~ Chapter 1 ~
He My Brother
Jimin sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, tapi dia ada sebab tersendiri, dia mempunyai seorang kawan baik bernama Taehyung dan dia juga merupakan mangsa buli seorang Kingka Sekolah siapa yang tidak kenal dengan Chanyeol walaupun comel di pandangan Yoeja tetapi dia sebenarnya seorang yang panas baran, pentingkan diri sendiri dia juga ada dua orang sahabat karib yang selalu ada untuknnya walaupun kadang kala geram dengan sikap Alen tapi mereka tetap Besfriend Forever
Selepas tamat waktu persekolahan seperti biasa Jimin akan pergi ke kelas 3-2. Kelas siapa lagi kalau bukan kelas Chanyeol si pembuli, hari ini Jimin terlewat sedikit kerana dia lambat menyiapkan tugasan cikgu Doojoon. sampai di kelas 3-2 Jimin di tenking oleh Chanyeol.
"Kenapa kau lambat?" marah Chanyeol tiba-tiba, Jimin terkejut dia hanya mampu menunduk kerana takut menatap wajah Chanyeol ketika itu.
"ta... di... sa... ya... lam--" kata-kata Jimin terputus di potong oleh Chanyeol
"aku tak nak dengar alasan kau!! yang aku tahu besok semua kerja aku siapa, FAHAM!!" sambung Chanyeol lagi, manakala kawannya hanya memerhati dengan wajah kesian dan selambat .Selepas berkata begitu Chanyeol dan kawannya pergi dari kelas dan membiarkan Jimin menyiapkan kerja sekolahnya.
Malam itu, ibu Jimin tidak sedap hati kerana anaknya tidak pulang ke rumah, lalu Puan.Park pergi ke bilik Chanyeol, selepas di beri masuk Puan.Park terus bertanya di mana keberadaan Jimin
"Chanyeol-ah! kamu tahu mana Jimin?" tanya Puan.Park dengan wajah risau
Chanyeol mendengar itu tergama, lalu berkata di dalam hati "tak kan dia tak siap lagi? lantaslah bukan masalah aku!" kemudian dia memandang ibu tirinya
"ntah!! mungkin tidur rumah kawan, tapi lupa bagitahu omma, Puan.Park hanya mampu mengangguk lemah
"tak apalah kalau begitu, nanti kalau Jimin ada talifon kamu, beritahu omma?" tanya Puan.Park dan mendapat anggukan dari Chanyeol
Penat membuat kerja lalu Jimin terlelap dengan kerja itu tidak siap. Keesokkannya Jimin terbangun dengan wajah blur kerana dia hairan kenapa dia di situ "aku kat mana ni? " ujarnya sambil mengenal pasti tempat itu, akhirnya dia ingat dia di mana, lalu dia terpandang kerja di atas meja dan menjerit
"alamak!! macam mana ni? aku tak siapkan lagi, nanti kalau dia tahu.. apa aku nak jawab" katanya dengan muka takut serta mengelabah, dia melirik jam sudah menunjukkan 7.30 pagi, dengan terpaksa dia menyimpan kerja itu di dalam laci meja dan pergi ke kelasnya, nak siapkannya tidak sempat kerana hanya ada 30 minit dan kelas itu akan di penuhi dengan pelajar.
Jimin pergi ke kelasnya dengan perasaan takut, dia masih memikirkan kerja Chanyeol yang tidak sempat dia menyiapkan "macam mana ni? apa aku nak buat? habislah aku!!!" katanya pada diri sendiri.
Sepanjang waktu pembelajaran Chanyeol tidak pun datang ke kelasnya itu membuat dia berasa lega sedikit, namun kelegaannya sekejap Chanyeol bersama kawannya datang ke kelas Jimin 2-3, apabila Jimin nampak kelibat Chanyeol di depan kelasnya dia membeku dan memandang Chanyeol dengan pandangan takut lalu dia berkata dalam hati "habislah aku.."
Bersambung......
=========================================================================
Chapter ini ada penambahan sedikit, walaupun banyak yang asal, dan watak sudah saya tukarkan, Hope Enjoys^^
Comments