BAHAGIAN 2

THAT'S PLAYBOY IS MINE! (malay fiction)

KEDAI MUZIK, 2 MINGGU KEMUDIAN

                L.Joe terjenguk-jenguk mencari seseorang di hadapan kedai muzik itu. Mana pula Minhyuk ni? Kata nak datang…

                Belum sempat dia menyumpah lagi, Minhyuk dah datang bersama sepupunya, Tiffany. Entah kenapa hatinya kini tidak lagi tertarik pada gadis itu. Eyyy… kau memang selalu macam tu, L.Joe… playboy tak habis. Akalnya menempelak tuannya.

                “Hai, apa khabar, nice to meet you again…” Tiffany dah mula buat suara manja. L.Joe hanya mengangguk. Tak pula dia rasa teruja seperti kebiasaannya. Pandangannya kemudiannya ditala kea rah Minhyuk yang segak berkemeja putih. Nak tergelak pula dia. Takkan nak pergi taman tema pakai baju mengalahkan orang nak pergi pejabat pula..

                “Kau buang tabiat ke, pakai kemeja putih bagai ni? Kan IU kata dia nak ke taman tema nanti..”L.Joe menggeleng. Punyalah payah dia mengajak perempuan garang tu berdating dengan Minhyuk, ingatkan sahabatya tu dah bersedia awal, rupa-rupanya memang dah ‘bersedia’. Overdose.

                “Sorry, late…” Belum sempat Minhyuk membalas kata-kata kawannya itu, IU sudah menyapa mereka dulu. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Sekali-sekala IU membetulkan skirtnya yang kadangkala ditiup angin itu. Terdiam sesaat. Entah kenapa, penampilan gadis itu kali ni benar-benar membuatkan jantungnya berdegup pantas. Comel… L.Joe hanya memuji di dalam hatinya.

                Namun begitu, di saat itu, bukan dia sahaja yang terpaku, IU juga turut terpaku. Apa hal musuh ketat aku ada kat sini pulak? Hatinya mendengus. IU melemparkan senyum plastiknya. Dahlah malas aku nak pergi date bodoh ni, tambah lagi perempuan berlagak ni pulak….matilah..Minhyuk yang terperasankan keadaan yang mula membeku mengalahkan Antartika tu terus menyampuk, memperkenalkan sepupunya kepada IU.

                “ Saya rasa awak dah kenal dia kan? Sekelas dengan awak…nama dia Tiffany, sepupu saya…” Selamba dia berkata. Riak wajah IU nyata terperanjat. Sepupu?? Budak gedik ni sepupu dia? Oh my… IU rasa nak tumbang di situ juga namun ditahannya. Sempat dia melihat senyuman sinis yang cantik terukir di wajah gadis cantik itu.

                “ Hai…” L.Joe pelik. kenapa IU seolah-olah tidak menyukai kehadiran Tiffany di situ? Dia orang gaduh ke? Pandangannya dihala kea rah sahabatnya Minhyuk namun tiada reaksi.Budak ni memang macam ni…buta perasaan…

                “Jom, IU nak ke taman tema kan?” IU hanya mencebik apabila Minhyuk mengajaknya ke taman tema itu namun tidak pula dia menghalang. Jujurnya, dia memang teringin untuk ke sana, sudah agak lama dia tidak menjejakkan kaki ke taman tema itu, kali terakhir, adalah pada penghujung usia 10 tahun bersama ibu dan ayahnya.

TAMAN TEMA

                IU terasa seperti hendak termuntah melihat adegan ala-ala Hindustan di hadapannya. Tiffany yang sedang erat berpegangan tangan bersama L.Joe sedang asyik tersenyum-senyum di sisi lelaki itu. Namun apa yang agak menghairankan, lelaki itu tidak pula berlagak playboy seperti kebiasaannya. IU pelik. heh..gedik sangat, playboy pun tak nakkan kau…sempat pula hatinya mengutuk.                    

                “IU, awak nak gula-gula kapas?” Minhyuk tersenyum ke arahnya. Senyumannya mati terus apabila dia perasan IU sedang asyik merenung L.Joe dan Tiffany yang sedang bermain di salah sebuah gerai di situ. Kenapa kelat semacam je muka dia ni?

                “Ehmmm…boleh saya terus-terang je dengan awak?” Dia terus berpaling kea rah Minhyuk. Riak wajah lelaki itu terus berubah namun dikawal sebaiknya. Tidak semena-mena tangannya ditarik IU, dia hanya menurut. Setelah tiba di bawah sepohon maple, gadis itu terus duduk di bangku yang disediakan.

                “Kenapa awak sukakan saya?” Tanpa perasaan dia bertanya. Riak wajahnya masih membeku. Sekilas dia melarikan pandangannya kea rah lain apabila terasa wajahnya seolah-olah menjadi panas apabila menanyakan soalan itu.

                “Itu…entah, sebab saya suka cara awak kot…awak… suka saya tak?” Perlahan dia bertanya. Usai bertanyakan soalan itu, Minhyuk sudah terasa seperti mahu berlari dari situ, jantungnya berdetak pantas. Melihat riak wajah IU yang masih membeku tanpa reaksi sedari tadi, dia sudah boleh mengagak jawapan yang bakal diterimanya nanti. Minhyuk mengeluh.

                “Minhyuk, sekasar-kasar saya pun, saya tahu macam mana rasanya sukakan orang, tapi…” IU menarik nafas namun sempat dia mencebikkan bibirnya ke arah Tiffany yang erat memegang tangan L.Joe. cemburu ke? Hatinya mengusik tuannya namun sengaja dia membiarkan soalan itu tidak berjawab.

                “….awak tak pernah ada perasaan dengan saya kan? Saya pun tak berani nak berdepan dengan awak macam ni, IU” IU hanya terdiam. Namun, memang betul dengan apa yang dinyatakan Minhyuk tu. Sesungguhnya, dia, memang tidak pernah menaruh perasaan terhadap lelaki pemalu itu. Berilah dia beratus-ratus surat pun, kalau memang hatinya tidak berpaut pada lelaki itu, apa yang boleh dilakukannya lagi?

                “I’m sorry, maafkan saya, Minhyuk. Saya harap awak takkan benci saya lepas ni…” IU tersenyum sebelum dia kembali berkata, “Jujurnya… bukan semua surat awak saya baca…lagipun sekarang nikan zaman elektronik, saya rasa tak perlu pun guna surat, emel kan boleh…tak ke?”Minhyuk yang hanya terdiam sedari tadi mula tersenyum, dia menarik nafas panjang, cuba untuk menerima penolakan itu.

                “Oh, saya memang old-fashionedlah kan? Tapi, saya perasan yang awak pandang sepupu saya tu macam nak telan, korang …bergaduh ke?” Bingo!! Suara hatinya menjerit. Memang!

                “Some sort of…tapi maaflah, saya memang tak boleh nak sticklah dengan sepupu awak tu…terus-terang saya cakap, sejak dari awal lagi, saya memang tak berapa suka dengan perangai dia especially. Kitorang ni ibarat kutub selatan dengan utara, tahu tak?” Panjang lebar dia menerangkan tahap kebenciannya pada lelaki itu pada hal Minhyuk hanya bertanyakan satu soalan sahaja. Panas saja hatinya bila teringatkan gadis gedik dan mengada-ngada itu.

                “Oooo…” Minhyuk tersenyum sebelum mengangkat sebelah keningnya kepada IU. Kenapa pulak mamat ni? IU pelik. ingatkan frust menonggeng, menangis je tapi lain pulak yang jadi.

                “Walaupun saya saying dia sebagai sepupu, tapi memang saya pun tak berapa berkenan dengan cara dia tu…awak nak saya tolong balas dendam tak?” Pucuk dicita, ulam mendatang. Wajah IU hanya beku tidak beriak namun lain pula rasa di dalam hatinya saat itu, rasa seperti ingin dipeluk sahaja Minhyuk di hadapannya itu namun dia tidak mahu lelaki itu salah faham.

                “awak ni jahat jugak eh?” IU hanya tersnyum.

                “Jom!!”

 

KELAS IU

                IU tersenyum-senyum sendiri. hari itu merupakan hari yang terindah untuknya. Jeritan mengerikan daripada Tiffany semalam benar-benar satu kepuasan buatnya. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Nak lawan dengan aku konon…teringat dia pada peristiwa ketika mereka sedang makan tengah hari di taman tema itu…

DI SEBUAH GERAI

                “ L.Joe, it’s not really my taste…can I have yours?” Tiffany menunjukkan jari telunjuknya kea rah ais krim strawberi yang masih tidak terusik itu. L.Joe hanya tersenyum, memberi kebenaran kepada gadis itu manakala IU yang duduk di sebelahnya terasa seperti hendak menelan gadis itu hidup-hidup. Minhyuk berdehem, cuba menahan gelaknya yang hampir pecah bila melihat reaksi IU yang mengalahkan orang diserang alergi.

                “Of course, boleh je…” L.Joe memberikan ais krimnya kepada Tiffany yang masih tersenyum. IU menggenggam tangannya. Alergi betul aku dengan orang spesis macam ni! Hatinya mengutuk lagi. Tanpa sedar, bibirnya menggumam sendiri.

                “plastik…” perlahan tetapi cukup didengari L.Joe.

                “Apa? plastik?”

                “Eh…no, saya Cuma nak plastik tadi… “ IU cuba berdalih, tidak mahu L.Joe salah faham. Tindakan yang dia sendiri tidak tahu mengapa dia perlu mempertahankan dirinya di hadapan lelaki itu. Riak wajah L.Joe ternyata tertulis ‘ Kenapa nak plastic pulak?’. IU berdehem, entah kenapa dia terasa panas je bila dia direnung macam tu.

                “Aku yang mintak… nak isi french fries ni, adik aku nak makan…” Minhyuk cuba menyelamatkan keadaan. Tapi, tanpa disedari IU, dia perasan tentang perubahan yang berlaku tadi. IU tak sukakan dia sebab…? Minhyuk cuba beriak biasa. Salah aku jugak…hatinya berbisik.

                “What the hell? Belilah yang baru. Takkan nak bagi adik kau makan makanan lebih macam ni. Apa punya abanglaaa…” tangannya dipegang kejap Tiffany. hampir meletup wajah IU melihatnya, dan itu bukan dibuat-buat.

                “Janganlah marah dia, L.Joe…right?” Tiffany melebutkan lagi nada suaranya. Nak termuntah IU mendengarnya. L. Joe hanya mampu tersenyum. Jujurnya, dia agak rimas sebenarnya berkepit dengan gadis itu namun oleh sebab dia mahu memberi peluang kepada Minhyuk untuk mendekati IU walaupun jauh di udut hatinya, dia seolah-olah tidak mahu rakannya itu berdating dengan gadis itu.

                Tak lama kemudian, Tiffany mula mengadu kakinya sakit, lantas mengajak L.Joe ke sebuah spa yang berdekatan untuk menerima rawatan pedicure. IU hanya menarik nafas lega. Bagus…aman hidup aku, nasib kaulah, playboy…

                10 minit berlalu, suasana masih senyap. Minhyuk dan IU saling berpandangan. Idea jahat terbentang dalam otak. IU senyum.

                “I think I get it…” IU senyum jahat. Minhyuk mengangkat kening sebelah. Hebat perempuan ni, nasib baiklah dia tolak aku, kalau tak memang kena control jelah hidup aku dengan dia ni. “Kau tahu apa aku fikir?” IU bertanya selamba pada lelaki itu.

                “Time to revenge?”

                Beg tangan berwarna hot pink itu dibuka. Entah apa yang dicarinya dalam beg Tiffany yang sengaja ditinggalkan itu. Tiffany ni….memang sengaja nak suruh L.Joe belanja dia or what? Jahat betul minah tu…sempat IU mengejek dalam hati.

                Sebotol minyak wangi berjenama diambil dari beg itu. Minhyuk dah tersenyum kecil. Dalam otak dia ni ada idea jahat je ke? IU memandng MInhyuk.

                “Kau sure ni minyak wangi yang dia selalu pakai?”

                “I’m sure 100%. Tak pernahnya aku tengok dia berpisah dengan minyak wangi tu, kau tahu?” Tiffany…kau memang dah salah oranglah kalau nak cari pasal dengan IU ni. Bibirnya menguntum senyum.

                Selamba badak je IU menuang segala isi botol tu dalam tasik berhampiran dengan kawasan permainan itu.  Kemudian dia mengambil sebotol air yang….teramatlah busuknya dan menuang isinya ke dalam botol berbentuk hati itu.

                “IU, air apa ni? Busuk betul…dia tak perasan ke nanti?” Minhyuk bertanya sambil menutup hidungnya. Gila betul, kuatlah baunya… IU hanya tersenyum. “rahsia,” sepatah dia menyambung.

                “Jangan risau, dia takkan perasan punya…”

1 jam kemudian

                …..dan elok je dia terdengar jeritan yang mengalahkan gergasi betina bergegar di belakangnya ketika mereka berempat menuju ke roller coaster untuk bermain. IU tersengih, Minhyuk hampir tergelak namun dia terus terbatuk-batuk. L.Joe yang tak tahu apa-apa tu pun dah ketawa bagai nak mati. IU menarik nafas lega. Plan A Berjaya! Campuran jus bawang putih dan segala macam benda yang berbau itu mula menunjukkan hasil. IU ketawa dalam hati.

                “IU, kau yang kenakan aku kan??! Tak guna punya perempuan!!” Jeritan perempuan di belakangnya mematikan lamunannya. IU terus membuka buku latihannya, pura-pura untuk menyelasaikan masalah matematik. “I’ll pay back!! Damn!!” whatever….. IU buat muka selamba.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet