BAHAGIAN 5 ( AKHIR)

THAT'S PLAYBOY IS MINE! (malay fiction)

HOSPITAL

                “Awak dah sedar?” Perlahan-lahan matanya dibuka. IU memandang keadaan sekeliling. Kat mana ni? Kenapa kepala aku rasa berat semacam ni? suara tadi dibuat tak endah.

                “Anak mama okay ke tak ni? kawan kamu ni…” perlahan-lahan dahinya diusap. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. L.Joe! mana dia? Matanya dihalakan ke sekeliling. Minhyuk, mamanya, Suzy ada di situ tapi mana playboy tu?

                “Ma…L.Joe mana?” Mamanya memandang Minhyuk dan Suzy yang masih diam. Pandangan mereka ditundukkan. Bagai ada sesuatu yang cuba disembunyikan mereka. IU mula tak sedap hati. Janganlah buat lawak bodoh kat sini… tiba-tiba pintu bilik terkuak. L.Joe muncul, tangannya berbalut. IU memandang kosong wajah L.Joe yang tersenyum memandangnya. Terus dia mengalihkan pandangannya kea rah lain. Faham dengan apa yang berlaku, ibunya dan Suzy terus keluar dari situ.

                Diam sesaat. “Awak okay?” Lembut L.Joe bertanya. Kakinya melangkah perlahan-lahan ke arah IU yang masih merenung ke luar tingkap.

                “Awak rasa? Tak Nampak ke saya tengah terbaring kat sini?” Datar tanpa nada IU berkata. Matanya masih lagi tidak mahu memandang L.Joe yang sudah duduk di sebelahnya. Namun, getar di dadanya hanya dia yang tahu. Alahai…makin teruk penyakit ‘alergi’ kau ni, IU… otaknya berkata-kata lagi.

                “Okay…saya tahu, awak tak nak tanya pasal saya ke? Tadi beria-ia Tanya pasal saya dengan ibu awak…” Terus merah pipinya blia disoal begitu. Wahh…IU, kau dah pandai blushing pulak sekarang ni… semakin galak otaknya mengenakan tuannya. Cis!!

                “Diamlah, refleksi aje tu…” IU masih cuba menafikan walaupun kenyataannya memang bersungguh kerisauannya waktu itu. Tanpa ditapis, pecah ketawa L.Joe. Ciss betul!! Gelakkan aku? Tak guna!! Terus tangannya memukul bahu L.Joe. terjerit dia di situ.

                “Ouch!!”

                “Alamak, awak tak apa-apa ke?” refleksi. Tangannya terus mencapai bahu lelaki itu. L.Joe terpana.

                “Kan saya dah cakap… awak ni tak pandai menipulah…” tangannya terhenti. Pandangan mereka bertaut.  “Saya cedera kat tangan kanan, awak pukul saya kat tangan kiri…tak adalah sakit mana. Awak memang risaukan saya, kan?” Selamba dia berkata. Riak wajah IU terus berubah. What??? Dia kenakan aku lagilah tu!! Tak guna!

                “menyampahlah saya cakap dengan awak!!!” layan cakap playboy ni memang rasa macam nak dihempuknya kepala mamat tu dengan pasu bunga kat sebelah ni!! hatinya menyumpah-nyumph namun dalam masa yang sama, terselit juga rasa bahagia yang datangnya entah dari mana.

                “Saya suka awak…” tiba-tiba. Masa terasa berhenti saat itu. Pandangan mereka bertaut. Kali ni, IU seakan-akan terpaku terus. What?? Dan entah bila, tubuhnya sudah berada di dalam pelukan lelaki itu. Dan kali ni dia hanya membiarkan.

                “Maafkan  saya…” L.Joe terus memeluk erat gadis itu. Perlahan-lahan IU menganggukkan kepalanya…biarlah. Kali ni dia benar-benar tidak mahu menipu perasaannya lagi. dan hari dia akui, seorang IU sudahpun tewas di tangan seorang playboy yang sangat dibencinya itu.

                “Ewww…soooo cheesy, gelilah aku.,” tiba-tiba Minhyuk, Suzy dan ibunya masuk. Kacau betullah! Orang tengah buat confession ni kot….L.Joe melepaskan pelukan. IU hanya diam, pandangan redup ibunya dipandang. Ah, sudah…

                “L.Joe, jagalah anak auntie ni baik-baik, auntie percaya dengan kamu…” Terkejut IU. Ingatkan ibunya akan mengamuk tapi sebaliknya pula. Dia kemudiannya menyerhkan sehelai kertas kepada IU. “apa ni, ma?”

                “Itu alamat pakcik kamu, kamu duduklah kat situ. Bawah tu pulak alamat mama dengan papa. Kalau IU nak ke China, ikut alamat tu saja, ya?”

                “Ma…”

                “Jangan tinggalkan kawan-kawan kamu, IU. Mama ibu kamu, sudah tentu, mama faham apa yang ada dalam hati kamu, IU…” ibunya tersenyum manis. Terus dipeluknya tubuh wanita itu. Sungguhlah dia bersyukur kerana dikurniakan ibu sebaik itu.

                “Mak cik, saya mintak maaf…”Minhyuk tiba-tiba mencelah. “…saya tak sangka sepupu saya sanggup buat perkara macam tu…” Wanita itu tersenyum lagi.

                “tak apalah, semuanya dah selesai…makcik harap korang boleh saling bantu-membantu tak kiralah waktu senang ke, susah…makcik anggap kamu semua macam anak-anak makcik juga…”

SEBULAN KEMUDIAN

                “Kau ni, jalan tepi sikitlah, huh! Lagi satu, ni buku latihan aku…bereskan sebelum lusa, kalau tak, memang kau nak kena!! Watch out,” Suara orang menengking mengganggu perhatian IU. Dia menarik earphonenya dari telinga. Menyampah sungguh aku dengan manusia perasan bagus macam ni. langkahnya dilajukan. Nasib baik air dalam botolnya masih ada lagi separuh. Dia membuka penutup botol itu. Dan selamba je dia menuang isinya atas kepala budak perempuan yang berlagak tu..

                “Uuuu…” L.Joe yang baru sahaja sampai di taman itu terkejut. Memanglah tu IU…

                “saya rasa orang yang tak reti nak siapkan kerja sendiri orang panggil apa ya? Bo? Doh? Heh, tapi korang ni, dahlah bo, som…bong pulak tu, apa-apa jelah. Sorry for that water. Saya memang nak buang pun, tapi tak tahu nak buang kat mana…” lepas tu dia boleh blah macam tu je. Cool, L.Joe menelan liur. Matilah aku kalau buat perangai playboy aku dulu…

                “L.Joe…jomlah, apahal jadi patung kat situ? Saya dah laparlah…” tangan L.Joe ditarik. “oh..yelah, jom, pakai helmet ni..” L.Joe menyerahkan helmet berwarna biru tu kepada IU.

                “Awak tahu, MInhyuk dengan Suzy officially date sekarang?” Sempat L.Joe bertanyakan hal tu. Mana tahu, IU belum tahu pasal hal tu. “saya  tau…tapikan kalau awak ngada-ngada nak kirim-kirim surat macam yang Minhyuk buat tu, memanglah melayang kasut ni atas muka awak,” okay, dia dah mula…

                Tiba-tiba L.Joe ternampak seorang wanita muda berbangsa asing melambai-lambai ke arahnya.

                “Hey you! You’re handsome! Wanna party this night?” what the? Aku yang berdiri sebelah dia ni apa? Tunggul? IU mengetap bibir. Rasa cemburu mula menguasai diri. Belum sempat L.Joe menolak, IU terlebih dahulu bersuara. Tangannya terus memaut pinggang L.Joe. L.Joe terdiam. Oh….jeles ke?

                “Hello, he’s playboy, you know!”

                “It’s okay, he’s gorgeous, are you his sister? “ What?? Kakak? Apakah?

                “I’m sorry…but this playboy is already mine..ehemmm” Dia pura-pura tersedak. Merah pipinya. Apa yang aku cakap ni?

                “Oh, really? I’m sorry, but he’s hot. You’re lucky,miss” wanita muda itu pun berlalu. Riak wajahnya sedikit kecewa. IU masih diam. Mesti aku kena gelak gila-gila dengan L.Joe lepas ni…warghhhh!! Dan memang, bergegar rasanya gegendang telinganya apabila lelaki itu mula ketawakan dia.

                “Hahaha…pandailah awak cemburu,” Bahu  L.Joe dipukul. Tak guna punya boyfriend! Punyalah bersungguh aku pertahankan dia tadi. Cis!!

                “ jangan risau…macam apa yang awak cakap tadi, saya memang milik awak,” L.Joe tersenyum. Pipi gadis itu dicium lembut. IU terkejut. Panas wajahnya diperlakukan begitu. Dia segera memakai helmet. “Dah, jom…saya lapar”. IU tersenyum nipis. Bahagia di  hatinya saat ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semoga bahagia menjadi milik mereka buat selama-lamannya.

 

 

Babyblue93

TAMAT_14/9/2013, 4:46 PM

^_^ v

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet