BAHAGIAN 4

THAT'S PLAYBOY IS MINE! (malay fiction)

1 MINGGU KEMUDIAN

                “L.Joe, berhenti kejap,” Suara Suzy memanggilnya dari seberang jalan mengejutkan lamunanya. Headphone ditarik, langkahnya diberhentikan. Suzy yang masih berada di seberang jalan masih melambai-lambai ke arahnya. L.Joe terus berlari-lari anak ke arah gadis itu yang beria-ia memanggilnya.

                “Kenapa?”

                “L.Joe… kau tak tahu ke?” L.Joe pelik. tahu apanya? Yang aku tahu sekarang ni, nak balik makan je, lapar… dia sempat mengomel dalam hati.

                “IU nak pindah…hari ni,” L.Joe tersentap. What? Kenapa dia tak bagitahu aku? Of courselah dia tak nak beritahu kau, sengal…otak mengejek tuannya. “Aku pun tak tahu dia nak pindah hari ni….L.Joe, jangan biarkan dia lari, kau kan tahu macam mana..sekarang dia dah ada kat airport,”

                Tanpa disedari, Tiffany yang kebetulan lalu di situ terdengar perbualan mereka. Pindah? Oh my God…tapi, aku  masih tak puas hati dengan perempuan tu. Gara-gara dialah, dia kena buang dengan L.Joe dan angkara perempuan tu jugak, penipuannya tentang status dirinya terhadap James terdedah juga . siap kau!! Jangan ingat kau nak larikan diri macam tu je!!

 

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA INCHEON

                IU sibuk mengemas barang-barangnya. Sesekali dia mengeluh. Rasa bersalah mula bersarang. Dahlah langsung dia tak beritahu apa-apa pasal perpindahannya kepada kawan sekelasnya lebih-lebih lagi Suzy. Pergi macam ni je…huh. Tiba-tiba dia teringatkan L.Joe, entah kenapa rasa pilu pula yang berganti. Kenapa? Dia sendiri tak pasti. Tapi yang nyata dia masih kecewa dengan lelaki itu.  Tiket penerbangan ke China dibeleknya. Dia sedar perpindahannya kali ini mungkin bererti yang dia akan terpisah dengan kawan-kawannya untuk tempoh yang lama atau mungkin takkan berjumpa lagi.

                “IU, dah siap semuanya, ada apa-apa lagi tak yang tertinggal, sekejap lagi kita kena masuk ke balai perlepasan…” pertanyaan mamanya mematikan lamunannya.

                “Oh…dah beres mama,”

                “Mama nak ke bilik air kejap…jagakan barang semua ni ya,”IU hanya mengangguk. Dia ditinggalkan bereorangan di situ. Bapanya pula sudah awal-awal lagi berangkat ke china untuk menguruskan hal perpindahannya di sana. Dan tanpa di sedari, Tiffany sudahpun sedari tadi menunggu peluang untuk membalas dendam.

                Sementara itu, L.Joe sudahpun sampai. Sesekali matanya dihalakan ke seluruh arah, berharap agar IU masih lagi di situ. Peluh merecik, dia jadi kalut tiba-tiba. Tolonglah…

                “Hai…” Suara yang sangatlah dikenalinya itu tiba-tiba mnyapa telinga. Eh?  Apahal suara minah perasn bagus ni boleh muncul pulak tiba-tiba? Aku berhalusinasi je kot…IU hanya membiarkan sapaan itu tidak berbalas. “ehem…”

                Baru sahaja dia hendak menoleh ke belakang. Tangannya direntap Tiffany.

                “What the…” mulutnya ditutup. Oh, rupanya bukan Tiffany sahaja yang merentap tangannya tu, seorang lelaki bangsa asing berbadan sasa sesuka hati je memeluknya agar tidak melawan. Suasana lapangan terbang menjadi kucar-kacir. L.Joe yang kebetulan berada berdekatan terus pergi ke tempat dia direntap. IU cuba meloloskan diri tapi gagal. Tiffany sudah terlebih dahulu mengacukan sepucuk pistol yang entah datang dari mana.

                L.Joe terus terpaku di situ. Jantungnya bagaikan mahu tecabut keluar di waktu tu juga. Tiffany? iU? Apa yang dah jadi ni?

                “Kamu siapa? Kenapa buat anak saya macam ni? tolong lepaskan dia…” Rayuan seorang wanita pertengahan tahun itu membangunkannya. Tak guna kau Tiffany!

                “Lepaskan dia!” IU yang masih lagi kejap dipeluk lelaki itu terus terbuntang matanya. L.Joe? mahu sahaja dia menjerit di situ namun tidk terdaya.

                “Lepaskan dia, please…”

                “I’m sorry, L.Joe…I really need you and she…is my only obstacle. L.Joe, can you forgive me?” dah macam orang psiko pulak si Tiffany ni. riak wajah IU masih beku namun perasaan di hatinya siapa yang tahu. Dia berperang dengan perasaannya sendiri.

                “Rupa-rupanya selama ni, kau tipu aku kan? Sekarang, apa lagi kau nak buat? Tiffany, aku tak pernah jumpa perempuan yang lagi teruk darpada kau!! Lepaskan dia!!” IU memandang sayu L.Joe. mulutnya masih lagi ditutup. Nafasnya semakin sesak. Air matanya tumpah juga.  L.Joe, tolong selamatkan saya… kata-kata yang hanya bermain-main di dalam hatinya. Dia sudah tidak berdaya lagi. IU sudah lemah.

                “L.Joe, saya suka awak…tolong?”

                “Awak nak duit saya, ambiklah semua!! Lepaskan dia! “ L.Joe semakin resah. Melihat keadaan IU yang semakin lemah itu, hatinya bagaikan disayat-sayat.

                Tidak lama kemudian, sekumpulan polis hadir bersama MInhyuk dan Suzy.

                “Kamu dikepung! Tolong letakkan senjata!”  Tiffany semakin tidak keruan Picu pistol ditarik.

                “Jangan dekat! I’ll kill her right now!!!” Ibu IU sudah meraung. Suasana menjadi kelam-kabut. Semua yang berada di lapangan terbang itu terus menunduk, bimbang jika terkena tembaakn yang bakal meletus.IU jatuh terjelepok di situ. Tiffany, dengan tidak semena-mena menembak IU. L.Joe terus cuba melindungi IU.

                Bang!!!

                Suasana senyap beberapa saat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet