Cinta Kpop 2

Description

Ini sambungan bagi Cinta Kpop yang pertama~ Akhirnya, Mia dan Zulkifli selamat diijabkabulkan. Mesti korang tertanya-tanya apa yang akan terjadi kepada Jay dan Belle kan ? Adakah mereka akan bersatu ataupun masing mempunyai pasangan tersendiri~ Well, who knows...

Foreword

“Kau bila lagi ?” kata Zulkifli. Kata-kata it terus bermain di minda Jay. Dia bersiar-siar seorang diri di Midvalley tanpa rakan baiknya. Maklumlah rakannya akan berkahwin dengan Shila pada bulan depan. Jadi,Zulkifli tidak dapat nak menemani rakannya.

Jay sudah berumur 20 tahun dan masih lagi tidak mempunyai rakan perempuan yang rapat dengannya. Bukannya dia jahat  tapi dia mempunyai tatu di tangannya. Dia membuat tatu tersebut selepas tamat sekolah. Dia amat menyukai membuat tatu di anggota badannya seperti  di tangan,lengan,leher dan banyak lagi. Selain itu,dia juga amat menyukai muzik dan tarian b-boy. Dia ingin menjadi seorang penyanyi yang dikenali ramai.

Dia juga sedang mencari kerja yang sesuai. Malangnya,ramai syarikat tidak mahu mengambillnya sebagai pekerja kerana dia mempunyai tatu di badan dan ramai menganggapnya seorang yang jahat. Dia seorang yang baik,pandai dan berbakat. Kadang kala, dia agak panas baran apabila seseorang menuduh dia sesuatu.

Pada hari yang ditunggu-tunggu oleh sepasang kekasih yang berkenalan selama hampir 8 tahun. Akhirnya, Zulkifli dan Shila jadi sepasang suami isteri yang sah. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah sekali.Pada pukul 10 malam, tetamu mula balik dan mengucapkan tahniah kepada sepasang suami isteri itu termasuklah Bella.

 ”Terima kasih,Bella sebab datang ke majlis perkahwinan saya” kata Shila kepada Bella.

 “ Itu memang tugas sebagai saya sebagai kawan” kata Bella sambil memeluk Shila dengan erat.

“Saya harap awak jumpa seseorang yang sudi jadikan awak sebagai isteri” kata Shila kepada Bella.

“ Okay. Have a nice honeymoon” kata Bella.

Selepas majlis perkahwinan Shila dan Zulkifli, Bella pulang ke rumahnya dengan resah gelisah. Dia berasa risau dan pelik dalam masa yang sama. Dia masuk ke biliknya dan terus baring di atas katil empuknya.

“Kalaulah, aku dapat kahwin awal macam Shila kan bagus tapi nak buat macam mana.. takda teman lelaki, inikan nak kahwin pula” bisik Bella.

Dua tahun kemudian, Shila dan Zulkifli mendapat anak lelaki yang pertama yang bernama Aiman. Mereka mengadakan majlis untuk menyambut insan yang baru lahir itu. Jay dan Bella juga hadir di majlis itu. Shila dan Bella sedang bersembang.

“Comelnya, macam mak dia” puji Bella akan kecomelan anak kawan baiknya.

“Hahaha... takdalah” tersengih Shila manakala Jay pula menyapa Zulkifli.

“Zul, kau apa khabar ? Berseri muka kau hari ni.” sapa Jay.

“Penat sikitlah sebab nak jaga anak. Dapat anak pertama memanglah aku seronok. Kau macam mana pula ?” jawab Zul.

“Macam biasalah. Dah kerja tapi masih takda orang disisi” kata Jay dengan muram.

“Kau sabar jelah. Biar aku suruh isteri aku carikan kau orang yang sesuai.” Kata Zul sambil menepuk bahu Jay.

“Jay ! Lama tak jumpa, masuklah.” Kata Shila kepada Jay.

“Baiklah” kata Jay dan dia pun masuk ke dalam.

Tiba-tiba, dia ternampak Bella memegang bayi Shila dengan penuh kasih sayang. Jay pun mula  jatuh cinta akan kemesraan Bella terhadap bayi itu. Dia pun mula menyapa Bella.

“ Hi ” kata Jay dengan malu.

“ Hi “ jawab Bella walaupun sedikit lambat kerana khusyuk bermain dengan bayi rakan baiknya.

“ Suka kanak-kanak ke ? “ tanya Jay.

“ Takdalah. Shila suruh saya jaga bayi dia. Saya tolong je lagipun saya tak suka sangat kanak-kanak tapi demi Shila saya buatlah” kata Bella.

Jay agak sedih akan jawapan Bella. Dia ingatkan Bella akan jadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Malangnya, dia harus terus mencari orang yang betul baginya.

“Bella, terima kasih kerana jaga anak saya ni semasa saya layan tetamu.” Kata Shila kepada Bella.

“ Saya ingatkan susah tapi anak awak ni okay je” jawab Bella dengan tersenyum.

“ Anak mama tak buat auntie Bella susah kan ? Baik anak mama ni” kata Shila kepada anaknya dengan manja sambil mencubit pipi anaknya.

Pada waktu malam, Shila dan Zulkifli berada di bilik mereka sambil bermain dengan anak sulung mereka. Penuh mesra dan kasih sayang.

“ Sha, kesian Jay. Dia dah dapat kerja tapi tak kahwin lagi.” Kata Zul kepada isterinya selepas menidurkan anaknya, Aiman.

“ Tulah. Bella pun tak kahwin lagi. Apa kata kita aturkan temujanji antara Jay dan Bella. Sha rasa diorang tak kisah kot.” Kata Shila kepada suaminya.

“Okay juga. Nanti Zul confirm dengan Jay.” Kata Zul dengan gembira.

Keesokannya, Bella dan Jay berjumpa di tempat yang ditetapkan oleh Shila dan Zulkifli.

 “Kenapalah Shila suruh aku jumpa dengan Jay ni ?” kata Bella dalam hati.

“Zul ni memang tak kenal aku je. Aku kan suka perempuan yang suka budak. Bella bukannya suka budak.” Kata Jay dengan runsing.

“Hi” Jay dan Bella kata dengan serentak. Mereka duduk dan tidak berkata apa-apa.

“Hmm... Shila suruh awak datang kan ?” tanya Jay.

“ Ya dan Zul pun sama suruh awak datang.” Jawab Bella dengan meyampah.

Mereka pun bersembang dan lama-kelamaan, mereka semakin rapat dan pergi ke tempat itu pada setiap minggu. Pada bulan Mei ialah hari jadi Bella, jadi Shila, Zulkifli, Jay dan Bella akan pergi ke restoran yang mewah untuk menyambut hari jadi Bella.

 Pada malam itu, Jay pakai baju tuksedo manakala Bella pula memakai gaun merah yang berkilau dan dapat menangkap perhatian semua lelaki di sana termasuklah Jay.Shila dan Zulkifli pula memakai warna baju yang sama.

“ Boleh tahan juga Bella ni “ kata Jay dalam hati.

“ Hi, Bella. Have a sit.” Kata Jay sambil menolong Bella duduk di kerusi tetapi belum sempat Bella duduk, Bella tergelincir. Nasib baik, Jay dapat menangkap Bella. Secara tidak langsung, mata mereka berpandangan. Shila dan Zulkifli terkejut juga.

“ Tak pernah aku tengok dia sedekat ni. Agak hensem juga dia ni. Baik pula tu.” Kata Bella dalam hati.

“ Bella,awak okay tak ?” tanya Shila dengan bimbang.

“ Huh ? oh, yeah. Saya okay. “ kata Bella dangan kekok dan malu.

“ Alamak, baju awak dah terkoyak lah. “ kata Jay sambil menunjukkan Bella pakaiannya yang terkoyak di bahagian hujung gaun itu.

“ Sikit je tu. Yang penting, dia selamat.” Kata Zulkifli dan semua pun bersetuju. Selepas itu, mereka pun menjamu selera, berborak dan bergelak ketawa.

“ Saya nak pergi tandas sekejap” kata Jay kepada yang lain. Dia berpura-pura pergi ke tandas dan senyap-senyap pergi ke bahagian dapur untuk mengambil sesuatu.

