02

Remember Me? --- { hiatus until next year }

 

Chapter 2
 
Kris POV
 
Aku termangu sendirian.Wajah gembira Mirae masih terbayang di fikiranku.Kenapa senyumannya mesti sama dengan Minah?
 
"Gege!" Tao duduk di sebelahku.
 
"Kenapa?" aku melihat wajahnya yang kurasakan begitu ceria.
 
"Betul ke?" soal Tao.
 
"Apa yang betulnya?" aku bingung. "Betul ke gege jumpa gadis yang serupa dengan Minah jiejie?" soalan yang dilontarkan oleh Tao itu membuatkan aku terkedu. "Macam mana kamu tahu ni?" aku menanya dia pula.
 
"Sehun bagitau.Luhan gege pun cakap macam tu." balas Tao dengan jujur.
 
Aku mengeluh.Pastinya mereka berdua punya angkara.Luhan dan Sehun.
 
"Hmm,gadis tu cuma seiras Minah.Itu je." jelasku dengan malas.
 
"Jinjja?!Gege!Nak jumpa dia boleh?" mata Tao bersinar.Aku menggeleng. "Bu xing." (No)
 
"Gege!" Tao memuncungkan bibirnya. "Hao le." (Alright) aku terpaksa bersetuju.Kalau tidak pasti Tao akan merajuk.Matanya kembali bersinar,bibirnya mengukirkan sebuah senyuman.
 
Aku menggaru kepala yang tidak gatal...aishh...
 
* * * * *
 
Your POV
 
"Mirae-ah.Oppa kena pergi overseas.Sebulan." beritahu Minhyuk kepadaku.Aku tergamam buat seketika.Selera makanku hilang begitu saja selepas dia memberitahu perkara tersebut padaku.
 
"Wae?"
 
"Because I need to," jawabnya.Dia memandang mataku.Mengharapkan sebuah kepercayaan daripadanya.Aku mengemam bibir.Tidak tahu apa yang harus aku katakan.
 
"Oppa,Mirae tak suka kalau kita asyik berpisah je." luahku,dengan perasaan sedih.
 
Minhyuk memegang jari-jemariku. "Macam oppa cakap tadi,I need to go.Just for a while,jagiya.Okay?I'll be back soon." ujar Minhyuk dengan perlahan.Aku menggeleng,tidak mahu.
 
"Miyoung akan jaga Mirae,dengan sebaiknya.Macam selalu.Don't worry." dia cuba memujuk aku.Aku teragak-agak.Kemudian,aku melepaskan keluhan. "Ne,arasso." setujuku.
 
Minhyuk memberikan senyuman padaku.
 
"That's my girl.
 
Aku ikut senyum,sepertinya. "Bila oppa nak berangkat?" tanyaku.
 
"Esok." aku sekali lagi tergamam. "Cepatnya!" kataku. "Nak buat macam mana,terpaksa..." balas Minhyuk dengan tawa kecil.Wajahnya tidak seperti tadi.Aku perasan wajah sedihnya.
 
"Oppa,jangan buat affair masa dekat overseas." aku memberikan amaran,dan aku membuat wajahku menjadi serius.Minhyuk ketawa lagi. "Aigoo,mana ada.Siapalah oppa ni,hanya Mirae je yang sudi nak jadi teman wanita oppa." dia cuba untuk membuat gurauan.
 
Aku memukul bahunya,dengan perlahan. "Jangan ingat Mirae main-main,I'm serious,okay?"
 
"Okay,okay!" dia ketawa lagi dan lagi.Ahhh...terserlah betapa kacaknya dia ketika itu.
 
* * * * *
 
AKU pulang ke rumah apabila waktu hampir ke waktu malam.Aku terpandang kereta Mercedes Benz yang tersadai di hadapan rumah.Omma dan appa dah balik ke? aku menanya dalam hati.
 
Aku terus memasuki perkarangan rumah dan menguak pintu rumah.
 
"Mirae!" suara omma dan appa saling bersabung menyambut kepulanganku.
 
Aku menjadi gembira mendengarkan suara mereka. "Omma!Appa!" aku memeluk mereka berdua. "Apa khabar,Mirae?Sihat?" omma memerhatikan diriku untuk beberapa kali.
 
"Sihat je,omma." balasku.
 
"Kamu dari mana?" tanya appa. "Tadi Mirae jumpa Minhyuk oppa." aku membalas pertanyaan appa.Appa mengangguk. "Dah lama juga appa tak jumpa Minhyuk.Dia buat apa sekarang ni?"
 
"Dia sibuk dengan kerja.Esok,dia nak pergi luar negara.Sebulan pulak tu." aku seolah-olah sedang mengadu pada omma dan appaku.Omma dan appa hanya ketawa melihat aku yang sedang mengadu pada mereka.
 
"Anak omma ni,sayang benar kamu dekat Minhyuk tu.Tak mengapa.Biarlah Minhyuk selesaikan kerja dia.Nanti lepas tu,bolehlah kamu berjumpa dengan seperti biasa." jelas omma,sepertinya ingin aku memahami Minhyuk.
 
"Okey..." patuhku.
 
"Omma dengan appa stay dekat sini sampai bila?" omma dan appa begitu sibuk dengan urusan bisnes mereka di luar negara,jadi aku terpaksalah tinggal keseorangan di rumah,bersama dua orang pembantu rumah yang telah ditugaskan oleh mereka untuk menjagaku.
 
"Sampai minggu depan je.Lepas tu kami kena fly ke Beijing pulak.Ada seminar pasal bisnes." jawab appa,sambil membetulkan kot yang dipakainya.
 
"We're so sorry,Mirae.Mirae kena faham dengan omma dan appa.Kami sibuk bukan bermakna kami tak sayangkan kamu." omma mengusap rambutku.Aku menyandarkan kepalaku di bahu omma.
 
"Omma,boleh tak masak untuk Mirae?Teringin nak makan masakan omma." beritahu dengan tiba-tiba.Appa tersenyum melihat kelakuanku yang begitu manja terhadap omma.
 
"Boleh je." omma tidak menolak permintaanku.Aku mencium pipi omma. "I love you,omma!"
 
"Appa pulak?Tak sayang ke?" appa menanya. "Mestilah sayang juga." sengihku.
 
* * * * *
 
ESOKNYA,aku keluar dari rumah seperti biasa.Semalam aku ada memikirkan sesuatu tentang Kris.Pelik bukan?Haha.
 
Aku pun tidak tahu bagaimana fikiranku boleh terlintas namanya.
 
Aku menaiki sebuah teksi yang telah sedia menunggu di luar rumah.
 
* * * * *
 
AKU sampai di sebuah perhentian bas,kemudian aku berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut dan tanpa disedari aku melalui sebuah kawasan yang aku sendiri tidak ketahui.
 
"MIRAE?" aku terus memandang ke belakang apabila terdengar satu suara memanggil.Suara tersebut adalah milik Kris.
 
"Hello." ucapku.
 
"Hello too.Awak nak pergi mana ni?" dia menanyaku.
 
"Kalau saya cakap saya nak cari awak,awak percaya tak?" aku menanya dia semula.Kris menunjukkan riak wajahnya yang sungguh terkejut. "Me?Why?" dia tidak menyangka.
 
Aku ketawa kecil.
 
"I don't know." aku mengangkat bahu.
 
Dia ketawa.
 
"Awak dari mana?" tanyaku,dan aku lihat bajunya yang basah,seperti sedang berjoging. "Saya sebenarnya..."
 
"Gege!" tiba-tiba seorang lelaki yang agak tinggi,hampir setinggi Kris,memanggil Kris dengan sebuah panggilan. "Tao,jangan kacau.Aku tengah berbual ni,tak nampak?" Kris menegur sikap lelaki yang dipanggilnya sebagai Tao.
 
"Ehehe,dui bu qi gege!" dia meminta maaf kepada Kris. (I'm sorry,older brother!) 
 
Kemudian,Tao memandangku dengan wajah yang terperanjat.
 
"Minah jiejie?" dia menanya. (Jiejie means older sister)
 
Aku terus menggelengkan kepala. "Aniya.Saya Yoo Mirae." aku membalas,dengan memberitahu namaku.Dia kelihatan agak keliru. "Gege,kenapa dia macam Minah jiejie?" tanya Tao kepada Kris.
 
"Dia bukan Minah jiejie.Dia Mirae jiejie.Wajah mereka seiras." jelas Kris kepada Tao.Tao mengangguk. "Oh!Jadi dia nilah gadis yang Sehun dengan Luhan gege cakap tu ya?"
 
Aku pula yang menjadi keliru.
 
Kris memandangku. "Dui." (Yes)
 
"Jiejie,ni hen piao liang!" puji Tao. (Older sister,you're beautiful!)
 
"Kris,apa maksudnya?" aku tidak mengerti. "He says 'Noona,you're beautiful!' " jawab Kris.Aku memberikan senyuman kepada Tao. "Gomawo,Tao!" 
Tao tersengih,dan dia memandang ke arah lain.
 
"Dia malu tu." kata Kris dengan tawa.
 
"Gege!" 
 
* * * * *
 
Kris POV
 
DIA muncul lagi di hadapanku.Baru saja semalam kami berjumpa.
 
"Mirae!" aku memanggil dia.Mirae memusingkan tubuhnya menghadapku.Dia kelihatan sungguh cantik pada hari ini.Pastinya dia seorang yang mementingkan penampilan.
 
"Hello." dia menyapaku.
 
"Hello too.Awak nak pergi mana ni?" aku menanya Mirae.
 
"Kalau saya cakap saya nak cari awak,awak percaya tak?" aku terkedu dengan kata-katanya. "Me?Why?"
 
Dia ketawa kecil dan mengangkat bahu.
 
"I don't know."
 
Aku ketawa dengan jawapannya itu.
 
"Awak dari mana?" tanya Mirae padaku. "Saya..." belum sempat aku hendak menjawab,Tao memanggilku. "Gege!" 
 
"Tao,jangan kacau.Aku tengah berbual ni,tak nampak?" aku menegur sikap Tao yang tiba-tiba aje datang menyampuk perbualan kami. "Ehehe.Dui bu qi gege!" Tao menyengih,tanpa rasa bersalah.
 
Dan,aku menjangkakan bahawa Tao akan terperanjat apabila melihat wajah Mirae.
 
"Minah jiejie?" soal Tao kepada Mirae.
 
* * * * *
 
AKU mengajak Mirae ke sebuah kafe untuk sarapan pagi,juga bersama Tao yang mengikuti kami dari belakang.
 
"Awak nak minum apa?" tanyaku kepada Mirae. "Hot chocolate.Ermm,saya nak makan waffle." balas Mirae tanpa menunggu pelayan kafe tersebut untuk memberikan menu yang disediakan.
 
"Saya tanya minum,awak jawab sekali dengan makanan." usikku.
 
Mirae gelak. "Mestilah kena jawab dengan makanan,saya lapar ni!"
 
"Gege!Saya nak french toast dengan hot chocolate!" pesan Tao dengan gembira.
 
"Ne,arasso." selepas itu,aku memanggil seorang pelayan kafe tersebut.
 

a u t h o r ' s  n o t e  ;

hi! :)

sorry if this chapter is boring...i'm really in ideas >< lol

so,Tao already met Mirae...should I make Mirae meet all of exo members? XD

feel free to comment,subscribe and upvote too,if you want ;_;

and...did you guys watch 'EXO Happy Camp' already? :3

seriously i laughed hardly because of our exo's character in that show XD

 

 

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
linaniel
i'm backkk ;; do comment ;;

Comments

You must be logged in to comment
Marciakslp #1
I like this idea, update soon, neh? ^^