01

Remember Me? --- { hiatus until next year }
 
I decided to split this oneshot into many parts...and I'm sorry T^T 
Lol,I don't even expected,it will be too long... 
So,this oneshot will be a series fanfic,but maybe not many chapter,just a short story.
 
Listen to : http://www.youtube.com/watch?v=iisob5RoytY (It's Because I Miss You Today by Davichi)
 

Remember Me?

Chapter 1
 
Your POV
 
"Sekali lagi saya cakap,saya memang tak kenal awak!" aku memberitahu lelaki yang sedang duduk di hadapanku ini.Dia menggeleng. "I know you." katanya. "Huh?" aku kebingungan.
 
"Encik,awak tahu tak,nama saya langsung tak sama dengan nama girlfriend awak tu." aku cuba untuk bersabar.Sabar Mirae...aku mengingatkan diriku dalam hati.
 
"Minah..."
 
"Mirae," aku membetulkan nama yang dipanggilnya.Sememangnya dia ini tersalah orang.Paling tidak pun,dia buat strategi nak mengurat aku dengan menggunakan nama gadis lain.
 
Cehh...taktik lamalah...
 
"Uhh,Mirae or what so ever...please.Jangan buat tak kenal dengan saya.I'm your boyfriend!" dia menunjukkan jari telunjuknya ke arah dadanya.Aku menarik nafas dengan panjang.
 
"Encik,saya rasa awak dah tak betul.Maaflah,nama saya bukan Minah,tetapi Mirae,dan malangnya saya dah berpunya!" aku terus bangun dan melangkah keluar dari kafe yang sepatutnya menjadi tempat untuk aku menghabiskan masa.
 
"Mirae!Tunggu!" lelaki itu menarik tanganku.
 
Mataku membulat.
 
"Yahh!Are you crazy?Let me go!" aku cuba merentap tanganku dari genggamannya.
 
"Tak semudah itu,Mirae." dia senyum mengejek.
 
Apabila melihat senyumannya itu,mahu saja aku memberi satu sepakan kepadanya.Suka hati dia aje nak pegang tangan aku!Dahlah aku langsung tak kenal dia ni!
 
*****
 
SETELAH puas Kris mengikuti aku,dia berhenti di gelanggang bola keranjang.Dia duduk di sebuah bangku yang tersedia di situ.Aku hanya memandangnya dari ekor mataku.
 
"Hei." 
 
"Apa?" sahutnya. "Apa nama awak?" tanyaku.Dia ketawa. "Sekarang ni baru nak tanya?" dia seolah-olah mahu mempermainkan aku.Aku berpeluk tubuh,sebelum mendengus kecil.
 
"Saya Kris Wu.Panggil saja saya sebagai Kris.Itu dah cukup." dia memberitahu namanya.Aku mengangguk. "Okey,Kris.I'm going now.Annyeong!" aku mahu pulang ke rumah dengan segera.
 
Selepas beberapa ketika aku melangkah pergi,aku menoleh ke belakang.Nampaknya dia sudah tidak mengikuti aku lagi.Hmmm,baguslah.Aku menarik senyuman kecil.
 
Hari ini sungguh pelik bagiku.Menemui orang yang tiba-tiba mengatakan bahawa aku adalah kekasihnya.Walau apapun,aku tetap akan setia kepada teman lelakiku.
 
*****
 
"MIRAE!" namaku dilaung dengan kuat.Seorang gadis yang sebaya denganku terus meluru ke arahku,dan kemudiannya memelukku dengan sepenuh hati.Aku hampir terputus nafas ketika itu.
 
"Uhh...Miyoung,aku tak boleh nak bernafas..." perlahan-lahan,aku berkata.Mintak nyawa...aku cuba untuk mencari nafas. "Omo!Mianhae,Mirae!Aku sebenarnya teruja sebab dapat jumpa dengan kau." Miyoung meleraikan pelukannya.
 
Aku menghela nafas.Selepas itu,aku menjeling Miyoung.Dia menunjukkan sengihan,dan tanpa rasa bersalahnya kerana memelukku. "Kau dari mana?" tanya Miyoung.
 
"Oh,aku dari kafe." balasku dengan pendek.Aku tidak mahu menceritakan apa yang telah terjadi padaku sewaktu berada di kafe.Ini kerana semuanya tidak terjangka.Miyoung mengangguk.
 
"Minhyuk temankan kau ke?"
 
Aku menggeleng. "Dia sibuk." 
 
"Ishhh,kau ni.Bahaya tau pergi keluar seorang diri.Sudahlah sekarang ni banyak kes jenayah berlaku.Lain kali,kalau kau nak keluar call aku.Aku akan temankan kau." aku hanya senyum,apabila Miyoung berkata sebegitu.
 
"You're too protective,Miyoung unnie." ujarku.
 
Miyoung memegang bahuku. "Memanglah aku protective,sebab kau seorang je adik sepupu perempuan yang aku ada.Kalaulah kau tahu selama ni..." Miyoung tidak menyambung ayatnya.
 
Dia memandang ke arah lain.
 
"Miyoung,apa yang aku tak tahu?" aku keliru.Miyoung menggeleng. "Tak ada apa.Tapi,ingat tau kalau nak keluar mesti ajak orang temankan kau." 
 
"Arasso!" jawabku.Miyoung ketawa.
 
*****
 
Kris POV
 
"Kris!" namaku dipanggil.Aku memandang kelibat Minah,lalu melemparkan senyuman buatnya.Minah membalas senyumanku,dan melambai tangannya.Aku berjalan ke arahnya.
 
"Dah lama tunggu?" tanyaku.
 
Minah mengangguk,senyumannya masih tidak lekang dari bibirnya.
 
Minah memegang pipiku. "Kulit awak kering." komennya.
 
"Biasalah,sekarang ni kami tengah sibuk untuk prepare debut.Kadang-kadang,makan pun tak sempat." aku memberitahunya.Minah memandangku. "Kris,jaga kesihatan awak tu." pesan Minah.Senyumannya telah pudar.
 
Aku menyentuh jari jemarinya dengan lembut.Aku mencium tangannya. "Don't worry.I won't." Minah begitu prihatin dengan keadaanku.Itu menyebabkan aku jadi terlalu menyayanginya.
 
Aku lihat Minah mengeluarkan bekas yang tidak aku ketahuinya isinya. "Saya masak untuk awak,tapi tak tahu sedap ke tidak.Lagipun,saya tak pandai masak sangat." malu-malu Minah berkata,dia menundukkan wajahnya.
 
Aku membuka bekas tersebut.Aku jadi lapar apabila terhidu akan bau makanan yang dimasak oleh Minah. "Saya makan dulu ya?" aku terus makan dengan menggunakan sudu dan chopstick yang telah disediakan olehnya.
 
"Mashida!" hanya dengan sekali suapan,aku dapat merasai kesedapan makanan yang dimasak oleh Minah.Minah tersenyum lebar. "Gomawo,Kris." ucapnya.
 
"You're perfect to be my wife." ujarku dengan nada romantis.
 
"Kris!Jangan nak mengada-ngada okey?Siapa nak kahwin dengan awak?" dia menjelirkan lidahnya.Aku perasan pipinya memerah. "Alah,awak cakap je macam tu,tapi sebenarnya awak nak kan?" aku mengambil kesempatan untuk mengusiknya.
 
"Yahhh!" dia menutup wajahnya.Malu.
 
Aku ketawa.Comel betul perlakuan dia ni...bisikku dalam hati.
 
Aku memegang kedua belah tangannya. "Don't hide your face.I want to see your beautiful face." 
 
Kemudian,aku mencium pipinya.Semakin memerah pipi gadisku ini.Kami berpelukan untuk seketika. "Wo ai ni." ucapku dengan jujur. (I love you) "Wo ye ai ni." balas Minah dengan perlahan,namun cukup untuk aku dengari. (I love you too)
 
"Wo bu xiang shi qu ni..." bisikku padanya. (I don't want to lose you)
 
*****
 
"KRIS!" aku terjaga dari tidur apabila mendengar suara Luhan yang memanggil namaku.Aku meraup wajahku. "Ermm,kenapa?" tanyaku dengan hairan,dan masih mengantuk.
 
"Kau mimpi pasal Minah lagi ke?" tanya Luhan.
 
Aku terpempan.Aku memandang Luhan. "Aku ada sebut nama dia ke?"
 
Luhan mengangguk. "Kau masih tak dapat nak lupakan dia,kan?" Ya,tepat sekali.Walaupun dua tahun sudah berlalu,aku masih tidak dapat melupakan kekasihku,Kim Minah.
 
"Aku..." aku tidak menjelaskannya,terlalu sukar untuk melupakan dia.
 
Pemergiannya tidak kujangka.Dia pergi tanpa memberi apa-apa pesanan,dan meninggalkan aku terkapai-kapai keseorangan.
 
Luhan menepuk bahuku. "Kris,dengar sini.Apa yang aku nak beritahu ni,bukan berniat untuk menyakitkan hati kau,tapi sebagai seorang kawan aku nak lihat kau jadi Kris yang seperti dahulu,seperti sewaktu kau dengan dia."
 
"Kris,melupakan seseorang yang sangat disayangi amat sukar.Aku tahu hakikat itu.Tapi,jangan sampai memudaratkan diri kau.Dua tahun,Kris.Kau tak rasa ke dah tiba masanya untuk kau buka buku baru dan menjadi seorang yang tabah dan menerima segalanya dengan baik." Luhan memberitahu dengan nada seriusnya.
 
Aku terdiam.Cuba untuk menghadam segala kata-katanya dengan baik.
 
Mungkin...betul juga kata-kata Luhan.Aku perlu menerima apa yang telah ditakdirkan. "Luhan,aku akan cuba untuk jadi seperti dulu.Aku janji yang aku takkan jadi macam sekarang ni,berserabut dengan perkara yang dah berlaku.I will change." aku membuat janji di hadapan Luhan.
 
Luhan senyum. "Aku tahu kau boleh."
 
Pintu bilik dibuka,muncul Tao bersama beberapa jenis beg plastik yang dipegangnya.
 
"Gege!" Tao meluru ke arah kami berdua.
 
"Kau beli beg tangan Gucci lagi ke?" tekaku.
 
Tao mengangguk,wajahnya begitu bercahaya.Dia mengeluarkan sebuah beg tangan jenama Gucci dari sebuah beg plastik. "Tengok ni!Ni limited edition punya tau!" Tao tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya.
 
Aku dan Luhan saling berpandangan sebelum mengangkat kening.
 
"Kau pakai duit siapa,Tao?" soal Luhan,ingin tahu.
 
Tao menyengih. "Kris gege punya kad kredit!" 
 
Jawapan selamba daripada Tao membuatkan aku menepuk dahi dengan kuat.Habislah duit aku nak bayar semua hutang kad kredit tu! desisku dalam diam.Aku mengeluh dengan kasar.
 
"Tao!Malam ni kau tidur luar!" aku bangun dari katil dan keluar daripada bilik dengan perasaan geram dan marah.Arghhh!!!
 
****
Seminggu selepas itu....
 
Your POV
 
SEPERTI biasa aku akan menunggu kehadiran teman lelakiku,Minhyuk yang sering mengambilku apabila dia mempunyai masa untuk bersama aku.Bunyi hon kereta melonjakkan rasa terujaku untuk berjumpa dengan Minhyuk.
 
"Oppa!" aku terus keluar dari rumah dan menyambut Minhyuk di luar rumah.
 
Wajah Minhyuk semakin kacak sejak akhir-akhir ini.Aku tersenyum. "Mirae." dia memelukku dengan erat,dan menghadiahkan sebuah ciuman di dahiku.
"Harini Mirae nak pergi mana?" tanya Minhyuk selepas itu.
 
"Ermmm...entah!" aku gelak dengan jawapan yang kuberikan.Minhyuk mencubit hidungku. "Naughty Mirae!" ujarnya dengan tawa.Aku memandang wajahnya,dan dia juga memandangku.
 
"Saranghaeyo." lafaz Minhyuk dengan nada bisikan.Aku mengangguk. "Nado."
 
"Ehem!" terdengar suara deheman seseorang.Kami berdua menoleh ke belakang.Kelihatan Miyoung sedang bercekak pinggang sambil keningnya terangkat.Gayanya seperti seorang ibu tiri saja...
 
"Amboi korang,best betul buat drama sebabak dekat depan rumah ni." Miyoung memerli dengan jelingan.Aku dan Minhyuk masing-masing menunduk.Segan.
 
"Korang,jom pergi kedai bubble tea nak ?" ajakku secara tiba-tiba.
 
"Okey!Tapi kau kena belanja!" cepat-cepat Miyoung bertukar karakternya.Aku mengangguk. "No problem!
 
*****
 
"OMO~" sebaik sahaja kami bertiga sampai di sebuah kedai bubble tea,Miyoung yang begitu teruja terus masuk ke dalam kedai tersebut tanpa mempedulikan aku dan Minhyuk yang masih berada di luar.
 
Aku dan Minhyuk melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.Miyoung pula sudah mengambil tempat duduknya.Aku menggelengkan kepalaku,melihatkan kelakuan Miyoung yang seperti kanak-kanak.
 
"Mirae!Aku nak chocolate bubble tea!" pesan Miyoung.Belum sempat aku hendak menanya,dia dah pesan pada aku.
 
"Arasso.Oppa?" aku mengalih pandanganku kepada Minhyuk.
 
"Ermm,apa-apa jelah." balas Minhyuk.Aku mengangkat bahu.Aku berjalan ke arah kaunter untuk memesan minuman.
 
*****
 
Kris POV
 
SEWAKTU aku melangkah masuk ke dalam sebuah kedai bubble tea,mataku tertumpu pada seseorang.
 
Mirae.Yoo Mirae.
 
"Hyung,waeyo?" tanya Sehun padaku.Aku menggeleng. "Tak ada apa-apa." 
 
Sehun dan Luhan mengambil tempat duduk dan mereka berbual tentang minuman yang hendak mereka pesan. "Kris,kau nak minum apa?" tanya Luhan padaku. 
 
"Honeydew bubble tea." balasku,tanpa memandang Luhan.Aku memerhatikan Mirae yang sedang menunggu di kaunter.Macam mana aku tahu dia tu Mirae? aku menanya diriku.Pelik betul,macamlah aku dah lama kenal dia.
 
Sedang aku asyik memerhatikannya,Mirae memandang ke arahku.Dia kelihatan terperanjat melihat wajahku.Aku cuma mampu memberikan sebuah senyuman padanya.
 
Dia membalas senyumannya padaku.Aku terpukau.
 
Senyumannya...sama seperti Minah.
 
Beberapa ketika kemudian,Mirae sudah pun duduk di tempatnya bersama minuman yang dipesannya.Aku lihat dia bersama dua orang,mungkin kawan-kawannya.Seorang lelaki dan seorang perempuan.
 
Lelaki itu membelai rambut Mirae,seperti seorang kekasih.Mirae hanya tersenyum malu dengan kelakuan lelaki itu.Aku memerhatikan mereka berdua.Aku memerhati pula wajah lelaki itu.
 
Entah mengapa,wajahnya seperti aku kenali.
 
"Hyung!" tumpuanku terganggu apabila Sehun memanggilku.
 
"Huh?" aku membuat muka pelik. "Kau ni berangan ke apa?" Luhan berkata.Dia sudah duduk di sebelah Sehun.Dia menghulurkan minuman yang kupesan kepadaku.
 
"Xie xie." (Thank you) ucapku.
 
Luhan mengangguk,sebelum menyedut minumannya. "Hei,aku rasa aku macam terjumpa orang seiras Minah tadi." pernyataan Luhan itu menyebabkan aku tersedak.
 
Luhan dan Sehun terperanjat.Segera Luhan menepuk belakang. "Kau ni,minum pun boleh tersedak!" komen Luhan selepas itu.Aku menghela nafas,macam manalah aku tak tersedak,kalau kau tak cakap macam tu? ujarku dalam hati.
 
"Ohh,mana dia?I mean,perempuan yang hyung cakap macam Minah noona tu," Sehun nampaknya berminat ingin mengetahui siapakah gerangan yang dikatakan oleh Luhan.
 
"Tu hah...yang tengah duduk dengan seorang lelaki dan seorang perempuan." tunjuk Luhan pada Sehun. "Tak nampak pun muka dia." kata Sehun dengan rungutan. "Alah,nanti kalau kita usha dia apa pulak kata dia?" Luhan membalas,matanya masih lagi memandang ke arah tempat duduk yang Mirae sedang duduki.
 
Aku hanya diam.
 
"Omo!Dia pandang kitalah!" Sehun seperti kanak-kanak kecil. "Oh no!Muka dia seiras macam noona!" sambung Sehun lagi.Luhan mengangguk,setuju dengan kata-kata si maknae.
 
Aku memusingkan badanku ke belakang.Mirae sedang memandangku.
 
Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arahku.Aku tidak menyangka bahawa Mirae akan datang ke tempat duduk kami. "Hei Kris." dia menyapaku.Dia masih ingat namaku rupanya...
 
"Hai Mirae." balasku.
 
Sehun dan Luhan membuat bunyi,seolah-olah begitu terkejut.
 
"Sorry for being rude." dia menunduk hormat padaku.Aku bangun. "No need,it's my fault anyway." aku tidak mahu Mirae berasa bersalah padaku.Sebenarnya salahku juga,kerana tiba-tiba menyerang Mirae yang sememangnya tidak mengenaliku.
 
Kedengaran Sehun dan Luhan berdehem.
 
"Hyung." - Sehun
 
"Kris." - Luhan
 
"Ah!Lupa nak perkenalkan,Mirae.This is my friends.Luhan and Sehun." aku memperkenalkan Mirae kepada Luhan dan Sehun. "Annyeong.Da jia hao." Mirae menyapa Luhan dan Sehun.
 
"Awak tahu saya ni Chinese?" tanya Luhan,ingin tahu.
 
Mirae gelak dan mengangguk. "Dari cara pertuturan awak pun,saya dah boleh tahu." 
 
"Annyeong noona!You're so beautiful!Macam Minah noona!" ujar Sehun dengan senyuman girang.
 
"Minah?Oh,maknanya awak berdua pun kenal Minah ya?" soal Mirae dengan hairan.Mereka berdua mengangguk. "Minah noona tu girlfriend Kris hyung,tapi dia dah meninggal." nada Sehun agak sedih.
 
Riak di wajahku bertukar mendung.
 
Mirae memandang wajahku.
 
*****
Your POV
 
Aku perasan wajah Kris berubah.Pada mulanya,aku sekadar mahu menyapa dia,kerana aku ternampak dia di kedai ini.
Kris berdehem. "Korang,aku nak pergi ke toilet kejap."
 
"Noona." Selepas kelibat menghilang,Sehun memanggilku.
 
"Kenapa noona macam Minah noona?" tanya Sehun dengan hairan.Aku mengangkat bahu. "Ishh!Kenapa kau tanya soalan bodoh,Sehun?" Luhan memukul bahu Sehun.
 
Sehun tersengih. "Mianhae noona.Kris hyung sebenarnya dah dua tahun kehilangan teman wanita dia." jelas Sehun dengan menunduk.Luhan mengangguk. "Saya terkejut bila nampak wajah awak tadi,Mirae." kata Luhan dengan senyuman.
 
"Saya baru je kenal Kris.Minggu lepas,dia tiba-tiba cakap saya ni teman wanita dia.Saya pun terkejut sangat masa tu,hampir nak bergaduh jugak kami." aku ketawa kecil apabila mengingati apa yang berlaku pada minggu lalu.
 
"Mesti semua member akan terkejut kalau nampak noona!" ujar Sehun dengan teruja. "Semua member?Apa maksud Sehun?" aku tidak faham. "Kawan-kawan kami.Mereka semua kenal dengan Minah." jelas Luhan.
 
"Ohhh..." barulah aku faham.
 
Kris sudah duduk di tempatnya.Aku lihat rambutnya agak basah.
 
"Kau dah okey ke,Kris?" tanya Luhan. "Hmm..." Kris menggumam.
 
"Jagiya,jom kita balik." aku berpaling ke belakang apabila aku terdengar suara Minhyuk. "Okey.Ermm,Kris,Sehun,Luhan.Saya nak balik dah ni.Annyeong!" aku meminta diri  dan keluar daripada kedai tersebut bersama Minhyuk.
 
"Mana Miyoung?" aku mencari kelibat Miyoung.
 
"Dia dah balik." balas Minhyuk.
 
"Eh?Bila masa dia keluar?" aku tidak perasan langsung. "Dia ada hal.Hmm,so sekarang ni kita nak pergi mana pulak?" dia memegang tanganku. "Entah." aku mengangkat bahu.
 
Minhyuk menarik tanganku.
 

a u t h o r ' s  n o t e ;

annyeong!to be honest,this is not what i expected.

sorry for not updating.i'm actually had some issues with my school life and while i'm busy with school i actually can't write anything.huhu.

so,as i said,this oneshot will be split into few parts...as a short story.

jeongmal mianhaeyo /bows/

p.s; Minah is just a fictional character...and the character does not have any relation with Minah from Girl's Day.Lol.And I knew...EXOStan kinda hate her because she likes D.O ._. I don't hate her~HAHA.Bye!

p.p.s;guys,i really need your comments to support my story,lol. 

me; /dying/ 

 

 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
linaniel
i'm backkk ;; do comment ;;

Comments

You must be logged in to comment
Marciakslp #1
I like this idea, update soon, neh? ^^