You're My Angel

Don't be scared

 

 

Dia memandang ke dalam mata perempuan itu. Matanya memancarkan rasa takut dan Hakyeon bencikannya. Bibirnya ditekan membentuk satu garisan lurus,takut jika dia mengeluarkan sebarang bunyi,Hakyeon akan menyerang dia. Hakyeon mengeluh melihat perempuan ketakutan di hadapannya lalu mendekati perempuan itu tetapi dia mengheret dirinya ke belakang,menjauhkan dirinya sejauh yang mungkin daripada Hakyeon. Badannya sedikit menggeletar.

 

“Jangan! Jangan dekat!”

 

Terkejut,Hakyeon berhenti. Wajahnya sayu.

 

*Dia takut….pada saya.*

 

Dengan hati yang berat,Hakyeon berundur ke belakang. Matanya tidak pernah lepas daripada perempuan itu. Perempuan yang dicintainya. Perempuan yang membuat hatinya berdegup kencang setiap kali dia tersenyum.

 

“Haneul”

 

Dia memanggil nama perempuan itu namun dia menutup matanya,tidak mahu melihat pada wajah Hakyeon.

 

CRACK! Hati Hakyeon hancur melihat aksi perempuan itu.

 

*Am I that bad?*

 

Malu dan kecewa,Hakyeon menundukkan kepalanya. *Shame on you,Hakyeon.* Dia duduk di atas katil,memikirkan semula hubungan mereka berdua.

 

Mereka sebenarnya sudah lama berhubungan rapat. Mereka telah menjalin hubungan sejak lima tahun yang lalu dan kedua-dua mereka sangat setia dan tidak ingin melepaskan satu sama lain. Hakyeon terutamanya. Mereka tinggal bersama dan meluangkan hampir kesemua masa mereka bersama.

 

Hakyeon melihat ke arah teman wanitanya.

 

“I love you. I really am. Don’t be scared,please.”

 

Dia merayu.

 

Haneul masih bersembunyi di sebalik bayangan gelap bilik tidur mereka. Hati Hakyeon terasa sakit melihat perempuan yang paling dicintainya selama ini begitu takut dengannya. Dia tahu siapa dirinya tetapi dia tidak akan pernah atau mahu mencederakan Haneul,terutama sekali bila dia sudah terlalu sukakan dia.

 

Matanya dipejam rapat dan air mata jatuh ke pipinya. Hakyeon membuka matanya semula lalu menyentuh pipinya. *Did I just..* Lebih banyak air mata yang jatuh. Akhirnya,Hakyeon membenamkan wajahnya pada tangannya. Ini membuktikan betapa dalamnya perasaan Hakyeon kepada Haneul. Dia tidak pernah menangis selama dia hidup di dunia ini tetapi di sini dia sekarang,menangis hanya kerana seorang manusia perempuan yang dicintainya takut akan dia. Demons don’t cry. Ya,Hakyeon seorang iblis,demon,monster atau apa-apa sahaja yang boleh anda kaitkan dengan raksasa yang menakutkan.

 

*Lima tahun hubungan kami akan berakhir begini?*

 

--------

 

Haneul terdengar tangisan di dalam bilik itu. Dia membuka matanya.

 

*Tunggu,tak mungkin..*

 

Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang amat dikenalinya duduk di atas katil sambil menangis. Hati Haneul hancur.

 

*Hakyeon..*

 

Dia tidak pernah melihat teman lelakinya menangis. Hakyeon seorang yang kuat. Dia tidak menangis ketika tangannya patah ketika dia terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu. Haneul berasa agak terkejut untuk melihatnya dalam keadaan begitu. Dia mahu mendekati teman lelakinya itu namun dia takut. Takut kerana dia itu hanya seorang manusia biasa dan Hakyeon adalah…iblis. Dia takut Hakyeon akan mencederakan dia.

 

I love you. I really am. Don’t be scared,please.

 

Kata-kata Hakyeon terlintas di fikirannya. *Can I believe you,Hakyeon?*

 

Hati Haneul berbelah bahagi. Pergi ataupun tidak?

 

Matanya ditetapkan pada kelibat lelaki itu.

 

*He’s beautiful.*

 

Haneul mengaku dia tidak pernah melihat iblis seperti Hakyeon. Sayap hitamnya yang baru dilihat Haneul kelihatan menawan. Kulitnya yang agak gelap menambahkan keserian pada  lelaki itu.

 

Cha Hakyeon,seorang lelaki,seorang iblis yang ceria dan periang,telah ditemuinya secara tidak sengaja di sebuah tempat terbiar dalam keadaan yang cedera parah. Bersikap baik dan mementingkan keperimanusiaan,Haneul membantunya. Dia masih belum dapat melupakan bagaimana mata lelaki itu bersinar ketika melihatnya buat pertama kali,seperti dia itu seorang bidadari.

 

Haneul merawat dia dan mereka menjadi rapat selepas itu. Begitulah permulaan hubungan mereka berdua. Hakyeon sentiasa berada dekat dengannya dan tidak mahu melepaskan dia walau sesaat pun. Setiap kali mereka bergaduh dan bertengkar,Hakyeonlah yang akan datang kepadanya terlebih dahulu dan meminta maaf. Ketika dia sakit,Hakyeon akan melayan dia sebaik-baiknya seperti dia itu satu-satunya benda yang paling berharga bagi lelaki itu di dunia ini.

 

*Apa yang perlu saya takutkan? Hakyeon takkan apa-apakan saya,kan?* Haneul bertanya kepada dirinya sendiri.

 

Yakin,Haneul berdiri dan melangkah menuju kepada Hakyeon.

 

Namun,semakin rapat jarak antara mereka berdua,keyakinan Haneul mulai runtuh. Dia sedar orang yang berada selangkah di hadapannya itu adalah iblis. Kita tidak boleh menjangkakan tindakan iblis apabila kita percaya kepada mereka,bukan ?

 

*Patutkah saya berundur sekarang?*

 

Haneul menggigit bibirnya.

 

*Tidak.*

 

Dengan itu,dia mendekati Hakyeon dan berhati-hati duduk di sebelahnya. Jantungnya berdegup kencang. Dia menanti masa yang sesuai untuk bercakap. Kedua-dua tangannya dikepal erat,menunjukkan bahawa dia takut dan gementar,”H-Hakyeon..”

 

Dia menyentuh bahu Hakyeon. Dia dapat merasakan tubuh Hakyeon memberikan reaksi terhadap sentuhannya,tetapi,Hakyeon tidak memandang ke arahnya.

 

Haneul mengambil nafas yang panjang,”Oppa..” Dan menghembuskan nafasnya,”Pandang saya..”

 

Mendengar itu,Hakyeon mengangkat kepalanya dan perlahan-lahan,berpaling kepada Haneul. Haneul berasa bersalah melihat wajah sayu lelaki itu. Dia melihat ke dalam mata Hakyeon. Kesedihan,keperitan,kehancuran,,kesakitan. Semuanya boleh dilihat di dalam mata itu. Haneul berasa malu dan marah terhadap dirinya sendiri kerana telah membuatkan lelaki yang dicintainya menangis.

 

“Saya minta maaf,Hakyeon.”

 

Diam. Hakyeon tidak memberikan respon.

 

Haneul menundukkan kepalanya,” Saya minta maaf sebab tak percayakan awak.Awak percayakan saya dan sanggup mendedahkan diri awak yang sebenar kepada saya,tetapi,sikap penakut saya telah membuatkan awak menangis. Saya tahu awak tak akan apa-apakan saya tapi saya seorang yang pengecut dan berundur daripada mendekati awak..”

 

Hakyeon memegang bahunya,”Haneul..”

 

“Saya bodoh,saya tahu. Maafkan saya,Hakyeon. Saya sepatutnya tahu yang cuma saya seorang saja yang awak ada di dunia ni dan awak selalu mendahulukan saya daripada daripada diri awak sendiri..”

 

“Haneul..” Haneul terus bercakap dan bercakap tanpa mendengar Hakyeon.

 

“Saya betul-betul minta maaf,Hakyeon. Sa-“

 

“LISTEN TO ME,DAMN IT,HANEUL!” Hakyeon menolak Haneul pada katil mereka,membuatkan Haneul jatuh terbaring dan Hakyeon berada di atasnya. Tangan Haneul ditekan Hakyeon pada tilam tersebut supaya perempuan itu tidak boleh melepaskan diri.

 

“H-Hakyeon..” Ketakutan terpancar pada mata Haneul.

 

“Shhh.. Listen to me.” Kata Hakyeon dengan nada tenang,meyakinkan Haneul yang Hakyeon tidak berniat jahat kepadanya.

 

Haneul berubah tenang. Matanya dialihkan kepada wajah Hakyeon. Walaupun dalam keadaan bilik yang gelap itu,wajahnya masih bersinar di bawah cahaya bulan yang memancar masuk ke ruangan bilik mereka melalui tingkap yang terbuka luas. Rambut coklat yang bertukar merah amat sesuai dengan Hakyeon.

 

“I LOVE YOU, dan itu sahaja yang awak perlu tahu,Haneul.” Hakyeon memberuskan jari-jarinya pada pipi Haneul.

 

“Tak perlu minta maaf sebab saya tak pernah marah awak. How can I,Haneul? You are very important to me. Awak satu-satunya perempuan yang ada dalam hidup saya. SO,jangan minta maaf lagi. Saya cintakan awak.”

 

Wajah Haneul bertukar merah. Mata biru Hakyeon menatapnya dan Haneul boleh merasa hatinya cair,”Saya pun..”

 

Hakyeon merapatkan wajahnya pada Hakyeon. Bibir mereka bersentuhan dan mereka menutup mata mereka untuk menikmati saat itu. Sayap hitam Hakyeon terbuka luas,”Will you be all mine tonight?” Muka merah,Haneul mengangguk. Hakyeon tersenyum dan sayapnya menutup mereka berdua. “I’m a demon and you are my angel.”

 

 

=======

Pendek,lame,sungguh tak profesional~

So,ehm,comment?

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 1: daebak!!! ^o^
KyungsooWifeyy
#2
Chapter 1: daebakk !terbaikk
lyalulu
#3
Chapter 1: awesome wei!!!!!!!!!!!! terbaek!!!!!!!!!
my_caffeine
#4
Chapter 1: Best woo~ aweshum~