“ Lambatnya Jay ni. Dia sakit perut ke ?” tanya Zulkifli dengan risau.

Tiba-tiba, Jay datang di belakang Bella sambil memegang kek dan menyanyikan lagu hari jadi kepada Bella. Malangnya, Bella terkejut dan menolak kek itu ke muka Jay. Nasib baik, Jay dapat menahan kek itu kena pada mukanya tetapi hidungnya terdapat sedikit krim hiasan kek. Rupa Jay tidak ubah seperti badut.

“Shila, Bella selalu macam ni ke kalau awak buat kejutan kat dia ?” tanya Jay.

“Dia memang macam tu. Ada satu masa tu, dia pergi tumbuk hidung Sha. Nasib baik tak berdarah.”jawab Shila dengan selamba.Bella gelak dan datang dekat pada Jay untuk mengelap hidung Jay itu.

“ Maafkan saya.” Kata Bella dengan manja. Bertambah cairlah hati Jay apabila mendengarnya.

“Tak apa.” Jawab Jay sambil tersenyum.

Bella memotong kek itu dan menyuapkannya ke mulut Jay dan Jay pun melakukan perkara yang sama kepada Bella. Mereka kelihatan seperti sepasang kekasih.

“Bukan main mesra lagi korang.” Usik Zulkifli.

“Mana ada. Kitorang kawan je kan, Bella ? tanya Jay.

“Betul tu. Teman tapi mesra.” Jawab Bella sambil memeluk Jay.

Tiba-tiba, Jay mendapat panggilan. Bella pun meleraikan pelukannya supaya Jay dapat mengambil telefonnya.Jay pun menjawab panggilannya. Reaksi mukanya berubah dan menamatkan perbualanya itu.

“ Kenapa Jay ? Ada benda yang tak kena ke ?” tanya Zulkifli.

“ Mak aku nak jodohkan aku dengan sepupu sebelah ayah aku.” Jawab Jay dengan sedih.

“ Huh ? Kau biar betul. Jadi, macam mana dengan Bella. Takkanlah kau nak tinggalkan dia macam tu je.” Kata Shila.

“Entahlah.” Jawab Jay sambil memandang Bella dengan sedih.

“Jay, saya tahu yang saya tak sempurna tapi janganlah tinggalkan saya. Sebenarnya, saya suka awak sejak kali pertama saya jumpa awak kat sekolah tapi saya tak berani. Lama-kelamaan saya menyampah dengan awak sebab ada orang cakap yang awak ni seorang playboy.” Kata Bella dengan sedih. Jay terkejut akan pengakuan Bella.

“ Awak janganlah bimbang. Saya pun suka awak. Jom kahwin.” Kata Jay dengan malu.

“Kau ni Jay, agak-agak sikit. Takkanlah kau nak kahwin kat sini.” Kata Zulkifli. Semua orang bergelak selepas mendengarnya.

“Bella, saya akan bawa awak pergi berjumpa dengan ibu bapa saya pada Ahad minggu depan. Boleh tak ?” tanya Jay sambil memegang tangan Bella.

“dan... sudikah awak menjadi teman sehidup semati saya ?” tanya Jay lagi dengan melutut di depannya.

“ Ya !!” kata Bella dengan gembira. Pelanggan di restoran itu bertepuk tangan sebagai tanda tahniah kepada mereka.

“Nampaknya, awak dah jumpa seseorang.” Kata Shila kepada Bella.

“ Dah jodoh mana boleh lepaskan.” Kata Bella sambil tersengih.

Lima bulan kemudian, Bella dan Jay sudah menjadi sepasang suami isteri. Walaupun Bella agak lemah dalam bab-bab menguruskan rumah, Jay ada disisinya untuk menunjuk ajar kepadanya. Tidak kira di mana sahaja, mereka ada bersama. Tidak lama kemudian, mereka mendapat anak perempuan yang comel. Kehadiran anak perempuan itu menambahkan lagi kemesraan mereka berdua.

Kita hendaklah bersabar dalam menghadapi masalah. Kita tidak akan dapat apa yang kita ingini tanpa berusaha bersungguh-sungguh.Terima kasih.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet