, aku dah bosan tahap gaban dah ni...” Daehyun memandang kosong kipas siling yang berputar di atas kepalanya.

 

Tiba2 fikiran jahat datang di fikirannya. 'kan best ada BF…boleh pergi dating atau jalan2 ke. Mesti best.'

 

Cause you are my destiny…uh uh uh

 

Daehyun dikejutkan oleh nada dering S4-nya yang  berbunyi menandakan ada mesej masuk.

 

Ma :   jumpa ma kat tempat ni pukul 3.00 p.m.
          ni alamat dia XXX,
          dont be late.
          please wear something nice, ARACHI!

 

Daehyun :  ne…arasso.

 

Tanpa membuang masa Daehyun terus menuju ke biliknya dan mencapai tuala lalu membersihkan diri, bersiap-siap untuk ke sana.

 


 

Daehyun menunggu di perhentian bas. Beberapa minit kemudian bas pun tiba. Daehyun duduk di tepi tingkap sambil melayan perasaannya. Dia teringat kembali mimpi yang dialaminya. 13 tahun perkara itu sudah berlalu dan dia sendiri sudah hampir melupakannya namun mengapa hari ini ia menjelma kembali? Satu persatu kenangan bermain di fikirannya. Betapa seronoknya ketika itu.

 

‘Ya! Dia pegang pada janjinya. Dia tidak tinggalkan aku, tetapi aku sebaliknya. Oppa mianhei. ’ (Daehyun POV)

 

Selepas kematian pa, ma memutuskan untuk berpindah ke  Seoul. Kata ma peluang di sana lebih besar  tapi itu hanya alasan kerana aku tahu terlalu banyak kenangan pa di situ kerana aku juga merasakannya. Namun ku turutkan kata ma walaupun sebenarnya berat hatiku untuk meninggalkan tempat itu terutama orang yang aku paling aku sayangi. Perpindahanku yang berlaku secara tiba2 hingga tak sempat untuk aku ucapkan selamat tinggal yang terakhir padanya. sejak itu, aku sudah tidak bertemu dengannya.

 

‘Apa khabar dia sekarang? Marahkah dia padaku?’ keluhan berat dilepaskan.

 

Bas berhenti di perhentian yang terakhir. Pintu bas dibuka. Daehyun sudah sampai ke destinasinya. 5 min berjalan, dia pun tiba di sebuah kawasan perumahan. Perlahan-lahan dia berjalan melalui kawasan itu cuba mencari alamat seperti yang dimesej mamanya.

 

“Mana alamat ni? dah 10 min aku jalan tak jumpa pun. Kaki pun dah lenguh ni aishhh.” Daehyun mula bengang.

 

Daehyun menahan seseorang yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

 

“Tumpang tanya, kat mana rumah ni?” Daehyun menunjukkan alamat yang tertera di skrin S4-nya.

 

“Adik  jalan je  straight, dah tak jauh dah rumah dia warna grey hujung sekali.” Jawap wanita tu ramah.

 

“Kasamhamnida.” Selesai mengucapkan terima kasih, Daehyun berjalan mengikut seperti yang diberitahu.

 

“Hah! Jumpa pun.” Daehyun terpegun seketika, mulutnya ternganga. “wah…besarnya rumah, kaya gila. tapi apa ma buat kat sini? Kenapa ma suruh aku datang kat rumah ni? Rumah siapa? So something.” fikir Daehyun curiga.

 

“Betul ke tak ni? jangan2 ma salah bagi alamat kot.” Daehyun berulang kali melihat alamat di skrin handphone and di tiang batu pagar rumah itu silih berganti. “mustahil, alamat betul.”

 

“Ntah2  ma nak mainkan aku tapi apa motifnya? Bukan april fool pun. ah mengarutlah!” Daehyun menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

 

“The best solution is, lebih baik aku spot-check.” Daehyun ragu2  untuk menekan loceng namun saat dia ingin menekan pintu gate sudah dibuka secara automatik. Daehyun mengundur dua tiga langkah. dia berdiri kaku sedang mengira-ngira hendak masuk atau pun tidak.

 

Dup dup…dup dup…

 

Hatinya berdegup kencang. Nafas ditarik dan dia pun melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah tersebut. Tanpa pengetahuannya, kejutan sedang menanti dirinya di dalam rumah itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chanyeolsehun77 #1
Best sangat sangat
chanyeolsehun77 #2
Best
mpreggoland
#3
Chapter 9: romantiknyer!! I like! nak sequel, bleh? kali ni nak ada mpreg hehe :D
nak tau pasal baby diorang ^^
apa2pun citer ni BEST!
KJNYeol
#4
Chapter 9: cute sangat^^
kyeopta :D
dae_yeol
#5
Chapter 8: so sweet...comel sangat
yoongsoshi
#6
Is that lyric on description is from Marvell's song? o_o
KJNYeol
#7
Chapter 8: Comel sgt^^
KJNYeol
#8
Chapter 7: update soon^^
x sabar nak baca kesenambungannya
dae_yeol
#9
Chapter 7: update soon...
klakar gle part woohyin prasaan hensem tu..hahaha..
KJNYeol
#10
Chapter 6: yah!!!
sambung cute sangat
BAP + Infinite <3
update soon :D