Cinta Kpop

Description

Hmm... Cerita ini berkenaan tentang seorang perempuan yang berminat kpop  yang memang ingin berjumpa dengan biasnya.... Kalau nak tahu cerita ini lebih lanjut,bacalah :D

Foreword

 

Hari yang memenatkan bagi Sha ataupun nama sebenarnya Shila telah pun bailk ke rumahnya untuk berehat setelah menjalankan sesi persekolahannya.”Penatnya.”kata Shila sambil masuk ke dalam biliknya.Dia terus  menukar bajunya lalu mengambil kerja rumahnya dari beg sekolahnya dan terus turun ke bawah untuk makan tengahari yang di masak oleh ibunya,Puan Lisa.

Selepas makan tengahari ,Shila membuat kerja sekolahnya.Tidak lama kemudian telefon bimbitnya berdering yang bertemakan lagu korea yang bertajuk dari U-KISS. Shila terus mengambil telefon bimbitnya.Dia memandang skrin telefonnya.

”Huh?.....Zulkifli ? Kenapa pula dia nak telefon aku ?”Shila terus menjawab paggilan tersebut.

“Helo ?”kata Zulkifli.

“Ya....nak apa Zul ?”kata Shila dengan kasar.

“Aku nak tanya kau satu soalan , boleh tak ? “kata Zulkifli dengan takut.

“Apa dia? “kata Shila.

“Kau suka kumpulan korea yang mana?”kata Zulkifli.

“Hmmm.....U-kiss.Kenapa kau nak tahu?”kata Shila dengan hairan.

“Saya bosan sekarang.”kata Zulkifli.

“Maafkan aku , Zul.Aku kena berhenti berborak dengan kau sebab aku ada kerja nak buat.”kata Shila dengan selamba.

“Baiklah.Bye.”kata Zulkifli dengan sedih.

Selepas Shila berborak dengan kawannya, dia meneruskan kerjanya yang hampir siap.Shila tidak suka bersembang dengan Zulkifli sebab Shila tidak begitu rapat dengan Zulkifli.

“Dah siap pun.”kata Shila sambil tersenyum besar.Dia mencapai alat kawalan jauh lalu menekan butang 393 iaitu SBS.Itulah siaran televisyen kegemaran Shila.Shila terus terlompat kerana kumpulan korea kegemarannya iaitu U-KISS muncul di kaca televisyen. Shila sungguh gembira ketika itu.Dia menyanyi dan menari mengikut rentak lagu terbaru U-KISS iaitu .Shila berharap sangat yang dia dapat pergi ke konsert U-KISS.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Shila terus menjawab panggilan itu .

“Helo?”

“Hai.Shila ini sayalah”

“Bella ke ni ?Maaflah.Saya terlampau khusyuk menonton telavisyen sampai lupa suara kawan sendiri.”kata Shila dengan penuh rasa bersalah.

“Tak apa.Hari ini ada kerja rumah tak ?”

“Ada.Hmmm....Matematik sahaja.”

“Terima kasih,Shila.Okay.Bye”

“Bye.”

Shila memandang jam dinding yang berada di ruang tamu.Jam itu menunjukkan bahawa telah masuknya solat Asar.Shila segera naik ke atas untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.

Pada pukul 6 petang,Shila menonton rancangan hiburan kegemarannya iaitu K-Wave di MTV.Selain U-KISS,Shila juga meminati kumpulan Korea yang lain seperti Super Junior,Girls’ Generation , Infinite  , ZE:A dan banyak lagi.Shila sungguh meminati lagu K-pop sejak tahun lepas lagi selepas dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

Shila mengetahui tentang k-pop ini daripada sepupunya yang sangat meminati k-pop.Selepas Shila meminati k-pop, dia mengajak kawannya iaitu Bella meinati k-pop.Sekarang Bella merupakan peminat setia k-pop terutama sekali kumpulan korea yang bernama B2ST.

Shila memandang jam telefonnya yang menunjukkan bahawa sudah pukul 6.30 petang.Shila naik ke atas semula utuk menggosok baju sekolahnya.Pada waktu malam pula,Shila kena pergi ke kelas mengaji di rumah ustazahnya.

Begitulah rutin seharian Shila sebagai seorang pelajar tingkatan satu.

Pada hari Khamis,Shila kena bertugas di perpustakaan sekolahnya.Bella juga mengikut Shila bertugas walaupun dia bukan seorang pengawas perpustakaan.Dia sengaja mengikut Shila ke perpustakaan kerana dia sangat bosan di rumah.Selain Shila,Sofiya juga seorang pengawas perpustakaan dan dia juga bertugas pada hari yang sama denga Shila.

Sesi persekolahan berjalan seperti biasa.Pada masa rehat,Shila berehat dengan Bella.Kadang-kadang,dia rehat dengan kawan-kawannya yang lain di sanggar tetapi dia selalu berehat dengan Bella kerana Bella merupakan teman rapatnya.

Semasa Bella dan Shila hendak pergi ke kantin,Shila terlanggar Zulkifli.Nasib baik Shila tunduk,kalau tidak mungkin mulut mereka sudah pun bersentuhan.Bella terkejut semasa melihat mereka berlanggar.

“Aduh !”kata Shila.

“Kau tak ada mata ke ?”kata Zulkifli dengan nada yang marah.

“Aku ada mata.Kenapa?’kata Shila.

“Sudah! Kalau bertemu sahaja mesti nak bergaduh.Tak sah hidup kalau korang tak bergaduh.”kata Bella.

“Bak kata pepatah orang tua,kalau muda-muda lagi dah bergaduh,nanti apabila sudah dewasa akan berkahwin.Korang nak jadi macam tu ke ?”kata Bella lagi.

“TAK NAK!”kata Shila dan Zulkifli secara serentak.

Shila meminta maaf kepada Zulkifli walaupun itu bukan salahnya.Selepas itu,Shila dan Bella terus pergi ke kantin .

Semasa di kantin,Shila asyik terfikir tentang peristiwa tadi.Bella berasa pelik lalu menegur Shila.

“Shila,awak okay ke ? Ataupun masih memikirkan pasal peristiwa tadi”kata Bella dengan selamba.

“Huh? Mana ada saya masih memikirkan pasal peristiwa tadi”kata Shila dengan marah.

“Betul ke?”kata Bella.

“Betul !”kata Shila.

Loceng sekolah berdering menunjukkan waktu rehat telah pun tamat.Mereka pun pergi ke kelas dan belajar seperti biasa.Sepanjang waktu pembelajaran dijalankan,Shila asyik memikirkan tentang peristiwa itu.

Waktu persekolahan telah pun tamat,Shila, Bella dan Sofiya pergi ke perpustakaan.Pada pukul 2 petang,mereka pergi ke kantin untuk makan tengahari.Semasa di kantin,Shila ternampak Zulkifli.Shila tersipu-sipu malu apabila melihat Zulkifli.Bella berasa pelik akan keadaan kawannya itu.

Zulkifli pula terkejut apabila melihat Shila lalu membetulkan bajunya yang selekeh itu.Dia ingin Shila memandangnya dalam keadaan yang elok.Jay iaitu kawan baik Zulkifli memandangnya dengan penuh tanda tanya.Jay tidak pernah melihat rakannya berkelakuan seperti itu semasa di hadapan seorang perempuan.

Nampaknya,Shila dan Zulkifli telah jatuh cinta selepas kejadian itu.

Pada pukul 2.15 pm, Bella,Shila dan Sofiya kembali ke perpustakaan.Shila dan Sofiya mengemas buku manakala Bella pula melayari internet.

Pada pukul 4.30pm, mereka pun balik bersama-sama.Setelah sampai ke pintu pagar sekolah,ayah Bella dan ayah Shila telah pun menunggu anak mereka.Sofiya pula menaiki bas untuk pulang ke rumahnya.

Tiba sahaja di rumah,Shila terus ke biliknya dan bersiap untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah di rumahnya.Selepas itu,Shila makan malam dan menyiapkan kerja rumahnya.Shila masih lagi memikirkan peristiwa yang berlaku pada dirinya dengan Zulkifli.

Hari demi hari,perasaan Shila terhadap Zulkifli semakin kuat dan perkara ini juga berlaku kepada Zulkifli.Bukan itu sahaja,mereka juga makin rapat di laman web sosial mahupun di sekolah.

Pada suatu hari,Zulkifli mengajak Shila ke taman.Shila terus terima tawaran Zulkifli tanpa ragu-ragu.Nasib baik ibu bapa Shila membenarkannya keluar lalu Shila bersiap-siap untuk ke taman.

Setelah sampai di taman,Zulkifli sudah pun tiba.Kemudian,mereka pun bersiar-siar di taman tersebut.Tiba-tiba Zulkifli mengeluarkan sesuatu dari poketnya.Shila terkejut kerana Zulkifli mengeluarkan tiket konsert U-KISS yang diidam-idamkan oleh Shila.

“Shila,sudikah awak pergi ke konsert U-KISS bersama saya?”kata Zulkifli.

“Mestilah saya sudi !”kata Shila dengan gembira.

“Macam mana awak tahu yang saya ni suka kumpulan U-KISS ? “tanya Shila kepada Zulkifli.

“Awak sudah lupa ke ? Bukankah saya ada tanya pada awak pasal perkara ini ? “ kata Zulkifli.

“Tak.Saya tak lupa akan perkara itu.Terima kasih Zul kerana membeli tiket konsert ini.”kata Shila.

“Sama-sama”kata Zulkifli sambil tersenyum.

Selepas Shila dan Zulkifli bersiar-siar di taman,mereka pun balik ke rumah masing-masing.Shila tidak sabar untuk pergi ke konsert itu malah Shila mula mengira beberapa hari lagi untuk ke konsert itu.Nasib baik ibubapa Shila membenarkannya pergi.

Pada hari yang ditunggu-tunggukan oleh Shila dan Zulkifli sudah pun tiba.Shila tidak sabar untuk bertemu dengan kumpulan kegemarannya.Dalam diam-diam,Zulkifli telah merancang  sesuatu untuk Shila.

Pada pukul 7.00 malam,mereka telah tiba di Dataran Merdeka.Ibubapa Shila yang menghantar mereka ke sana.Setelah sampai,mereka terus beratur di pintu masuk untuk mendapat tempat yang paling dekat dengan pentas agar Shila dapat melihat dan menangkap gambar U-KISS dengan jelas.

                Pada pukul 8.00 malam,persembahan U-KISS pun sudah bermula.Shila sungguh teruja apabila melihat kumpulan kegemarannya.Selepas kumpulan U-KISS membuat persembahan,mereka memulakan sesi pengenalan dan sesi bicara.

Tidak lama kemudian,kumpulan U-KISS akan menjemput seorang peminat yang bertuah untuk naik ke pentas.Shila sungguh gembira dan berharap yang dia adalah orang yang terpilih.Shila sungguh terkejut kerana namanya dipanggil oleh seorang ahli U-KISS iaitu Dong Ho.Shila terkejut lalu menaiki pentas itu tanpa ragu-ragu.

Tiba-tiba lagu cinta dimainkan.Shila berasa hairan kerana Zulkifli muncul dari belakang pentas dengan memegang sebuah kek dan sebentuk cincin.

“Shila,can you be my yeoja chingu?”kata Zulkifli dengan bersungguh-sungguh.

Shila sungguh terharu lalu berkata “Yes.I do.”

Selepas itu,Zulkifli menyarung cincin tersebut sebagai tanda terima kasih kepada Shila kerana Shila telah menerima lamarannya.Penonton yang berada di situ bersorak dan bertepuk tangan.Ahli kumpulan U-KISS juga menepuk tangan dan memuji Zulkifli kerana dia sungguh berani untuk melakukan semua ini.

Pada pukul 9.00 malam,tamatlah konsert itu dengan jayanya.Tiba-tiba Shila berkata,

“Zul,macam mana awak boleh buat semua ?”tanya Shila kepada Zulkifli.

“Sebenarnya,saya minta pertolongan Jay untuk buat semua ini.”kata Zulkifli.

“Huh?Awak minta pertolongan Jay? Kenapa ?”kata Shila dengan hairan.

“sebab.....Jay ialah kawan baik saya dan dia berkawan dengan salah seorang ahli kumpulan U-KISS.”kata  Zulkifli dengan tersengih-sengih.

“Okay.By the way,saranghaeyeo as namjachingu.”kata Shila sambil tersenyum.

“Saranghaeyeo as yeojachingu.”kata Zulkifli dengan gembira.

Tiba-tiba,Jay muncul dari belakang lalu menegur mereka berdua.Mereka sangat terkejut.

“Macam mana tadi? Berjalan lancar tak ?” tanya Jay kepada Zulkifli.

“Berjaya !!! See?”jawab Zulkifli sambil menunjukkan cincin yang berada di jari manis Shila.

“Wow !!! Congrats !!!”kata Jay kepada mereka berdua.

“Thanks.By the way,thanks sebab tolong aku”kata Zulkifli.

“Well,bukan susah pun.Lagipun kau kawan baik aku”kata Jay sambil tersenyum.

“Jay,awak bila lagi ?”tanya Shila kepada Jay.

“Entahlah”kata Jay lalu mereka ketawa bersama-sama.

Akhirnya,mereka pulang ke rumah dengan hati yang gembira dan hubungan mereka kekal ke akhir hayat.Jodoh kita tidak akan diketahui sehingga sudah sampai masanya untuk kita ketahui.Akhir kata,perkara seperti jodoh,tarikh kita mati dan lain-lain terletak di tangan Tuhan dan kita tiada hak untuk menentukannya.Sekian,terima kasih. 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet